Satu masa dulu, sekitar tahun 2009 – 2010 macam tu, menulis blog merupakan salah satu “kegilaan” saya. Sekarang ni pun masih menulis blog, cuma dah kurang sikit gilanya.
Bukan apa, sekarang ni, bila dah mula nampak rentak dan permainan untuk buat duit online, menulis blog tu masih tetap perlu diteruskan, cuma sekarang ni saya perlu selang selikan dengan aktiviti lain jugak.
Perlu ke menulis blog?
Kalau anda nak psiko pelanggan anda, dan nak buat pelanggan anda yakin dengan servis, dan produk yang anda jual, maka dengan ada blog, anda ada kelebihan.
Secara tak langsung, ia dapat bina keyakinan dan kepercayaan bakal pelanggan untuk berurus niaga dengan anda. Melainkan anda tak berminat nak buat duit untuk jangka masa panjang, maka lupakan tentang saranan untuk buat blog ni.
Anda boleh teruskan guna medium pemasaran yang memang anda sedang gunakan sekarang. Tetapi… kalau jadi apa-apa (dan biasa memang akan berlaku sesuatu) jangan nak kelam kabut pulak.
Ok… medium yang saya maksudkan ni ialah medium Facebook.
Ini nak cerita, tentang salah satu hobi berbahaya yang saya duk buat masa zaman dulu-dulu.
Dulu, saya suka cari mana-mana skim atau program buat duit yang saya kira sangat meragukan.
Bila dah jumpa saya akan kaji program tu. Lepas tu, saya akan bongkarkan segala kelemahan, kekurangan, penipuan (kalau ada) berkaitan dengan program buat duit tu.
Rasa puas. Bila dapat bongkarkan penipuan terancang macam tu.
Of course lama kelamaan saya mula dapat musuh. Orang tak puas hati. Saya dituduh kacau periuk nasi orang.
Lalu saya tanya dalam diri, adakah apa yang aku buat selama ni salah. Aku cuma nak sedarkan masyarat Malaysia supaya jangan masuk mana-mana program buat duit yang ada potensi untuk jadi program scam.
Masa tu saya lupa nak buat kajian…
Siapa yang paling ramai join program scam dan program-program penipu ni?
Kenapa diorang join?
Diorang tak tau ke apa yang diorang join ni sebenarnya salah?
Masalah bukan pada program
Mungkin pendekatan saya salah.
Isunya bukanlah sama ada program A salah, program B betul, program C patut dijauhkan. Bila saya mula buat kerja-kerja pendedahan dan pembongkaran macam ni, saya sedar… saban hari, peneraju program seperti ini akan jadi makin kreatif.
Mereka akan gabungkan strategi A dengan strategi Z.
Gabung-gabung, putar-putar lalu membentuk satu sistem yang baru, yang kadang-kadang tu, kita sendiri pun susah nak faham apa benda sebenarnya marketing plan mereka ni.
Mereka amat bijak memanipulasi sifat tamak haloba yang sedia mengalir dalam jiwa insan yang memang nak cepat kaya. Yes… memang la setiap masa mungkin orang yang berbeza yang akan terkena, tetapi, mangsanya tetap ada.
Jadi, isunya memang bukan tentang program. Selalunya saya akan ambil masa paling cepat dua minggu untuk buat research and observation.
Kadang-kadang tu, dalam tempoh dua minggu, sampai 4 – 5 program baru dilancarkan. Cis… hasil kajian sebelum ni pun tak settle lagi, masih belum sempat nak dedahkan kepada umum, dah muncul program yang baru pulak. Hampeh…
Saya jadi sibuk pada kerja-kerja yang tak beri tambah nilai
Itu yang berlaku pada saya. Sibuk duk cari kesalahan dan kelemahan bisnes orang, padahal sendiri pun tak ada bisnes yang betul-betul solid untuk dibanggakan ataupun at least yang saya boleh tawarkan sebagai alternatif bagi bisnes yang saya sendiri kata ia sebagai scam.
Sekarang…
Memang saya dah tak buat kerja dedah-dedah, bongkar-bongkar macam ni. Walaupun adakalanya saya sendiri tahu, ada beberapa program yang berpotensi untuk jadi scam.
Saya tak mau kacau periuk nasi orang
Pernah anda fikir kenapa orang sanggup untuk join bisnes yang scam padahal mereka bukannya orang yang jahil. Sesetengahnya, bukan calang-calang orangnya.
Adakah sebab mereka tamak?
Elemen tamak ada pada semua orang. Semua orang ada level tamak mereka sendiri. Dalam hal ini, pengendali program yang patut diberi pujian, sebab mereka amat bijak sekali memanipulasi dan mengeksploitasi sifat tamak ni.
Buat saya terfikir, adakah mereka dah pernah baca ebook 100 Rahsia Psikologi Pelanggan sebelum ini. hmm…
Saya tak mau tuduh atau beri mereka label sebagai orang tamak. Itu tak adil buat mereka. Lagipun saya tak kenal mereka.
Namun satu perkara yang saya yakin, mereka sanggup ambik risiko untuk buat bisnes macam ni sebab mereka perlukan duit. Ada antaranya yang memang terdesak dan perlu kumpul duit dalam masa yang singkat.
Mungkin perlukan duit untuk tampung kos rawatan.
Mungkin ada yang nak bayar hutang.
Mungkin sebab ada yang nak mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ni. Ada macam-macam sebab.
Rasa macam betul pulak yang selama ni saya duk kacau periuk nasi orang.
Sekarang ini saya ambil pendekatan yang lebih longgar. Kalau anda tak mampu nak bantu orang, jangan kacau orang. Kalau memang anda yakin bisnes orang tu tak betul (mengikut justifikasi dan pertimbangan anda sendiri), tegur baik-baik.
Sebaiknya guna medium yang lebih mempunyai privacy.
Kita tak tau, di sebalik setiap insan, entah apa benda cabaran dan penderitaan yang dihadapi.
Nak jatuhkan bisnes orang, lemahkan semangat orang tu memang mudah. Tak perlulah gunakan alasan “tak nak kawan tu kecewa atau tak nak kawan tu tertipu”.
Jujurnya…
Saya jadi siapa diri saya sekarang juga adalah berpunca daripada kesilapan-kesilapan dan kesalahan yang banyak saya buat di masa silam. Ya… saya juga tak terkecuali daripada ter”join” program-program buat duit yang akhirnya terbukti ianya scam, dan money game semata-mata.
Namun, selain daripada duit, saya dapat timba ilmu. Saya dapat pengalaman, untuk jadi seseorang yang lebih baik berbanding sebelum ini. Setiap yang berlaku, kan ada hikmahnya.
Saya anggap setiap sen dan RM yang pernah saya keluarkan untuk join bisnes dan program buat duit yang scam sebelum ini sebagai kos pembelajaran untuk saya dapatkan ilmu yang betul. Sekarang… memang la saya dah tak mudah ditipu.
Adakah saya lahir-lahir je terus jadi seorang yang berilmu dan tak mudah ditipu?
Of course not… semua ini bertitik tolak daripada pengalaman-pengalaman yang lepas. Jadi… siapalah saya untuk halang anda, kalian dan mereka-mereka untuk join mana-mana program buat duit yang pada perkiraan saya ialah program yang scam.
Banyak benda dalam dunia ni, anda kena buat dulu, lalui sendiri, dan kemudian baru anda nilaikan, sama ada ia untuk anda atau sebaliknya.
Alang-alang dah bukak pasal topik ini, maka terpaksalah saya kaitkan dengan Bisnes Tone Excel yang saya tengah buat sekarang ni.
Saya tak tau apa akan berlaku di masa akan datang. Tapi saya yakin dan pasti, kalau saya tak buat bisnes ni, di masa akan datang, confirm saya tak akan dapat walau sesen pun komisyen dari syarikat Tone Excel.
Kalau saya nak dengar nasihat daripada orang-orang yang tak buat bisnes ni pun boleh. Saya boleh dengar, tapi maaf, saya tak boleh ikut nasihat anda.
Kalau saya ikut nasihat anda (yang based kepada pendapat semata-mata) tu, adakah anda akan beri sebahagian daripada duit gaji anda pada saya setiap bulan?
Pasti tak kan…
Leave a Reply