Buat duit dengan produk kecantikan dan kesihatan

by sabree hussin on March 2, 2016

in Pemasaran Affiliate

Beberapa tahun kebelakangan ini, boleh dikatakan salah satu sumber pendapatan tambahan yang konsisten saya terima adalah menerusi produk-produk yang dipromosikan menerusi sistem affiliate. Kebanyakkan produk-produk ini pula adalah produk dalam bentuk digital.

 

Bagi yang masih tak familiar dengan istilah produk digital, ia adalah produk seperti ebook, rakaman video, rakaman audio, pakej grafik, software dan sebagainya. Kebanyakkan produk-produk ini dihasilkan bagi tujuan membantu para usahawan dan peniaga online untuk menambahkan pendapatan sedia ada mereka.

 

Sebagai contoh ebook. Salah satu kategori ebook yang memang cukup laris ialah ebook yang mengajar cara-cara untuk buat duit online sebagai seorang pekerja bebas (freelancer). Bila bercerita tentang topik ini, salah satu yang terlintas di fikiran saya ialah Panduan Bekerja Dari Rumah oleh Jobdirumah.

jobdirumah

Ini adalah satu panduan yang memang cukup menarik untuk dipromosikan. Selain itu, panduan ini juga mempunyai kadar berlaku jualan yang agak tinggi. Almaklumlah, ramai sebenarnya yang berminat nak buat duit tambahan, dan bila mereka tahu, yang mereka boleh buat duit hanya dari rumah, pasti mereka tertarik nak belajar macam mana caranya.

 

Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa panduan seperti ini pasti akan mempunyai perubahan dari segi permintaan. Sampai satu masa nanti, apabila semua orang dah tahu, dan dah biasa dengan konsep bekerja dari rumah, mungkin pada waktu itu orang dah tak perlukan lagi panduan seperti ini.

 

Maka dari situ, saya berpendapat perlunya untuk ceburkan diri dalam bidang lain sebagai alternatif. Just in case pada satu hari nanti, kalau orang dah tak nak belajar macam mana nak buat duit dari rumah, setidak-tidaknya saya masih ada lagi back up plan.

 

Salah satu niche yang menjadi perhatian saya ialah niche kesihatan dan kecantikan. [Cabaran buat duit online dalam niche kesihatan dan kecantikan]

 

Ini pun adalah salah satu niche yang besar. Ada ramai player yang hebat-hebat dengan modal yang besar untuk menjalankan kempen pengiklanan. Bidang ni terbukti telah melahirkan ramai juga usahawan yang berjaya menyandang gelaran jutawan.

 

Apa pun, saya masih lagi mengekalkan konsep buat duit dengan program affiliate. Ini cara yang paling selamat dan yang paling rendah dari segi risikonya.

 

Lebih-lebih lagi sekarang ni, saya boleh promosikan produk-produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di laman web Lazada. Jika anda biasa ikuti tulisan-tulisan saya sebelum ini, pasti anda perasan saya kerap juga bercerita mengenai program affiliate yang dianjurkan oleh laman web Lazada.

laman_buat_duit_lazada

Setiap ejen berpeluang untuk menikmati komisen affiliate sekurang-kurangnya 6% untuk setiap jualan yang berjaya dihasilkan. Jumlah yang saya kira agak munasabah terutama sekali untuk produk-produk fizikal yang kita sedia maklum, dari segi margin untung memang agak rendah.

 

Kalau rajin cari, sebenarnya kat laman web lazada ni juga ada banyak produk-produk kesihatan yang boleh kita promosikan. Sebahagiannya memang kita biasa dengar, dan ada juga yang mungkin kita jarang dengar.

 

Sekiranya saya sebut nama Shaklee, saya pasti ramai juga yang pernah dengar nama ini kan. Berita baiknya, memandangkan produk Shaklee ini juga ada dijual di laman web Lazada, bermakna kita boleh mula mempromosikan produk-produk dari jenama Shaklee walaupun kita tak join sebagai ahli Shaklee. [Cara buat duit dengan Shaklee tanpa perlu jadi ahli?]

set_kurus_dengan_shaklee

 

Komisen yang bakal kita terima mungkin lebih rendah berbanding kalau kita jual produk shaklee sebagai member. Namun, bila kita ambil kira faktor seperti hakikat program affiliate yang hanya memerlukan kita fokus pada bahagian pemasaran semata-mata, ia jadi tidaklah sebegitu sukar.

 

Sekiranya anda juga berminat nak buat duit dengan mempromosikan produk-produk kesihatan, anda juga boleh ikuti langkah yang saya lakukan. Jadi ejen affiliate untuk lazada dan mula mempromosikan produk-produk kesihatan yang dijual di laman web tersebut.

 

Bila cukup masa, kita hanya perlu semak, berapa banyak komisen affiliate yang berjaya kita hasilkan. Senang, kan?

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: