Carta Top 10 Affiliate Klikjer – Oktober 2017

by sabree hussin on November 8, 2017

in Pemasaran Affiliate

Bulan lepas, saya tak berjaya tersenarai sebagai salah seorang top 10 Affiliate Klikjer.

Baca juga: Carta Top 10 Affiliate Klikjer – September 2017

 

Alhamdulillah, bulan Oktober 2017 ni, saya sekali lagi berjaya masuk dalam senarai. By the way, penting sangat ke tersenarai dalam carta top 10 ni? 

Bagi orang yang bekerja dalam bidang jualan, tersenarai dalam carta top 10 atau top 5, atau menjadi yang teratas adalah sesuatu yang SANGAT PENTING. Pencapaian kita diukur berdasarkan kepada berapa banyak yang berjaya kita jual.

 

Itulah KPI kita.

 

WAJIB buat jualan. Bidang jualan ini, kena bersaing.

 

Pertama, kita bersaing dengan diri kita sendiri. Tanyakan pada diri, adakah prestasi kita pada bulan ini, adalah lebih baik berbanding bulan sebelumnya? Adakah usaha yang kita berikan adalah lebih baik berbanding usaha pada bulan-bulan sebelumnya?

 

Selepas bersaing dengan diri kita sendiri, seterusnya kita perlu bersaing dengan ejen atau jurujual-jurujual yang lain pula.

 

Adakah kita telah menggunakan strategi pemasaran yang lebih baik dan berkesan berbanding pesaing kita? Hanya apabila kita berjaya menggunakan strategi pemasaran yang lebih baik berbanding pesaing kita, barulah kita akan berjaya hasilkan jualan.

 

Suka ataupun tidak, dalam bidang jualan ni, memang kena bersaing.

 

Ada ke cara untuk elakkan persaingan? Saya berpendapat, tiada cara. Persaingan adalah sesuatu yang lumrah dalam bidang jualan.

 

Namun, ada cara untuk menang dalam persaingan tersebut. Contohnya macam kita gunalah kaedah yang unik, yang lain dari yang lain, supaya pelanggan lebih suka berurusan dengan kita berbanding dengan orang lain.

 

Ataupun, kalau pesaing kita gelanggangnya adalah di Facebook, maka kita gunalah gelanggang yang berbeza. Contohnya, kita gunakan laman carian google untuk buat pemasaran.

 

Persaingan itu memang tak dapat dielakkan. Namun, ada cara untuk kita mendapat kelebihan supaya menang dalam persaingan. Cubalah kenalpasti, dimana kekuatan kita, dan bersainglah dari sudut dimana kita paling kuat.

 

Tak kan tak ada langsung?

 

Kalau memang langsung tak ada yang bagus, tak ada yang kuat, maka kenalah buat sesuatu supaya kita ada sesuatu yang kita boleh jadi bagus. Sampai bila nak bagi alasan…

Aku tak pandai la nak buat benda ni…

Aku tak berapa reti nak buat sekian sekian…

 

Servis promosi link affiliate klikjer

Pemilik id lovechaos86 sebenarnya adalah pelanggan saya. Dia ni langgan servis advertorial dari saya.

klikjer_homepage

Sejak dia daftar untuk join program affiliate klikjer ni, dia memang langsung tak pernah buat sebarang promosi. Ya, langsung tak buat apa-apa.

 

Ini memang kategori tipikal individu yang nak buat duit online. Lepas dah daftar, akaun dah aktif, tak tau nak buat apa. Sudahnya, akaun terperam macam tu je, dan income dari affiliate program pun tak berjalan.

 

Tak lama lepas tu, dia dapatkan servis pemasaran dari saya. Dipendekkan cerita, untuk bulan Oktober 2017 ni, dia bukan sahaja berjaya dapat komisen affiliate yang pertama, malahan berjaya juga tersenarai sebagai top 10.

 

Ini buktinya.

Ya, saya memang sengaja mintak dia bagi sesalinan screenshot invois payment yang dia terima dari pihak klikjer. Dari rekod, memang semua trafik yang diterima adalah berpunca dari laman blog milik saya.

 

Saya tak dapat nak trace, adakah semua orang yang dapatkan servis iklan dari saya, akan dapat sales. Walaupun begitu, untuk keadaan tertentu, terutama sekali untuk mereka yang memang saya selalu follow up dan rajin update perkembangan dengan saya, saya tahulah sama ada mereka berjaya dapat jualan dan komisen atau tidak.

 

Jadi saya tahu, setidak-tidaknya tak sia-sia pelaburan yang mereka keluarkan untuk dapatkan servis pengiklanan dari saya.

 

Mereka yang berjaya dapat hasil, saya juga turut tumpang gembira. Apapun, saya doakan semoga pemilik id ini akan terus dapat komisen lagi dimasa-masa akan datang.

 

Baiklah, tu dulu yang saya dapat kongsikan tentang pencapaian para affiliate yang turut sama-sama mempromosikan produk-produk dari klikjer.

 

Saya doakan semoga rezeki kalian bertambah berlipat kali ganda.

 

 

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 11 comments… read them below or add one }

reezluv November 8, 2017 at 9:00 am

memang kepoweran sungguh. susah dah nak lawan.hehe..semua hebat-hebat belaka..:D

Reply

sabree hussin November 9, 2017 at 12:00 pm

Ala bro orang lama, kalau buat marketing all out, mesti kitorang ni tertinggal jauh

Reply

Suriya Majid November 9, 2017 at 1:05 am

wah hebat, tahniah tuan

Reply

sabree hussin November 9, 2017 at 11:42 am

Terima kasih 🙂

Reply

Lokmanamirul November 9, 2017 at 2:22 am

Tahniah tuan memang terbaik..

Reply

sabree hussin November 9, 2017 at 11:42 am

Terima kasih tuan Lokmanamirul

Reply

Abdul Nashar November 9, 2017 at 11:29 am

Alhamdulilah untuk pengetahuan en sabree bulan lepas iaitu bulan oktober 3 sale dan bulan ini (november) sudah ada 1 sale melalui servis tuan bagi produk dari klikjer

Reply

sabree hussin November 9, 2017 at 11:39 am

Alhamdulillah. Tahniah tuan. Saya tumpang gembira sebab tuan berjaya dapat sale

Reply

titan November 14, 2017 at 10:17 pm

dah slow sikit sekarang promosi klikjer.

tapi alhamdulillah, tetiap bulan, memang ada sales walaupun tak banyak dari klikjer.

kena rajin la lepas nih.

hoho

Reply

Lokman Hakim December 2, 2017 at 1:47 am

Tahniah tuan…semoga terus sukses!

Reply

sabree hussin December 6, 2017 at 6:19 pm

Terima kasih. Semoga tuan Lokman juga akan bertambah sukses

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: