Jom kita mulakan hari ini dengan semangat baru.
Hari ini adalah permulaan bagi sesuatu yang baru.
Apa yang berlaku di masa lepas, kita jadikan sebagai pengajaran, dan mana-mana yang buruk, yang menyakitkan hati, kita jadikan ia sebagai sempadan.
Hari ini, kita perbaharui niat, visi, dan misi kita untuk jadi seorang insan yang lebih berjaya berbanding hari-hari sebelum ini.
No more stress, no more laziness!
Ini juga bermakna, no more buat kerja yang sama, berulang-ulang kali, namun pada masa yang sama kita asyik mengharapkan sesuatu yang berbeza akan terjadi.
Ini masanya untuk kita jadi lebih realistik.
Kalau setiap hari, kerja kita asyik campur sirap dalam air dan tambah gula, maka hasilnya akan sentiasa air sirap. Ia tak akan berubah jadi fruit punch walaupun kita sering terbayang-bayangkan nak minum air fruit punch.
Kita kena buat sesuatu yang baru. Sesuatu yang lain sikit dari kebiasaan.