Cara mudah untuk dapatkan Travel Credit dari Airbnb

by sabree hussin on April 16, 2018

in Tempat Penginapan

Sebelum ini, kalau nak buat booking tempat penginapan, biasanya saya akan gunakan laman web Agoda.

 

Kalau nak cari tempat penginapan jenis homestay atau guesthouse, saya akan gunakan laman web google. Dengan bantuan google, saya dapat kenalpasti, sama ada tempat yang bakal dikunjungi tu ada homestay ataupun tidak. Sebenarnya, kalau nak guna laman web mudah.my pun boleh juga.

 

Kemudian, pada satu hari, saya terjumpa laman web Airbnb secara tak sengaja. Itupun sebab saya ada baca blog-blog yang bercerita tentang topik percutian.

cara-promosi-homestay

Pada awal-awal dulu, saya rasa laman web Airbnb ni biasa-biasa je. Tak ada apa yang menarik. Kalau nak cerita dari segi listing, juga tak berapa menarik dan tak banyak pilihan.

 

Tapi lama-kelamaan, saya perhatikan, jumlah homestay dan guesthouse yang kita boleh booking menerusi Airbnb makin bertambah! Nampaknya, pengusaha bisnes homestay di Malaysia, makin ramai yang join Airbnb dan buat senaraian disana.

 

Kesannya? Ini menjadikan proses untuk cari homestay jadi lebih mudah. Semuanya hanya dalam satu tempat. Saya sendiri, setakat hari ini, dah beberapa kali menggunakan Airbnb untuk buat tempahan homestay dan guesthouse.

 

Pengalaman saya menginap di homestay, yang ditempah menerusi Airbnb saya kongsikan menerusi artikel-artikel berikut

Klik untuk baca

1. Pengalaman menginap di Lexis Water Chalet Port Dickson

2. Pengalaman menginap di Homestay Eliz Cameron Highland, Pahang

3. Pengalaman menginap di PD Paradise Lagoon Apartment di Port Dickson

4. Homestay Wangsa Maju – Pengalaman menginap di SilaTiga Guesthouse

 

Saya berpendapat, satu kelebihan dan keistimewaan utama, membuat tempahan menerusi laman web Airbnb ni ialah, kita boleh gunakan Travel Credit untuk membuat tempahan. Saya sendiri, menggunakan travel credit apabila membuat tempahan di Airbnb.

 

Tahukah anda, sebenarnya untuk dapatkan travel credit Airbnb sangatlah mudah?

Sekiranya anda masih belum pernah dapat Travel Credit dari Airbnb, anda hanya perlu ke halaman ini dan buat pendaftaran disitu.

 

Menerusi pautan tersebut, anda akan dapat Travel Credit bernilai RM120. Kalau anda buat pendaftaran menerusi pautan lain, anda mungkin akan dapat Travel Credit yang nilainya lebih rendah dari itu.

 

Anda hanya akan dapat Travel Credit ini sekali sahaja. Kalau sebelum ini, anda dah pernah dapat Travel Credit ini, ataupun anda dah pernah jadi ahli di laman web Airbnb, anda dah tak layak untuk claim travel credit ini.

 

Kalau nak juga, kena pastikan anda daftar menggunakan nama orang lain. Bila nak buat tempahan, kena guna akaun orang yang anda daftarkan tu nanti.

 

Lagi satu yang anda patut tahu, jika anda buat pendaftaran secara terus, tanpa melalui link referral sesiapa, maknanya terus ke halaman utama Airbnb, anda juga mungkin tidak akan dapat travel credit ini.

 

Perhatikan Expiry Date Travel Credit Airbnb

Setiap travel credit yang anda perolehi dari Airbnb, ia ada expiry date. Jadi, anda perlu pastikan yang anda dah gunakan travel credit tersebut sebelum tarikh luput.

 

Anda boleh travel atau pergi bercuti pada bila-bila masa, namun anda perlu pastikan, tempahan dibuat sebelum tarikh akhir (expiry date) travel credit tersebut tiba.

 

Dua cara tambahan untuk dapatkan Travel Credit Airbnb

Apabila anda daftar sebagai ahli, anda akan dapat travel credit bernilai RM120. Tapi, cukup ke kalau cuma ada RM120?

 

Bagi mereka yang suka pergi bercuti, sudah tentu RM120 tu tak cukup. Kalau boleh, mesti nak dapatkan lagi banyak travel credit, betul tak?

 

Bila ada banyak travel credit, (kalau boleh sampai ribu-ribu RM) barulah kita boleh pergi bercuti dengan lebih kerap dan sewa homestay dan guesthouse yang mahal-mahal. Kalau nak sewa villa mewah pun tak ada masalah bila ada banyak travel credit.

 

Bagaimana caranya untuk dapatkan lebih banyak Travel Credit?

Setakat ini, yang saya tahu ada dua cara bagaimana kita boleh dapatkan lagi banyak travel credit dari Airbnb. Anda boleh fokus salah satu daripada cara dibawah ini, ataupun kalau nak fokus kedua-duanya pun boleh juga.

 

Cara Pertama – Ajak orang daftar di laman web Airbnb dengan memberikan Travel Credit 

Pergi bercuti ni memang seronok. Kita boleh tenangkan minda, kurangkan stress, membantu meningkatkan motivasi dan meningkatkan semula semangat yang hilang.

 

Tetapi kita sedia maklum, kos untuk pergi bercuti bukannya murah. Untuk sewa tempat menginap yang cantik dan selesa, kosnya biasanya akan mencapai 3 angka. Berita baiknya ialah, kita boleh gunakan travel credit Airbnb untuk dapatkan lebih banyak penjimatan.

Katakanlah, anda nak pergi bercuti ke Port Dickson. Jom kita lihat, berapa banyak tempat penginapan yang ada tersedia di Port Dickson, sekiranya nak buat tempahan menerusi laman web Airbnb.

Kalau tengok pada screenshot diatas, ada lebih kurang 800 buah tempat penginapan yang boleh disewa. Ada banyak tu. Harga pun ada pelbagai. Ada yang murah dan ada yang mahal.

 

Kalau lihat pada contoh diatas ini, katakanlah anda nak sewa di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort, kadar sewanya adalah RM195 sahaja untuk satu malam. Kos ini belum termasuk service fee, cleaning fee dan lain-lain fee yang dikenakan oleh pihak host mahupun Airbnb.

 

Katakanlah, tiada caj lain yang dikenakan. Dari RM195 tu, apabila anda menggunakan travel credit, anda akan dapat diskaun RM120. Banyak juga kan?

 

Buatlah pengiraan sendiri, dan seterusnya buat perbandingan harga. Mana satu yang lebih berbaloi, sama ada buat booking terus atau booking menerusi Airbnb.

 

Kalau nak dapatkan lagi banyak travel credit, kita ajak orang lain untuk daftar sebagai ahli di laman web Airbnb. Orang yang kita ajak tu nanti, akan dapat travel credit, dan kita yang mengajak ni, juga akan dapat travel credit, setelah kawan kita tu pergi bercuti.

 

Berapa yang kita bakal dapat? Jumlahnya tak sama. Macam saya, saya dapat RM60 setiap kali orang yang saya berikan travel credit tu pergi bercuti.

Sebelum ni, pernah juga dapat nilai yang lebih rendah dari ini. Kalau nak dapat lebih banyak travel credit, kena rajin ajak orang daftar sebagai ahli di laman web Airbnb. Nanti bila mereka ni pergi bercuti, kita pun akan dapat Travel Credit juga.

 

Ok senang, kan?

 

Cara Kedua – Ajak pemilik bisnes homestay atau yang nak buat duit dengan Airbnb daftar sebagai ahli

Cara kedua ni lagi best, sebabnya travel credit yang bakal kita perolehi adalah lebih banyak berbanding cara yang pertama.

 

Anda mungkin kenal, atau ada diantara kawan-kawan anda yang jalankan bisnes homestay. Cuba tanya mereka, nak tak tambahkan lagi jumlah pengunjung yang datang menginap di homestay milik mereka?

 

Kelebihan buat listing di airbnb ni ialah, anda mungkin akan dapat pelanggan dari serata dunia. Laman web Airbnb ni, semua orang boleh pakai. Ianya tak terhad hanya untuk pengguna di Malaysia sahaja.

 

Jika anda risaukan faktor kebersihan dan kesucian rumah anda, boleh letakkan house rules yang agak ketat. Misalnya no alcohol, no non halal food, no pets, no shoe dan apa-apa peraturan lain yang difikirkan sesuai. Ada juga yang meletakkan peraturan seperti Muslims Only.

 

Sekiranya anda berjaya refer host, travel credit yang bakal anda perolehi adalah sebanyak RM270.

tips-travel-kredit-airbnb

Ini contoh yang saya pernah dapat. Jumlah yang anda bakal dapat, mungkin sama dan mungkin juga berbeza.

 

Bila dah ada banyak travel credit ni, bolehlah gunakan untuk pergi bercuti. Kalau tak ada masa nak pergi cuti lama-lama, boleh pilih untuk pergi bercuti ke destinasi peranginan yang dekat sahaja.

 

Masa tu, bolehlah pilih untuk menginap di tempat yang agak mewah. Jangan risau sangat tentang kos penginapan, sebabnya anda boleh dapat diskaun dengan menggunakan travel credit. Malahan, jika travel credit anda cukup banyak, anda dah tak perlu bayar apa-apa untuk buat tempahan.

 

Menarik, kan?

 

 

Be Sociable, Share!

{ 5 comments… read them below or add one }

ajumohit April 16, 2018 at 9:29 pm

sekarang senang semuanya di.hujung jari, yang penting sistem user friendly dan maklumat terkini

Reply

zool April 16, 2018 at 10:44 pm

macam menarik je ni
nak kena apply juga ni

Reply

sabree hussin April 18, 2018 at 10:18 am

Sila-sila. Kumpul banyak-banyak travel credit Airbnb lepas ni 🙂

Reply

Liza April 19, 2018 at 12:03 pm

Cara ini amat bagus bagi mereka yang selalu travel dan ingin jimat wang utk penginapan.

Reply

sabree hussin April 20, 2018 at 10:18 am

Bila dah ada travel credit ni, orang yang jarang-jarang travel pun akan mula merancang untuk pergi travel 🙂

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: