Pada tahun 2012, saya masih lagi bekerja sepenuh masa disebuah syarikat swasta di KL. Pada waktu tu, saya memang dah lama bergiat dengan kerja-kerja online marketing, dan sesekali saya akan terima beberapa job untuk penulisan artikel advertorial dari klien yang berminat. Setiap masa, saya terfikir… “sampai bila aku nak jadi kuli macam ni?”
Memandangkan pada awal bulan Mac 2012, perniagaan kedai runcit saya dah pun mula berjalan, saya jadi makin tak keruan. Pada waktu tu, kedai ni diuruskan oleh kakak saya yang berada di kampung halaman, iaitu di Klang. Saya nampak, kedai ini adalah salah satu “pintu” untuk saya keluar dari dunia korporat yang kadang-kadang sangat mengecewakan saya. Mungkin, jiwa saya bukannya dalam bidang tu.
Kadang-kadang tu, terlepas jugak dari mulut saya tentang hasrat saya nak berhenti kerja dan nak fokus pada bidang perniagaan. Bila terlalu stress dengan kerja di ofis, it is like I had enough of this shit!