Dah join ToneXpress tapi masih tak berjaya dapat komisyen?

by sabree hussin on October 2, 2015

in Tune Talk Tone Excel

Jika anda tidak mempunyai modal sebanyak RM90 untuk menyertai Tone Excel, anda sebenarnya boleh bermula dengan bayaran serendah RM10 menerusi laman web ToneXpress.

 

Caranya pun mudah sahaja. Anda hanya perlu daftarkan akaun anda dilaman web ToneXpress, kemudian upgrade keahlian anda sebagai ahli VIP dengan bayaran sebanyak RM10 sahaja. Apabila akaun anda telah dinaiktaraf sebagai akaun VIP, anda boleh mula mempromosikan peluang perniagaan ini kepada prospek sasaran anda.

review_laman_tonexpress

Masalah kat sini yang biasa dilalui oleh mereka yang pernah daftar akaun di ToneXpress ialah mungkin, mereka masih gagal hasilkan sebarang komisyen di laman web ToneXpress. Atau dengan kata lainnya, mereka masih gagal buat duit dengan ToneXpress!

 

Ya… sungguh mengecewakan bukan. Lebih-lebih lagi apabila usaha promosi kita langsung tak membuahkan hasil. Segala penat lelah, masa dan tenaga yang kita peruntukkan untuk buat promosi langsung tak memberi hasil seperti yang diharap-harapkan.

 

Kalau anda ikuti perkongsian saya sebelum-sebelum ini, anda pasti tahu yang sebenarnya saya pun baru sahaja cash out income terkumpul yang saya perolehi dilaman web ToneXpress. Boleh baca perkongsian saya sebelum ini berjudul

Komisyen ToneXpress September 2015

 

Ini bermakna, pendapatan terkumpul dalam akaun saya akan kembali kosong. Zero. Seolah-olah saya perlu bermula semula untuk kumpul income di laman web tersebut dan bila saya akan cash out semula? Wallahua’lam. Saya pun tak tau. Apa yang mampu saya buat ialah teruskan dengan kerja-kerja promosi dan pemasaran. Ada rezeki, In Shaa Allah ada lah lagi income dari program ini.

 

“Kenapa agaknya anda masih tak berjaya buat duit dengan ToneXpress?”

Agak-agaknya, pernah tak anda terfikir… kenapa ya agaknya anda masih tak berjaya buat duit dengan program ini? Sudahlah nak dapat pelanggan di Tone Excel susah. Ini nak dapat pelanggan di ToneXpress tak kan susah jugak?!

 

Kalau kat Tone Excel tu kita fahamlah… modalnya agak besar. RM90! Bila campur GST, buku panduan, tambah lagi dengan kos penghantaran, jumlahnya boleh mencecah RM100++

 

Pada waktu sekarang ni, mungkin orang agak sukar nak keluar duit sebanyak tu one shot. Tapi ini yang RM10 tak kan orang tak ada duit jugak kot?

 

Daripada pemerhatian saya sendiri, saya lihat ada beberapa sebab kenapa prospek masih lagi tak minat nak mendaftar di ToneXpress. Ini antara sebab-sebabnya yang dapat saya perhatikan dengan jelas.

 

1. Prospek tak faham apa fungsi laman web ToneXpress

Setengah orang melihat laman web ToneXpress hanya sebagai sebuah laman web skim piramid, skim cepat kaya atau laman web yang menipu tanpa dia buat kajian yang mendalam pun mengenai laman web ini. Mereka meletakkan hukuman sebelum fakta yang tepat dikaji terlebih dahulu.

 

Sebenarnya ada banyak fungsi laman web ToneXpress ini yang anda mungkin tak tau. Jadi saya akan terangkan secara ringkas disini.

Pertama, membantu anda sertai Tone Excel dengan kos serendah RM10 sahaja

Syaratnya ialah, selepas anda join ToneXpress, anda perlu promosikan laman web ini. Semasa proses promosi ini dijalankan, anda berpeluang untuk

I. Mendapatkan pelanggan berbayar untuk menjadi pengguna laman web ToneXpress

II. Bayaran yang dibuat oleh pelanggan tadi untuk menjadi pengguna VIP laman web ToneXpress seterusnya akan dimasukkan ke akaun e-wallet anda 100% sebagai komisyen anda. Ini adalah bagi menghargai usaha anda mempromosikan laman web ToneXpress.

III. Jika pelanggan itu tadi belum jadi ahli Tone Excel, pelanggan tersebut akan di letakkan dibawah anda sebagai Level 1

IV. Jika pelanggan tersebut dah join Tone Excel, anda masih lagi tetap dapat untung dalam bentuk komisyen ToneXpress

 

2. Prospek masih tak jelas bagaimana buat duit dengan bantuan laman web ToneXpress

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua cara bagaimana ahli ToneXpress boleh buat duit menerusi progam ini. Cara pertama adalah menerusi hasil usaha promosi anda (own marketing effort) dan cara kedua pula adalah menerusi sistem pass up.

 

Menerusi sistem pass up, secara automatik sistem akan set downline kedua dan keempat yang diperolehi oleh downline level 1 kita akan dibawa ke atas. Setiap seorang downline yang kita perolehi dilevel 1, akan menyumbangkan dua orang downline tambahan kepada kita. Secara tak langsung kita dapat leverage hasil kerja downline kita. Oh kita juga lalui proses yang sama. Dua orang downline yang kita perolehi akan ditransfer kepada upline kita.

 

3. Prospek tak nampak nilai laman web ini dan bagaimana ia dapat bantu mereka bina rangkaian Tone Excel secara autopilot

Adakah anda tahu, kos upah untuk bina laman web berkonsepkan autodownline boleh mencecah hingga ratusan ringgit? Malahan, ada sesetengah web designer meletakkan harga sehingga ribuan ringgit untuk caj pemasangan laman web berkonsepkan autodownline seperti ToneXpress ini.

 

Dengan ToneXpress, anda tak perlu susah payah nak keluarkan bajet sebanyak itu. Ini kerana anda boleh terus mula menggunakan laman web autodownline dengan bayaran serendah RM10 sahaja. So, anda boleh pilih sendiri, sama ada nak bayar RM10 atau nak bayar ratus-ratus atau ribuan ringgit. Semuanya terpulang pada anda.

 

Sebab utama kenapa masih gagal dapat komisyen ToneXpress

Kurangnya aktiviti dan usaha promosi yang berkualiti.

 

Setengah orang lagi kurang ajar. Join je lebih tapi langsung tak ada usaha nak buat promosi. Mentang-mentanglah kos untuk join ToneXpress ni pun murah je. RM10 je. Dia buat main-main pulak. Memang tak mungkin la dia nak dapat komisyen.

 

“Macam mana kalau dah banyak buat promosi tapi masih tak berjaya dapat komisyen?”

Sebab tu la saya sebutkan sebelum ni, sebab utama kenapa masih gagal dapat komisyen ToneXpress ialah “kurangnya aktiviti dan usaha promosi yang berkualiti.” Sila baca dengan tenang dan tenteram perkataan kualiti tersebut.

 

Apa yang kita perlukan sekarang ni bukan sekadar kuantiti, tetapi kita perlukan kualiti juga. Kalau setakat join, kemudian membebel sendiri kat wall FB sendiri yang tak ada kawan-kawan dalam friendlist minat nak ambik tahu apa yang berlaku kat kita, anda fikir macam ni boleh dapat komisyen? Kau fikir kau layak?

 

Personally, saya tak kata yang kaedah promosi yang saya jalankan ini adalah yang paling berkualiti ataupun yang paling bagus. Tidak sama sekali. Cuma yang saya boleh katakan, kaedah saya buat promosi ini memang berkesan! Kalau tak berkesan, tak kan boleh dapat komisyen, ye tak?

 

Bagaimana teknik promosi ToneXpress yang berkesan dan membawa hasil?

 

panduan_affiliate

Cara saya buat promosi mudah je.

 

Ya. Saya sendiri bukannya suka sangat nak gunakan cara yang susah-susah. Saya gunakan Teknik SEO dan teknik saya lebih kurang sama je dengan apa yang diajarkan dalam ebook Teknik SEO Merah Jambu.

 

Saya sendiri dah buktikan, yang teknik dan kaedah pemasaran ini memang terbukti boleh menghasilkan pendapatan. Memang boleh buat duit. Jadi tak perlu lagi nak ragu-ragu untuk gunakan kaedah pemasaran ini dalam kerja-kerja promosi anda. Cepat atau lambat, pasti akan beri hasil. Saya bukannya cakap kosong, lagipun saya sendiri dah buktikan yang ianya memang possible!

 

Sudah tentu, pada mula-mula dulu, saya pun ragu-ragu jugak, sama ada teknik yang saya gunakan ini betul-betul berkesan ataupun tidak. Kalau tak berkesan macam mana? Blog saya ni… kalau tak ada yang baca, macam mana? Tetapi sejarah dan pengalaman saya membuktikan, blog ini memang ada yang baca dan pembaca blog ni siap ada yang sudi untuk berbelanja lagi!

 

Anda pun boleh, jika anda berusaha. In fact semua orang boleh buat. Cuma nak dengan tak nak je. Yang penting, jangan cepat sangat putus asa, jangan cepat sangat mengaku kalah kalau masih belum nampak hasilnya.

 

Jadi anda yang belum daftar akaun dengan ToneXpress tu, jangan tangguh lagi. Meh daftar akaun ToneXpress anda disini sekarang!

 

Jomlah kita sama-sama kumpul komisyen 😀

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: