Cara TERBAIK Langsaikan Hutang Kad Kredit?

by sabree hussin on September 25, 2014

in Pemasaran Internet

Hutang kad kredit ni UNIK sebenarnya.

 

Setiap kali kita bayar hutang, kita masih boleh guna semula kad yang sama. Contohnya, waktu pagi kita buat bayaran RM150 untuk bayar hutang kad kredit, waktu malam kita boleh guna kad kredit yang sama untuk buat hutang yang baru.

 

Sebab tu hutang kad kredit ni lambat habis… dan mungkin bagi sesetengah orang, hutangnya tak akan habis dan tak akan selesai sampai bila-bila.

 

Ya.

 

Ada yang sampai dah meninggal dunia, tetapi hutang kad kredit berjumlah RM3,000 tetap tak surut dan tidak berjaya dilangsaikan!

hutang_kad_kredit

4 tahun 8 bulan!

Itulah tempoh masa yang diperlukan untuk anda menyelesaikan bayaran balik bagi hutang kad kredit anda yang berjumlah RM3,000 dengan anggapan

1. Anda cuma bayar minimum RM150 setiap bulan

2. Interest rate 18% setahun

3. Anda tidak lewat bayar

4. Anda tidak buat sebarang pembelian/transaksi tambahan menggunakan kad kredit yang sama

5. Tiada sebarang perubahan pada kadar interest

 

4 tahun 8 bulan. Itulah tempoh masa minimum yang diperlukan untuk anda habis bayar hutang kad kredit. Dalam kata lain, dalam tempoh masa ini juga anda akan jadi HAMBA BANK dan hidup dalam kegelisahan dan dibebani hutang.

 

Setiap bulan, hidup anda tidak tenang dek kerana memikirkan soal hutang yang tak surut dan asyik perlu bayar, bayar dan bayar. Suka ke hidup dalam keadaan macam ni? Sanggup ke jalani hidup macam ni hingga bertahun-tahun lamanya?

 

Ada tak cara terbaik untuk segera settlekan hutang kad kredit? 

Baca juga: Tips bayar hutang kad kredit cara orang sengkek

 

Jom teruskan pembacaan. Mana-mana yang elok dan sesuai, sila amalkan.

 

1. Bayar lump sum

Memang nampak susah nak buat, tetapi bila anda berjaya bayar lump sum… fuh nikmatnya tak terkata. Memang lega. Bergantung juga pada berapa besar baki hutang anda.

selesaikan_hutang_kad_kredit

Kat atas ni salah satu hutang kad kredit yang saya ada.

 

Pada mulanya saya cuma berhutang sekitar RM150 – RM160 sahaja dan bayaran minimum ialah RM25 sebulan.

 

Apa yang saya perhatikan ialah dari bulan ke bulan, bukan sahaja baki hutang tak berkurang… malahan ia makin bertambah. Kali terakhir saya lihat, ia dan naik jadi RM186.20. Untuk hutang yang tak terlalu mahal macam ni, bayar lump sum bila ada duit.

 

2. Jangan buat bayaran minimum payment sahaja

Pesanan dari pihak bank yang mengeluarkan kad kredit

If you make only the minimum payment each period, you will pay more in interest and it will take you longer to pay off your balance.

 

Maksudnya… memang tak boleh bayar minimum semata-mata, walaupun saya faham, anda tak ada duit nak bayar lebih. Betul tak?

 

3. Jangan LEWAT bayar

Ini satu lagi masalah. Bank memang suka kalau ada pemegang kad kredit yang bayar hutang lambat.

 

Bank mungkin tak akan tanya, “Bro… lu apehal bayar hutang lambat?” Akan tetapi pihak bank tanpa perlu banyak bicara akan kenakan denda yang dikenali sebagai Late Payment Charges/ Caj Lambat Bayar.

1% daripada jumlah keseluruhan baki tertunggak pada tarikh penyata atau minimum RM10, yang mana lebih tinggi, tertakluk kepada maksimum RM100

 

Faham?

 

Kalau tak faham, jangan mengada-ngada nak bayar lewat. Sia-sia je korang bayar lebih tapi lewat. Duit lebihan tu akan guna untuk settle denda je, bukan settle hutang kad kredit.

 

4. Bayar secara Online

Boleh guna Maybank2U, CIMBClicks dan lain-lain bank terpilih. Kadang-kadang kita MALAS nak pergi bank sebab nak kena cari parking, petrol, nak drive lagi dan macam-macam lagi. Jadi, jangan jadikan itu alasan untuk lambat bayar. Guna je online banking.

 

5. Kurangkan kad kredit

Kalau sebelum ni ada 4 keping kad (ehem) kurangkan jadi 2 sahaja. Kalau dapat kurang jadi 1 kad sahaja pun bagus jugak.

 

Macam mana nak kurangkan kad?

Pindahkan baki menggunakan Balance Transfer

Fungsi ini membolehkan anda untuk memindahkan baki hutang kad sedia ada kepada kad yang satu lagi. Lazimnya, pemegang kad kredit akan pindahkan kad yang mempunyai kadar interest yang tinggi (Kad kredit A) kepada kad yang mengenakan caj interest yang rendah (kad kredit B).

 

Bagaimana kalau baki hutang terlalu besar dan tak boleh buat balance transfer?

 

Tunggu. Bayar dulu macam biasa atau lebih sedikit hingga kedua-dua kad yang terlibat boleh buat balance transfer.

 

Pastikan anda benar-benar faham apa yang anda buat dan dapatkan maklumat secukupnya dari pegawai bank sebabnya:

(1) Anda perlu selesaikan hutang yang ditransfer tu dalam tempoh masa yang ditetapkan. Contohnya dalam masa 3 bulan, 6 bulan, 12 bulan, 24 bulan dan sebagainya.

(2) Anda kena ikut jadual pembayaran baru yang dikeluarkan oleh pihak bank yang mengeluarkan kad kredit B. Dulu anda berhutang dengan Bank A, sekarang anda berhutang amount yang dipindahkan dengan Bank B. Jadi, anda kena ikut jadual pembayaran yang ditetapkan oleh Bank B. Contoh, setiap bulan kena bayar RM150

(3) Pada masa yang sama, anda juga perlu bayar hutang kad sedia ada pada kad kredit B macam biasa.

Contoh, minimum payment untuk hutang sedia ada ialah RM200. Memandangkan anda dah buat balance transfer, kini anda perlu bayar RM200 (minimum payment biasa) + RM150 (jumlah hutang baru oleh balance transfer) = RM350

(4) Memang ramai yang salah faham benda ni, bila dah buat balance transfer, dia cuma bayar macam biasa atau lebih sikit je. Akibatnya? Dia terpaksa tanggung interest rate yang lagi TINGGI.

(5) Berita baiknya? Yeay… dia berjaya kurangkan jumlah kad kredit dalam tangan dari 2 kad kepada hanya 1 kad.

 

6. Jangan meminjam personal loan untuk langsaikan kad kredit

Sebenarnya ada dua pendapat.

 

Pendapat pertama, anda patut buat pinjaman peribadi untuk settlekan hutang kad kredit sebabnya interest bagi personal loan adalah lebih rendah berbanding interest kad kredit.

 

Pendapat kedua pula, JANGAN SESEKALI AMBIL PERSONAL LOAN.

Saya nak bincangkan yang kedua sahaja. Mungkin ada banyak sebab kenapa anda tak digalakkan ambil loan. Ini sebabnya…

1. Lepas anda ambil personal loan, dan anda dah dapat duit loan tu, adakah anda akan guna duit tu 100% untuk bayar hutang kad kredit? ATAU

2. Anda akan guna sedikit atau sebahagian daripada duit personal loan tu untuk tujuan personal?

3. Adakah anda akan bayar lump sum hutang kad kredit? Atau

4. Anda akan bayar sebahagian sahaja dan tinggalkan baki hutang setakat yang anda mampu bayar minimum payment hutang kad kredit tersebut?

5. Jika anda bayar hutang kad kredit secara bayaran penuh, adakah anda akan potong kad kredit tersebut? ATAU

6. Tak sampai 5 – 6 bulan lepas tu anda akan mula guna semula kad kredit yang sama dan mula mengumpulkan hutang-hutang baru?

 

Come on la… bab-bab psiko orang ni, bank memang power la. Ingat apa bank tak tau ke yang peminjam akan terlibat dengan lebih banyak hutang selepas mereka mengambil personal loan?

 

Peminjam menyangka dia dah ambil langkah bijak untuk mengurangkan hutang kad kredit, alih-alih dia dah terjerat masuk dalam perangkap hutang bank yang lagi dalam dan lagi besar. Sound familiar?

Baca juga: Bagus ke buat pinjam loan untuk buat full settlement kad kredit?

 

7. Jimatkan perbelanjaan BERTEMPOH

Manusia tak akan mampu untuk mengekang hawa nafsu untuk satu tempoh masa yang lama atau kekal selama-lamanya. Sebab tu saya guna perkataan bertempoh.

 

Tak payah makan kat restoran mahal-mahal dan eksklusif selama setahun, tak payah subscribe pakej internet yang mahal-mahal, downgrade atau unsubscribe channel tv berbayar.

 

Cakap pasal channel tv berbayar ni, bengang betul la signal tv kat Malaysia ni. Kalau nak harapkan antena biasa, jangan harap nak dapat kualiti siaran yang clear.

 

Dulu, saya kata dulu dulu dulu masa saya kecik-kecik dulu, tak ada pun pakai Astro bagai, channel tv semua clear. Duit perbelanjaan yang dijimatkan tu, buat bayar hutang kad kredit la.

 

8. Gunakan duit simpanan untuk bayar hutang

Saya rujuk kepada duit simpanan yang anda letak dalam bank, yang anda tak gunakan, dan anda tak plan nak beli apa-apa.

 

Wang simpanan yang anda rancang nak guna ketika kecemasan.

 

Saya cadangkan, anda guna duit tu untuk bayar hutang kad kredit. Daripada duit tu duduk diam tak beri manfaat, lebih baik guna untuk kurangkan hutang dan rendahkan interest kad kredit.

 

Kalau berlaku kecemasan macam mana?

 

Time tu… gunakanlah kad kredit. Pastikan kecemasan tu memang sebenar-benarnya kecemasan.

 

9. Tukarkan liabiliti kepada ASET

Saya pasti, setiap orang mesti ada handphone. Kan? Daripada anda pakai handphone habis kredit, kena topup, habis kredit lagi, apa kata anda tukarkan handphone anda tu kepada ASET.

 

Caranya?

 

Gantikan simkad yang anda guna tu dengan simkad Tone Excel. Kemudian, anda ajak kawan-kawan, famili, dan saudara mara anda untuk tukar kepada simkad Tone Excel jugak.

 

Ya. Memang kena buat kerja dan saya pasti, kalau anda serius nak selesaikan hutang kad kredit, anda pasti sanggupkan diri untuk buat kerja simple ni.

 

Hasilnya?

Buat_duit_tone_excel

Dapat komisyen RM34,372 setiap bulan. Cukup ke tidak nak buat bayar hutang kad kredit?

 

Lebih dari cukup. Kalau tak faham lagi macam mana buat bisnes ni, download panduan yang saya hasilkan ni.

 

10. Tambahkan pendapatan sama ada online atau offline

Kalau anda ada masa buat kerja secara offline, buatlah.

Kalau tak ada masa buat kerja offline, usahakan untuk buat duit secara online. Dulu saya pun bodoh jugak.

Langsung tak pandai hata nak buat walaupun sepuluh sen secara online.

Alhamdulilah, sekarang dah pandai sikit.

bukti_income_advertorialMY

Bayaran offer servis advertorial.

Bukti_komisyen_jurnal_pemasaran_affiliate

Bayaran komisyen affiliate untuk Produk Teknik Sannin

komisyen_ikhwan

Bayaran komisyen bagi produk dalam niche X

Memang tak banyak. Tetapi amat membantu untuk bantu langsaikan hutang kad kredit, betul tak?

Let say bayaran kad kredit ialah RM200.

Komisyen affiliate ada RM80.

Kan bulan tu saya hanya perlu keluarkan RM120 sahaja duit sendiri. Selebihnya saya gunakan duit dari komisyen affiliate. Itu masih belum campur lagi komisyen daripada Tone Excel.

Kalau anda nak belajar tentang affiliate marketing dari saya, boleh klik sini.

Baiklah, kesemua sekali ada 10 cara yang anda boleh ikuti untuk bantu anda selesaikan hutang kad kredit.

Soalan saya, tak akan tak ada satu pun yang sesuai dengan situasi anda? Usah biarkan hidup anda diselubungi HUTANG HUTANG HUTANGGGGGGGG…….!

 

Baca juga: Kaedah lupus hutang kad kredit style orang tak berduit

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 12 comments… read them below or add one }

encikarman September 26, 2014 at 8:00 am

maybank 2 card bro ekk… byk point tuh boleh dapat.

Reply

sabree hussin September 26, 2014 at 3:32 pm

Dari segi point memang banyak boleh dapat, ni pun duk kumpul point la ni.. nak tebus barang hhe

Reply

Pondok Papan September 27, 2014 at 11:08 pm

Biasanya barang apa yang ada? mesti gempak dan menarik kan…

Reply

rokiah September 26, 2014 at 8:52 pm

terima kasih..info bermanfaat…banyak hutang kad kredit juga ni..tapi aka pastikan hujung bulan selesai

Reply

sabree hussin September 26, 2014 at 9:25 pm

Alhamdulilah, kongsikan la sikit cara yang puan guna untuk selesaikan hujung bulan tu 🙂

Reply

Hafizul September 27, 2014 at 1:53 am

Huhu..komisen tone excel tu leh kaburkan mata saya nihhh..hahaha

Reply

Abdfatah October 4, 2014 at 1:10 pm

Ooo gitu caranya nak bayor hutang kad kredit..

Reply

Syafiq September 6, 2015 at 11:29 am

Bro, terbaik la punya promote.. Tgh syok2 baca pasal kad kredit tetiba keluar tone excel.. Kekeke nice writing and thanks for the info..

Reply

seri nian October 15, 2016 at 12:01 pm

nampaknya kene buat kerja kedua baru dpt bayar hutang …hihi

Reply

MAdi May 23, 2017 at 4:41 pm

respect la bro….
article ni bagus….

Apa2 pun kita sama2 berdoa…
jgn kita ni mati dengan keadaan berhutang…

Reply

Rohaizad b. Ramlee June 19, 2017 at 1:00 pm

kalau yg Baru guna kad lepas tu nk swipe 6k nk byr bulan2 boleh ke maximum kena byr berapa kalau interest rate tu rendah

Reply

sabree hussin June 19, 2017 at 1:38 pm

Boleh bayar ikut dalam credit card statement atau kalau ada duit nak bayar semua sekali pun boleh.

Reply

Leave a Comment

{ 6 trackbacks }

Previous post:

Next post: