Kempen MYCYBERSALE datang lagi.
Sepanjang minggu ini, akan ada banyak tawaran-tawaran menarik dengan harga yang sangat menarik, yang anda tak akan dapat diluar sana. Ya, untuk mendapat tawaran harga diskaun sehingga 95%, anda hanya boleh dapatkan ia jika membuat tempahan secara online sahaja.
Rupa-rupanya ada terlalu banyak syarikat yang mengambil bahagian sempena jualan dan kempen #MYCYBERSALE ini dijalankan. Biasanya dalam kempen-kempen macam ni, saya cuma ambik perhatian pada kempen dan promosi yang dijalankan oleh dua buah syarikat sahaja.
(1) Lazada Malaysia
Sebenarnya pada hari-hari biasa, Lazada juga ada menawarkan diskaun sehingga 90% untuk beberapa produk terpilih. Anda boleh lihat di bahagian kategori Best Seller untuk melihat senarai produk yang dijual dengan harga diskaun sehingga 90%.
Walaubagaimanapun, sempena kempen #MYCYBERSALE 2016 ini, Lazada juga menawarkan produk tertentu dengan harga diskaun yang lebih tinggi, iaitu sehingga 95%. Mungkin ada beberapa produk yang anda memang nak beli sebelum ini, tetapi harganya mahal sangat, atau diluar bajet anda, namun sempena kempen #MYCYBERSALE anda boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah.