Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Carta Top 10 Affiliate Klikjer – Jun 2017

August 1, 2017 by sabree hussin 19 Comments

“Kalau ada orang yang boleh berjaya buat duit dengan Program Affiliate Klikjer, maknanya aku pun boleh!”

buat-duit-dengan-program-affiliate-klikjer

Kita sama ada kena usaha dengan lebih gigih berbanding orang yang berjaya buat duit tu, atau setidak-tidaknya, kena berikan usaha yang sama banyak dengan orang yang dah berjaya.

 

Persoalannya ialah, kita tahu ke apa strategi yang orang tu gunakan untuk berjaya buat duit sebagai affiliate klikjer tu?

 

Kalau nak tahu, kena tanya. Tapi kena siap sedia untuk dengar jawapan yang mungkin kita sendiri akan rasa tak puas hati.

 

Lagipun, benda ni melibatkan strategi dan teknik pemasaran. Setiap orang mesti ada tekniknya yang tersendiri yang dijaga rapi dan kalau boleh tak nak ada sesiapa yang tahu.

 

Nanti kalau makin ramai yang tahu, makin banyak la pulak persaingan! Betul tak?

 

Ini dia screenshot carta top 10 affiliate klikjer bagi bulan Jun 2017.

program-affiliate-klikjer

Untuk bulan Jun 2017, saya sekali lagi berjaya masuk dalam carta top 10. Sebelum ini, saya juga pernah tersenarai dalam carta top 10 iaitu pada bulan May 2017.

Baca juga: Carta Top 10 Affiliate Klikjer – May 2017 

 

Tapi saya tak kisah nak cerita kat orang apa yang saya buat untuk dapatkan jualan dari program affiliate klikjer ni. In fact, saya sebenarnya cuma buat benda yang senang-senang je.

 

Saya ingatkan siap-siap, apa yang senang bagi saya, mungkin susah bagi orang lain. Ianya adalah perkara yang subjektif.

 

Sebelum saya nak cerita panjang lebar, saya nak cerita dulu tentang satu konsep yang anda perlu pegang apabila nak buat duit dengan program affiliate dan yang seumpama dengannya.

Baca juga: Boleh ke jana pendapatan pasif seumur hidup menerusi Program Affiliate?

 

“Fokus pada HASIL yang kita nak capai, bukannya pada alasan yang akan menjadi penghalang untuk kita capai hasil tersebut.” 

 

Kalau diikutkan, memang ada macam-macam penghalang untuk buatkan kita gagal dapat apa yang kita nak. Tapi bila difikirkan semula, adakah halangan-halangan ini adalah sesuatu yang real? … atau sebenarnya ia cuma alasan semata-mata.

 

Saya pun ada banyak alasan untuk tak berjaya buat sales langsung dari program affiliate klikjer ni. Contohnya

(1) Saya sibuk nak cari klien bagi mendapatkan khidmat advertorial saya

(2) Saya kena pergi ke event

(3) Saya nak balik kampung

(4) Saya nak pergi open house

… dan macam-macam lagi.

 

Kalau dilayankan, memang langsung tak ada hasil. Buat apa pun tak menjadi.

 

Jadi, apa yang saya buat untuk dapatkan sale dari program affiliate klikjer ni?

 

(1) Buat artikel promosi

Untuk setiap produk yang saya nak dapatkan jualan, saya akan tulis artikel yang mempromosikan produk tersebut. Satu artikel biasanya memang tak cukup. Ada artikel yang saya tulis khusus untuk mempromosikan produk tersebut. Saya guna teknik direct marketing.

Ada juga artikel yang saya tulis, indirectly saya promosikan produk tersebut.

Saya berpandangan, sebagai pembaca, mereka tak suka baca artikel yang terlalu direct untuk mempromosikan produk tertentu.

 

(2) Buat blog khas untuk promosikan produk tersebut

Memang penat sikit bila nak kena maintain dua tiga blog dalam satu-satu masa. Tapi, kalau benda ni proven memang menyumbang dan membantu untuk dapatkan sales, apa salahnya?

 

(3) Promosikan blog dan artikel

Ya, ini satu lagi step yang kena buat setiap masa. Tak boleh cuma duduk diam dan mengharapkan sale masuk dengan sendirinya.

 

Kebanyakkan sale yang saya perolehi datangnya dari blog. Bukan dari medium lain. Mungkin platform seperti fanpage dan juga twitter atau lain-lain media social ada memberi sumbangan, tetapi saya rasa impak lebih besar daripada hasil pemasaran menggunakan blog.

 

Baiklah.

 

Cukup itu dulu saya kongsikan dalam posting kali ini. Lain kali kita sembang lain pulak. Sepatutnya dalam masa beberapa hari dari sekarang, akan keluar lagi list carta top 10 affiliate klikjer bagi bulan Julai 2017 pulak.

 

Tengah menunggu ni.

 

Kalau ada pembaca blog ni yang nak join program affiliate klikjer, bolehlah daftar secara percuma sahaja disini.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Carta Top 10 Affiliate Klikjer – Ogos 2017
  2. Carta Top 10 Affiliate Klikjer – May 2017
  3. Carta Top 10 Affiliate Klikjer – Julai 2017
  4. Carta Top 10 Affiliate Klikjer – September 2017

Filed Under: Pemasaran Affiliate Tagged With: buat duit dengan klikjer, cara buat duit dengan klikjer, carta top affiliate klikjer, klikjer, komisen klikjer

Comments

  1. Abdul Nashar Bin Aminuddin says

    August 2, 2017 at 6:31 pm

    Tip dari saya
    1. Buat bukan tunggu ada ‘masa’
    Buat bagi ada ‘masa’
    2. Teruskan bertindak menulis

    Reply
  2. jie susanos says

    August 3, 2017 at 10:49 am

    terbaik bro sabree..

    komisen jie makin merudum plak…huhu

    Reply
    • sabree hussin says

      August 4, 2017 at 12:16 pm

      Komisen naik turun tu biasalah Jie. Ada masa komisen naik ada masa komisen turun.

      Reply
  3. anuar says

    August 3, 2017 at 11:14 pm

    Tahniah!!
    Sebab berjaya dapat kekalkan masuk dalam carta top 10 klikjer…

    Reply
    • sabree hussin says

      August 4, 2017 at 12:15 pm

      Terima kasih 🙂

      Reply
  4. Belang Tarung says

    August 4, 2017 at 10:19 am

    bukan top 10 tu top 5 tu huhu..terbaik ah…dah boleh buat tutorial video kat youtube ni berkenaan affiliate hehe

    Reply
    • sabree hussin says

      August 4, 2017 at 12:15 pm

      Ha3 saya tak pandai buat tutorial video. Baik serah kat orang lain yang lebih power 🙂

      Reply
  5. zik says

    August 4, 2017 at 6:50 pm

    memang perasan tiap bulan mesti ada nama bro.. top10..

    Reply
  6. mrhanafi says

    August 7, 2017 at 12:13 pm

    saya belum pernah masuk list yang terbaik..

    namun komisyen ada lah masuk dari pelbagai sudut dalam affiliate nie..

    saya sangat suka cara tuan Sabree yang tak lokek ilmu..

    kita hanya berusaha ..

    Pemberi rezeki adalah Allah SWT.

    sudah semestinya rezeki tak pernah salah alamat untuk orang yang berusaha dengan cara yang betul

    my 2 cent opinion.

    Reply
  7. JMR says

    August 8, 2017 at 1:58 pm

    tahniah bro! power ni

    Reply
  8. sensasi2020 says

    August 8, 2017 at 5:16 pm

    Tahniah bro Sabree Hussin. Saya pernah daftar di klikje tetapi tak pernah dapat sale atau income.

    Mungkin strategi saya tak betul. Sekarang biar begitu je…

    Reply
  9. reezluv says

    August 10, 2017 at 9:11 am

    memang makin power blog ni..ahaha..dah macam malas nak all out dah..biar je skrg ni

    Reply
  10. si bongkok says

    August 10, 2017 at 4:52 pm

    Perghh…lgsg tak pelik saya lihat carta tue..tp saya pelik kenapa abang sabree masih guna gear 1… 😀

    Ini mgkin taktikal2 luar biasa blogger berpengalaman seperti abang sabree..

    p/s: Tak PERNAH berjaya sampai top10 tapi berjaya gak laa dapat duit tepi utk bwk anak makan cendol tepi jalan…jadi laa kan abang sabree… 😛

    Reply
    • sabree hussin says

      August 10, 2017 at 11:33 pm

      Tak ada la taktikal sangat. Yang penting ada artikel promosi untuk keyword tertentu 🙂

      Reply
  11. Dedaun Comel says

    August 10, 2017 at 5:25 pm

    Terbaik.. Tahniah atas kejayaan dan usaha. Banyak lagi perlu saya belajar untuk masuk dalam top ten ni

    Reply
  12. rujukan says

    August 10, 2017 at 10:02 pm

    perghh terbaik bro, aku dah slow sangat ngan klikjer, sejak 2 bulan lepas hingga kini agak malas blogging, hehhee

    kena ambil mood dan rentak balik, apa pun tahniah bro

    Reply
    • sabree hussin says

      August 10, 2017 at 11:32 pm

      Nak kena buat team blogging balik kot, baru semangat naik balik 🙂

      Reply
  13. Asyraf Asri says

    August 15, 2017 at 11:50 am

    Kena belajar untuk dapatkan sales sehari 1 produk terjual sekurangnya.

    Reply
    • sabree hussin says

      August 15, 2017 at 8:41 pm

      Ya setuju.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in