Jodoh dengan program affiliate Klikjer masih ada lagi nampaknya. Harap-harap jodoh ni akan kekal berpanjangan sampai bila-bila.
Sekarang ni, pendapatan dari program affiliate klikjer ni, dah jadi salah pendapatan yang penting dalam hidup saya. Income dari klikjer inilah yang saya gunakan untuk bayar bil-bil langganan internet.
Bila ada income dari Klikjer, setidak-tidaknya saya dah tak perlu risau nak cari duit mana untuk digunakan buat bayar bil TM Streamyx. Walaupun saya sebenarnya agak tak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan TM Streamyx, tapi nak buat macam mana, itu je yang boleh digunakan kalau dekat kawasan rumah saya ni.
Kadang-kadang terlintas juga dekat fikiran… “aku ni beli pakej internet siang je ke? Sebab bila malam je internet jadi sangat slow sampaikan nak buat kerja pun susah…”
Disebabkan masalah internet ni, saya cuma boleh buat kerja-kerja pemasaran pada waktu siang sahaja. Kalau nak buat kerja waktu malam, adalah hampir mustahil.
Dari apa yang saya perhatikan, sambungan internet kat tempat saya, akan kembali laju pada jam sekitar 3 pagi. Cantik dah tu… sebabnya waktu-waktu macam tu, memang waktu produktif bagi saya. Saya lebih selesa kalau nak buat kerja pada waktu-waktu macam tu.
Tapi ada satu lagi halangan.
Seawal jam 6.20 pagi, saya perlu memandu lebih kurang 40KM untuk hantar isteri saya ke tempat kerja. Jalan di Kuala Lumpur ni, saya boleh sifatkan sebagai berbahaya. Lebih-lebih lagi pada waktu pagi.
Kalau tak berhati-hati, kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa. Waktu pagi ini, biasanya jalan dah mula sesak dengan kenderaan milik warga kota yang ingin menuju ke tempat kerja. Ada juga yang bermotosikal, yang menunggang secara berbahaya.
Saya perlu berada dalam keadaan paling cergas untuk memandu dengan baik dan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Kalau tidur lewat, sebab nak fokus pada kerja-kerja pemasaran, saya bimbang kalau-kalau ia akan menjejaskan kualiti pemanduan saya pada waktu pagi.
Masalah…
Biasalah tu kan. Semua orang ada masalah. Apa yang membezakan kita ialah, bagaimana kita menangani masalah tersebut. Masalah, kalau hanya disebut-sebut. ia tidak akan menyelesaikan apa-apa. Besar kemungkinan, kita akan rasa seolah-olah masalah tu seperti terlalu besar dan hampir mustahil untuk diselesaikan.
Sebaliknya, jika kita mengambil langkah proaktif, kita cuba atur jadual dan lakukan beberapa perubahan pada diri kita, dimana-mana bahagian yang perlu, In Shaa Allah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Apa pun, saya ingin tutup perkongsian saya ini dengan sceenshot carta top 10 affiliate klikjer bagi bulan Disember 2017 ini.
Kali ini, saya berada dalam tangga ke tujuh.
Kalau nak berada pada kedudukan yang lebih tinggi, saya perlu hasilkan lebih banyak jualan untuk pihak klikjer. Susunan ini, diatur mengikut berapa banyak sales yang berjaya dihasilkan.
Sesiapa yang minat nak bekerja dalam bidang jualan dan pemasaran secara online, memang cukup sesuai untuk sertai program affiliate ini. Boleh buat dari rumah sahaja, asalkan ada komputer dan sambungan internet.
Macam mana cara anda nak buat pemasaran, bila anda nak bekerja, itu semua terpulang kepada anda. Kerjalah ikut keselesaan dan kesesuaian masa anda.
Tak ada sesiapa yang akan paksa anda untuk bekerja. Rajin buat kerja pemasaran, In Shaa Allah akan dapat komisen. Kalau tak buat kerja, confirm tak dapat apa-apa.
Ok la…
Doakan saya dapat lagi komisen dari klikjer ya untuk bulan depan.
Leave a Reply