“Teknik pengiklanan Advertorial ni berkesan ke untuk hasilkan jualan?” Ini adalah salah satu soalan PENTING yang perlu ditanyakan oleh seorang usahawan sebelum buat sebarang keputusan untuk gunakan sebarang kaedah pengiklanan. In fact, bukan advertorial sahaja, malahan jika anda guna FBAds, google adwords, dan sebagainya, soalan yang sama juga yang anda patut tanyakan.
Iklan berbayar, ia boleh jadi satu bentuk pelaburan yang menguntungkan, dan adakalanya ia boleh jadi satu perbelanjaan yang tak beri sebarang hasil. Saya pun pernah gunakan FBAds untuk iklankan perniagaan saya. Pernah jugak merasa duit tu hangus sebab langsung tak ada sales. Adakah saya perlu give up? Dah tentu tidak. Kalau iklan sebelum ni tak ada hasil, buat je iklan yang baru.
Advertorial: minyak wangi kasturi syifa’
Saya pernah jual produk ini menggunakan kaedah advertorial. Saya guna perkataan pernah sebabnya sekarang saya dah tak jual produk ni lagi. Ada masalah dengan supplier terdahulu, dan nak cari supplier yang baru pun agak susah sekarang ni. Tapi, saya masih lagi dapat prospek yang nak beli produk ni. Mesej ni saya terima sehari sebelum saya siarkan entri ini.
Sampai sekarang ni, saya masih lagi dapat mesej-mesej macam ni. Produk yang bagus, orang mesti akan cari walaupun kita dah tak buat promosi secara aktif. Gunakan satu artikel advertorial dah cukup memadai.