Bisnes Ecommerce – Tips menjalankan perniagaan ecommerce berdasarkan pengalaman sebenar

by sabree hussin on September 6, 2017

in Idea Bisnes

Pernah tak anda merancang untuk membina laman web berkonsepkan ecommerce milik anda sendiri?

 

Atau adakah sebenarnya anda sedang mencari tips bagaimana untuk menjalankan bisnes ecommerce anda sendiri? Saya akan kongsikan serba sedikit tips untuk jalankan bisnes jenis ini.

 

Walaubagaimanapun, suka untuk saya ingatkan, apa yang bakal saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Jika anda ingin mencari rahsia kejayaan, anda mungkin akan rasa kecewa. Saya tidak ada pengalaman mencapai kejayaan yang gilang-gemilang dalam bisnes jenis ecommerce ini.

 

Sebaliknya, jika anda ingin mengetahui selok belok dan cara operasi menjalankan bisnes menggunakan laman web jenis ecommerce, maka saya percaya, pasti ada satu atau dua perkara dalam posting ini yang akan berguna untuk anda.

 

Anda akan dapat belajar dan ketahui apa kesilapan yang saya telah lakukan sebelum ini, hingga memaksa saya tutup laman web ecommerce saya. Justeru, anda tak perlu ulangi kesilapan saya, dan anda boleh fokus untuk buat apa yang betul sahaja untuk perniagaan ecommerce anda.

 

Apa contoh laman web ecommerce?

laman-web-buat-duit

Contoh terbaik, bagi laman web ecommerce adalah laman web Lazada Malaysia. Dari segi binaan, struktur, kepelbagaian jenis produk, semua itu ada pada laman web lazada.

 

Pasti seronok bukan mempunyai laman web yang menjual pelbagai jenis produk? Cuba bayangkan, jika anda juga mempunyai laman web berkonsepkan ecommerce seperti Lazada.

 

Laman web anda menghimpunkan beratus ribu jenis produk yang berbeza. Katakanlah ada 200 ribu produk, dan setiap hari, anda berjaya menjana keuntungan sekurang-kurangnya RM2,000. Pasti hidup anda akan berubah, setuju?  

 

Rupa-rupanya, nak maintain sebuah laman web berkonsepkan ecommerce bukannya mudah. Saya terpaksa melalui pengalaman gagal dalam bisnes ni, barulah saya sedar, selain ecommerce, rupa-rupanya terdapat konsep laman web lain yang lebih sesuai untuk saya. (bukan ecommerce)

 

1.0 Satu permulaan

Pada mulanya saya memang tak minat nak ceburi bidang jual-jual barang fizikal secara online. Saya tahu, ianya sangat leceh dan menyusahkan. Proses jualan perlu melalui beberapa fasa, seperti

  1. Kenalpasti kehendak pasaran
  2. Mencari pembekal yang boleh dipercayai
  3. Menyenaraikan barang yang hendak dijual di platform yang sesuai
  4. Bawa masuk trafik ke halaman jualan
  5. Menjawab pertanyaan prospek dengan pantas
  6. Pembungkusan dan penghantaran produk
  7. Khidmat selepas jualan
  8. Follow up pelanggan untuk jual produk lain pula
  9. Ulang dari langkah pertama untuk produk dan pasaran lain

 

Saya rasa ianya terlalu banyak kerja, sebabnya pada waktu tu, saya lebih suka untuk jual simkad Tone Excel dan juga fokus pada program affiliate yang menjual produk-produk digital. Saya suka jual simkad Tone Excel sebab boleh dapat komisen topup setiap bulan, manakala produk digital menawarkan komisen yang tinggi berbanding jual produk fizikal.

 

Namun, pada waktu saya lancarkan laman web ecommerce saya sendiri, konsep bisnes dropship tengah hot dan popular. Saya terasa agak rugi kalau tak ambil peluang ni, sebabnya semua kemahiran yang diperlukan untuk menjayakan bisnes jenis ini telah saya pelajari.

 

2.0 Sebelum buat keputusan untuk lancarkan laman web ecommerce saya sendiri

Saya pernah jual mainan di laman web ebay.

 

bisnes-mainan-ebayMasa tu, saya ada beli ebook berjudul Bisnes Mainan – Panduan 4 Angka Sebulan Dengan eBay Walaupun Secara Part-time.

 

Panduan ini telahpun dihentikan jualannya. Tetapi jika anda masih berminat nak belajar tentang bisnes ebay, saya boleh syorkan anda belajar dari panduan Ebay Intelligence.

 

Panduan tersebut menceritakan cara buat bisnes di ebay. Cuma bezanya, produk yang dijual adalah berbeza. Ya, bukan jual mainan.

 

Platform yang sama, cuma produk sahaja yang berbeza. Setelah mencuba nasib berniaga di eBay, saya dapati saya tak begitu suka platform ni. Ada macam-macam fees perlu dibayar, dan mainan Transformers yang saya senaraikan di ebay juga tidak terjual. 

 

Kemudian saya berpindah ke laman web mudah.my

sewa_harley_davidson_mudahmy

Dengar cerita, ramai yang berjaya buat duit hanya dengan mengiklankan produk mereka di mudah.my. Masa ni, saya sempat ikuti seminar yang dianjurkan oleh saudara Umar Taib di Shah Alam.

 

Saudara Umar Taib ni juga sebenarnya ada menulis buku tentang mudah.my yang kita semua boleh baca. Buat masa ni ada dua tajuk buku yang saya tahu.

1. Panduan Bisnes Mudah.MY – Tidak Perlukan Premis, Tidak Perlukan Modal Besar. Sememangnya Mudah [klik sini untuk info lanjut]

2. Buat Duit Dengan Mudah.MY – Panduan Menjana Pendapatan Dengan Mudah.MY [klik sini untuk info buku]

 

Apa barang yang saya nak jual di laman web mudah? Jawapannya sudah tentu stok mainan yang tak laku, yang gagal dijual di ebay sebelum ni. Maka bermulalah episod saya daftar akaun Pro Niaga, masukkan iklan dan sebagainya.

 

Tapi saya masih tak puas hati. Saya rasa lay out iklan saya tersangat buruk dan ianya tidak boleh di customize.

 

Saya juga ada lakukan percubaan untuk menjual di FB. Saya dapati, walaupun respons yang saya terima dari kawan-kawan di FB agak baik, namun untuk jangka masa panjang, saya rasa menjual di FB tidak begitu praktikal.

 

Terdapat beberapa kelemahan apabila menjual di FB, antaranya

  1. Susah nak update stok.
  2. Akaun FB jadi bersepah dengan iklan semata-mata.
  3. Susah nak letakkan produk yang diiklankan mengikut kategori.

 

Misalnya kalau nak jual baju. Agak susah nak asingkan baju mengikut

  1. Warna
  2. Jenama
  3. Kolar
  4. Lengan panjang atau pendek
  5. Baju lelaki atau baju perempuan

 

Sebenarnya, kalau barang yang nak dijual tu tak banyak, saya rasa lebih baik jual guna minisite sahaja. Untuk jimatkan kos, gunakan skrip Blogspot to minisite untuk hasilkan laman web minisite menggunakan blogspot tetapi nampak profesional.

 

Selain guna minisite blogspot, saya juga turut gunakan laman blog saya untuk jual produk fizikal. Kemudian tak lama lepas tu, blog personal saya dipenuhi dengan macam-macam jenis produk. Saya kurang gembira dengan perkembangan ini, dan saya rasakan dah sampai masa untuk saya kumpulkan semua produk fizikal yang saya jual dalam satu tempat.

 

3.0 Fasa mencari perisian untuk bina laman web jenis ecommerce

Kalau blog, terkenal dengan perisian wordpress, kalau nak bina laman web jenis ecommerce, nak guna perisian apa?

 

Tak lama lepas tu, saya jumpa laman web Kedai Onlinez – Pakar membina kedai online anda. Kebetulan saya memang tengah mencari, perisian yang boleh digunakan untuk membangunkan laman web ecommerce saya sendiri.

 

Selepas hampir seminggu berfikir, saya buat keputusan untuk dapatkan servis bina laman web dari mereka. Lagipun, kalau nak buat sendiri saya tak ada kemahiran tersebut.

 

Saya beli nama domain dan hosting dari pihak NetKL Network dan untuk pemasangan kedai online saya sendiri, saya dapatkan khidmat dari team Kedai Onlinez. Bila kita suruh orang lain buatkan laman web, sudah tentu ada kos yang perlu dikeluarkan.

 

Selepas satu atau dua tahun, baru saya perasan, laman web ecommerce yang saya gunakan ini ada persamaan dengan perisian Opencart dan sebenarnya saya boleh pasang sendiri menggunakan perisian Softaculous yang diberi secara percuma semasa beli domain dan hosting.

bisnes-ecommerce

Lihat kotak yang saya tandakan dengan warna biru. Kalau anda ada kemahiran, boleh pasang sendiri laman web ecommerce anda menggunakan softaculous. Sudah tentu, opsyen yang lebih mudah, adalah outsource sahaja kerja-kerja pemasangan kepada yang lebih pakar.

 

Kalau ada sebarang masalah semasa pemasangan, kita boleh terus minta tolong kepada mereka yang tahu.

 

4.0 Fasa mencari supplier yang boleh diharapkan dan boleh dipercayai

Saya kenal ramai supplier yang menawarkan program dropship. Apa yang saya dapat katakan, pada waktu saya mulakan projek laman web ecommerce saya sendiri, mungkin itu adalah saat kegemilangan bisnes dropship.

 

Saya tak nak ketinggalan. Jadi saya pun terjun dalam bidang ini. Cuma bezanya, mungkin saya ingin fokus kepada web ecommerce, dan bukannya menjual guna fanpage atau fb profile seperti yang banyak dilakukan pada masa tersebut.

 

Waktu tu, saya kenal supplier barangan kecantikkan, perfume, jam tangan, handbag dan macam-macam lagi. Memang seronok dan waktu tu, nampak macam bisnes ni akan berjaya.

 

Bila ada supplier saya yang tahu, saya bina web ecommerce saya sendiri, kebanyakkan mereka beri sokongan yang sangat baik. Lagipun, kan saya tengah tolong jual produk mereka juga. Jadi kita sama-sama support each other.

 

Sebagai langkah keselamatan, saya juga mencari dua atau lebih supplier yang mampu untuk bekalkan produk yang sama. Saya akan bina senarai semua produk yang dijual oleh para pembekal. Mana-mana produk yang ada persamaan, maka produk tu saya akan berikan keutamaan.

 

Sebagai contoh, kalau ada 3 orang supplier yang berbeza, dan ketiga-tiga ini menjual produk Rose Face Serum Zeeta, maka produk ini saya akan berikan keutamaan untuk disenaraikan di laman web saya. Biasanya, pembekal yang berbeza, akan tawarkan harga yang berbeza juga.

 

5.0 Menyenaraikan barang di laman web ecommerce

Proses ini sangat bosan dan ianya sangat leceh.

 

Baru sekarang saya tahu, kenapa ada sesetengah orang lebih suka upah orang lain untuk buat kerja-kerja seperti ini. Biasanya, kerja-kerja menyenaraikan barang di laman web boleh dilakukan oleh kerani data entry. Sebagai business owner, kita boleh fokus untuk buat kerja lain.

 

Kebanyakkan barang yang ingin dimasukkan dalam laman web, memang ada diskripsi dia. Sesetengah barang cuma ada nama produk sahaja. Ini satu perkara yang menyusahkan saya.

 

Untuk produk yang tak ada maklumat, saya terpaksa google untuk cari apa kegunaan, kelebihan, manfaat, kesan, cara penggunaan dan sebagainya.

 

Ada juga supplier yang bekalkan gambar produk yang mempunyai watermark nama kedai miliknya. Ini satu lagi benda yang menyusahkan. Saya terpaksa edit gambar tersebut atau cari gambar lain di internet. Kalau jumpa, Alhamdulillah. Kalau tak jumpa, terpaksa fikirkan alternatif lain.

 

Untuk setiap produk yang saya senaraikan di web ecommerce tersebut, saya juga perlu pastikan ayat copywriting yang digunakan cukup baik untuk membuatkan pelawat bertindak dan buat tempahan.

 

Saya berpendapat, jika saya tulis deskripsi produk ala kadar, atau hanya copy paste dari template iklan yang diberikan, ini akan menyebabkan bakal pembeli terpaksa whatsapp atau call saya dulu sebelum buat tempahan.

 

Sebaliknya, jika penerangan yang diberikan dah cukup meyakinkan, ditambah dengan ayat-ayat copywriting yang memukau, bakal pelanggan akan terus buat pembelian tanpa perlu mereka bertanya macam-macam.

 

Ya, teori ini ada benarnya, dan saya dapat pelanggan pertama saya dari Sabah. Dia buat bayaran tanpa banyak soal, dan proses tempahan berjalan dengan lancar.

 

Proses penyenaraian produk di laman web ecommerce amat memakan masa, sebabnya saya ingin hasilkan copywriting saya sendiri. Sekarang ni, skil tersebut saya dapat manfaatkan untuk projek lain pula.

 

6.0 Fasa mencari trafik

Seperti lain-lain laman web, berjaya atau gagal, amat bergantung kepada trafik.

 

Kalau buat blog, kita mungkin boleh mengharapkan kepada organic traffic yang masuk ke laman blog kita secara automatik kesan daripada penggunaan teknik Search Engine Optimization.

 

Akan tetapi, bila guna platform ecommerce, ianya agak sukar untuk guna teknik SEO. Jadi, untuk dapatkan trafik supaya masuk ke laman web ecommerce ini, saya menggunakan beberapa cara.

(1) Iklan berbayar menggunakan FBAds

(2) Tulis artikel tentang produk dan target kata kunci tertentu di blog utama saya

 

Pada mulanya saya ingatkan bila dah ada laman web ecommerce, saya dah tak perlu bergantung kepada blog saya lagi. Rupanya saya silap. Masih lagi kena blogging macam biasa untuk meningkatkan kebarangkalian untuk dapatkan jualan.

 

Bagi memastikan setiap sen yang dibelanjakan untuk tujuan iklan FBAds tidak sia-sia, saya juga ada gunakan teknik database marketing. Pelawat yang masuk ke web saya, akan ditawarkan kod diskaun sebagai ganti mereka kena bagi nama dan emel.

 

Emel mereka ini saya boleh gunakan untuk hantar promosi-promosi terkini. Fungsi ini memang dah siap sedia pada laman web ecommerce yang dibina.

 

7.0 Mencari ejen affiliate

Saya tahu, saya tak akan mampu untuk bayar iklan untuk guna FBAds selama-lamanya. Peringkat permulaan, saya rasa ok la kalau terpaksa belanjakan duit untuk tujuan iklan.

 

Dalam model bisnes yang saya jalankan, sebenarnya memang perlu ada bajet untuk buat iklan sepanjang masa. Lihat sahaja laman web Lazada. Walaupun sudah bertahun berada di pasaran, mereka tetap menggunakan FBAds dan juga Google Adwords untuk iklankan platform mereka.

 

Saya rasa inilah dia resipi kejayaan dalam bisnes ni. Kena dan WAJIB ada bajet pengiklanan. Saya juga ada bajet pengiklanan, namun bajet saya tidak begitu besar.

 

Untuk atasi isu ini, saya cuba dapatkan seberapa banyak ejen affiliate untuk bantu saya promosikan laman web ecommerce milik saya.

 

Untuk pengetahuan anda, laman web ecommerce yang saya gunakan, turut dilengkapi dengan sistem affiliate. Ini sebab kenapa saya yakin untuk guna sistem ini.

 

Untuk produk fizikal lazimnya kadar komisen yang ditetapkan adalah sekitar 5 – 7% sahaja. Paling tinggi mungkin 10% sahaja.

 

Ya, memang tak begitu tinggi. Kalau anda bandingkan dengan komisen yang ditawarkan sebagai affiliate Lazada juga dalam lingkungan peratusan 6 – 12% sahaja.

 

Mendapatkan ejen affiliate adalah ibarat membina pasukan jualan, atau sales team. Walaupun dari segi pendaftaran, memang agak ramai yang minat nak jadi ejen, namun rata-rata tidak mempunyai kepakaran dalam bidang marketing.

 

Kalau dapat yang ada kepakaran sekalipun, mereka tak begitu aktif. Kebanyakkannya hanya daftar, kemudian tak buat apa-apa. Ataupun, cuma iklankan sekali dua di profile FB masing-masing dan bila tak berjaya dapat sales, mereka terus move on ke program lain.

 

Bukan senang nak dapatkan ejen affiliate yang betul-betul komited nak buat marketing bagi pihak kita.

 

Sebenarnya saya juga begitu. Saya sendiri banyak join program affiliate. Adakah saya promosikan semua program yang saya join? Sudah tentu jawapannya adalah tidak. Saya promosikan mana-mana yang sempat sahaja. Jadi, bila benda yang sama terjadi pada saya, saya memang dah faham betul dengan situasi dan keadaan ini.

 

8.0 Customer Support & After Sales Support

Dari masa ke masa, akan ada prospek yang akan hubungi saya untuk tanya pasal produk. Pertanyaan tak terhad kepada produk yang dijual dan disenaraikan di laman web, malahan produk yang saya tak jual pun mereka nak tanya juga.

 

Bahagian support memang sangat makan masa, dan sebaik-baiknya kena ada pasukan khas yang handle bab customer support sahaja.

 

Projek bina laman web ecommerce ini akan gagal, jika anda mengamalkan konsep one man show. Anda buat marketing, anda yang kena jaga ejen, anda yang kena cari supplier, anda yang kena jaga pelanggan.

 

Kalau semua benda nak kena buat sendiri, bimbang nanti, tak terbuat bisnes anda tu. Pernah satu ketika, salah satu minyak wangi yang saya jual, rosak dalam penghantaran. Apabila sampai di tangan pelanggan, botolnya pecah.

 

Ada juga pernah jadi, customer order perfume lain, supplier hantar perfume lain. Semuanya sebab nama produk lebih kurang sama. Serius saya katakan, bila pelanggan marah-marah, ia akan efek keseluruhan operasi kita, lebih-lebih lagi kalau semua benda kita kena buat sendiri.

 

Ianya tak semudah seperti yang disangkakan tau.

 

9.0 Perkara yang saya terlepas pandang

Ya, ada beberapa perkara yang saya buat silap dan tak perasan. Saya kira ini antara perkara yang menyumbang kepada kegagalan projek ini.

 

9.1 Team projek

Projek pembinaan laman web ecommerce adalah satu projek yang besar. Ia sepatutnya disokong oleh beberapa orang individu untuk menjayakan sesebuah laman ecommerce. Kesemua orang ini pula kena ada peranan masing-masing. Bukan setakat menyokong sahaja, atau setakat bagi modal sahaja, kemudian dia bersorak di tepi padang.

 

Sekurang-kurangnya setiap orang kena ada peranan dan ada kepakaran dalam aspek tertentu. Peringkat permulaan, waktu laman web ecommerce anda belum dikenali, memang ada banyak kerja kena buat. Terutama sekali kerja-kerja pemasaran dan penjenamaan. 

 

9.2 Quality control

Rupa-rupanya, antara banyak-banyak produk yang saya senaraikan di laman web ecommerce milik saya, ada terselit satu atau dua produk yang tak mempunyai kelulusan KKM. Ada juga produk yang disenaraikan sebagai beracun. Saya memang tak perasan benda ni, sebab selain saya, saya ada seorang lagi partner yang turut upload produk dalam laman web tersebut.

 

Selain itu, saya rasa, dalam banyak-banyak perfume yang saya jual, mungkin ada antara perfume tersebut adalah perfume tiruan.

 

Menjual produk tiruan memang boleh untung, namun untuk jangka masa panjang, orang akan takut untuk beli barang dari kita, sebabnya tak nak terbeli produk tiruan. Bukan semua orang suka barang tiruan, atau sukakan barang murah.

 

9.3 Proses mencari pembekal adalah proses berterusan

Seperti mana mencari bakal pelanggan, proses mencari pembekal juga perlu selalu dilakukan. Pada bila-bila masa, pembekal utama kita boleh bertukar bisnes, tutup bisnes, atau hilang dari radar.

 

Sebelum ianya terjadi pada kita, sebaik-baiknya kita siap sedia dengan segala kemungkinan. Pembekal kita tu pun orang biasa macam kita juga. Apabila matlamat dah tercapai, contohnya dah berjaya dapat untung RM1 juta, mungkin dia nak move on kepada bisnes lain pula.

 

10.0 Kesimpulan dan alternatif bagi bisnes ecommerce

Jika diberi pilihan, adakah saya akan lancarkan laman web jenis ecommerce saya sendiri lagi di masa akan datang? 

 

Most probably, NO.

 

Tetapi, saya tidak menolak kebarangkalian untuk saya buat bisnes ini semula dimasa akan datang, jika saya rasakan ianya boleh beri keuntungan dan saya ada team yang lebih baik berbanding sebelum ini.

 

Setelah mempertimbangkan beberapa perkara, saya rasakan, saya lebih sesuai untuk bina laman web perniagaan jenis blogshop. Ianya lebih kurang sama macam ecommerce, tetapi ada serba sedikit kelainan.

 

Anda boleh baca panduan tentang blogshop menerusi entri saya sebelum ni berjudul Mudahnya bisnes dengan Blogshop.

 

Bina laman blog menggunakan konsep blogshop, dan untuk produk-produk yang nak disenaraikan disitu, boleh ambil sahaja produk yang dijual di Laman web Lazada, Zalora, Ez Buy, 11Street dan sebagainya. Semua yang saya senaraikan ini, menawarkan program affiliate mereka sendiri.

 

Lagipun, pada saya konsep affiliate lebih ringkas berbanding kalau nak buat dropship. Kepala pun tak pening, sebab kita cuma bawa masuk trafik ke halaman milik merchant sahaja. Dari segi pembungkusan, penghantaran, customer support, semua tu biar pihak merchant yang fikirkan.

 

Kita bawa masuk trafik sahaja, dan jika ada transaksi yang berlaku, kita akan dibayar upah.

 

11.0 Jika anda ingin jual barang gunakan konsep ecommerce

Pada waktu catatan ini saya tulis, saya berpandangan adalah lebih baik anda jual produk anda menggunakan platform Lazada Malaysia. Anda senaraikan sahaja produk anda di laman web Lazada dan anda jadi salah seorang penjual di web tersebut.

cara-daftar-akaun-seller-lazada

 

Lazada turut buka peluang untuk orang biasa macam kita menjadi salah seorang seller di laman web ecommerce milik mereka. Prosesnya tidaklah serumit jika dibandingkan dengan anda bina sendiri laman web ecommerce milik anda.

 

Saya berhenti dulu sampai disini.

 

Terima kasih kerana baca perkongsian pengalaman tentang bisnes ecommerce ini. Kalau anda ada sebarang pertanyaan, bolehlah tanyakan dibahagian komen dibawah ini.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 17 comments… read them below or add one }

MOHDHAFiZ.TK September 6, 2017 at 2:02 pm

Saya mulakan ecommerce dengan menggunakan wordpress + woocommerce plugin. 😀

memang susah nak maintain kalau seorang saja.

Reply

sabree hussin September 6, 2017 at 4:37 pm

Kalau ada pengalaman urus web ecommerce, akan tahulah macam mana tahap kesukarannya. Kalau ecommerce + program dropship memang agak pening kepala. Tetapi, kalau ecommerce + program affiliate, mungkin beban kerja akan berkurang.

Saya pernah juga rancang nak guna woo commerce plugin tu, tetapi kalau tak silap saya, ia tak support fungsi sistem affiliate. Jadi web tersebut tak boleh nak rekrut ejen affiliate untuk bantu buat marketing.

Reply

Dedaun Comel September 6, 2017 at 2:46 pm

Tips yang mantap.

Suka baca artikel dari tuan. Padat dan terus ke pointnya

Reply

sabree hussin September 6, 2017 at 4:39 pm

Terima kasih sebab suka baca artikel saya 🙂

Reply

semakkini September 6, 2017 at 4:18 pm

Tq sharing Ye. Infomasi sangat berguna.

Reply

sabree hussin September 6, 2017 at 4:40 pm

Sama-sama

Reply

permohonan malaysia September 6, 2017 at 4:22 pm

Nak tanya ckit apa pro n con kalau jual barang guna website sendiri?

Reply

sabree hussin September 6, 2017 at 4:45 pm

Ada banyak pro, paling penting adalah FULL CONTROL. Kita sendiri tentukan macam mana rupa bentuk dan function web yang kita ingin bangunkan. Con dia pula, ia melibatkan kos. Lagi sophisticated website kita, lagi mahal kosnya.

Reply

semakan keputusan September 6, 2017 at 4:25 pm

Tak kena tindakan undang2 ke kalau barang yang dijual tu tiruan? Nak minta pendapat juga

Reply

sabree hussin September 6, 2017 at 4:40 pm

Kalau tak ada report, tak ada la tindakan.

Reply

my senarai September 6, 2017 at 4:28 pm

kalau nak buat web sendiri tu rasanya guna blogger atau wordpress mana lebih baik?

Reply

sabree hussin September 6, 2017 at 4:42 pm

Bergantung pada matlamat dan strategi orang tu. Dua-dua ada kebaikkan. Selepas guna kedua-dua jenis web ini, saya dapati ada benda yang blogger bagus, dan ada benda yang wordpress bagus.

Reply

mysapsibubapa September 6, 2017 at 4:32 pm

Baru ada artikel pasal jual barangan website sendiri. selama ni cuna guna FB je. Tq sharing

Reply

sabree hussin September 6, 2017 at 4:47 pm

Ya, sama2. Selepas ni boleh pelbagaikan platform jualan.

Reply

eg tukar September 6, 2017 at 4:33 pm

walaupun panjang habis jugak baca. Tq sharing

Reply

sabree hussin September 6, 2017 at 4:44 pm

Saya memang suka taip entri panjang-panjang ha3

Reply

AndaSiapa September 7, 2017 at 10:28 pm

Permulaannya memang macam tu,
I’ve venture in to my own ecommerce before and its a total failure.
What i do, i go back to ebay dan mula berjual di ebay. Income consistent $3000 per month until i belajar ecommerce. I beli ebook ecommerce dari warrior forum dalam $97 je. Belajar dan start gunakan shopify focus on US,UK,EU,CA,AU market je.

First macam biasa nak kene buat SEO and etc.
Then after 3 months, it so easy even by my own. After the 5th months, i hire someone untuk jadi sales assistant. Aku bayar by how many sales he manage.

From that point i go on till full 1 year, i hire someone for handling web developer purpose. Now its easy to say i can earn more than 20K US$ per month.

I sell toys/merchandise items. For which aku tak boleh bagi tahu dengan lebih mendalam.

Just go try and error. Kalau salah try to fix, investigate ape punce masalah. Then learn from others. Ask them. There are too many forums on the internet untuk belajar. Beli ebook dan belajar. Nothing comes free!!!!

TO play safe, i just sold aroung @3K per month from ebay. Why, untuk dapatkan lagi banyak feedback positives. At then of this year, i think i’ll have good enough positive feedback so that my account will be upgraded. Then it is easier to earn easy money.

MORAL: Belajar jangan tak belajar. Learn from mistakes. Banyak yang pro dekat Malaysia cume tak timbul je. Diam diam sudah.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: