Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Promosi penghantaran PERCUMA sempena bulan Oktober 2015

October 15, 2015 by sabree hussin Leave a Comment

Penghantaran PERCUMA untuk pembelian produk-produk terpilih.

 

Bila kita buat sebarang pembelian secara online, salah satu kos yang perlu kita lihat adalah kos penghantaran. Kos penghantaran ini akan menyebabkan pembelian kita jadi lebih mahal daripada harga yang dipaparkan.

 

Adakalanya, penjual yang berbeza akan menetapkan kos penghantaran yang berbeza juga. Ada juga sesetengah penjual yang buat duit melalui caj penghantaran.

 

Contohnya caj penghantaran jika menggunakan perkhidmatan dari pos laju bagi barangan yang beratnya kurang dari 500 gram ialah RM6 sahaja. Namun begitu, sesetengah penjual akan letakkan kos penghantaran kepada RM10, kerana bagi dia caj penghantaran adalah termasuk kos-kos seperti upah pembungkusan, petrol ke pejabat pos dan juga kos parking.

 

Baiklah itu cerita peniaga kecil-kecilan secara online. Kali ini saya nak ceritakan tentang promosi penghantaran percuma sekiranya anda membuat pembelian di laman web ini.

free_delivery_lazada

Untuk bulan Oktober ni, promosinya adalah promosi penghantaran secara PERCUMA.

 

Sekurang-kurangnya terdapat 600++ produk yang termasuk dalam promosi ni… dan daripada banyak-banyak produk tu, adalah beberapa produk yang menarik perhatian saya. Antaranya…

[Read more…]

Filed Under: Produk Tagged With: lazada oktober, pengisar ajaib, servis penghantaran percuma

Cara buat duit dengan Shaklee tanpa perlu jadi ahli?

October 11, 2015 by sabree hussin 11 Comments

Jenama Shaklee adalah satu nama besar dalam industri network marketing berasaskan makanan kesihatan dan supplemen tambahan yang saya percaya dah tak perlu diperkenalkan lagi. Malahan, ahli dan pengguna Shaklee banyak juga daripada pelbagai latar belakang. Ada doktor, jurutera dan saya perhatikan ramai juga pengamal perubatan serta golongan profesional yang mengesyorkan produk-produk dari Shaklee sebagai makanan tambahan.

 

Ini adalah jenama yang dipercayai dan mempunyai reputasi dan prestasi yang baik. Ada banyak syarikat kat luar sana yang menawarkan pelbagai produk-produk kesihatan, namun dari segi keyakinan saya lihat Shaklee lebih dipercayai.

logo_shaklee

 

Memandangkan ramai juga rakan-rakan penulis blog yang menjadikan Shaklee sebagai bisnes sampingan (ada juga bisnes utama) sesekali buatkan saya tergerak hati untuk sama-sama jadi pengedar macam mereka. Banyak yang saya lihat, mereka menggunakan kaedah pemasaran yang memang saya dah sedia maklum macam mana cara pemasarannya.

[Read more…]

Filed Under: Produk Tagged With: buat duit dengan shaklee, buat duit dengan shaklee percuma, keahlian shaklee percuma, senarai produk shaklee

Cermin Mata Terapi Pin Hole Terbaik sebagai ikhtiar mengurangkan masalah rabun dan silau

October 7, 2015 by sabree hussin 8 Comments

Sekitar tahun 2014, adalah kali pertama saya berpeluang untuk melihat sendiri dan merasai pengalaman memakai cermin mata terapi khusus untuk merawat masalah rabun dan silau. Pada mulanya, memang kurang percaya. Tak kan lah cermin mata macam ni boleh sembuhkan masalah rabun?

 

Tak apa. Saya cuba sendiri. Lagipun pada masa tu, salesman cermin mata ni memang bagi saya peluang untuk test cermin mata ni. Ya beliau memang cukup yakin dan begitu pasti, masalah rabun dan silau yang saya hadapi boleh diatasi dengan menggunakan terapi cermin mata jenis pin hole ini.

 

cermin_mata_pulihkan_rabunBeginilah rupa bentuk cermin mata yang dimaksudkan. Kalau anda semua masih ingat, satu masa dulu, cermin mata seperti ini memang begitu top di Malaysia.

 

Biasa dengar cermin mata Ibnu Sina? Cermin mata yang direka khusus untuk merawat dan memulihkan masalah rabun dan silau. Ha… inilah bendanya.

 

Seperti yang anda boleh lihat, dibahagian kanta ada banyak lubang-lubang halus, yang kita panggil sebagai pin hole. Kalau anda nak tahu, sekarang ni sebenarnya cermin mata seperti ini ada macam-macam jenis dan design telah dihasilkan. Malahan, ada banyak juga syarikat yang telah mengeluarkan cermin mata seperti ini.

 

… dan kalau nak kata dari segi harga, ehem… kalau pandai cari, nak dapatkan yang harga bawah RM20 pun boleh!

[Read more…]

Filed Under: Produk Tagged With: cermin mata anti rabun, cermin mata pin hole, cermin mata rawat rabun, cermin mata terapi rabun dan silau

5 Kegunaan Screen Divider yang anda juga mungkin tak tahu sebelum ni

July 28, 2015 by sabree hussin Leave a Comment

Sebelum nak cerita panjang-panjang tentang topik screen divider ni, pertama sekali kenalah tanya dulu…

“Adakah anda tahu, apa itu screen divider?”

 

Susah juga kalau cerita bagai nak rak, alih-alih orang tak faham dan tak boleh nak bayangkan pun, apa benda sebenarnya screen divider tu. Screen divider ni perkataan Inggeris. Saya pun tak berapa pasti, kalau dalam bahasa melayu, apa nama benda ni. Mungkin orang kita panggil benda ni pembahagi ruang kot. Betul ke?

 

Tak apa, biar saya tunjukkan je gambarnya. Biar pembaca dan pelawat blog ni senang nak faham dan boleh bayangkan apa benda yang sebenarnya saya tengah cerita ni.

 

screen_divider_pembahagi_ruang_bilik

Inilah benda yang saya tengah ceritakan. Ha macam mana? Biasa nampak tak benda ni? Atau sebenarnya anda memang biasa nampak cuma selama ni tak ambil kisah sangat pun pasal kegunaan benda ni. Memandangkan baru-baru ni saya extra rajin dan ada buat bacaan tentang barang ni, jadi saya nak kongsikan antara 5 kegunaan screen divider yang anda juga mungkin baru tahu.

[Read more…]

Filed Under: Produk Tagged With: kegunaan screen divider, pembahagi ruang, screen divider

Powerbank jenama Pineng untuk smartphone anda

July 20, 2015 by sabree hussin Leave a Comment

Orang yang ada smartphone belum tentu ada Powerbank. TETAPI, kalau orang tu ada PowerBank gerenti dia ada smarphone.

 

nokia_1280_torchlight Handphone sekarang ni, makin canggih, makin smart, tapi makin cepat habis bateri pulak. Saya ada dua handphone, dan salah satu handphone saya ialah handphone Nokia jenis ada torchlight tu. Nokia 1280 macam yang kat sebelah ni.

 

Harga pasaran untuk handphone jenis ni? MURAH je.

 

Tak sampai RM100 pun. Rata-rata orang jual handphone model ni dengan harga sekitar RM55 – RM109.

 

Ada perbezaan pun disebabkan oleh spesifikasi dan apa barang-barang percuma yang penjual tu nak bagi.

 

Saya tergerak hati nak pakai hanphone ni pun sebab untuk hal-hal kecemasan. Just in case terjadi. Benda-benda kecemasan ni memang kita tak mintak, tapi kalau nak jadi, dia jadi jugak. Cuba anda bayangkan, waktu tengah dalam kecemasan, tiba-tiba bateri phone habis pulak.

 

Nak call tak boleh. Nak sms tak boleh. Ini buatkan saya teringat masa peristiwa banjir besar di Kuala Krai. Terus terputus hubungan bila bekalan elektrik terputus. Apa tak nya, masing-masing pakai smartphone, dan smartphone ni faham-faham je la jangka hayat bateri dia boleh bertahan berapa lama sangat.

[Read more…]

Filed Under: Produk Tagged With: berapa harga powerbank pineng, powerbank jenama pineng, powerbank pineng

Adakah Anda Kurang Yakin Dengan Jobdirumah?

February 14, 2015 by sabree hussin 5 Comments

Program latihan bekerja dari rumah oleh Jobdirumah ini dibawakan oleh sebuah syarikat bernama Kliks Solution dan bernombor pendaftaran 001762546-A.

Program ini bukanlah program yang baru diperkenalkan pada tahun 2015 ni. Malahan program ini dah berada agak lama dipasaran.

Pelanggan mereka juga mungkin dah mencecah puluhan ribu orang.

buat_duit_dengan_jobdirumah

Saya antara salah seorang pelanggan yang pernah mendapatkan servis dari pihak mereka. Apa servis yang mereka sediakan?

Mereka membekalkan informasi tentang kekosongan peluang pekerjaan, seperti jurutaip, penulis, data entry dan sebagainya. Sepanjang saya melanggan perkhidmatan mereka, memang hari-hari saya dapat notification dari pihak Jobdirumah tentang kerja kosong yang masih HOT dan fresh sedia untuk di grab.

[Read more…]

Filed Under: Produk Tagged With: buat duit dengan jobdirumah, jobdirumah boleh percaya, review jobdirumah, taskv review

Adakah Jobdirumah Cuba Menipu Pelanggan-pelanggannya?

December 30, 2014 by sabree hussin 12 Comments

Jobdirumah.

Program latihan yang mengajar para pelanggannya strategi dan teknik sebenar bagaimana nak buat duit dari rumah. Sebut je nama program jobdirumah, saya percaya ramai yang tahu tentang program ini.

Malahan tak kurang ramainya yang pernah terfikir sama ada nak join atau tidak program latihan ini.

Biasalah… Hati berbelah bahagi. Konon-kononnya takut kena tipu, takut benda ni adalah skim penipu atau skim cepat kaya yang diada-adakan bagi mengeksploitasi sifat tamak haloba yang terdapat dalam diri setiap insan.

Padahal terang-terang dah dinyatakan, program jobdirumah adalah program latihan yang mengajar cara-cara buat duit dari rumah dengan memilih pekerjaan yang benar-benar membayar. Takut-takut, nanti anda tersalah pilih job. Kerja dah siap, tapi bayaran tak ada pulak.

Sebab itu anda perlukan panduan.

Dan panduan tersebut disediakan oleh Pihak Jobdirumah

buat_duit_dengan_jobdirumah

Tapi biasalah…

Orang masih tetap tak puas hati. Masih tetap nak bertanya, sama ada betul atau tidak Jobdirumah ini menawarkan peluang pekerjaan?

Jawapannya tidak!

[Read more…]

Filed Under: Produk Tagged With: hutang kad kredit, jobdirumah penipu, jobdirumah tipu

Minyak Wangi Kasturi Syifa’ Al-Muafi

April 29, 2014 by sabree hussin 2 Comments

Minyak wangi Kasturi Syifa Al-Mu’afi merupakan minyak wangi tanpa alkohol dan suci untuk kegunaan ibadah. Ianya dihasilkan dengan esktrak wangian bunga-bunga terpilih dan citrus.

kasturi, syifa, almuafi, haruman syifa, wangian almuafi

Wangian Al-Mua’fi ini telah dibacakan dan didoakan dengan :

  • 30 juzuk Al-Quran
  • Ayat-ayat syifa’
  • Ayat-ayat ruqyah
  • Al-Muawizat
  • Al-Asma’ul Husna
  • Doa-doa syifa’
  • Selawat Tajrijiyyah
  • Istighfar
  • Solat Hajat
  • Dan lain-lain

[Read more…]

Filed Under: Produk Tagged With: almuafi, haruman syifa, kasturi, syifa, wangian almuafi

Jam Tangan Flash RPM Speedometer Watch

April 26, 2014 by sabree hussin 1 Comment

Jam tangan flash RPM Speedometer ini mempunyai pelbagai warna seperti berikut:

jam-tangan-speedometer-pelbagai warna

Antara pilihan warna kegemaran dan memang hot untuk jam tangan speedometer ini ialah

Warna hitam

[Read more…]

Filed Under: Produk

  • « Previous Page
  • 1
  • 2

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Recent Comments

  • Vickki on Senarai pembekal dan contoh kertas kerja perniagaan kedai runcit
  • aaron hafix on Cara nak dapatkan kerja apabila menjadi seorang freelancer
  • Shila on Buat duit dengan Dropship: Panduan menjana pendapatan dengan dropship
  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in