Dalam penulisan blog, terdapat dua buah platform blogging yang popular yang sering digunakan. Platform tersebut adalah sama ada platform percuma dari blogspot ataupun wordpress self hosted.
Istimewa dengan platform wordpress ini ialah, anda boleh pilih sama ada nak gunakan yang berbayar ataupun yang percuma. Kalau yang versi percuma, anda boleh pergi ke laman web wordpress.com untuk daftar akaun disana.
Manakala untuk versi yang berbayar, anda perlu langgan domain dan hosting, dari syarikat hosting bagi membolehkan ianya dihasilkan.
Setelah anda langgan domain dan hosting, langkah seterusnya adalah memasang perisian wordpress pada hosting anda. Caranya telah saya ceritakan melalui posting saya yang terdahulu.
Baca disini: Memasang blog WordPress Self Hosted pada hosting
Kalau dalam bab nak buat duit melalui blog, saya lebih syorkan anda bina blog menggunakan blog yang menggunakan wordpress self hosted. Ini bermakna, anda perlu dapatkan domain dan hosting terlebih dahulu.
Saya sendiri menggunakan kedua-dua platform. Ya, saya guna blog yang percuma dari blogspot, saya guna blog percuma yang disediakan oleh wordpress.com, dan pada masa yang sama, saya juga ada menggunakan blog yang menggunakan wordpress self hosted.
Saya dapati, setiap satu daripadanya ada kelebihan dan kekuatan masing-masing. Bercerita dari sudut kelebihan, saya boleh katakan membina blog menggunakan sistem wordpress self hosted memberi kelebihan yang lebih banyak berbanding menggunakan platform percuma.
Baca juga: Panduan mendapatkan domain dan hosting dari NetKL
Platform blogging menggunakan blogspot
Blogspot adalah PERCUMA. Itu satu kelebihan yang tak dapat kita sangkal lagi.
Sekiranya kita lancarkan projek blog menggunakan blogspot, sudah tentu kita boleh jimatkan banyak duit kita. Katakanlah, anda ingin lancarkan sekurang-kurangnya 5 projek blog dalam satu masa, dan anda mungkin tak bercadang nak jadikan projek tersebut sebagai projek long term, maka gunakan blogspot sudah memadai.
Mungkin dari lima projek blog itu nanti, ia terdiri daripada blog dalam niche kerjaya, kewangan, kesihatan, percutian dan berita. Kelima-lima niche ini memang ada potensi untuk buat duit, jika anda betul-betul faham bagaimana laman blog berfungsi.
Cuba bayangkan kalau anda terus lancarkan blog menggunakan wordpress self hosted. Satu laman blog, kos langganannya paling murah dengan syarikat Netkl adalah sebanyak RM60 setahun. Kalau kita ada lima blog, jumlah yang perlu kita sediakan adalah sebanyak RM300 setahun.
Jumlah ini memang agak besar dan kalau anda tidak mempunyai modal, mungkin akan rasa jumlah ini agak berat. Kemudian, kita juga tak pasti, apa akan berlaku pada blog kita dalam tempoh masa satu tahun itu. Adakah semuanya akan perform dan memberi hasil kepada kita? Atau akan ada projek blog yang terbengkalai?
Blog yang terbengkalai, atau blog yang tak menguntungkan, biasanya kita akan rasa agak terbeban untuk renew blog tersebut. Maka akhirnya, kita tak renew blog tersebut.
Sebab itu, kalau nak lancarkan projek blog yang menggunakan wordpress self hosted, kalau boleh jangan lancarkan semua projek blog dalam bulan yang sama. Kalau boleh biarlah ada sela masa dua atau tiga bulan antara setiap satu projek blog.
Bila lancarkan satu projek blog, bagi masa dua atau tiga bulan untuk kita fokus hasilkan konten pada blog tersebut. Selepas tiga bulan, bila blog dah mula ada konten dan sudah ada trafik yang konsisten, barulah kita lancarkan blog yang baru.
Lagi satu, kita buat macam ni sebab untuk elakkan kita rasa terbeban nak renew kesemua blog kita dalam satu masa.
Dari segi keselamatan blog pula, kita boleh katakan sistem keselamatan blogspot adalah baik dan lebih selamat kerana kita menggunakan sistem keselamatan yang disediakan oleh pihak google.
Laman blog yang kita miliki memang terdedah dengan serangan hacker, dan saya sendiri pernah lalui pengalaman kena serang dengan hacker.
Platform blogging menggunakan wordpress.com
WordPress.com ini adalah versi percuma. Cara gunanya lebih kurang sama dengan kita guna versi yang berbayar, tetapi ada beberapa limitation. Misalnya, wordpress.com ni kita tak boleh nak install plugin yang boleh meningkatkan lagi keupayaan blog kita.
Baca tentang plugin disini: Pemasangan plugin terpilih untuk meningkatkan keupayaan blog wordpress
Pengguna wordpress.com juga akan ditawarkan pakej untuk upgrade kepada versi yang berbayar. Apabila upgrade kepada versi berbayar, atau premium, anda akan dapat kelebihan yang sama dengan apa yang dinikmati oleh pengguna wordpress self hosted.
Walaubagaimanapun, kosnya boleh jadi berkali ganda lebih mahal. Kalau anda ada perancangan untuk upgrade kepada versi premium, saya lebih syorkan anda hubungi pihak syarikat hosting yang anda ingin gunakan dan bincang dengan mereka sama ada mereka ada kepakaran untuk import blog lama anda dari wordpress.com kepada hosting yang bakal dilanggan nanti.
Kalau rujuk di laman web netkl, mereka ada tawarkan servis tersebut.
Saya tak begitu menggalakkan anda gunakan fungsi ini. Saya berpendapat, kalau nak bina blog yang untuk tujuan long term, adalah lagi baik kalau terus guna yang self hosted. Ianya lebih jimat.
Saya gunakan wordpress.com sebagai back up blog sahaja.
Platform blogging menggunakan wordpress self hosted
Jika anda ikuti perkongsian yang saya muatkan dalam blog ini, khusus untuk topik buat duit dengan blog, saya banyak cerita mengenai kelebihan dari segi fungsi yang diberikan oleh wordpress self hosted ni.
Secara ringkas, jika anda lancarkan projek blog menggunakan hosting yang anda sewa sendiri, anda akan nikmati banyak kelebihan yang tak akan diperolehi jika anda guna servis yang percuma.
Bila guna yang berbayar, anda bebas untuk customize blog anda mengikut citarasa anda sendiri.
Anda boleh install sebarang plugin untuk tingkatkan keupayaan blog anda.
Anda bebas untuk install theme yang mempunyai macam-macam fungsi yang semestinya tidak mampu diberikan oleh servis percuma.
Anda tak perlu nak ikut terma dan syarat serta privacy policy yang ditetapkan oleh platform percuma. Kalau anda langgar terma dan syarat, blog anda berisiko untuk kena delete atau di remove oleh penyedia perkhidmatan.
Sekali lagi saya tegaskan, untuk projek blog utama, gunakanlah wordpress self hosted. Jika anda ingin lancarkan projek blog sebagai sampingan, yang tu bolehlah guna sama ada wordpress.com atau blogspot.
Peringkat permulaan, anda mungkin sangat bersemangat nak mempunyai banyak blog. Mungkin anda pernah buat kira-kira sendiri yang mana kalau ada banyak blog, lagi banyak income boleh dihasilkan. Tapi anda perlu tahu, satu masa nanti, bila komitmen bertambah, jadual kerja berubah, anda mungkin tak dapat cari masa untuk update semua blog-blog anda.
Untuk blog yang berbayar, macam mana pun sampai masa anda tetap kena renew domain. Tapi kalau blog yang percuma ni, bila tak sempat nak update, masih lagi tak begitu terasa kesannya.
Leave a Reply