Bisnes Simkad Tone Excel – Pemasaran online atau offline lebih baik?

by sabree hussin on September 12, 2017

in Tanya Sabree Hussin, Tune Talk Tone Excel

Saya masih lagi menggunakan simkad Tone Excel. Akaun Tone Excel saya juga masih lagi aktif, dan sampai ke hari ini, ia masih lagi menyumbangkan pendapatan kepada saya.

 

Jumlahnya sahaja yang tidak sebanyak dulu. Walaupun ada penurunan, namun saya masih menerima bayaran dari syarikat Tone Excel setiap bulan.

 

Tahun 2017 ini, adalah tahun yang keempat saya menjadi pengguna simkad Tone Excel. Sebelum ni, saya guna simkad Maxis. Kemudian, apabila saya dapat tahu, dengan menjadi pengguna simkad Tone Excel, saya boleh buat duit, saya terus tukar simkad saya.

 

Sepanjang menggunakan simkad Tone Excel ni, saya juga pernah alami simkad expired sebab tak topup. Kemudian, saya beli semula simkad Tone Excel.

sistem_autodownline_toneexcel

Bila kita dah pernah rasa income dari program ni… tak kisahlah sedikit atau banyak, pasti akan rasa sayang untuk tukar kepada simkad lain, yang belum tentu mampu untuk dijadikan sumber pendapatan.

 

Simkad lain pun ada kelebihan masing-masing. Ada yang mampu bagi data percuma, panggilan percuma, data murah, dan macam-macam lagi. Tetapi, nak dapatkan simkad yang boleh bagi duit masuk dalam akaun bank memang agak susah.

 

Sebab tu sampai sekarang, saya masih guna simkad ni. Lagi-lagi sekarang ni, saya boleh fokus pada pemasaran secara online sahaja, dengan menggunakan platform yang disediakan oleh team Autodownline. Setiap bulan kalau cuma dapat dua orang pengguna baru pun pada saya dah cukup memadai.

 

Pada pandangan saya, dalam apa bisnes sekali pun, yang kita bakal sertai atau yang kita sedang lakukan, kita perlu tahu, apa dan dimana kekuatan kita. Macam saya, saya rasa saya boleh buat lebih baik apabila saya buat kerja pemasaran secara online sahaja, jadi saya pun hanya fokus kepada pemasaran secara online.

 

Kemudian, setelah kita tahu, apa kelebihan dan kekuatan kita, kita juga perlu sedar apa sebenarnya kelemahan dan kekurangan kita.

 

Selain Tone Excel, saya ada beberapa projek lain yang saya jalankan. Untuk saya buat Tone Excel ini secara full time, dan meninggalkan projek-projek saya yang lain, memang sesuatu yang mustahil.

 

Samalah seperti orang lain. Mungkin, anda juga ada full time business yang lain yang perlu dijaga, atau anda ada full time job yang memerlukan anda sentiasa berada di tempat kerja atau perlu kerja lebih masa. Dalam keadaan seperti ini, sudah tentu anda perlu cari alternatif untuk buat kerja pemasaran.

 

Kalau tak boleh atau memang ada kekangan masa untuk buat secara offline, kita buatlah secara online.

 

Dapatkan prospek secara online. Buat sesi penerangan secara online. Close deal pun secara online. Melainkan ada permintaan dari prospek tu sendiri yang nak ajak jumpa dan dalam situasi ni, bolehlah kita buat secara offline. Bila kita buat secara online, sebenarnya ada cara untuk kita jadikan bisnes ni automatik, atau sekurang-kurangnya semi automatik.

 

Ada pertanyaan dari ahli yang join bisnes simkad Tone Excel ini dalam salah satu post yang saya pernah tulis tentang Tone Excel.

Salam tuan, saya pun baru join biz ni dlm 3bulan..

Terima kasih sebab kongsi pengalaman yang boleh membantu memberi semangat pada saya..

Saya mulakan dengan cara promosi online tetapi belum ada hasil…mungkin masih banyak kekurangan teknik yang berkesan..saya terfikir mungkin akan cuba tumpu dalam promosi secara offline lepas ni..kadang2 saya rasa saya tak mampu buat biz ni, tapi disebabkan saya yakin dan tahu yang biz ni 100% terbaik saya masih cuba bertahan dan cari cara bagaimana untuk saya jumpa jalan untuk berjaya sampailah saya terbaca blog tuan ni..

Saya nak minta pendapat tuan, mana lebih bagus dan berkesan untuk berjaya dalam biz ni dengan kaedah fokus promosi secara online ataupun offline..? boleh tuan beri pendapat Terima kasih. 

 

Apabila saya dihadapkan pilihan, sama ada nak buat secara offline atau secara online, sudah tentu saya akan pilih online. Malahan, saya join bisnes ni agak lambat, sebabnya saya menunggu, mana-mana group yang mampu untuk jadikan bisnes simkad Tone Excel ini mudah untuk dijalankan secara online.

 

Akhirnya, pada tahun 2013, saya join bisnes ni, bersama-sama dengan geng Internet Marketer. Saya berada dalam rangkaian Razif Yusof dan Zamri Nanyan.

 

Ok dah.

 

Sekarang ni, saya nak cerita pula tentang apa teknik yang boleh digunakan dalam segmen pemasaran secara online. Dari pengalaman saya, saya pernah jumpa orang yang selalu kata, saya dah buat macam-macam, tetapi masih tak berjaya juga. Bila disemak, rupa-rupanya yang dikatakan sebagai dah buat macam-macam tu, sebenarnya cuma satu benda sahaja.

 

Itupun sekadar buat marketing di FB personal. Itu sahaja. Tetapi pada dia, dia sudah buat macam-macam.

 

(1) Pemasaran menggunakan Facebook

Facebook adalah laman media sosial nombor satu di dunia. Selain FB, kita ada Instagram, Twitter, LinkedIn, dan sebagainya. Dari segi populariti, laman web FB adalah yang paling mendominasi.

 

Bagaimana cara guna Facebook untuk mempromosikan bisnes simkad Tone Excel?

Sekiranya anda ingin gunakan personal profile, bermakna sasaran anda adalah mereka yang memang anda kenali dan yang telah berada dalam friendlist anda. Jika anda mempunyai 1,000 orang rakan, bermakna itu sahajalah target anda.

 

Apabila menggunakan personal profile, kaedah yang lebih baik adalah menggunakan pendekatan bercerita. Kita cerita apa aktiviti kita, apa pengalaman kita, apa yang kita belajar tentang bisnes simkad ini, apa yang kita faham tentang bidang telekomunikasi, bagaimana sebagai pengguna, kita boleh dapat servis yang lebih baik dan sebagainya.

 

Kaedah yang kita gunakan adalah bercerita. Kita buatkan rakan-rakan kita seronok nak baca cerita dan kisah kita. Tak kisahlah, itu cerita kejayaan atau cerita kegagalan. Ingat ni, orang suka baca tentang cerita.

 

Sebaliknya, kalau fokus anda adalah nak buat iklan semata-mata, dan iklan tu pula adalah jenis copy paste, peluang untuk anda berjaya tarik rakan anda untuk jadi pengguna dan menjalankan bisnes ni adalah sangat tipis.

 

Cuba bila kita nak update status tu, kita bayangkan yang kita sedang bercerita dengan kawan kita. Rasa macam susah nak buat? Ini tips dia…

(1) Buka senarai rakan anda

(2) Pilih salah satu dari rakan anda

(3) Cuba lihat apa status update terkini dia. Baca dan fahamkan.

(4) Bayangkan kawan anda tu berada didepan anda. Apa yang anda akan cerita pada dia?

(5) Kalau cerita yang anda bakal sampaikan boleh relate dengan situasi kawan anda tu lagi baik.

(6) Kita nak kawan kita tu dapat rasa, bila dia baca status kita, seolah-olah kita sedang bercakap dengan dia.

(7) Pilih 5 – 10 orang kawan yang memang ada persamaan dengan kawan kita tu.

(8) Bila nak publish post tu, tak perlu set kepada public, tetapi set kepada spesific friends.

(9) Kalau kita set kepada public, memang ramai orang boleh baca, namun kita nak orang tertentu sahaja yang baca post kita, sebabnya post kita tu memang kita dah olah mengikut situasi orang yang kita target sahaja.

 

Pemasaran Facebook menggunakan fungsi Group 

Untuk mereka yang dah tunjuk minat, boleh ofer dia untuk join FB Group kita. Pastikan hanya add atau tawarkan penyertaan kepada mereka yang betul-betul minat sahaja.

 

Pemasaran menggunakan FB Fanpage

Create sebuah page untuk memperkenalkan bisnes ini. Walaubagaimanapun, saya berpendapat, kat FB tu dah ada banyak FB Fanpage tentang TE. Kebanyakkannya sudah tak di kemaskini oleh pemiliknya.

 

Saya rasa, fokus kepada pemasaran menggunakan personal profile dengan FB Group sahaja sudah memadai.

 

(2) Pemasaran menggunakan email

Sekiranya anda ingin menjadikan bisnes ini sebagai semi automatik, maka anda perlu pertimbangkan untuk guna kaedah pemasaran menggunakan emel. Ini bermakna anda perlu ada sistem yang kita panggil dengan nama sistem autoresponder.

 

Salah satu sistem autoresponder yang saya gunakan adalah sistem autoresponder emelmatik. Klik sini untuk daftar percuma.

sistem-autoresponder-percuma

Kita akan perlukan sistem autoresponder ni untuk

  1. Mengumpul dan menyimpan database emel bakal pelanggan atau prospek
  2. Menghantar emel follow up secara automatik mengikut sela masa yang kita tetapkan
  3. Menghantar emel broadcast pada bila-bila masa

 

Apabila anda mempunyai sistem autoresponder, anda sendiri yang perlu tetapkan, berapa banyak agaknya senarai emel yang anda ingin dapatkan? Adakah 1,000 emel prospek? 2,000? Atau lebih dari itu?

 

Mungkin ada yang pening dan blur… macam mana nak dapatkan senarai emel tu? Adakah kena beli? Atau kena key in satu per satu dalam sistem autoresponder ni?

 

Kedua-dua cara tersebut, walaupun boleh digunakan, namun pada pendapat saya, hasilnya kurang berkualiti. Sebaik-baiknya, kita biarkan prospek kita yang masukkan sendiri nama dan alamat emel mereka.

 

Untuk dapatkan prospek yang minat untuk beri nama dan emel, selalunya kita akan tawarkan kepada mereka ni ebook yang mungkin mereka minat nak baca. Sebelum boleh baca, mereka perlu berikan nama dan alamat emel terlebih dahulu.

sistem_promosi_tone_excel

Contohnya, saya punya tawaran adalah seperti gambar diatas. Kalau ada prospek yang minat nak baca, dia akan masukkan nama dan emel. Seterusnya, sistem autoresponder saya ni akan hantar emel follow up kepada mereka yang pernah download ebook ini, sampailah mereka join rangkaian saya atau sehingga mereka unsubscribe dari mailing list saya.

 

(3) Website promosi

Selalunya, rangkaian yang kita join pasti akan sediakan website untuk bantu kita memperkenalkan bisnes ni kepada orang ramai.

 

Website promosi ni juga dikenali sebagai web autodownline, web replika dan sebagainya. Berkesan ke guna web replika ni? Saya tidak mempunyai data yang dapat menyokong atau menentang pendapat yang mengatakan buat promosi guna web replika adalah berkesan.

 

Namun, saya tak begitu meletakkan harapan pada kaedah promosi menggunakan web replika. Web replika ini membantu dalam kerja pemasaran, namun sebaik-baiknya jangan bergantung sepenuhnya pada web replika semata-mata.

 

(4) Pemasaran menggunakan blog

Saya rasa, kebanyakkan downline saya, adalah terdiri daripada pembaca blog saya, atau setidak-tidaknya, mereka akan jumpa blog saya dulu, sebelum mereka join bisnes Tone Excel ni menerusi rangkaian saya.

 

Flow dia begini.

(1) Mereka akan google terlebih dahulu tentang bisnes simkad Tone Excel.

(2) Seterusnya mereka akan baca laman-laman web yang bercerita tentang bisnes ni.

(3) Dalam banyak-banyak laman web tu, mereka akan jumpa blog saya.

(4) Disebabkan saya ada banyak menulis tentang Tone Excel, ada antara pembaca yang rasa lebih yakin untuk join menerusi rangkaian saya

(5) Akhirnya mereka join rangkaian saya hanya dengan membaca perkongsian-perkongsian yang saya pernah muatkan dalam blog ini.

 

Sebenarnya, kaedah pemasaran menggunakan blog adalah salah satu kaedah yang paling saya gemari. Saya hanya perlu tulis artikel tentang TE ini sekali sahaja, dan seterusnya artikel dalam blog saya akan masuk ke page google dan memudahkan orang ramai untuk temui laman blog saya.

 

Dalam ramai-ramai yang baca blog saya, ada juga yang akan join mailing list saya, dan seterusnya sistem autoresponder saya pula yang akan buat kerja. Saya hanya perlu update blog seperti biasa.

 

Artikel yang saya pernah tulis pada tahun 2014, masih lagi dibaca hingga ke hari ini. Walaupun saya dah tak menulis artikel terbaru tentang Tone Excel, namun kerja pemasaran masih lagi berlaku secara automatik. Ini yang best bila buat promosi guna blog.

 

Bagaimana dengan kaedah pemasaran secara offline?

Saya juga kenal beberapa orang ahli TE yang berjaya dalam bisnes ni sebab fokus pada pemasaran secara offline sahaja.

 

Namun saya tak pernah atau amat jarang menggunakan kaedah ini untuk buat pemasaran. Kalau nak buat offline marketing, saya rasa yang kerap saya jumpa adalah kaedah buka kaunter dan sesi table talk.

 

Saya pernah jumpa, ada ejen TE yang buka kaunter depan bank. Setup dia simple sahaja. Cuma perlu ada sebuah meja, dua buah kerusi dan atas meja ada beberapa fliers, buku, simkad, merchandise dan sebagainya.

 

Secara peribadi, saya cukup benci dan tak suka apabila ada orang tahan saya dan ajak saya untuk dengar penerangan tentang produk. Saya pergi ke bank, sebab nak keluarkan duit dari mesin ATM. Lepas tu, ada tempat lain yang saya nak pergi.

 

Tiba-tiba, ada orang tahan dan nak ajak saya dengar pasal produk yang dia nak jual. Saya nak cepat dan ada urusan lain, tiba-tiba orang ni mengganggu pulak.

 

Saya tak boleh nak bayangkan, buat sesuatu yang saya tak suka bila orang buat pada saya, tiba-tiba saya buat benda yang sama pada orang lain. Jadi, kaedah promosi secara offline ni memang saya tak akan buat. Walaubagaimanapun, kalau ada ahli dalam rangkaian saya yang perlukan bantuan saya dan nak ajak jumpa, saya tak ada masalah untuk bantu.

 

Mana satu pilihan anda? Offline ke online?

Tak kisahlah mana satu yang menjadi pilihan anda, ianya terpulang pada anda. Bisnes anda, ikut suka hati anda lah nak jalankan macam mana. 

 

Anda mungkin lebih berjaya kalau buat secara offline. Saya tak ada pengalaman buat secara offline, jadi saya tak boleh nak guide anda.

 

Atau kalau anda nak buat secara online, yang ni In Shaa Allah saya boleh bantu.

 

Dalam bisnes seperti ini, ada satu lagi perkara yang anda perlu tahu. Anda perlu banyak belajar dan perlu banyak bekorban.

 

Persoalannya ialah, berapa banyak yang anda sanggup belajar? Apa yang saya cerita dalam artikel ni, bagi sesetengah orang, ianya adalah perkara asas sahaja. Namun, bagi orang lain, mungkin ada yang rasa langsung tak faham dengan apa yang saya cerita.

 

Sanggup ke nak belajar?

 

Ataupun tak nak belajar apa-apa, tapi nak jugak ulang buat benda sama, yang belum tentu berjaya.

 

Kemudian, tentang pengorbanan. Saya melihat, sekurang-kurangnya terdapat 4 perkara yang anda perlu korbankan.

  1. Korbankan duit anda
  2. Korbankan masa anda
  3. Korbankan tenaga anda
  4. Korbankan ego anda.

 

Kalau tak sanggup nak korbankan 4 perkara ni, saya rasa tak perlulah susah payah buat bisnes ni. Kita dah boleh agak, ending dia mesti kelaut punya bisnes tu.

 

Nak belajar skil baru, sometime kena bayar yuran. Kena beli buku, beli ebook, datang kelas dan sebagainya. Ini semua perlu duit. Sanggup tak keluar duit untuk belajar new skills? Ya, memang boleh belajar dari sumber yang percuma, tapi jangan paksa orang lain ajar kita dengan percuma kalau dia tak tawarkan khidmat tersebut.

 

Kedua, korbankan masa. Korban masa bersama keluarga, korban masa untuk diri sendiri, sebab nak fokus pada bisnes ni. Kalau sehari korbankan satu jam, dalam masa seminggu, dah 7 jam.

 

Bisnes ni, perlukan tenaga dan stamina. Walaupun cuma nak buat promosi secara online, kena ada tenaga untuk buat. Kena perah tenaga untuk dapatkan idea-idea marketing yang bernas. Kalau tak ada tenaga, memang susah nak buat.

 

Akhir sekali, kena korbankan ego. Bukan nak kena korbankan semua, tetapi korbankan mana yang perlu sahaja. Anda mungkin akan temui, ada orang lain, yang lebih muda, atau yang lebih tua, tetapi lebih berjaya dari anda. Sanggup ke nak turunkan sedikit level ego untuk belajar dari dia?

 

Kesimpulannya, cara promosi kita mungkin berbeza, namun kita sama-sama mahukan hasil yang sama. Kita nak ada jualan. Ada sale. Ada orang yang beli produk kita. Ada orang yang join rangkaian kita. Semua ini hanya akan berlaku apabila kita lakukan kerja pemasaran dengan betul.

 

Macam mana kita nak tahu sama ada kaedah pemasaran kita betul? Kat sinilah pentingnya untuk kita mempunyai sistem tracking kita sendiri. Cubalah perhatikan data-data berikut,

(1) Berapa banyak yang klik pada link promosi anda?

(2) Jika guna blog, berapa banyak pelawat yang masuk dan baca blog anda?

(3) Jika guna email marketing, berapa ramai yang berikan nama dan emel mereka?

(4) Jika guna FB Group, berapa banyak pula yang request untuk join group anda?

(5) Kalau guna fliers, dari 1,000 yang disebarkan, berapa ramai yang call/mesej anda? 

(6) Kalau buka table, berapa ramai yang duduk dengar penerangan anda, dan daripada mereka yang dengar tu, ada tak yang join? 

 

Its okay kalau anda tak berjaya dalam bisnes ni. Cuba lagi. Belajar benda yang anda tak tahu. Kemudian praktikkan apa yang anda pelajari tu.

 

Jika anda konsistem buat bisnes ni, dan dah buat semua yang saya nyatakan kat atas tu, In Shaa Allah, pasti akan berjaya dapat sale juga.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 7 comments… read them below or add one }

Abdul Nashar Bin Aminuddin September 13, 2017 at 7:03 am

Terima kasih tuan.artikel yang bermanfaat

Reply

onlajer September 13, 2017 at 9:05 pm

Pergh pasti nya bro memang antara pioneer dalam bisnes tone Excel ni…

Reply

sabree hussin September 15, 2017 at 6:32 pm

Tak la, pioneer tu orang lain. Saya join pun dah agak lambat tu sebenarnya

Reply

jalan jalan September 14, 2017 at 4:02 pm

dah lama lihat hal ini di blog titan tapi disini didedahkan lebih jelas

Reply

sabree hussin September 15, 2017 at 6:34 pm

Titan mungkin tak cerita panjang lebar sebab dia tak join dan bukan pengguna simkad Tone Excel ni.

Reply

atiehilmi dot com September 15, 2017 at 3:00 pm

terima kasih untuk artikel ni tuan.. hee~ semoga bermanfaat untuk pembaca yang lain..

Reply

sabree hussin September 15, 2017 at 6:38 pm

Itu la, harap-harap ada la yang akan dapat manfaat.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: