Saya tengah susah hati sekarang ni.
Entah kat manalah saya letak kad AMEX ni. Lupa pulak. Cari dalam wallet tak jumpa, dalam kereta pun tak ada.
(Harap-harap tak hilang)
Cakap pasal AMEX ni, saya biasa guna untuk isi minyak di Petronas. Bukan tak ada cash, tapi sebab nak dapatkan benefit dia.
Siang tadi dapat satu sms dari nombor 66628
RM0.00 AMEX: Get 5x TreatsPoints on retail spend & 5% Weekend Cash Back ….
TreatsPoint terkumpul tu boleh tukar dengan macam-macam hadiah.
Macam sebelum ini saya ingat saya ada guna RM152.63 untuk isi petrol.
Bila saya nak bayar full, tiba-tiba payment not successful.
System pembayaran tu yang reject. Ayat yang ditulis masa tu kalau tak silap transaksi tak dapat diteruskan sebabnya saya cuba untuk bayar lebih berbanding jumlah yang saya hutang.
Bila saya selidik, baru jelas.
Rupa-rupanya saya ada dapat rebate.
Disebabkan ada rebate ni, maka saya hanya perlu bayar RM137.63
At least bila berbelanja gunakan kad ni, nampak la ada benefit dia berbanding guna cash.
Leave a Reply