Jodoh dengan program affiliate Klikjer masih ada lagi nampaknya. Harap-harap jodoh ni akan kekal berpanjangan sampai bila-bila.
Sekarang ni, pendapatan dari program affiliate klikjer ni, dah jadi salah pendapatan yang penting dalam hidup saya. Income dari klikjer inilah yang saya gunakan untuk bayar bil-bil langganan internet.
Bila ada income dari Klikjer, setidak-tidaknya saya dah tak perlu risau nak cari duit mana untuk digunakan buat bayar bil TM Streamyx. Walaupun saya sebenarnya agak tak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan TM Streamyx, tapi nak buat macam mana, itu je yang boleh digunakan kalau dekat kawasan rumah saya ni.
Kadang-kadang terlintas juga dekat fikiran… “aku ni beli pakej internet siang je ke? Sebab bila malam je internet jadi sangat slow sampaikan nak buat kerja pun susah…”