Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Bisnes Emas PowerGold – Suatu Permulaan Perniagaan Emas!

October 31, 2015 by sabree hussin 8 Comments

Bismillahir Rohmaanir Rohim

 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya, pada hari ini saya dibukakan dan dipermudahkan jalan untuk sertai syarikat POWERGOLD DOT BIZ SDN BHD ( REG NO: 1036711-K ).

 

Untuk sertai syarikat PowerGold dot biz sdn bhd sebagai ahli, sebenarnya ada tiga pakej yang boleh dipilih, iaitu

1. Pakej Gold (Modal RM350)

2. Pakej Solid Gold (Modal RM450)

3. Pakej Super Power Gold (Modal RM3,800)

 

“Mana satu pakej yang jadi pilihan saya?”

powergold dot biz

 

Saya berpendapat, sebenarnya mana-mana satu pakej pun bagus dan ada keistimewaannya yang tersendiri. Bergantung kepada keselesaan dan kemampuan mereka yang minat nak sertai perniagaan ini.

 

Pada pendapat saya, soalan yang lebih penting selain daripada “nak join dengan pakej apa” adalah “kenapa perlu join sekarang.”

 

Jadi kat sini, sebenarnya tak kisahlah nak join pakej yang mana satu pun. Yang PENTING IALAH JOIN. Ambil tindakan, take action dan mulakan langkah untuk berubah, untuk memperbaiki diri, terutama sekali dari segi ekonomi.

 

Selepas buat perbandingan, dengan mengambil kira faktor kemampuan dan tujuan asal nak join syarikat emas ini, maka akhirnya saya pun pilih untuk ambil pakej Solid Gold.

 

Bayaran pun dah dibuat 😀

powergold_dot_biz

Ya

 

RM456. Pecahannya adalah seperti berikut

RM450 adalah yuran ahli untuk pakej Solid Gold

RM6 adakah kos untuk postage

 

powergold_dinar_1_4Kos postage ni pula sebenarnya adalah untuk penghantaran emas fizikal yang saya akan terima nanti iaitu 1/4 Dinar.

 

Kalau anda nak tahu, 1/4 Dinar ini dikeluarkan oleh Amethyst Gold Creation dengan ketulenan 999.9 dan beratnya pula ialah 1gram.

 

Memandangkan transaksi dijalankan secara dalam talian, bermakna ada sedikit delay dari segi penghantaran. Jaminan dari pihak syarikat, lazimnya produk akan sampai ke tangan pembeli dalam masa 3 – 4 hari.

 

Bergantung kepada kepantasan syarikat kurier membuat penghantaran. Delay ini adalah disebabkan proses penghantaran. Ia berbeza sama sekali dengan konsep ETA.

 

Pada waktu catatan ini saya tulis, harga emas powergold adalah seperti berikut

harga_emas_powergold_okt15

Harga jualan bagi 1/4 Dinar ini ialah RM227 (anak panah berwarna biru)

Sebagai ahli PowerGold, saya boleh beli dengan harga ahli iaitu dengan kos RM202 sahaja.

Ini bermakna, saya boleh dapatkan 1/4 Dinar dengan harga RM25 lebih murah berbanding orang lain yang masih belum jadi ahli PowerGold.

 

Peluang untuk dapatkan stok emas dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran

Ini adalah salah satu kelebihan dan keistimewaan sebagai ahli PowerGold. Kita boleh beli emas dengan harga yang lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan di kedai-kedai emas biasa. Harga emas di kedai-kedai menjual emas, kadang-kadang mereka tak ikut pun harga emas semasa.

 

Mereka ada sistem mereka sendiri dalam penetapan harga emas. Harga emas sebenarnya berubah pada setiap hari, tetapi daripada pengalaman saya sebelum ini, saya perhatikan sesetengah kedai akan update harga emas dalam julat masa seminggu sekali. Ini saya tak dapat nak komen panjang-panjang, mungkin mereka ada guideline mereka sendiri.

 

Apa yang akan anda perolehi dalam Pakej Solid Gold

Sebenarnya ada banyak yang saya nak cerita tentang PowerGold tetapi tak apa la. Ada banyak masa lagi untuk saya kongsikan tentang emas. Memandangkan ini adalah perkongsian pertama dalam blog ini berkenaan dengan emas PowerGold, jadi saya nak ceritakan serba ringkas tentang pakej Solid Gold ini.

 

Modalnya ialah RM450 sahaja. Dengan menyertai pakej ini, anda akan memperolehi

 

 

1. Percuma 1/4 Dinar 

Sama ada nak simpan atau nak jual, terpulang pada anda. 1/4 dinar ni adalah milik anda, jadi anda berhak untuk buat apa sahaja yang anda suka.

 

Mari perhatikan jadual dibawah

buat_duit_dengan_dinar_pwg

Harga jualan atau harga pasaran untuk 1/4 Dinar ialah RM227 sahaja.

 

Sebagai ahli PowerGold, saya boleh dapatkan dengan harga yang lebih rendah, iaitu RM202.40 sahaja. Penjimatan sebanyak RM24.60

 

Andai kata saya nak jual 1/4 Dinar yang saya dapat secara percuma apabila sertai Pakej Solid Gold ini,

1. Saya boleh jual dengan harga pasaran iaitu RM227, ataupun

2. Saya boleh jual semula kepada pihak PowerGold sendiri dengan harga RM181.70

 

2. Dapat beli emas dengan harga Ahli/Agen

Faktor PENJIMATAN.

 

Kalau nak harapkan kedai emas biasa, memang susah nak dapat diskaun. Melainkan kita selalu beli kat kedai tu.

 

3. Seminar dan training 

Seminar dan training tentang perniagaan emas dan tentang emas itu sendiri. Satu ilmu dan pengalaman yang penting yang patut dimiliki oleh setiap orang. Tetapi biasalah… kalau tak ada keperluan, memang orang kita cukup berat nak belajar sesuatu yang baru. Saya pun tak terkecuali.

 

Jadi memandangkan saya dah masuk dalam perniagaan emas ini, jadi lepas ni, nak tak nak, saya kena lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu emas seberapa banyak yang boleh.

 

4. Komisyen Referral

Konsep yang diamalkan dalam PowerGold ialah saving, trading dan juga networking.

Andai kata saya nak fokus pada saving, iaitu kumpul emas sahaja, saya masih boleh nikmati keuntungan apabila harga emas naik lebih tinggi berbanding harga ketika saya beli. Kenaikkan ini tentunya lebih baik berbanding simpan duit fiat.

 

Ataupun, sebagai ahli powergold, saya juga boleh fokus untuk buat trading atau jual beli emas. Dapat nikmati keuntungan runcit sekitar RM6 – RM20 per gram bergantung kepada jenis emas yang dijual.

 

Selain itu, sebagai ahli powergold juga saya ada opsyen untuk buat networking dan bina rangkaian pengedar atau agen powergold. Ada komisyen disitu dan konsepnya lebih kurang sama je dengan program affiliate yang biasa saya buat. Ada tak pembaca yang minat nak join saya?

 

5. Untung runcit RM6 – RM20 per gram 

Ini khusus untuk mereka yang minat nak fokus pada bisnes trading atau jualan emas. Tak kiralah sama ada emas naik harga, atau turun harga, sebagai ahli powergold, kita masih boleh buat duit! Syaratnya ialah kena jual emas la 😀

 

6. Komisyen jualan peribadi 

Ahli powergold akan menikmati “RM1 repurchase komisyen setiap 1 gram”

Maksudnya begini,

Jika anda beli 20 gram emas, anda akan terima RM20 repurchase komisyen.

 

7. Komisyen jualan kumpulan 

Ini saya akan update kemudian selepas saya dapat info yang lebih lengkap 😀

 

8. Percuma personal web jualan/ promosi 

Ini contoh web jualan yang saya dapat secara percuma. Boleh klik sini untuk lihat.

powergold_taukeemas

 

Baiklah, rasa cukup dulu perkongsian saya kali ini. In Shaa Allah dari masa masa ke masa, saya akan update artikel ini apabila masa mengizinkan.

 

Terima kasih kerana membaca, dan semoga bermanfaat.

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Perbezaan Antara Bisnes MLM Dengan Bisnes Sim Kad Tone Excel
  2. Adakah Bisnes Tone Excel Patuh Syariah?
  3. Program “Masih Ada Yang Prihatin” Suatu Sketsa dan Kisah Tentang Kehidupan
  4. Berapa kos permulaan untuk buka kedai runcit?

Filed Under: Powergold Tagged With: amethyst gold creation, bisnes emas, buat duit dengan emas, buat duit dengan powergold

Comments

  1. Adzrif Sidek says

    October 31, 2015 at 11:18 pm

    Wah, nampak menarik!

    Saya pun sekarang masih survey lagi.
    Macam berminat nak join bawah tuan.

    Ada bonus yang tuan nak beri? Hehe.

    Reply
  2. Junaidy Jaimi says

    November 2, 2015 at 4:55 am

    wah..dah join geng emas…tahniah TSH 🙂

    Reply
  3. anuar says

    November 2, 2015 at 8:56 am

    Sebelum ni pernah dengar tentang power gold ni.. tapi maklumat tak berapa jelas… dah baca blog ni baru jelas. . Terima kasih di atas perkongsian info…

    Reply
  4. Raihanah Ahmad says

    November 3, 2015 at 10:49 am

    saya pun berkira2 juga nak join ni, insyaAllah

    Reply
  5. Noriza Rahman says

    November 3, 2015 at 8:00 pm

    Perniagaan emas ni memang menguntungkan untuk jangka masa panjang kan

    Reply
  6. ajumohit says

    November 7, 2015 at 3:42 pm

    menarik juga pakejnya, memang berkira2 nak menyimpan emas juga ni

    Reply

Trackbacks

  1. Komisyen Affiliate Bisnes Printing Tanpa Modal Oktober 2015 says:
    November 4, 2015 at 7:00 pm

    […] ini. Sama seperti lain-lain jenis perniagaan yang ada dalam dunia ini, tak kiralah sama ada ianya perniagaan emas, simkad atau perniagaan buku. Sama […]

    Reply
  2. Hati-hati bila anda "dipaksa" buat loan untuk mulakan bisnes - Blog Sabree Hussin says:
    September 29, 2016 at 4:37 pm

    […] murah-murah sahaja modalnya. Secara purata, modal yang perlu saya keluarkan adalah bawah RM500. Bisnes emas PowerGold yang saya sertai, modalnya ialah RM450. Sekali dengar, mungkin ada yang kata jumlahnya sangat […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Recent Comments

  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Apa sebenarnya bidang kerja seorang blogger?
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya? - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut