“Bagaimana cara untuk saya tahu sama ada saya akan berjaya apabila bekerja sendiri dari rumah kelak?”
Membuat keputusan untuk berhenti kerja sekarang lalu memilih untuk bekerja sendiri dari rumah adalah satu keputusan yang besar. Ia bakal mencorakkan perjalanan kehidupan anda di masa akan datang.
Sesetengah orang akan rasa berbelah bahagi apabila dihadapkan dengan pilihan ini. Maka tak hairanlah ramai yang lebih suka untuk menjadi Usahawan Makan Gaji berbanding berhenti kerja dan fokus untuk bekerja hanya dari rumah sahaja.
Tak ada siapa yang tahu sama ada anda akan berjaya atau tidak. Hanya anda yang tahu jawapannya. Walaupun kehidupan yang bakal anda lalui apabila bekerja sendiri kelak adalah sangat menyeronokkan, namun ia bukannya seronok setiap masa.
Ada ketikanya anda juga akan berdepan dengan cabaran yang tidak disangka-sangka. Ironinya ialah, kebanyakkan cabaran yang bakal anda lalui hampir kesemuanya berkaitan dengan isu kewangan.
Justeru, untuk mengetahui sama ada anda akan berjaya atau tidak dalam perjalanan anda sebagai seseorang yang ingin bekerja sendiri dari rumah, persoalan pertama yang perlu anda jawab ialah, adakah anda mempunyai kedudukan kewangan yang baik untuk berhenti kerja sekarang dan fokus pada kerja-kerja yang boleh dilakukan dari rumah?