Bisnes menjual makanan haiwan kesayangan beserta strategi penetapan harga

by sabree hussin on October 20, 2018

in Idea Bisnes

Berpindah di kawasan kejiran yang baru, memang satu cabaran yang agak besar buat saya. Berada di tempat baru, saya rasakan segalanya seakan begitu asing.

 

Pada mulanya rasa macam orang hilang arah sekejap. Kat mana nak cari tempat makan? Dekat mana nak shopping lauk pauk dan barangan dapur? Dan yang tak kurang pentingnya, dekat manalah saya nak beli pasir dan makanan untuk kucing-kucing yang saya bela.

 

Mujurlah, berdekatan dengan tempat saya tinggal ini, ada lebih dua atau tiga kedai menjual makanan haiwan peliharaan, atau lebih mudah kita panggil Pet Shop.

 

Cuma sayangnya, jenama yang saya biasa gunakan untuk kegunaan kucing-kucing saya, tak ada pula dijual dikedai yang saya pergi tu.

 

Kalau untuk makanan kucing, saya berikan mereka makanan kecing dari jenama Love Cat.

love-cat

Kalau untuk pasir pula, saya gunakan pasir kucing jenama Catty Fresh.

pasir-kucing-murah-bagus

Salah satu kucing saya, dia tak boleh nak makan makanan biasa ini. Jadi untuk dia, saya belikan Royal Canin Urinary Care. Sebelum ini dia pernah ada masalah buang air kencing disebabkan oleh batu karang.

 

Selepas bawa pergi jumpa Vet dan dah buat rawatan, sekarang dia terpaksa tukar diet.

 

Kembali kepada topik Pet Shop. Dari apa yang saya perhatikan, walaupun ada kedai yang saya masuk tu, saiznya agak besar, tapi mereka tak jual produk dari jenama yang saya biasa guna. Mereka lebih utamakan untuk menjual premium food berbanding makan kucing yang biasa-biasa.

 

Kenapa agaknya ya? Boleh jadi disebabkan kawasan tempat saya tinggal ini. Dekat sini, kebanyakkan rumah memang besar-besar belaka, dan satu rumah ada yang sampai ada tiga buah kereta. Mungkin tak salah kalau saya kata, kawasan kejiranan saya ini adalah kawasan orang berada.

 

Orang yang ada duit ni, tak kan nak belikan makanan yang biasa-biasa dan murah-murah untuk haiwan kesayangan, kan? Mesti nak bagi yang terbaik.

 

Kucing saya ada lebih sepuluh ekor semua sekali. Kalau nak belikan makanan yang premium untuk semua tu, memang tak mampu. Pakai jenama Love Cats yang 20kg tu pun kadang-kadang tak cukup. Memang kuat makan betul la.

 

Oleh sebab majoriti penduduk kat sini orang berada, so kebanyakkan kedai haiwan peliharaan memang jual yang jenis premium sahaja. Nampaknya, saya terpaksa beli makanan kucing secara online ataupun kena pergi ke Sungai Besi, tempat tinggal saya yang dulu.

 

Dalam sebulan cuma sekali atau dua sahaja perlu shopping untuk kucing. Jadi tak ada masalah pun kalau nak pergi ke Sungai Besi tu.

 

Apabila saya perhatikan, harga barangan dan makanan yang dijual di tempat baru ini, saya perasan walaupun jual produk yang sama, kedai yang berbeza menawarkan harga yang berbeza.

 

Situasi ini lebih kurang sama kalau kita beli online. Kalau tak percaya, cubalah anda semak harga di laman web ini.

harga-love-cat

Kalau beli dari petshop, harga dia pun macam tu juga. Ada pelbagai harga yang ditawarkan.

 

Ada petshop yang beri diskaun, dengan syarat kita kena jadi member terlebih dahulu. Ada juga petshop yang tak bagi diskaun dan mereka jual ikut harga recommended retail price (RRP).

 

Kedai yang jual dengan harga tanpa diskaun ni, mereka tak takut ke barangan yang mereka jual tu nanti tak laku?

 

Kenapa boleh ada perbezaan harga walaupun jual barang yang sama?

Sebelum tu, kalau anda tengok harga online, harga tu murah mungkin sebab belum masuk lagi caj penghantaran. Untuk barang yang agak berat (beratnya 20KG) biasanya mesti ada caj penghantaran.

 

Berkenaan dengan variasi harga tu, saya berpendapat, ia mungkin disebabkan oleh business model yang mereka gunakan.

Baca tentang cara hasilkan rancangan perniagaan disini.

 

Bila kita masuk sesebuah kedai haiwan peliharaan tu, kita sebenarnya boleh agak, apa sebenarnya punca pendapatan UTAMA bagi kedai tersebut.

 

Biasanya ada dua punca atau sumber pendapatan.

 

Sama ada datang daripada jualan produk seperti makanan, pasir, aksesori, ataupun daripada jualan servis. Boleh jadi juga kombinasi kedua-duanya sekali.

 

Kalau kedai yang jual murah tu, apa yang boleh saya katakan, mereka ini fokus kepada nak dapat untung daripada jualan barang-barang yang ada dalam kedai. Pelanggan mereka mungkin terdiri daripada peniaga runcit ataupun pengguna macam saya.

 

Jadi mereka guna strategi letak harga murah, supaya barang dapat dijual dengan lebih laju.

 

Bagi yang lebih fokus kepada penawaran servis, mereka biasanya akan jual barangan dalam kedai dengan harga yang sedikit mahal ataupun mengikut harga runcit biasa.

 

Mereka tak kisahpun kalau barang lambat terjual. Kalau tak ada yang beli, barang-barang seperti makanan dan juga pasir, mereka boleh guna sendiri untuk kegunaan kucing-kucing milik pelanggannya.

Baca juga: Panduan bisnes menternak kambing

 

Apakah servis yang biasanya ditawarkan oleh pet shop?

Antara yang biasa saya nampak adalah khidmat boarding untuk pelanggan yang nak tinggalkan kucing kesayangan mereka untuk satu tempoh masa tertentu. Mungkin sebab nak balik kampung atau ada urusan kerja.

 

Selain itu, servis grooming. Benda ni macam salun untuk haiwan peliharaan. Caj yang dikenakan untuk salun ni pun boleh tahan mahalnya.

 

Ada juga pet shop yang tawarkan khidmat adoption. Biasanya pet shop akan berurusan dengan pihak rescuer yang kerjanya menyelamatkan kucing-kucing gelandangan dan terbiar. Pet shop ini akan grooming kucing tu, dan bila dah cantik, mereka akan carikan keluarga yang sudi jaga kucing tersebut.

 

Kalau ada yang lebih advance, mereka juga boleh tawarkan khidmat seperti memberi latihan kepada haiwan kesayangan. Latihan tu ada macam-macam jenis. Kalau kucing yang tak pandai buang air dekat pasir, boleh diajar.

 

Kalau yang jenis tak mendengar kata, tak pandai ikut arahan, juga ada latihan yang bersesuaian untuk haiwan peliharaan seperti itu.

 

Mujurlah dalam bisnes pet shop ini, kita sebagai pelanggan ada banyak pilihan. Kalau tak suka dengan satu kedai, atau tak setuju dengan harga yang ditawarkan, kita boleh cari kedai lain.

 

Setakat ini, saya lebih banyak dan lebih kerap berurusan dengan satu kedai haiwan peliharaan di Sungai Besi sahaja. Selain saya rasa senang nak berurusan dan harga yang munasabah, saya juga dapati pekerja disitu ada pengetahuan yang baik tentang produk yang mereka jual.

 

Jadi nampaknya, kalau nak buka kedai yang menjual makanan peliharaan, bukan setakat produk dan servis kena bagus, malahan kena juga pastikan jurujual yang akan uruskan barangan jualan juga perlu bagus.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 2 comments… read them below or add one }

etuza October 20, 2018 at 6:12 am

Asalam..bela kucing ni kena sabar..jika kucing yang dah pandai arahan tahu jadual pasti depan pintu rumah nak keluar buang hajat dia. Sini pun banyak kucing..kucing kampung ja..anak2anak punyalah sayang ..mereka yang tolong bela belai dan sayang..
Nampaknya kena jalan2 lah di tempat baru ..cari2 kedai yang jual murah ya

Reply

Anuar October 21, 2018 at 10:23 pm

Bagus info ni… Sesuai dengan orang yang mempunyai minat dan hobi memelihara haiwan…

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: