Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Contoh Soalan Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41

October 26, 2014 by sabree hussin 15 Comments

Sekiranya anda terpilih sebagai salah seorang calon bagi menduduki peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik, PTD M41, sila semak laman web rasmi Panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik untuk mendapatkan tips, teknik, dan updates terbaru mengenai peperiksaan tersebut.

Anda dah bersedia nak jawab soalan pada 1 November nanti?

Bagaimana dengan persiapan anda untuk menghadapi peperiksaan kali ini? Adakah anda berkeyakinan untuk menjawab soalan peperiksaan yang bakal ditanyakan nanti?

Beberapa hari kebelakangan ni, saya perasan ada satu keratan akhbar dikongsikan oleh kenalan di Facebook berkaitan dengan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik.

pegawai_tadbir_diplomatik_keistimewaan

Dalam artikel berjudul PTD diminati lulusan universiti penulis ada membincangkan 5 skop yang membuatkan jawatan ini menjadi rebutan para lulusan universiti.

Walaubagaimanapun, bukan sahaja mereka yang baru sahaja graduasi, malahan mereka yang telah graduasi 3 – 5 tahun yang lalu turut mengidam-idamkan untuk mendapatkan peluang bagi mendapatkan jawatan ini.

Bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik, PTD

Secara umumnya, antara tugas yang perlu dilaksanakan oleh seorang PTD termasuklah merancang, menggubal dan melaksana dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan dan ekonomi.

Pegawai itu juga perlu menjalankan urusan pentadbiran dan pembangunan wilayah, daerah, tempatan, tanah, perancangan dan pentadbiran sosial.

Selain itu, seorang PTD terbabit tugas lebih mencabar meliputi hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negara, keselamatan, pertahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Apa yang menarik, PTD juga diberi peluang untuk berkhidmat sebagai pegawai di Kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di luar negara.

 

4 Kelebihan POPULAR yang menjadikan jawatan PTD ini diminati

Dalam satu artikel yang dikongsikan diinternet, rupa-rupanya jawatan PTD ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Sekurang-kurangnya terdapat 4 keistimewaan yang tak terdapat pada jawatan dalam perkhidmatan awam yang lain, iaitu

1) Peluang yang CERAH untuk NAIK PANGKAT – Boleh jadi kerana bidang tugas dan pendedahan yang diterima oleh mereka yang menyandang jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik, PTD M41 menjadikan mereka seorang yang berpengetahuan dan berpengalaman untuk menyandang jawatan yang lebih baik.

Bukan sesuatu yang aneh dan menghairankan apabila seseorang yang pernah menyandang jawatan PTD berjaya naik pangkat selepas 3 tahun berkhidmat.

2) Boleh tukar jabatan atau kementerian lain – Mereka memang fleksibel. Salah satu sebabnya boleh jadi kerana bidang tugas mereka yang sedikit berbeza berbanding jawatan-jawatan lain.

3) Banyak terlibat dengan kerja-kerja luar – sama ada untuk menghadiri mesyuarat, lawatan kerja dan sebagainya. Ini secara tak langsung membuka peluang kepada Pegawai Tadbir Diplomatik untuk menuntut elaun perjalanan dan elaun-elaun berkaitan.

Ini bermakna, lagi banyak urusan luar yang perlu dihadiri, maka lagi tinggi elaun yang boleh dituntut.

elaun_untuk_pegawai_tadbir_diplomatik

4) Bidang tugas PTD mirip bidang tugas seorang CEO jika di syarikat swasta – Ini secara tak langsung memperlihatkan jawatan ini lebih berprestij!

 

Baiklah… itu cerita kalau anda dah jadi seorang PTD dan dah berjaya dapat jawatan ini. Namun hakikatnya, jika anda sedang membaca artikel ini, anda sebenarnya baru nak ambil exam… So, perjalanan anda masih jauh, dan selepas exam tu nanti, hanya ada dua pilihan sahaja, sama ada anda lulus atau gagal peperiksaan online Pegawai Tadbir & Diplomatik.

panduan_peperiksaan_pegawai_tadbir_diplomatik

Dapatkan Panduan Untuk Membantu Anda LULUS Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik, PTD M41

Tak ada orang yang nak jawab exam semata-mata untuk gagal.

Malahan, sepatutnya istilah gagal tak sepatutnya wujud. Sebagai calon, anda juga tak sepatutnya mempertimbangkan untuk gagal dalam peperiksaan ini.

Lihat apa jadi pada calon PTD sebelum ini yang telah mendapatkan panduan lulus peperiksaan PTD seperti ini. Klik sini

Apa yang anda perlu tahu tentang peperiksaan online kali ini?

1) Jumlah sebenar calon adalah berpuluh-puluh ribu orang! – Peperiksaan online dijalankan bagi memberi peluang kepada lebih ramai calon untuk diuji sebelum diterima masuk bagi menjawat jawatan PTD ini. Jika dulu, bilangan calon tak seramai sekarang ni kerana kekangan dari segi menyediakan dewan peperiksaan.

2) Anda perlu bersaing dengan berpuluh ribu calon – Sebahagian daripada calon telah membeli pakej rujukan pegawai tadbir diplomatik ini. Jika anda masih belum memiliki panduan ini, anda dah KALAH sebelum melangkah masuk ke sesi peperiksaan.

3) Sistem online mungkin akan congested – Ini antara pengalaman peperiksaan online yang lepas. Sistem menjadi congested apabila terlalu ramai akses pada satu masa dan serentak. Anda mungkin akan rugi masa untuk tunggu web browser anda selesai loading.

4) Ramai yang tak tau bentuk soalan – Anda tak perlu risau dengan macam mana nak cari jawapan apabila anda dah jelas bagaimana bentuk soalan yang bakal ditanyakan.

5) Ramai yang tak ada panduan dan nota ringkas – Percayalah! Anda pasti akan memerlukan nota ringkas ini ketika menjawab soalan nanti. Dengan masa yang suntuk, anda perlukan rujukan segera untuk menjawab soalan peperiksaan nanti.

Saya pasti pada waktu tu anda tak akan ada masa nak baca web, atau nak baca buku-buku tebal semata-mata nak jawab satu soalan. Jadi, anda memang perlu anda senjata khas anda sendiri.

pakej_gerenti_lulus

Jaminan dari Tim Info Kerjaya

Saya tahu…

1. Anda memerlukan panduan untuk membantu anda membuat persediaan bagi menduduki peperiksaan ini

2. Anda khuatir pelaburan anda untuk mendapatkan panduan ini tak berbaloi

3. Anda takut tertipu

4. … dan macam-macam lagi yang bermain di fikiran anda.

Saranan saya…

Selepas anda mendapatkan panduan ini, dan anda dapati ia langsung tak membantu anda, anda dapatkan jaminan wang balik dari Tim Info Kerjaya ini.

jaminan_tim_info_kerjaya

Dengan ini, anda pasti berpuas hati dan pembelian anda dilindungi oleh pihak Tim Info Kerjaya.

In Shaa Allah, dengan adanya panduan ini, anda pasti dapat mengharungi dan menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan meningkatkan kebarangkalian untuk lulus peperiksaan ini berbanding calon lain.

Bagaimana nak muat turun panduan peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik ini?

Mudah sahaja. Anda hanya perlu klik sini.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Set Soalan Latih Tubi Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41
  2. Promosi Panduan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam Gred W27
  3. RAHSIA Lulus Cemerlang Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27
  4. Beza Antara Ebook Buat Duit Dengan FB Group Di Pasaran

Filed Under: Karier & Kerjaya Tagged With: bidang tugas pegawai tadbir diplomatik, contoh soalan pegawai tadbir diplomatik, pegawai tadbir diplomatik, peperiksaan online pegawai tadbir diplomatik

Comments

  1. blogger lelaki says

    October 26, 2014 at 12:33 pm

    semoga menjadi panduan berguna untuk calon PTD semua

    Reply
    • sabree hussin says

      October 27, 2014 at 3:13 pm

      Harap-harap calon dapat manfaatkan panduan ni dengan sebaik-baiknya la

      Reply
  2. Abdfatah says

    October 26, 2014 at 5:54 pm

    Debaran ptd.. Maka buat persediaan secukupnya utk tempur ptd..

    Reply
    • sabree hussin says

      October 27, 2014 at 3:13 pm

      Masa dah begitu singkat nak buat persediaan ni 🙂

      Reply
  3. Miracle Vitamins says

    October 27, 2014 at 8:00 am

    Dulu bercita-cita juga nak jadi PTD ni

    Reply
    • sabree hussin says

      October 27, 2014 at 3:14 pm

      Adakah skarang ni cita-cita tersebut telah pun dicapai?

      Reply
  4. ohcikgu says

    October 27, 2014 at 7:55 pm

    harapnya soalan tahun ini mudah skit.

    mudah sikit bini gua lepas. haha

    Reply
    • sabree hussin says

      October 27, 2014 at 8:18 pm

      Kalau senang nanti ramai pulak yang lulus hhe

      Reply
  5. myrujukan says

    October 27, 2014 at 9:55 pm

    setiap kali peperiksaan PTD, pasti jumlah calon peperiksaan sangat ramai, ini menunjukkan ramainya yang memohon jawatan ini

    Reply
    • sabree hussin says

      October 28, 2014 at 11:40 am

      Maka benarlah tajuk akhbar tu, jawatan PTD ini memang digemari

      Reply
  6. abdfatah says

    October 28, 2014 at 8:19 am

    buat ulangkaji dengan sebaiknya…

    Reply
  7. Lizz says

    October 30, 2014 at 8:00 pm

    dapat jugak email suruh amik exam online PTD ni tapi macam malas je. soalan dia susah. huhuhuhu

    Reply
    • sabree hussin says

      October 31, 2014 at 2:32 am

      Boleh malas pulak hhe orang lain ramai yang tak dapat tau

      Reply
  8. Abdfatah says

    November 2, 2014 at 12:31 am

    Selesai sudah cabaran ptd dan exam ptd. Bleh teruskan utk sesi panduan temuduga pulak… Ada sambungan cabaran tak utk temuduga neh?

    Reply
    • sabree hussin says

      November 2, 2014 at 11:24 pm

      Boleh sambung yang temuduga kerajaan tu hhe saingan sangat tinggi

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?
  • 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online
  • Cara TERBAIK menguruskan tempahan perniagaan homestay anda

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in