Dapat Lagi Komisyen RM98 Dari ToneXpress

by sabree hussin on February 10, 2015

in Tune Talk Tone Excel

Rupa-rupanya bila saya semak semula catatan terakhir yang saya buat mengenai komisyen ToneXpress rupa-rupanya adalah pada bulan Januari 2015.

La… Bulan lepas rupanya. Terasa macam dah lama pulak.

Bulan lepas… saya dah terima bayaran komisyen sebanyak RM78 daripada ToneXpress. Anda boleh baca artikel ini untuk lihat buktinya.

Alhamdulilah, tak sangka bulan ni dapat lagi.

apa_itu_tonexpress

Moga-moga rezeki dari ToneXpress ni akan terus berpanjangan dan tak terhenti setakat kat sini je.

Sasaran saya, nak dapatkan at least komisyen sebanyak RM50 dari ToneXpress. Boleh berjaya atau tak? Wallahua’lam saya hanya mampu berusaha sebaik dan semampu saya. Seterusnya, saya serahkan kepada Allah, kerana Dialah yang mengaturkan rezeki kepada setiap makhluknya.

.

..

Apa saya dapat buat dengan komisyen RM98 dari ToneXpress ni?

Fikir sekejap. Hmm…

Ok sebenarnya ada macam-macam yang bermain kat fikiran saya ni. RM98 ni walaupun sebenarnya bukanlah banyak mana, namun kalau kita rancang betul-betul, ada banyak tempat kita boleh salurkan. Jadi, untuk catatan pada pagi ni, ada beberapa tempat yang saya fikirkan sesuai untuk saya belanjakan komisyen sebanyak RM98 dari ToneXpress ni. Antaranya…

.

..

1. Restock Simkad Tone Excel

Ya

Boleh beli simkad Tone Excel dan tambahkan stok simkad sedia ada. Kalau sebelum-sebelum ini saya cuma simpan 4 keping simkad sahaja, kali ini saya boleh tambah lagi satu stok simkad. Ala… bukan guna duit saya pun, guna duit komisyen.

stok_simkad_toneexcel

Pada pandangan saya yang tak adalah pandai sangat ni, lebih baik kita kembangkan bisnes ini dengan duit yang kita perolehi daripada bisnes itu sendiri, daripada kita dapatkan sumber-sumber luar.

Sumber-sumber luar yang saya maksudkan ni contohnya macam duit gaji, pinjam duit bank, pinjam duit dari kawan-kawan dan sebagainya. Sebaik-baiknya, hasil dari bisnes itu sendirilah yang kita laburkan semula untuk kembangkan semula bisnes ni.

Macam yang saya cakap tu la, kalau sebelum ni saya cuma simkad stok simkad sebanyak 4 keping sahaja, kali ini saya boleh upgrade kepada 5 keping simkad.

 

“5 keping simkad je ke bro? Ler… apa barang… cerita bisnes ribu-ribu, ni stok simkad simpan 4 keping je haha”

Ok setengah orang ni dia memang tak berapa cerdik. Mungkin dia tak menggunakan fungsi akal dengan sebaik-baiknya. Cerita dia macam ni… walaupun saya cuma simpan 4 keping simkad, tetapi itu tak bermakna saya hanya jual 4 keping simkad sahaja dalam masa sebulan.

Ada masanya saya jual lebih banyak dari tu.

Dan jarang sekali saya jual kurang dari 4 keping. Cuma sebagai simpanan, saya akan pastikan dalam satu-satu masa, saya mempunyai 4 keping simkad dalam tangan. Manalah tahu tiba-tiba ada orang serah diri dan berminat nak jadi pengguna, tiba-tiba stok simkad tak ada pulak. Kan masalah tu nanti…

 

… ok saya mungkin akan guna untuk tambahkan stok simkad sedia ada.

 

2. Beli tools untuk promosi Tone Excel

Tools yang saya maksudkan ini antaranya ialah buku panduan Table Talk Simkad Jutawan, fliers, kalender dan sebagainya.

Sebenarnya ada terlalu banyak tools yang boleh digunakan untuk promot Tone Excel ni. Ada pelbagai design. Ada yang MURAH dan ada juga yang mahal.

T-shirt Tone Excel juga antara tools yang bagus untuk kita guna sebagai medium mempromosikan bisnes simkad Tone Excel ni.

Baru-baru ni saya ada berkenan dengan T-Shirt Tone Excel ni. Harga RM40 sahaja. Baru berkenan je, tapi saya belum buat keputusan nak beli lagi. Lagipun saya masih belum ada keperluan lagi untuk guna tools tersebut. Almaklumlah, kebanyakkan masa saya diluangkan untuk buat marketing secara online sahaja. Jadi, tak adalah terlalu bergantung pada tools.

 

3. Beli hadiah-hadiah bonus

Anda berminat nak tahu apa hadiah-hadiah bonus yang saya sediakan untuk rangkaian saya? Boleh lihat laman web ini.

Kalau anda berminat dengan tawaran tersebut, mudah sahaja stepnya. Anda hanya perlu hubungi saya menerusi whatsapp atau SMS dengan ayat “Saya nak starter pack Simkad TE pakej RM100” dan seterusnya tunggu maklum balas dari saya.

Setiap SMS saya akan balas secara manual.

Begitu juga whatsapp, PM dan sebagainya. Jadi, bila saya busy, mungkin saya akan balas agak lewat. Kalau saya balas agak lambat, anda assume sahajalah saya sedang busy. Mungkin saya sedang sibuk membuat penghantaran. Mungkin juga saya sedang sibuk memberi coaching, atau saya sedang sibuk buat marketing. Faham-faham sendiri la ye.

Yang penting, saya pasti akan balas. Orang nak bagi duit, tak akan saya nak lepaskan pulak kan 🙂

Berkenaan dengan hadiah-hadiah bonus yang saya tawarkan tu, ia bukan percuma. Saya keluar duit poket saya sendiri untuk berikan bonus-bonus tersebut kepada anda. Jadi, saya harap anda hargai pemberian saya tu dan janji dengan diri sendiri yang anda akan buat betul-betul bisnes ni. Tak kiralah walaupun cepat atau lambat, senang atau susah, yang penting anda akan terus buat tanpa cepat putus asa.

Kecewa dengan bisnes Tone Excel? Itu perkara biasa. Nak Give Up dan putus asa? Oh TIDAK SAMA SEKALI.

 

4. Reinvest untuk kembangkan rangkaian Tone Excel

Sebelum ini saya biasa juga edarkan simkad ini secara percuma, terutama sekali kepada kenalan yang memang tak mampu nak keluarkan duit RM90 sebagai modal.

Sebagai kawan, inilah yang saya mampu tolong.

Hadiahkan simkad Tone Excel kepada dia. Cuma sekarang ni, saya berpendapat perkara ni tak sepatutnya dibuat selalu. Kalau tak buat langsung lagi bagus haha.

Andai kata orang tu memang tak ada duit, tak apa. Suruh dia usahakan dengan cara lain. Dan salah satunya ialah dengan jadi agen yang mempromosikan laman web ToneXpress ni. Setiap satu sales, komisyen yang akan diterima adalah sebanyak RM10. Cuma perlu dapatkan 10 jualan sahaja. Itu dah memadai untuk melayakkan orang tu dapat simkad Tone Excel secara percuma.

 

5. Guna komisyen ToneXpress untuk maintain topup RM20 sebulan

Syarat untuk melayakkan diri mendapat komisyen topup dari rangkaian ialah anda perlu topup sekurang-kurangnya RM20 setiap bulan. Jika anda gagal topup RM20 setiap bulan, maka sebarang komisyen terkumpul tidak akan dibawa kebulan akan datang dan anda tak layak untuk dapat komisyen Tone Excel pada bulan tersebut.

So sekarang ni, kalau dah ada komisyen dari ToneXpress ni, at least boleh cover untuk topup untuk tempoh masa 4 bulan. Agak lama jugak, kan? Tak kanlah dalam masa 4 bulan tu langsung tak ada sales pulak kan.

.

..

Sebenarnya kan, bila saya cerita tentang ToneXpress, ramai pulak yang buat-buat keliru apa itu sebenarnya ToneXpress? Adakah ToneXpress ni sama dengan Tone Excel dan sebagainya.

Soalan-soalan ni tak akan timbul, lebih-lebih lagi kalau anda menggunakan sepenuhnya kemahiran anda membuat pembacaan.

Dah tentulah ToneXpress tak sama dengan Tone Excel.

ToneXpress adalah program untuk mempromosikan simkad Tone Excel. Fungsi laman web ToneXpress tu sendiri adalah untuk mempromosikan simkad Tone Excel dan mempromosikan program referral WOW.

Faham?

Cuma sedikit kelainan pada laman web ToneXpress ni ialah, ia menawarkan peluang untuk buat duit kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk jadi agen yang mempromosikan laman web ini.

Ada beberapa sebab kenapa orang guna laman web ToneXpress untuk mempromosikan simkad Tone Excel. Antaranya

1. Sebab orang tu tak tau bina laman web sendiri

2. Sebab orang tu tak mampu nak keluar modal beratus-ratus ringgit untuk upah orang bina laman web sendiri

3. Sebab laman web ToneXpress ni mempunyai penerangan yang lengkap dan jelas tentang program Tone Excel

4. Sebab boleh promosikan laman web ToneXpress ni kepada agen TE dan yang baru nak join TE. Setiap kali ada orang yang berminat nak guna laman web ni jugak, anda akan dibayar komisyen sebanyak RM10

5. Sebab nak buat duit dengan Tone Excel dan ToneXpress (eh! macam sama je dengan poin nombor 4 tadi tu!)

 

Jadi, anda dah jelas dah ke dengan laman web ToneXpress ni? Kalau masih tak clear jugak, saya nasihatkan anda baca dan dapatkan akaun PERCUMA anda dilaman web ini.

Kat situ pun ada penerangan tentang ToneXpress.

Baca dengan tenang, dan In Shaa Allah saya yakin anda pasti boleh faham.

.

..

Anda dah luangkan kira-kira 5 minit dari masa berharga anda untuk baca artikel ini. Kini masanya untuk anda dapat hasil dalam bentuk wang ringgit daripada pembacaan anda.

Klik sini dan dapatkan akaun ToneXpress anda secara PERCUMA. Pastikan anda upgrade kepada akaun VIP untuk mendapatkan lebih banyak manfaat tambahan!

 

 

Be Sociable, Share!

{ 4 comments… read them below or add one }

blogger lelaki February 10, 2015 at 9:44 pm

syabas bro masyukkk lagi

Reply

onlajer February 12, 2015 at 1:46 pm

power lah bro, buat ccontest menang sim card pun ok juga bro hahaha

Reply

sabree hussin February 12, 2015 at 5:04 pm

Hmm bagus idea tu. Ada ke yang nak join kalau saya buat kontes macam tu

Reply

Noriza Rahman April 2, 2015 at 9:57 am

Komisen dari toneexpress yang sememangnya dinantikan yea!

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: