Bisnes jual topup.
Bisnes ini memang tak perlu diperkenal dan diterangkan dengan panjang lebar. Sebut je istilah topup, orang dah tahu, apa benda topup ini.
Semua yang menggunakan talian pra bayar, akan memerlukan topup. Kalau setiap bulan dia memerlukan topup sebanyak RM100, maka setiap bulan dia akan topup RM100. Keadaan ini akan berterusan sampai bila-bila sepanjang hayat dia.
Maklumlah, topup ni dah jadi satu perbelanjaan wajib.
Apabila kita cakap pasal bisnes jual topup, berapa ramai yang benar-benar faham dan nampak potensi untuk berkembang dan jana keuntungan yang lumayan dari perniagaan ini?
Memang betul, bisnes ni, untungnya sen-sen sahaja. Tetapi, walaupun untungnya hanya sen-sen, ia sangat berpotensi untuk jadi besar. Saya petik sumber berita dari BH Online yang melaporkan Maxis untung RM2.460b tahun lalu.
Tahun lalu dalam petikan berita ini adalah merujuk kepada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.
Ya, kita mungkin tak akan jadi atau merasa keuntungan seperti yang dicapai oleh syarikat telekomunikasi Maxis ini. Malahan, saya juga beranggapan ianya MUSTAHIL untuk dapat rasa seperti yang dilalui oleh syarikat ini.
Tetapi, bagaimana kalau kita berjaya capai keuntungan yang setara dengan 0.001% daripada apa yang Maxis sedang nikmati sekarang ini?
Bisnes Topup ini sebenarnya sangat unik. Kita bukan hanya bekerjasama dengan satu syarikat Telco semata-mata, sebaliknya kita boleh jual SEMUA jenis topup yang ada dipasaran. Ini berbeza dengan anda jual simkad semata-mata.
Kalau bisnes jual simkad, walaupun anda masih boleh dapat keuntungan daripada nilai topup pelanggan anda, namun pada masa yang sama, anda perlu bersaing dengan banyak syarikat telco yang ada kat luar sana.
Walaubagaimanapun, dengan bisnes topup ini, anda tak perlu bersaing dengan mana-mana syarikat telco, sebaliknya pelanggan Maxis boleh jadi pelanggan anda. Pelanggan Celcom, Digi, Umobile, Tune Talk, XOX dan apa sahaja nama syarikat Telco akan jadi pelanggan anda.
Cuba bayangkan, kesemua ini datang kepada anda dan beli topup dari anda. Aha… bagaimana? Berminat nak tahu dengan lebih lanjut, kan?
Berapakah keuntungan yang bakal diperolehi jika anda ceburi bisnes jual topup ini?
Mari kita lihat pada jadual dibawah ini.
Peratusan yang anda lihat adalah kadar keuntungan yang bakal anda nikmati apabila anda menjadi ejen jual Topup. Katakanlah, anda berjaya menjual topup bernilai RM100 kepada 5 pelanggan yang menggunakan perkhidmatan dari 5 syarikat telco yang berbeza.
Ini bermakna, anda bakal memperolehi keuntungan sebanyak
(1) Jual topup Maxis RM100, anda untung RM4
(2) Jual topup Digi RM100, anda untung RM5.20
(3) Jual topup Celcom RM100, anda untung RM5.50
(4) Jual topup Umobile RM100, anda untung RM8.00
(5) Jual topup Tune Talk RM100, anda untung RM7.80
Dari contoh lima situasi di atas ini sahaja, anda dah boleh untung sebanyak RM30.50
Mungkin, lima orang ini adalah terdiri daripada ahli keluarga anda (termasuk diri anda sendiri). Atau mungkin, lima orang ini adalah dalam kalangan rakan pejabat, rakan tempat belajar, jiran-jiran, pelanggan anda dan sebagainya.
Pengalaman saya jual topup di kedai runcit
Kalau ikut pengalaman saya sendiri, sepanjang saya berniaga sebelum ini, topup ini adalah barang yang memang orang cari SETIAP HARI.
Setiap hari, mesti ada je pelanggan yang nak beli topup. Kalau dulu, orang jual topup guna kad gores, tapi sekarang, kalau nak jadi penjual topup, boleh guna handphone sahaja.
Ataupun, kalau nak nampak lebih eksklusif dan nampak setanding dengan bisnes Topup yang dijalankan oleh 7 Eleven dan juga stesen minyak, boleh jual topup menggunakan sistem seperti gambar disebelah.
Menggunakan sistem ini, anda akan dapat sebuah mesin printer yang boleh mencetak kupon topup yang lebih kurang sama macam beli topup di 7E.
Saya faham, ada sesetengah orang yang takut nak jadi ejen topup ni, sebabnya fobia dengan pengalaman bisnes masa dulu.
Mungkin anda pernah ada pengalaman rugi dalam bisnes ni.
Satu keadaan yang saya percaya ramai penjual topup pernah lalui, ialah dimana topup tak masuk walaupun sebenarnya anda dah hantarkan topup tersebut melalui sistem.
Benda-benda macam ni biasanya berlaku disebabkan penggunaan sistem yang tak berapa cekap. Kadang-kadang, ada juga keadaan yang mana kesilapan tu berpunca dari kita sendiri.
Sama ada kita yang tersalah taip nombor telefon penerima, ataupun si pembeli tu sendiri yang bagi salah nombor.
Tetapi, apabila anda jual topup menerusi sistem ini, yang ada printer, macam yang 7E dan stesen minyak gunakan, ianya lebih SELAMAT.
Lagi satu yang bagusnya ialah, kos untuk melanggan sistem ini adalah berkali ganda lebih rendah berbanding guna sistem yang sama seperti yang 7E gunakan.
Anda dapat kelebihan yang sama, tetapi dengan harga yang lebih jimat. Bagus kan?
Ok, saya berminat nak cuba bisnes Topup ni. Apa yang saya perlu buat sekarang ni?
Sampai part ini, kita akan cerita something yang lebih serius. Bab nak buat duit, kenalah cerita dengan serius, ya tak? Barulah nanti hasil yang bakal diperolehi juga serius banyak.
Untuk jadi pengguna sistem ini, dan mula daftar sebagai ejen topup, langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah memilih salah satu dari pakej dibawah.
Dibawah ini adalah modal yang anda perlu keluarkan untuk mulakan bisnes topup anda sendiri. Pilihlah mana-mana satu pakej yang sesuai dengan bajet dan model perniagaan yang anda bakal jalankan.
PAKEJ 1 (Hanya Bayar RM550)
– Sistem Akaun Master Dealer Topup (berharga RM250)
– Simkad Khas Urusan Sistem Topup (berharga RM98.60 – Percuma Kredit RM30 & Data 1gb)
– Banting Topup (berharga RM20)
– Buku Panduan (RM3)
– MESIN PRINTER (RM350)
– MODAL UNTUK JUALAN TOPUP (RM100)
– Postage (RM10)
PAKEJ 2 (RM150)
(Tanpa Mesin Printer)
– Sistem Akaun Master Dealer Topup (berharga RM250)
– Simkad Khas Urusan Sistem Topup (berharga RM98.60 – Percuma Kredit Rm30 & Data 1gb)
– Banting Topup (berharga RM20)
– Buku Panduan (RM3)
– Postage (RM10)
PAKEJ 3 (RM130)
(TANPA MESIN PRINTER & BANTING)
– Sistem Akaun Master Dealer Topup (berharga RM250)
– Simkad Khas Urusan Sistem Topup (berharga RM98.60 – Percuma Kredit RM30 & Data 1gb)
– Buku Panduan (RM3)
– Postage (RM10)
Setiap pakej ini semua ada kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. Kalau anda tak pasti nak pilih pakej yang mana satu, dan rasa nak bincang-bincang dulu sebelum buat pemilihan, boleh whatsapp sahaja terus ke nombor ini.
Whatsapp – 60108090030
Setiap pertanyaan anda tu nanti, akan dilayan dan dijawab dengan segera oleh En Shahrul. Tanyalah apa sahaja.
Kalau anda tak tau nak tanya apa, atau tak tau nak cakap apa, boleh guna je skrip macam kat bawah ni.
“Salam tuan, saya minat nak join bisnes Topup dengan Pakej __ (nyatakan pakej yang mana satu). Boleh bagi bagi akaun untuk saya buat bayaran?”
Pakej mana satu yang paling bagus?
Sebenarnya, ini bergantung kepada cara bagaimana anda bakal jalankan bisnes topup ini nanti. Lazimnya, mereka yang mempunyai bisnes kedai makan, atau yang ada kedai runcit misalnya, mereka akan pilih pakej yang pertama.
Pakej yang ada sistem printer sekali. Cara ini nampak lebih kemas dan nampak lebih profesional bila jual topup. Jadi, jika anda juga adalah pemilik kedai makan, atau ada kedai runcit, bolehlah ambik pakej yang pertama tu.
Untuk pengetahuan anda, sistem yang bakal anda gunakan ini nanti, bukan sahaja boleh guna untuk jual topup semata-mata, malahan ia ada fungsi tambahan yang lain.
Anda juga boleh gunakan sistem ini untuk bayar bil Astro, bil air, bil TNB dan macam-macam lagi jenis bil. Boleh lihat pada gambar dibawah.
Sesetengah orang masih ada lagi yang suka beratur di pejabat pos dan tunggu giliran semata-mata nak buat bayaran bill. Dengan adanya sistem ini, anda boleh bantu memudahkan urusan mereka dan pada masa yang sama, boleh juga buat duit.
Sebenarnya kalau diikutkan, kita memang boleh buat bayaran bil secara online sahaja. Guna M2U pun boleh. Tapi itulah, bukan semua orang pandai guna kemudahan tu kan. Masih ada lagi yang lebih selesa nak buat bayaran di kaunter.
Kali ini, anda sendiri boleh buka kaunter bayar bil.
Atas ni pula adalah contoh bunting yang bakal anda perolehi apabila buat bisnes ni. Kat kedai makan pun boleh jual topup sekarang ini.
Bukan pelanggan je yang nak makan, handphone pun nak makan jugak. Kalau anda ada jual topup, tak perlu lagi pelanggan bersusah payah nak ke tempat lain semata-mata sebab nak beli topup.
Baiklah, jadi kalau anda dah sedia nak join bisnes Topup ni dan mula jadi ejen topup, bolehlah ambik tindakan sekarang. Jangan tunggu dah ramai yang jual topup baru nak buat bisnes ni. Masa tu, persaingan dah jadi makin besar.
Kalau anda ada soalan tambahan, atau ada apa-apa yang nak ditanya, boleh hubungi kami menerusi kaedah dibawah.
Facebook – Mohamad Shahrul Shaharim
Whatsapp – 60108090030
Ataupun boleh juga direct whatsapp dengan menekan link berikut sistemtopup.wasap.my
Anda mungkin pernah jumpa tawaran seumpama ini diluar sana. In fact, anda juga mungkin pernah jumpa ada syarikat yang tawarkan pendaftaran secara percuma untuk jadi dealer topup. Tetapi, syarikat tersebut belum tentu mampu tawarkan kadar keuntungan yang tinggi seperti yang ditawarkan disini.
Daftar menerusi syarikat ini, dan anda layak untuk nikmati kadar keuntungan yang tinggi lagi memuaskan.
thehaikal says
Memang digalakkan untuk join bisnes macam ni. Orang memang sentiasa cari untuk mudah bayar bil dan beli topup 🙂
RAIHANAH AHMAD says
boleh sertai ni as side income
Hero Borneo says
wow..bagus tu
bisnes top up memang best dan saya pergi kendali mesin printer masa bekerja makan gaji dulu…
setiap hari pasti ada pelanggan..
lokmanamirul says
serius memang bisnes topup nie ada untungnya…tgok member pun buat bisnes nie ada hasilnya…rasa nak join jer…tpi tah kekangan masa kut jdi penghalang!
dedauncomel.com says
Selalu tertanya2 macamana ada orang boleh bagi top up dari henpon sendiri.. rupanya ada simkad khas..
Dan tak la mahal sangat kan.. cepat balik modal sebab kredit henpon ni selalu orang nak isi..
Uncle Zuan says
semoga sukses kepada semua yang terlibat dalam business top up
Mohd Aswad says
Bisnes topup antara cabang bisnes mudah dan senang nak manage. tambahan pula plan prepaid ni dah jadi pilihan utama rakyat malaysia. jadi rugi la kalau tak ambil peluang dalam cabang bisnes ni..
rahimah majid says
Nak tengok untung ke tidak kena asingkan duit bisnes dalam akaun bisnes. Jangan campur dalam akaun saving kita yang biasa. Top up senang jual. Kalaulah saya banyak masa saya buat. Tapi ada plan nak suruh anak buat lepas ni. Maybe boleh registerkan anak jadi ejen di nombor yang Sabree bagi tu.
Amran says
Satu perkongsian bisnes yang bagus. Saya juga dah menceburkan diri dalam bidang jualan topup ni. Apa yang boleh saya komen ialah, bisnes ni tak akan rugi kecuali server yang digunakan down dan owner dia lari. Saya dah kena sekali, dan sejak itu sentiasa berhati-hati. Saya percaya, bisnes owner yang tuan perkenalkan ni jujur orangnya..
sabree hussin says
Ya tuan, perniagaan topup ini adalah dibawah syarikat Neraca Gemilang. Satu syarikat yang dah agak lama. Boleh whatsapp pada nombor yang saya berikan diatas tu kalau perlukan info yang lebih banyak mengenai syarikat ini.
si bongkok says
Bagus gak bisnes ini. cuma yang kadang2 risau bila model bisnes tue dah jadi konsep MLM…last2 nanti yg nak menjawab kita as dealer gak…Tapi company yang tuan sabree rekemen ini pasti syarikat yang telah lama beroperasi tanpa masalah…InshaALLAH!
sabree hussin says
Sudah tentu 😀
Khairuddin Mohd Yasin says
sixty eight tuop up tu…sama sykt ke?
sabree hussin says
Lain. Sila Whatsapp – 60108090030 ya.