Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Buat bisnes kedai dobi layan diri di kawasan perumahan dan apartment

August 8, 2018 by sabree hussin 4 Comments

Pada satu malam, sewaktu sedang tunggu lif, saya terserempak dengan satu pasangan bangsa cina, yang membawa dua buah bungkusan plastik besar dalam tangan. Beg plastik ni besarnya lebih kurang macam beg ikea.

 

Dalam tu terdapat kain baju yang masih belum dicuci.

 

“Nak pergi cuci baju ke uncle?” Saya saja tanya, untuk bertegur sapa dengan jiran. Pasangan ini tinggal hanya selang beberapa pintu dari rumah saya.

 

“Ha… ya ya, mau pigi cuci.” Jawab uncle tu sambil senyum.

 

“Banyak ya baju uncle nak bawa pergi cuci…” Saya lanjutkan perbualan. Kebetulan waktu tu, lif masih belum sampai.

 

“Kirja… tak ada masa mau hantar baju pergi cuci…”

bisnes-dobi

Berdekatan dengan tempat saya tinggal, ada 3 buah kedai dobi. Pada awalnya dulu, cuma ada satu kedai dobi sahaja. Mungkin disebabkan ada permintaan, ataupun usahawan ini sedar ada potensi untuk jalankan bisnes kedai dobi dekat sini, sekarang dah ada tiga buah kedai.

 

Dari tiga buah kedai dobi yang ada, dua buah kedai menggunakan konsep kedai dobi layan diri. Dengan konsep layan diri macam ini, kedai ini memang buka 24 jam. Pelanggan yang nak cuci baju, boleh datang ke sini pada bila-bila masa.

 

Selang beberapa langkah dari kedai dobi ini, ada dua kedai mamak yang sudah tentu buka 24 jam juga. Jadi pelanggan yang datang nak cuci baju, boleh pergi minum-minum sambil tunggu pakaian siap dicuci.

 

Bila ada kedai lain, yang turut dibuka 24jam, misalnya seperti KK Supermart, 7-Eleven, kedai mamak dan sebagainya, setidak-tidaknya kawasan tersebut tidak begitu sunyi dan sentiasa ada orang. Pelanggan yang nak keluar waktu malam sebab nak cuci baju di kedai dobi pun tak ada rasa takut sangat.

 

Sebelum saya berpisah dengan uncle tu, dia ada sebut, “kalau kedai satu ramai orang, pergi kedai yang satu lagi…”

 

Nampaknya kat situ, kalau dekat satu-satu kawasan tu memang dah ada kedai dobi, belum tentu kita akan gagal kalau buka satu lagi bisnes kedai dobi di kawasan berhampiran. Patutlah, ada beberapa kawasan yang saya pernah tengok, kedai dobi layan diri ni memang ada dua tiga buah.

 

Terlintas juga difikiran pada waktu tu… “mereka ni tak takut ke dengan persaingan antara bisnes dekat situ?”

 

Kenapa kedai dobi layan diri sentiasa penuh orang?

Pakaian yang kita pakai, mesti kena basuh. Melainkan kalau anda jenis yang memang sangat kaya, mungkin boleh amalkan konsep pakai buang. Dah pakai baju, masuk dalam bekas lepas tu buang. Pakai baju baru yang lain pula.

 

Tapi kita cerita tentang average penduduk di negara kita. Kita memang akan basuh baju, sebab baju yang sama kita akan pakai lagi dilain masa.

 

Saya pernah baca di media sosial sebelum ini. Ada yang pertikaikan, kenapa ada pelanggan yang bila dia pergi kedai dobi layan diri, dia akan gunakan dua atau tiga mesin dalam masa yang sama? Tindakan pelanggan yang guna sampai dua buah mesin, seolah-olah tak bertimbang rasa terhadap pelanggan lain.

 

Saya pun pelik.

 

Salah ke kalau nak guna dua buah mesin basuh? Ataupun ia jadi kesalahan dimata orang yang merungut itu, sebab dia kena menunggu? 

 

Kalau tak suka menunggu, pergilah ke kedai dobi yang lain, ataupun belilah mesin basuh dan basuh baju dekat rumah je.

buat-bisnes-dobi

Apa masalahnya kalau seorang pelanggan tu guna lebih dari satu mesin dalam satu-satu masa?

Ada ke peraturan yang ditetapkan, misalnya seperti “seorang pelanggan hanya dibenarkan menggunakan sebuah mesin basuh sahaja dalam satu masa.”

 

Saya tak pernah nampak peraturan seperti itu.

 

Kalau peraturan macam tu betul-betul wujud, pada saya ia langsung tak munasabah. Saya ambil contoh uncle yang saya jumpa masa tengah tunggu lif tu. Kalau tengok daripada kain baju yang dia bawak tu, satu mesin memang tak cukup. Sekurang-kurangnya kena guna dua buah mesin basuh sekali jalan. Kalau tak ada mesin basuh bersaiz besar, mungkin kena guna sampai tiga buah mesin.

 

Cuci baju ni bukanlah satu perkara yang menyeronokkan. Ia juga agak makan masa yang panjang. Paling kurang dalam 1 – 2 jam. Mungkin ini sebabnya kenapa sesetengah orang akan kumpul baju sampai dah betul-betul banyak, baru pergi cuci kat kedai dobi.

 

Kalau baju ada banyak, memang tak mungkin kalau cuma nak guna satu mesin basuh sahaja. Tak kan nak guna satu sahaja, sedangkan masih ada mesin yang kosong, tapi sebab kononnya nak bertimbang rasa terhadap pelanggan lain, (yang tak pasti akan datang atau tidak) maka kita kena tunggu satu mesin tu siap baru sambung untuk buat cucian yang lain. Walhal masa datang tu, masih banyak mesin yang kosong.

 

Ataupun, nak paksa sumbat dekat satu mesin?

 

Saya kira, isu sebenar dia bukanlah tentang satu pelanggan guna dua mesin serentak, tetapi yang menjadi masalah apabila pelanggan yang guna lebih dari satu mesin, lepas tu dia biarkan pakaian dia dalam mesin basuh tu agak lama. Sedangkan waktu tu mesin tersebut dah lama berhenti tetapi tak ada siapa yang datang untuk ambik pakaian dekat dalam tu.

 

Kenapa bisnes kedai dobi layan diri ada potensi yang bagus?

Seperti lain-lain perniagaan, kejayaan bisnes kedai dobi ini turut disumbangkan oleh faktor pemilihan lokasi yang betul.

 

Adakah kedai dobi ini dibuka dikawasan yang berdekatan dengan kawasan perumahan atau projek perumahan rakyat?

Baca juga: Perniagaan Kedai Dobi: Peluang dan potensi keuntungan yang boleh anda miliki!

 

Tahukah anda, berapa harga mesin basuh sekarang ini? Kalau nak semak harga mesin basuh, boleh buat semakan menerusi laman web ini. Bukan semua orang akan beli mesin basuh untuk rumah kediaman mereka.

 

Setengah orang, memang tak akan beli. Terutama sekali, kalau penghuni rumah itu sebenarnya hanya sewa bilik semata-mata. Begitu juga golongan pelajar. Mereka ini juga berkemungkinan tak akan beli mesin basuh. Pilihan yang lebih baik untuk mereka sama ada cuci sendiri guna tangan, atau hantar ke dobi. Ataupun bila balik rumah famili nanti, bawa sekali baju-baju kotor untuk dicuci.

 

Bagi contoh rumah dalam kawasan projek perumahan rakyat misalnya, saya dapati ruang dalam rumah memang agak terhad. Ruang yang ada, daripada digunakan untuk letak mesin basuh, lebih baik guna untuk simpan barang lain.

 

Mungkin kalau nak mulakan bisnes kedai dobi layan diri, faktor seperti saiz dan luas rumah yang ada disesuatu kawasan boleh diambil kira. Anda cubalah buat survei. Mana tahu, dari survei itu nanti, anda akan nampak yang dekat kawasan tersebut, penduduk disitu memang tak membeli mesin basuh.

 

Ini satu petanda dan berita baik, yang mungkin akan menyumbang kepada kejayaan perniagaan anda nanti.

 

Anda nak buat bisnes kedai dobi? Cuba baca laman web ini dulu.

Anda nak kertas kerja perniagaan kedai dobi? Boleh download disini.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Perniagaan Kedai Dobi: Peluang dan potensi keuntungan yang boleh anda miliki!
  2. Cara Mudah Untuk Membuka Kedai Dobi
  3. Contoh kertas kerja perniagaan Dobi untuk rujukan bisnes anda sendiri
  4. Bagaimana tingkatkan jualan dan keuntungan bisnes kedai runcit?

Filed Under: Idea Bisnes Tagged With: bisnes dobi, bisnes dobi layan diri, contoh kertas kerja bisnes dobi, kertas kerja perniagaan dobi, perniagaan dobi

Comments

  1. Bisnes Tudung says

    August 8, 2018 at 11:11 pm

    Saya setuju bab guna 2, 3 mesin sekali gus. sebab saya memang kalu pergi dobi. saya masuk toto je. baju yang lain basuh kat rumah.

    so kadang2, bukan basuh satu toto, 2, 3 toto. nak sumbat dalam satu mesin kadang2 tak bersih sangat. so satu mesin satu toto. ngammm. heheh

    Reply
    • sabree hussin says

      August 13, 2018 at 11:12 am

      Kalau basuh toto memang tak muat kalau pakai satu mesin je, saya pun macam tu juga. Pergi dobi sebab nak basuh toto

      Reply
  2. titan says

    September 1, 2018 at 3:17 am

    aku pernah guna 5 mesin sekaligus untuk basuh. bila nak dry, guna 2 mesin je.

    masa tu, rumah aku ada masalah air.

    ada gak orang berangin waktu tu, bila datang, 5 mesin penuh. bila dia tanya aku, aku kata tu semua baju aku.

    Haha..

    dia kata mana aci.

    Aku just gelak je sambil cakap..

    Sape cepat, dia dapat lah.

    Terus mamat melayu tu blah.

    Reply
    • sabree hussin says

      September 7, 2018 at 11:57 am

      Kalau aku ada banyak baju nak kena basuh dan waktu tu ada banyak mesin yang tak ada siapa pakai, aku pun akan pakai mesin secukupnya

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • Kenapa nak join Bisnes Netwok Marketing?
  • Panduan “Survival Guide” dalam Bisnes Multi Level Marketing @ Network Marketing
  • 7 Jenis bisnes rendah risiko, modal rendah dan mudah untuk dilakukan
  • Jom buat duit sebagai Usahawan Buku dengan Program Dropship Bookcafe

Recent Comments

  • sabree hussin on Cara bina Ayat Iklan untuk promosi produk Perfume
  • sabree hussin on Bagaimana cara mudah buat duit dengan menulis di blog?
  • sabree hussin on Kerja dari rumah untuk student lepasan SPM? Ada ke?
  • Mohamad Rahmad bin Saad on Kerja dari rumah untuk student lepasan SPM? Ada ke?
  • Hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatan - Sabree Hussin Dot Biz on Masalah writers block dalam kalangan penulis blog dan cara selesaikannya

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut