Blog Sabree Hussin

Boleh ke buat duit online tanpa keluar modal langsung

Macam mana cara nak buat duit online tanpa perlu keluarkan sebarang modal langsung?

 

Kalau anda nak tahu, sebenarnya bukan orang Malaysia je yang suka tanyakan soalan macam ni. Malahan, orang yang tinggal kat oversea pun ada yang suka tanya soalan ni.

 

Persoalannya, adakah kita perlu keluar modal untuk buat duit?

Kalau kita fikirkan dalam-dalam, rasanya memang perlu ada sedikit modal.

 

Bila kita nak pergi kerja pun, kita perlu ada duit untuk bayar kos pengangkutan.

Kita kena ada pakaian yang sesuai untuk pergi bekerja.

Semua ini, perlukan duit… dan ya, perlu modal.

 

Tapi, ada ataupun tidak cara untuk kita boleh buat duit tanpa perlu keluar sebarang kos langsung? Hmm…

Ikut logik akal.

 

Perkhidmatan internet yang kita gunakan itu sendiri bukannya percuma.

Kemudian, untuk memudahkan kita bekerja, kita perlu ada sekurang-kurangnya sebuah laptop.

 

Ipad, tab, smartphone ni semua memang boleh digunakan, tapi ianya kurang sesuai untuk buat kerja-kerja secara online. Dari pengalaman saya sendiri, akan ada ketikanya kita perlu guna perisian-perisian seperti adobe photoshop, photoscape dan sebagainya untuk tujuan edit gambar.

 

Untuk memudahkan kita buat kerja-kerja tu, laptop atau komputer adalah opsyen terbaik. Semua ini melibatkan kos untuk kita miliki. Anda boleh cuba install program-program ni semua dalam gadget yang anda miliki tu.

 

Tengoklah sama ada ianya boleh support ataupun tidak.

 

Ini semua baru persediaan sebelum kita nak mula buat duit online.

 

Kalau nak buat duit online, paling minima adalah anda perlu ada sebuah laptop dan ada internet.

Kalau tak ada laptop, at least kena ada smartphone dan ada sambungan internet.

 

Kalau keperluan yang paling asas ini anda tak ada, atau belum ada, cubalah pinjam dari sesiapa.

Kalau semua ini anda boleh pinjam sahaja, maka bolehlah kita katakan yang anda tak keluar sebarang modal.

 

Saya faham, kebanyakkan orang zaman sekarang memang dah ada keperluan yang paling asas ini. Cuma untuk manfaatkan ia dengan sepenuhnya sahaja yang ramai orang masih belum tahu bagaimana caranya.

 

Tak apa, jom kita bincangkan.

 

Cara buat duit online tanpa perlu keluar modal

Penulisan kali ini, kita akan cuba bincangkan beberapa kaedah yang anda boleh cuba untuk buat duit di internet. Cara yang bakal kita bincangkan ada yang tak memerlukan sebarang modal untuk bermula, dan ada juga yang memerlukan sedikit modal.

 

Tapi, satu perkara yang anda perlu faham.

 

Bila kita berharap kepada suatu usaha yang tak memerlukan sebarang modal ini, lazimnya pulangan yang bakal kita perolehi juga tak terlalu besar. Kalau anda mengharap akan jadi kaya dengan cara ini… anda perlu fikirkan semula.

 

Baiklah, tanpa membuang lebih banyak jom kita lihat dari senarai dibawah, mana satu kaedah buat duit tanpa modal yang anda mungkin berkenan.

 

(1) Affiliate Marketing

Program affiliate ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai blog atau channel Youtube mereka sendiri. Kalau anda masih belum ada blog anda sendiri, atau channel Youtube, anda boleh mula bina platform tersebut sekarang.

 

Platform blog ini, ada yang boleh digunakan secara percuma. Contohnya

1. blogspot.com

2. wordpress.com

 

Ada juga blog yang memerlukan anda membayar untuk kos langganan domain dan hosting. Terutama sekali untuk blog yang menggunakan perisian wordpress self hosted.

 

Memandangkan tema posting ini adalah untuk meraikan mereka yang nak buat duit online tanpa keluar sebarang modal, maka kita akan fokus kepada membangunkan blog yang dibina menggunakan platform percuma dari blogspot dan juga wordpress.com sahaja.

 

Program affiliate ini ada yang dijalankan oleh orang perseorangan, dan ada juga yang dianjurkan oleh pihak syarikat.

 

Ada beberapa program affiliate yang pada pandangan saya, saya rasa bagus untuk anda sertai.

 

(1) Klikjer

Klikjer adalah sebuah platform yang menjual pelbagai produk digital dalam bentuk ebook, rakaman video, rakaman audio dan juga kursus online, yang mengajar penggunanya untuk menguasai skil tertentu, yang dapat membantu mereka untuk menghasilkan pendapatan tambahan.

 

Melalui produk yang dijual di platform klikjer, anda boleh

1. Pelajari cara untuk menjadi penjual di platform e-commerce seperti Lazada dan Shopee

2. Melabur di pasaran saham melalui Bursa Malaysia

3. Melabur Future Crude Palm Oils (FCPO) melalui Bursa Malaysia

4. Belajar cara buat duit dengan menjadi ejen affiliate

5. Belajar cara untuk menjadi personal tutor

 

…dan banyak lagi skil-skil menarik.

Kalau anda minat nak belajar cara untuk buat duit dalam bidang masakan, juga boleh dapatkan panduan melalui platform tersebut.

 

Dengan klikjer ini, saya dah pernah dapat bayaran lebih RM20 ribu sepanjang saya menjadi ejen dengan mereka.

Pendaftaran untuk menjadi sebahagian daripada ejen pemasaran klikjer adalah free sahaja.

Boleh daftar menerusi pautan ini.

 

(2) Shopee

Shopee adalah merupakan sebuah online marketplace, yang menjual pelbagai jenis produk dari pelbagai jenis kategori dan jenama.

 

Saya percaya anda juga sudah tak asing lagi dengan nama Shopee, dan boleh jadi anda juga pernah ada pengalaman membeli belah melalui platform ini.

 

Shopee juga sebenarnya ada menjalankan program affiliate mereka sendiri.

Baca juga: Program Affiliate Shopee – Cara join berserta bukti pendapatan

 

Terdapat 3 cara untuk mendaftar sebagai affiliate Shopee.

 

Cara pertama, daftar terus melalui laman web rasmi Shopee melalui pautan https://affiliate.shopee.com.my/

Cara kedua, daftar melalui platform affiliate network Involve Asia melalui pautan ini.

Cara ketiga, daftar melalui platform AccessTrade melalui pautan ini.

 

Saya berikan anda tiga link untuk daftar sebagai ejen affiliate sebabnya ada kemungkinan permohonan anda untuk menjadi ejen ditolak. Jika ini berlaku kepada anda, cuba daftar melalui pautan atau cara yang lain pula.

 

(3) Lazada

Lazada adalah merupakan sebuah portal online Shopping Mall.

Sama seperti platform Shopee, anda juga boleh daftar sebagai ejen affiliate Lazada dan mula mempromosikan pelbagai rangkaian produk dari pelbagai jenama dan kategori yang terdapat di platform Lazada.

 

Jika anda minat nak menjadi sebahagian dari affiliate Lazada, boleh daftar secara terus menerusi pautan https://adsense.lazada.com.my

 

Ataupun, jika pendaftaran anda ditolak, atas apa-apa sebab misalnya seperti tak menepati kriteria yang ditetapkan, anda boleh cuba mendaftar melalui Involve Asia dan juga AccessTrade.

 

(4) Involve Asia

Involve Asia dan AccessTrade merupakan syarikat Affiliate Network.

Baca juga: Apa itu Affiliate Network

 

Dibawah satu syarikat, terdapat banyak jenama popular dan kita sebagai ejen affiliate tak perlu nak daftar satu per satu program affiliate dengan syarikat berbeza.

 

Dengan hanya satu akaun affiliate, kita boleh mula mempromosikan banyak syarikat popular lain. Saya ada terangkan mengenai kelebihan dan kekurangan affiliate network dalam post sebelum ini.

 

Jika anda masih belum ada akaun dengan Involve Asia, boleh daftar menerusi pautan ini.

 

(5) AccessTrade

Anda boleh daftar akaun AccessTrade menerusi pautan ini.

 

(2) Program dropship

Program affiliate mempunyai beberapa persamaan dengan program affiliate.

 

Tetapi, kalau kita cerita dari segi potential income, ejen dropship boleh menghasilkan income yang lebih besar berbanding ejen affiliate yang mempromosikan produk yang sama.

 

Peranan yang dimainkan oleh ejen dropship juga lebih besar berbanding ejen affiliate.

 

Kalau sebagai ejen affiliate, anda hanya perlu fokus untuk dapatkan seberapa banyak klik pada link affiliate anda. Itu sudah cukup memadai.

 

Sebaliknya, peranan ejen dropship adalah lebih dari itu. Anda perlu

1. Buat kerja pemasaran

2. Dapatkan tempahan dari bakal pelanggan

3. Uruskan tempahan.

4. Pastikan produk yang ditempah sampai ke tangan pembeli.

5. Berikan khidmat after sales support.

Ejen dropship tak perlu simpan stok produk dan tak perlu belanja besar untuk dapatkan stok permulaan.

 

Anda hanya perlu order barang sekiranya ada pelanggan yang membuat tempahan dan telah membuat bayaran penuh. Kaedah dropship ini bagus untuk dilakukan, terutamanya untuk usahawan yang masih baru, dan inginkan pengalaman bagaimana cara menjual di internet boleh dilakukan dengan lancar.

 

(3) Freelancer

Freelancer ni maksudnya adalah pekerja bebas.

 

Kalau dalam konteks bekerja secara freelance ini, anda bebas untuk

1. Bekerja untuk siapa

2. Bekerja pada masa bila

3. Bebas memilih untuk menerima kerja atau menolak

 

Individu yang bekerja secara freelance inilah yang kita namakan sebagai freelancer.

 

Pada asasnya, seorang freelancer ini akan menjual kemahiran yang dia memang pakar dan minat nak buat.

 

Ada beberapa contoh perkhidmatan yang popular yang biasa ditawarkan oleh seorang freelancer, antaranya

1. Servis penulisan

2. Servis penterjemahan

3. Programming

4. Khidmat bina laman web

 

Kalau jadi freelancer ini, boleh jadi kaya ke?

Mungkin… boleh.

 

Istimewanya dengan jual perkhidmatan sebagai freelancer ini, anda boleh ceburi pasaran antarabangsa dan menjual perkhidmatan yang anda ingin tawarkan dalam matawang USD. Dengan ini, anda tak perlu susah payah nak ke luar negara untuk bekerja di sana.

Dari Malaysia sahaja pun boleh bekerja dan dibayar dalam matawang USD.

 

Ada beberapa laman web yang popular, yang anda boleh sertai untuk mula menawarkan khidmat freelancing yang anda mahir. Antaranya ialah

1. Fiverr.com

2. Upwork.com

3. Freelancer.com

 

(4) Program pengiklanan sebagai publisher

Program pengiklanan ini lebih sesuai disertai oleh mereka yang mempunyai laman blog mereka sendiri.

 

Kalau dulu, dekat Malaysia kita ada syarikat pengiklanan Nuffnang, dan saya pun sempatlah buat duit melalui syarikat ini.

Tapi pada hari ini, nampaknya hala tuju syarikat pengiklanan ini pun dah sedikit berubah.

 

Its okay.

Kita masih ada banyak lagi alternatif dan dalam banyak-banyak pilihan yang ada itu, saya boleh syorkan anda untuk cuba program pengiklanan Google Adsense.

Blog yang saya miliki juga menyiarkan iklan-iklan dari Google Adsense.

 

Walaupun iklan dari Adsense ini adakalanya agak mengganggu untuk membaca artikel yang saya siarkan dalam blog ini, namun ianya perlu ada, bagi kelangsungan blog-blog yang saya miliki.

 

Sekiranya anda juga berminat nak hasilkan pendapatan online melalui cara ini, bolehlah mula dengan membina blog anda terlebih dahulu ya. Nanti bila blog anda sudah mempunyai pelawat, dan anda suda mempunyai akaun Google Adsense anda sendiri, setiap pelawat itu tadi akan menyumbangkan pendapatan kepada anda.

 

(5) Survey online

Jawab survey secara online dan anda akan dibayar untuk respons yang anda berikan tersebut.

 

Feedback yang anda berikan sebenarnya sangat berharga buat para pemilik bisnes dan pembangun applikasi (apps) untuk membuat keputusan yang betul.

 

Ada satu platform yang saya gunakan untuk menyertai program menjawab survey online ini.

 

Program ini ditawarkan oleh pihak Google dan ia diberi nama Google Opinion Rewards.

Kalau anda minat nak sertai program ini, perkara pertama adalah download apps Google Opinion Rewards terlebih dahulu.

 

Anda boleh muat turun melalui

1. App Store

2. Google Play

 

Anda tak akan jadi kaya atau jana pendapatan yang lumayan melalui cara menjawab survey ni.

 

Kalau ada mana-mana individu yang kata, anda boleh hasilkan income yang lumayan kalau join program jawab survey ini, maka anda kenalah berhati-hati. Risau kalau-kalau orang tersebut ada niat yang tak baik.

 

Tapi kalau anda tak kisah kalau dapat income sen-sen, maka bolehlah join program ini.

 

Kerjanya sangat mudah.

Hanya jawab survey dengan seikhlas hati, dan anda akan dibayar.

 

Survey melalui program Google Opinion Rewards ini sebenarnya bukan selalu ada. Ada masa-masa tertentu, kita terpaksa menunggu selama berminggu-minggu lamanya untuk dapat tawaran menjawab survey.

 

(6) Mulakan bina blog

Buat blog ini kita boleh guna platform berbayar ataupun platform percuma.

 

Sebagai penulis blog, sudah tentulah saya akan mengesyorkan kepada pembaca supaya mulakan dengan membina blog yang berbayar. Blog berbayar yang mempunyai domain dan hosting sendiri ada banyak kelebihan berbanding blog yang dibina menggunakan platform percuma.

 

Anda tak pandai atau belum tahu cara yang betul nak bina blog dan buat duit dengan blog tersebut?

Boleh baca: Panduan Blogging paling Lengkap & buat duit online

 

Saya ada sediakan panduan yang “agak” lengkap.

In Shaa Allah kalau anda ikuti cara yang saya terangkan, anda juga akan berjaya bina blog anda sendiri.

 

Setelah anda mempunyai blog anda sendiri, anda boleh hasilkan pendapatan melalui kaedah seperti

1. Pengiklanan Google Adsense

2. Program Affiliate

3. Sewa tapak iklan

4. Servis penulisan artikel Advertorial

5. Jualan produk fizikal, digital dan servis

 

Walaubagaimanapun, suka untuk saya ingatkan, untuk berjaya hasilkan sebarang income melalui blog ini sebenarnya perlukan masa.

 

Bila saya sebut, ianya perlukan masa, let say setahun atau tiga tahun, bukanlah bermakna dalam masa tiga tahun tersebut anda hanya menunggu sahaja dan tak buat apa-apa.

 

Bukan begitu.

 

Sebaliknya, dalam masa tersebut, anda perlu

1. Teruskan menulis dan hasilkan konten dalam blog anda.

2. Buat kerja-kerja pemasaran untuk blog.

3. Buat link building untuk setiap konten blog yang anda hasilkan.

4. Buat kajian kata kunci untuk menerokai topik-topik baru yang menguntungkan.

 

Bukan apa, saya risau ada pula pembaca yang kategori lurus ni… bila kita katakan, semua ini perlukan masa, contohnya perlu sekurang-kurangnya 3 tahun untuk nampak hasilnya.

 

Apa yang dia lakukan ialah, selepas dia bina blog, dia tak buat apa-apa, tapi setakat menunggu sahaja. Nak buat macam mana, kalau itu yang dia faham.

 

(7) Mulakan bina channel Youtube

Saya memilih untuk menulis blog sebab saya tak ada bakat dan tak ada kesabaran dalam menghasilkan konten dalam bentuk video.

 

Saya dah cuba bina channel Youtube saya sendiri, dan dalam masa yang saya peruntukkan itu, saya dapati saya langsung

1. Tak ada bakat dalam menghasilkan konten video.

2. Saya ambil terlalu lama masa untuk edit video.

3. Saya tak enjoy bila buat konten video.

 

Itu saya cerita tentang situasi diri saya sendiri.

 

Walaubagaimanapun, jika anda merupakan seorang yang kreatif, sangat bersahaja dan selesa beraksi dihadapan kamera, boleh jadi anda akan lebih berjaya apabila bina channel Youtube berbanding membina dan membangunkan laman blog.

 

Saya boleh menulis blog, tapi saya tak bagus bila shooting video.

Saya juga pernah jumpa, individu yang boleh beraksi secara spontan dihadapan kamera, tapi tak berapa selesa nak menghasilkan karya penulisan.

 

Nampaknya setiap orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing.

 

Oleh yang demikian, kita sebenarnya boleh pilih, sama ada nak fokus pada bidang yang kita ada kekuatan atau fokus pada kelemahan kita.

 

Maksud saya begini,

 

Kalau kita fokus pada kekuatan kita, dan kekuatan kita adalah menghasilkan konten dalam bentuk video, maka kita fokus sahaja dengan kerja-kerja buat konten.

 

Dari masa ke masa, kita boleh ambil kelas, beli buku panduan atau banyakkan lagi membaca untuk meningkatkan lagi skil dan ilmu kita dalam membuat konten video.

 

Perkara lain, kita boleh abaikan.

 

Situasi kedua, kita fokus pada apa yang kita lemah.

Maksudnya dalam situasi ini, kita sedar kelemahan kita adalah bidang penulisan, jadi apa yang kita buat ialah kita akui kelemahan tersebut dan seterusnya pergi belajar untuk perbaiki kelemahan kita. Kita beli panduan, kita masuk kelas dan sebagainya.

 

Matlamatnya adalah supaya kita dapat atasi kelemahan kita dan seterusnya menjadi versi diri kita yang lebih baik berbanding sebelum ini.

 

Namun persoalannya ialah, adakah anda ada masa untuk semua itu?

Jawapannya sudah pasti berbeza bagi setiap individu.

 

Kalau anda dalam lingkungan umur awal 20an, mungkin anda ada banyak masa dan tak ada masalah untuk belajar semua perkara.

Sebaliknya, kalau anda dalam lingkungan usia 40an, mungkin anda dah tak ada masa yang banyak untuk belajar benda baru.

 

Lebih baik fokus pada apa yang anda sudah cukup bagus daripada belajar perkara baru.

 

(8) Jadi online tutor

Jadi online tutor ini juga tak memerlukan anda mengeluarkan modal yang besar. Bagi sesetengah individu, mungkin modal yang diperlukan sudah sedia ada anda miliki.

 

Kaedah ini sesuai terutama sekali untuk mereka yang memang bagus dalam subjek tertentu, dan minat untuk menjadi tenaga pengajar.

Anda sendiri tentukan, sama ada nak jadi tutor secara online atau secara berdepan.

 

Kalau anda minat nak mula berikan khidmat sebagai tutor secara berdepan, anda boleh lanjutkan pembacaan anda disini.

 

Jika minat nak jadi online tutor, boleh lihat peluang yang ditawarkan oleh

1. Sifu Tutor

2. Snap Ask

 

(9) Cipta dan jual kursus online

Ini merupakan lanjutan bagi point yang sebelum ini. Kalau sebelum ini, anda jadi online tutor, kali ini apa kata anda cipta dan jual kursus online.

 

Perkara ini boleh dilakukan jika anda mempunyai kepakaran dalam apa-apa subjek, dan kepakaran tersebut berguna kepada orang lain.

 

Kalau anda jadi online tutor, anda perlu mengajar kepada ramai individu dan ini akan memerlukan banyak masa anda.

 

Tetapi, kalau anda cipta dan jual kursus online, anda mungkin hanya perlu buat rakaman sekali sahaja, dan rakaman tersebut boleh dijual berulang-ulang kali, dalam bentuk kursus online.

(10) Cipta dan jual produk digital

Produk digital ini sebenarnya ada pelbagai jenis.

 

Kalau kita senaraikan, antaranya adalah

1. Ebook

2. Template website

3. Template business plan

4. Skrip ayat promosi produk

5. Skrip ucapan

6. Software

7. Grafik

 

Ini merupakan kaedah yang bagus untuk menjual skil dan bakat yang anda miliki. Hasil kerja anda, yang dihasilkan dalam bentuk digital itu tadi, anda boleh jual berulang-ulang kali dan jana keuntungan dari situ.

 

(11) Mulakan channel podcast

Kebelakangan ini, saya banyak meluangkan masa untuk mendengar rakaman suara ataupun podcast. Podcast ini saya dengar melalui beberapa sumber.

 

Antaranya

1. Google Podcast

Dekat Google Podcast ini ada banyak channel yang percuma dan kontennya pun boleh tahan hebat. In Shaa Allah kalau hari-hari dengar podcast, walaupun yang percuma, kita juga boleh dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.

 

2. Spotify

Biasanya saya dengar lagu melalui spotify. Tapi ada juga podcast yang diterbitkan disini.

 

3. Audible

Ini adalah platform audiobook milik syarikat Amazon. Selain audio book, ada juga podcast.

 

Terlalu banyak sumber untuk kita mendengarkan podcast.

Masa pula yang tak cukup banyak.

 

Kalau strategi nak buat duit tanpa modal melalui podcast ini, saya kira ada beberapa kaedah yang relevan iaitu

1. Pengiklanan

2. Sponsorship

 

Adakah kaedah podcast ini sesuai untuk anda?

Saya tak tahu.

Sepatutnya anda lebih kenal diri anda.

 

(12) Tulis ebook dan jual

Sekiranya anda mempunyai jiwa seorang penulis, dan mampu menghasilkan sebuah buku melalui skil penulisan yang anda miliki, maka apa kata anda mula menulis dan target untuk hasilkan sebuah karya dalam bentuk e-book.

 

E-book adalah singkatan bagi electonic book.

Ia lebih kurang sama seperti sebuah buku, cuma bezanya ialah ia dalam bentuk digital dalam format pdf.

 

Kalau anda print e-book ini, ia akan menjadi sebuah buku fizikal.

Kita sedia maklum, kalau kita print ebook ini, ia akan memerlukan kos percetakan.

 

Sedangkan kita sedang mensasarkan usaha untuk buat duit tanpa keluar modal.

Jadi, kita tulis ebook dan jual dalam bentuk digital sahaja.

 

Jika pembeli merasakan ada keperluan untuk mereka cetak, mereka boleh lakukannya atas kos mereka sendiri.

 

Ebook ini anda boleh jual melalui beberapa platform atau cara, antaranya

1. Klikjer

Jika ebook yang bakal anda hasilkan nanti adalah dalam kategori “How to…” maka ebook anda itu nanti mungkin sesuai untuk diterbitkan melalui platform Klikjer.

 

Klikjer mempunyai ramai ejen affiliate berdaftar yang mungkin akan turut turun padang mempromosikan ebook yang anda tulis kelak.

Anda boleh ke pautan ini untuk ke laman web Klikjer.

 

Lagi ramai ejen yang bantu mempromosikan ebook anda, maka lagi tinggi la peluang anda untuk hasilkan pendapatan yang lebih banyak.

 

Walaubagaimanapun, pihak Klikjer akan mempertimbangkan terlebih dahulu, sama ada ebook anda sesuai ataupun tidak diterbitkan melalui platform mereka.

 

2. Bina website sendiri

Kalau anda jenis yang tak berapa suka dengan kerenah pihak penyedia platform yang mungkin akan meletakkan macam-macam syarat, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk bina sendiri website jualan anda.

 

Anda boleh pasang skrip affiliate, bagi tujuan menjalankan program affiliate anda sendiri.

 

Anda juga boleh gunakan dua platform dibawah ini untuk tujuan bina laman web. Laman web ini dilengkapi dengan sistem affiliate dan ianya dapat memudahkan anda.

i. Sistem On Pay

ii. Sistem Order Sini

 

3. Jual melalui Shopee

Ada ramai juga penjual di platform Shopee yang menjual produk digital seperti ebook. Anda juga mungkin boleh pertimbangkan untuk jual ebook tulisan anda melalui platform Shopee juga.

4. Platform luar negara Kindle

Jika anda bercita-cita besar dan mahukan ebook anda menembusi pasaran antarabangsa, anda boleh cuba menjual ebook tulisan anda melalui platform Kindle.

 

(13) Jual gambar atau video

Kalau anda merupakan seorang yang suka mengambil gambar dan merakam video, besar kemungkinan dalam galeri anda mempunyai banyak gambar-gambar yang menarik.

 

Untuk pengetahuan anda, gambar-gambar yang pernah anda ambil sebelum ini sebenarnya mempunyai nilai komersial dan boleh dijual diinternet.

 

Ada beberapa laman web yang anda boleh gunakan bagi tujuan menjual gambar-gambar tersebut.

 

Antaranya

1. Shutterstock

2. iStockphoto

3. Adobe Stock

 

Kalau anda memiliki kemahiran membuat kerja-kerja design foto, anda juga boleh jual hasil design anda tersebut.

 

Individu yang akan membeli hasil kerja dan gambar-gambar anda biasanya adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai perniagaan mereka sendiri.

 

Mereka ini akan memerlukan gambar yang menarik untuk digunakan dalam poster, pamplet dan sebagainya.

 

Selain menggunakan platform yang saya sebutkan itu tadi, anda juga sebenarnya boleh menjual secara terus kepada bakal pembeli atau melalui platform media sosial milik anda.

 

Kalau anda ada keupayaan untuk mendapatkan pelanggan anda sendiri, anda tak perlu nak kongsi keuntungan kepada mana-mana pemilik platform.

 

(14) Join Program Network Marketing

Terdapat banyak program network marketing yang anda boleh join diluar sana.

 

Walaubagaimanapun, anda perlu buat kajian dan berhati-hati dalam memilih program. Ada beberapa poin yang anda perlu tahu mengenai program network marketing

1. Kebanyakkan program memerlukan anda untuk keluar duit modal untuk join

2. Ada banyak program network marketing yang scam

3. Ada banyak program network marketing yang sebenarnya skim piramid

4. Ada program network marketing yang sah tapi rangkaian produk tak menarik

 

Untuk mencari program network marketing yang paling sempurna memang agak sukar.

Justeru apa yang saya sendiri lakukan ialah, saya cari program yang betul-betul kena dengan jiwa dan citarasa saya.

 

Dalam banyak-banyak program yang saya kaji, saya pilih program PG Mall Consumerchant ini.

Baca juga: Pengenalan kepada bisnes PG Mall Consumerchant

 

PG Mall ini merupakan sebuah portal online shopping, yang lebih kurang sama dengan Shopee dengan Lazada.

Bermakna, dekat portal online Shopping ini, terdapat ribuan produk dari pelbagai jenis, kategori dan jenama.

 

Anda tak perlu keluarkan sebarang modal untuk mula join program ini.

Ya, kita nak buat duit tanpa modal kan? Bermakna program ini memang sangatlah sesuai.

 

Ringkasnya,

1. Bila kita beli barang untuk kegunaan sendiri kita dapat bayaran insentif.

2. Bila downline kita beli barang untuk kegunaan mereka sendiri, kita dapat bayaran insentif.

3. Bila downline kepada downline kita beli barang, kita juga akan dapat insentif.

 

Anda boleh buka akaun dan secara automatik masuk dalam program ini melalui pautan ini.

 

(15) Jual servis penulisan

Ada lagi tak cara nak buat duit tanpa keluar modal?

Mungkin ada banyak lagi cara yang saya belum sebutkan disini.

 

Tapi saya nak tutup perkongsian ini, dengan berkongsikan satu lagi cara iaitu melalui cara menawarkan perkhidmatan penulisan.

 

Kerja-kerja menulis ini, bukanlah kerja yang terlalu sukar untuk dilakukan.

Tetapi sesetengah orang, dia memang tak pandai, tak yakin, tak kreatif atau sekadar tak ada masa untuk menulis.

 

Maka lahirlah kerjaya seperti penulis ghostwriter, yang menulis bagi pihak orang lain.

 

Servis penulisan ini juga, boleh dipelbagaikan, misalnya

1. Servis penulisan artikel

2. Servis penulisan blog

3. Servis penulisan ebook

4. Servis menulis buku

5. Servis menulis ayat copywriting

6. Servis menulis ucapan

7. Servis menulis kertas kerja perniagaan

8. Servis menulis skrip

9. Servis menulis iklan

 

Dekat Malaysia ini, kadang-kadang apa yang saya perhatikan, individu atau pemilik bisnes yang sebenarnya boleh mendapat manfaat melalui servis penulisan ini, mereka seolah-olah tak tahu atau tak sedar yang mereka sebenarnya perlukan khidmat seumpama ini.

 

Jadi, walaupun diluar sana ada banyak orang boleh tawarkan khidmat ini, ianya tak dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya.

 

Sedangkan konten dalam bentuk penulisan, jika dihasilkan dengan baik, ia juga mampu untuk menghasilkan jualan kepada pemilik bisnes tersebut.

 

Penutup

Setelah kita bincangkan dengan panjang lebar, maka kita berbalik kepada persoalan asal…

“Boleh atau tidak buat duit online tanpa sebarang modal?”

 

Setakat hari ini, saya boleh katakan, kalau nak jumpa yang betul-betul tak perlu keluar modal tu, macam tak ada.

 

Mungkin juga sebenarnya MUSTAHIL untuk buat duit tanpa modal langsung.

 

Tetapi, kalau kata nak buat duit dengan modal yang sangat kecil atau minima, yang itu saya boleh katakan biasa saya jumpa. Antaranya adalah yang saya senaraikan dalam posting ini.

 

Kebanyakkan individu yang saya pernah jumpa, yang kata kita ini sebenarnya boleh buat duit tanpa perlu keluar modal langsung ini, sebenarnya ada beberapa sebab.

 

Mereka ini sama ada,

1. Nak tarik perhatian anda sebab mereka nak jual produk kepada anda

2. Mereka sebenarnya mempromosikan salah satu daripada yang saya cerita dalam posting ini

3. Mereka nak anda buat kerja-kerja promosi untuk mereka tanpa sebarang kos

 

Oleh yang demikian, gunakanlah pertimbangan yang sewajarnya.

Orang yang mengajak anda untuk buat sesuatu perkara, mungkin ada matlamat tertentu yang dia ingin capai disebaliknya.

 

Ya, saya juga begitu. Saya juga tak terkecuali.

 

Misalnya, bila saya sebut tentang boleh buat duit tanpa modal melalui PG Mall Consumerchant, sudah semestinya saya juga ingin anda join rangkaian saya dan akhirnya menyumbangkan sedikit pendapatan kepada saya.

 

Sebab itu saya katakan, gunakanlah pertimbangan dengan sewajarnya dan fikir-fikirkan.

Adakah yang saya syorkan ini, bermanfaat untuk anda?

 

Jika ianya bermanfaat kepada anda, kenapa anda perlu persoalkan perkara yang remeh-temeh, yang sebenarnya tidak merugikan anda walau sedikit pun.

 

Kesimpulannya, kalau nak cari program atau cara yang boleh membantu anda untuk buat duit tanpa perlu keluar modal langsung, ianya agak sukar.

 

Tapi kalau anda mencari cara yang boleh dilakukan, dan hanya memerlukan modal yang minima, itu ada banyak.

 

Bercakap soal modal ini, kalau anda perasanlah, sebenarnya bila kita nak pergi belajar dan kuasai sesuatu ilmu dan skil, ianya juga memerlukan modal!

 

 

Exit mobile version