Hanya dengan menekan satu butang klik, iklan yang memperkenal dan mempromosikan perniagaan anda dapat dilihat oleh beribu-ribu orang prospek yang berada di FB Group dan juga di laman-laman web forum. Apa pendapat anda? Hebat tak pemasaran sebegini?
Ia bukan sahaja mudah malahan ianya percuma. Sebagai contoh, pemasaran di laman web forum. Anda tidak dikenakan sebarang bayaran pun untuk menyertai forum. Untuk meninggalkan sebarang post di forum juga tak ada sebarang bayaran dikenakan. Free of charge.
Ok pemasaran di group atau FB Group mirip pemasaran di laman-laman web forum. Persamaan bagi kedua-dua medium ini ialah, ianya berkonsepkan pembinaan komuniti. Individu dari pelbagai latar belakang, tahap pendidikan, bidang pekerjaan berkumpul dalam satu tempat untuk membina satu komuniti yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Apakah yang buatkan mereka cenderung untuk membina komuniti seperti ini? MINAT. Mereka mempunyai minat yang sama. Walaupun bekerja dalam bidang yang berbeza, tetapi mereka mempunyai minat yang sama, iaitu minat memancing misalnya. Justeru, mereka akan luangkan masa untuk sertai laman-laman forum ataupun group tentang memancing ikan.
Adakah pemasaran menggunakan forum masih lagi relevan? Pada pendapat saya, selagi laman forum masih wujud, bermakna ianya masih lagi relevan. Bezanya mungkin dari segi trafik. Orang dah kurang akses ke forum yang mereka sertai, sebabnya pada hari ini, nampaknya laman media sosial dah mengambil alih tempat forum dalam senarai laman web pilihan orang kita.
Kita lupakan sejenak tentang laman web forum. Hari ini orang lebih ramai yang akan luangkan masa dalam group-group sama ada yang dibina di whatsapp, telegram ataupun FB Group.
Untuk melakukan kerja-kerja pemasaran di laman web seperti ini, penting untuk kita berpegang pada kod disiplin tertentu dan tidak melakukan kerja promosi dengan tergesa-gesa. Ini adalah group komuniti. Orang berkumpul kerana mereka mempunyai minat yang sama, bukannya sebab nak tengok iklan semata-mata.
Group apa sekalipun, kalau dalamnya hanya penuh dengan ayat-ayat iklan, semua orang akan mula rasa menyampah.