UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Buat Duit Tanpa Kerja Makan Gaji

March 9, 2016 by sabree hussin 6 Comments

Kali ini saya nak kongsikan pula tentang sebuah buku yang saya baca baru-baru ini. Buku yang saya maksudkan ialah buku berjudul Buat Duit Tanpa Kerja Makan Gaji yang ditulis oleh Zulkifli Musa.

buat-duit-tanpa kerja-makan-gaji

 

Buku ini diterbitkan buat pertama kalinya pada tahun 2009 oleh True Wealth Publishing.

 

Walaupun sekarang ni kita dah berada di tahun 2016, dan telah berlalu 7 tahun, namun dari segi konten dan pengisian dalam buku ini masih lagi banyak yang relevan dengan keadaan kita sekarang.

 

In fact, mungkin tak salah kalau saya katakan, trend untuk buat duit tanpa perlu bekerja dengan orang lain dah menjadi satu pilihan ramai orang. Cuma mungkin yang membezakan antara satu sama lain ialah, sama ada ianya dilakukan secara sepenuh masa ataupun separuh masa (part time).

 

Untuk yang baru nak berjinak-jinak dengan cara hidup bekerja sendiri (self employed) adalah lebih selamat jika ia dilakukan secara part time terlebih dahulu. Nanti, bila pendapatan dari kerja-kerja tersebut dah menyamai atau dah melebihi pendapatan yang diperolehi daripada bekerja dengan majikan, maka pada saat itu bolehlah buat keputusan yang lebih drastik, iaitu untuk berhenti kerja makan gaji dan fokus sahaja untuk bekerja sendiri.

 

Apa yang nak ditakutkan? Asalkan apa yang kita lakukan itu halal, dan tak melanggar undang-undang Malaysia, buat sahajalah dengan penuh yakin. Cuba anda lihat bos anda. Adakah beliau makan gaji, atau sebenarnya beliau tidak makan gaji, sebaliknya meraih pendapatan melalui perniagaan yang dilakukannya.

 

Oh, saya bukan kata tentang manager anda, atau supervisor anda. Kalau dengan istilah bos anda terus terbayangkan dua individu ini, anda dah silap. Anda patut lihat lebih ke atas lagi. Bos yang sebenar adalah mereka yang memiliki syarikat dan perniagaan syarikat tersebut. Boleh jadi anda sendiri tak kenal siapa dia ni, sebabnya most of the time, dia tidak berada di pejabat dan mungkin sedang sibuk menghabiskan masa bermain golf dan bercuti di serata dunia.

 

Ok kembali kepada perbincangan mengenai buku ini. Buku ini dipecahkan kepada tiga bahagian, dan mari kita lihat isi kandungan buku ini:

 

Bahagian I

Bab 1 Kerjaya Ideal: Antara Persepsi Dan Realiti
Bab 2 Banyak Cara Orang Buat Duit
Bab 3 Masalah Kerja Makan Gaji
Bab 4 Carilah Kebebasan Anda
Bab 5 Kuiz – Apa Sebab Mahu Berhenti Kerja?

 

Apa itu kerjaya yang ideal, dan bagaimana dikatakan sesebuah kerjaya itu ideal buat kita? Sudah tentu setiap orang mempunyai takrifan dan pandangan yang berbeza. Kalau dari segi jadual kerja misalnya, bukan semua orang mampu untuk bekerja dalam waktu yang sama.

 

Ada orang lebih selesa untuk bekerja di waktu malam, ada yang lebih suka bekerja di waktu petang dan sebagainya. Namun, sistem penjadualan waktu kerja biasanya diseragamkan untuk semua kakitangan, dan seterusnya akan ada la staf yang masuk lambat, ambil cuti dan sebagainya. Kenapa ya? Adakah sebab waktu kerja tak cukup ideal? Kalau dah tau tak cukup ideal, kenapa tak cari kerja lain? Kan…

 

Ada la tu sebab-sebabnya yang kita tak tau. Buku ini mengupas serba sedikit mengenai topik tersebut.

 

Bahagian II

Bab 6 20 Idea Buat Duit
Bab 7 Bagaimana Hendak Bermula?
Bab 8 Strategi Pertahanan Dan Serangan Anda
Bab 9 Antara Burger McDonald’s Dan Sistem McDonald’s
Bab 10 Sumber Maklumat Dan Informasi Anda

 

Dalam bab 6, anda akan didedahkan dengan 20 idea buat duit yang anda boleh lakukan tanpa memerlukan anda kerja makan gaji. Daripada 20 senarai yang kongsikan oleh penulis, sebahagian daripadanya memang saya sendiri pernah cuba dan ada antaranya yang saya masih lagi lakukan sampai sekarang. Kenapa? Mudah sahaja, sebab ia memang terbukti boleh buat duit.

 

Antaranya ialah

2. Fotografi

Ok… saya tak pernah caj sebarang bayaran untuk kerja-kerja fotografi yang saya lakukan ha ha. Namun, realitinya, jika anda mempunyai kemahiran dan mempunyai peralatan untuk kerja-kerja fotografi, anda sememangnya boleh buat duit yang lumayan. Jangan hadkan fotografi setakat pada kerja-kerja mengambil gambar ketika majlis kahwin semata, sebabnya bidang ini sangat luas. Anda boleh baca lagi banyak tentang bagaimana nak buat duit dalam bidang fotografi disini.

bisnes-fotografi

 

4. Blogging

Macam yang saya sedang lakukan sekarang. Saya juga menulis blog secara aktif. Ehem ehem. Ada la beberapa blog yang saya tulis, dan Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat menyumbangkan hasil kepada saya. Kiranya tak adalah saya menulis suka-suka, dan In Shaa Allah mudah-mudahan Allah limpahkan lagi rezeki melalui jalan penulisan di blog ni.

 

7. Menulis ebook

Tulis ebook sebenarnya tidaklah sesukar mana. Apa yang lebih mencabar selepas menulis ebook ialah untuk mendapatkan pelanggan yang “berani” untuk membeli ebook yang kita tulis. Ya, saya juga ada menulis ebook dan menjual ebook tersebut.

 

8. Jualan lelong secara dalam talian (online)

Ebay! Saya belajar secara serius untuk menjual melalui ebay apabila saya beli ebook yang mengajar cara-cara untuk menjalankan bisnes mainan hanya di ebay. Ok… yang ni saya gagal buat sebarang sales ha ha. Yang tak berapa syok dengan ebay ni ialah dia ada banyak sangat fees (yuran) nak kena bayar. Untung tak besar mana pun. Sekarang ni, saya lebih selesa mempromosikan produk-produk di laman web Lazada.

 

20. Membina laman web/ blog

Bina laman web sebenarnya sangatlah senang, dengan syarat kita dah ada template, software, theme dan sebagainya. Boleh caj sekitar RM50 – RM300 untuk satu projek yang simple.

 

Kesemua sekali ada 20 idea bagaimana anda boleh mula buat duit tanpa makan gaji. Namun, kalau anda perasan, dari kesemua 20 senarai tu, apa yang saya pernah cuba sendiri hanya 5 sahaja. Bermakna, masih ada 15 lagi idea yang anda patut cuba (atau saya patut cuba ha ha)

 

bekerja_sebagai_seorang_translator Selain itu, penulis ada juga cerita tentang potensi pendapatan apabila bekerja dalam bidang penterjemahan.

 

Bercakap mengenai bidang penterjemahan ni, saya teringat tentang satu panduan khusus untuk mengajar bagaimana nak buat kerja-kerja penterjemahan secara online. Boleh klik sini kalau betul-betul minat nak belajar.

 

Bahagian III

Bab 11 Apa Lagi Alasan Anda?
Bab 12 5 Cabaran Utama
Bab 13 5 Petanda Awal Kejayaan
Bab 14 Dengan Kebebasan Wujudnya Tanggungjawab
Bab 15 Bukan Semuanya Indah Belaka, Tapi…
Bab 16 Hidup ini Satu Pilihan

 

Setengah orang percaya, yang hidup ini terlalu singkat. Hari semalam dah pun berlalu meninggalkan kita, dan hari esok belum pasti ia akan menemui kita. Apa yang kita ada hanyalah HARI INI, yang kita sedang laluinya. Kalau hari esok tidak datang kepada kita, maka bila lagi kita nak merealisasikan impian-impian kita?

 

Bekerja makan gaji ni… satu hari nanti kita pasti akan berhenti juga. Sama ada berhenti sebab dah sampai usia persaraan, ataupun sebab nak pencen awal. Apapun, hidup ini satu pilihan. Kalau kita tak buat pilihan, maka orang lain yang akan buatkan pilihan untuk kita.

 

Baiklah, buku ini boleh dibeli secara online sama ada menerusi laman web MPHOnline. Selamat membaca 😀

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. 10 perkara yang membuatkan kerja makan gaji memang BEST!
  2. Bekerja Sendiri lagi susah berbanding Makan Gaji?
  3. Boleh ke buat duit online tanpa keluar modal langsung
  4. Buat Duit Tanpa Modal Menerusi Platform EdyClick & EdyBiz

Filed Under: Buku & Bahan Bacaan Tagged With: bekerja dari rumah, buat duit tanpa kerja makan gaji, zulkifli musa

Comments

  1. Noriza Rahman says

    March 9, 2016 at 6:42 pm

    Saya setuju, kalau nak buat duit tanpa kerja makan gaji kita kena prepare ilmu dan kewangan, kalau dah mantap baru buat secara fulltime…

    Reply
    • sabree hussin says

      March 9, 2016 at 11:53 pm

      … atau kalau memang berkeyakinan dan sanggup ambil risiko, boleh terus mula 😀

      Reply
  2. Raihanah Ahmad says

    March 11, 2016 at 5:14 pm

    setuju semua di atas.

    Reply
  3. titan says

    March 12, 2016 at 2:18 pm

    aku masih makan gaji.

    dan aku selesa dengan kerja aku.

    hoho

    Reply
    • sabree hussin says

      March 13, 2016 at 2:31 am

      Hang ni dah masuk kategori special dah titan ho ho. Gaji dapat, komisyen dapat, semua boleh dapat. Kena tulis buku lain untuk orang macam hang 😀

      Reply

Trackbacks

  1. Bagaimana cara menarik prospek untuk sertai Tone Excel? - Blog Sabree Hussin says:
    March 10, 2016 at 2:32 am

    […] Nama pun bisnes. Kalau senang, dah tentu semua orang nak buat bisnes. Dah tak ada lagi dah yang nak kerja makan gaji. Buat apa nak makan gaji, sedangkan buat bisnes lagi senang, […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in