Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Cermin Mata Terapi Pin Hole Terbaik sebagai ikhtiar mengurangkan masalah rabun dan silau

October 7, 2015 by sabree hussin 8 Comments

Sekitar tahun 2014, adalah kali pertama saya berpeluang untuk melihat sendiri dan merasai pengalaman memakai cermin mata terapi khusus untuk merawat masalah rabun dan silau. Pada mulanya, memang kurang percaya. Tak kan lah cermin mata macam ni boleh sembuhkan masalah rabun?

 

Tak apa. Saya cuba sendiri. Lagipun pada masa tu, salesman cermin mata ni memang bagi saya peluang untuk test cermin mata ni. Ya beliau memang cukup yakin dan begitu pasti, masalah rabun dan silau yang saya hadapi boleh diatasi dengan menggunakan terapi cermin mata jenis pin hole ini.

 

cermin_mata_pulihkan_rabunBeginilah rupa bentuk cermin mata yang dimaksudkan. Kalau anda semua masih ingat, satu masa dulu, cermin mata seperti ini memang begitu top di Malaysia.

 

Biasa dengar cermin mata Ibnu Sina? Cermin mata yang direka khusus untuk merawat dan memulihkan masalah rabun dan silau. Ha… inilah bendanya.

 

Seperti yang anda boleh lihat, dibahagian kanta ada banyak lubang-lubang halus, yang kita panggil sebagai pin hole. Kalau anda nak tahu, sekarang ni sebenarnya cermin mata seperti ini ada macam-macam jenis dan design telah dihasilkan. Malahan, ada banyak juga syarikat yang telah mengeluarkan cermin mata seperti ini.

 

… dan kalau nak kata dari segi harga, ehem… kalau pandai cari, nak dapatkan yang harga bawah RM20 pun boleh!

 

Pengalaman saya testing cermin mata pin hole

Alright, saya nak sambung sikit alkisah saya testing cermin mata ni. Saya ingat ada la dalam 10 minit saya test cermin mata ni. Mula-mula pakai memang terasa pening. Maklumlah, mata masih tak biasa dengan pemakaian cermin mata macam ni. Tapi sekejap je terasa pening tu. Dalam 2 – 3 minit lepas tu, dah tak rasa pening.

 

Kemudian saya cuba untuk melihat menerusi pin hole yang terdapat pada kanta cermin mata terapi ni. Awal-awal, memang kabur. Pada kanta cermin mata ini terdapat banyak pin hole atau lubang-lubang halus dan ketika si pemakai menggunakan cermin mata ini, mata akan cuba untuk fokuskan pada salah satu lubang-lubang kecil itu tadi. Memang terasa, otot-otot kat bahagian mata bekerja keras untuk dapatkan fokus yang terbaik bagi menghasilkan pemandangan yang terbaik jugak.

 

Dalam masa 10 minit tu, akhirnya mata saya dapat adjust dan saya mula dapat biasakan diri memakai cermin mata ini. Saya test untuk baca buku sambil pakai cermin mata terapi ini. LULUS. Boleh baca buku tanpa sebarang masalah, and saya dapati, tulisan yang saya baca makin lama makin jelas. Mungkin sebab mata pada waktu tu sedang cuba untuk menyesuaikan diri. Jadi, makin lama pandangan makin terang.

 

Sayangnya, waktu tu saya tak beli cermin mata ni. Bukan sengaja tak nak beli… tapi memang tak dapat nak beli. Tak ada bajet nak beli cermin mata ni. Harganya pun boleh tahan jugak pada waktu. Kiranya, kalau saya paksa diri pergi beli pada waktu tu, memang saya akan lari bajet. Kembali menyusahkan saya semula… oh tidak.

 

Rupa-rupanya, mata kita juga perlukan senaman!

Ya saya baru tahu benda ni. Walaupun masa sekolah dulu, saya ada ambil matapelajaran biologi, entah macam mana, bila diterangkan pada saya tentang mata juga ada exercise yang perlu dilakukan, saya jadi agak… wa… nampak sangat saya ni tak berapa fokus masa dalam kelas dulu.

 

Bagaimana cermin mata terapi jenis Pin Hole dapat membantu merawat masalah rabun dan silau?

Selama ini, saya fikir masalah rabun dan silau adalah masalah yang memang tak ada jalan penyelesaiannya. Once mata kita dah kena masalah rabun, that’s it. Dah tak ada lagi peluang untuk sembuh. Maka bermulalah saat dimana kita kena selalu jumpa doktor mata dan kena selalu tambah power pada speck kita.

 

Sebenarnya masalah rabun dan silau ini boleh diatasi.

 

cermin_mata_terapi_pinhole1

Penggunaan Cermin mata terapi Pin Hole akan memperbaiki ketajaman imej, dan mendorong otak untuk mencari titik fokus yang tepat.

 

Dalam proses ini, otot mata akan lebih digunakan yang menghasilkan kesan seperti sedang melakukan senaman. Penggunaan yang kerap dapat membantu mata dalam mencari fokus yang betul.

 

Mereka yang menggunakan cermin mata terapi pin hole ini secara kerap juga dikatakan akan memperolehi tahap penglihatan yang 10% – 20% lebih baik.

 

Apa lagi keistimewaan dan kelebihan penggunaan cermin mata pin hole seperti ini?

1. Menyelesaikan masalah rabun sama ada rabun jauh (Hyperopia), rabun dekat (Myopia) dan juga masalah penglihatan yang berpunca daripada peningkatan usia (Presbyopia)

 

2. Untuk mereka yang kerap merenung skrin komputer semasa bekerja pun digalakkan untuk menggunakan cermin mata ini. Mereka yang bekerja menghadap skrin komputer cenderung untuk menghidapi masalah silau. Jadi penggunaan cermin mata terapi pin hole ini secara berterusan boleh memperbaiki masalah tersebut.

 

3. Terapi menggunakan kaedah ini adalah semula jadi! Tak perlu buat pembedahan laser, tak perlu guna ubat titik dan sebagainya. Hanya gunakan cermin mata ini dan boleh buat kerja macam biasa. Cuma tak digalakkan anda buat kerja-kerja luar seperti memandu sebab penggunaan cermin ini akan mengurangkan jarak penglihatan.

 

Anda minat nak dapatkan cermin mata pin hole ni?

Oh ya sekarang ni anda boleh pilih macam-macam design mengikut citarasa anda.

cermin_mata_pinhole

 

 

Ada juga pelbagai pilihan warna yang anda boleh pilih.

 

Klik sahaja link ini dan anda boleh pilih sendiri, mana satu yang berkenan dihati. Harganya juga tidaklah mahal.

 

Mana tahu, lepas ini anda dah tak perlu lagi bergantung harap pada cermin mata dan juga contact lenses.

 

Semuanya hanya dengan ikhtiar menggunakan cermin mata terapi pin hole yang harganya juga tidaklah semahal mana!

 

Jom perbaiki penglihatan mata kita.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Bagaimana Anda Atasi Masalah Hasilkan Jualan?
  2. 5 Masalah berkaitan pemasaran online yang boleh diselesaikan dengan bantuan Fiverr.com
  3. Bagaimana cara TERBAIK untuk guna sistem SamsengFB?
  4. Ini Cara Terbaik Memulakan Aktiviti Blogging Pada Tahun 2014

Filed Under: Produk Tagged With: cermin mata anti rabun, cermin mata pin hole, cermin mata rawat rabun, cermin mata terapi rabun dan silau

Comments

  1. khairul says

    October 9, 2015 at 11:50 am

    waaa….agak terkejut masuk web lazada tu..memang betul bawah rm20..
    pernah try juga dulu (testing la, bukan beli) dan memang ada kesan dia..penglihatan memang baik. itu baru testing..kalau rutin pakai rasa memang boleh baik juga mata ni..tapi sama la waktu salesman tu datang nak beli adoi, mahal… boleh la try beli cermin mata ni kat lazada walau tak pernah beli kat sana..huhu

    Reply
    • sabree hussin says

      October 9, 2015 at 12:35 pm

      Dulu memang mahal produk ni. Mungkin sebab waktu tu, produk masih baru. Sekarang, kalau nak bandingkan dengan harga dulu, kalau nak borong pun boleh.

      Reply
  2. Ibu Zarith says

    October 10, 2015 at 1:24 am

    Uish dulu beli dalam rm 60 kot kalau tak silap, tapi lepas tu tak guna pun sebab berebut dengan anak-anak huhu

    Reply
  3. rujukan says

    October 10, 2015 at 7:16 pm

    dulu aku ada juga rasa nak beli tp xjadi sebab mahal,skrg nmpk dah murah

    Reply
  4. cik tom says

    October 28, 2015 at 6:09 pm

    menarik..ciktom agak ketinggalan..first time dengar..hehe…boleh beli jugak sbb mata memang rabun… 🙂

    Reply

Trackbacks

  1. Cara yang betul-betul mudah nak buat duit online says:
    October 14, 2015 at 10:54 am

    […] Zaman sekarang ni kan zaman teknologi. Kita nak beli belah pun senang sekarang ni. Cakap je apa barang anda nak beli. Anda ada masalah rabun dekat atau rabun jauh? Ha… solution dia simple je, dapatkan dan pakailah Cermin mata anti rabun.  […]

    Reply
  2. Buat cermin mata untuk masalah rabun silau - Sabree Hussin Dot Biz says:
    July 20, 2016 at 3:28 pm

    […] Klik untuk baca: Cermin Mata Terapi Pin Hole Terbaik sebagai ikhtiar mengurangkan masalah rabun dan silau […]

    Reply
  3. Harga cermin mata bagi masalah silau - Sabree Hussin Dot Biz says:
    October 14, 2018 at 7:08 pm

    […] Klik untuk baca: Cermin Mata Terapi Pin Hole Terbaik sebagai ikhtiar mengurangkan masalah rabun dan silau  […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Strategi menetapkan kadar sewa yang kompetitif untuk bisnes homestay
  • Perbezaan antara homestay dengan guesthouse
  • Jom Kenali Profil Pelanggan Kedai Runcit Mengikut Lokasi
  • Tips menjalankan bisnes kedai runcit yang berjaya
  • Kerja Part Time sebagai penulis blog boleh dapat income RM100 – RM500 setiap bulan

Recent Comments

  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • rujukan on Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • faizal mohamad on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in