Beri tawaran diskaun untuk tingkatkan sales bisnes homestay anda

by sabree hussin on October 17, 2018

in Idea Bisnes

Sebagai pemilik bisnes homestay, pernah tak anda beri diskaun kepada bakal pelanggan yang ingin menginap di tempat anda?

 

Misalnya kalau kadar sewa untuk satu malam ialah RM200, berapa diskaun yang anda sanggup berikan?

pelaburan-bisnes-homestay

Saya tak berapa pasti, adakah terdapat formula tertentu yang diamalkan oleh pemilik bisnes homestay dalam menentukan kadar sewa yang patut diletakkan untuk menginap satu malam. Maklumlah, setiap homestay ada kelainan dan keunikkannya.

 

Dari apa yang saya perhatikan, kos sewaan untuk satu malam dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya

(1) Berapa jumlah bilik

Biasanya homestay yang ada 3 buah bilik, kos untuk menginap disitu lebih tinggi berbanding homestay yang cuma ada dua atau sebuah bilik sahaja. Logiknya, lagi banyak bilik, sudah tentu lagi banyak orang boleh masuk dan kos penggunaan utiliti juga akan lebih tinggi.

 

(2) Kelengkapan dalam rumah 

Ada homestay yang saya pernah jumpa, hanya ada aircond di master bedroom sahaja. Bilik-bilik lain dan juga ruang tamu, menggunakan kipas siling biasa. Homestay macam ini biasanya harga lebih murah. Tapi kalau homestay yang pasang aircond disetiap bilik termasuk ruang tamu, harganya mahal sedikit.

 

(3) Konsep dan hiasan dalaman

Ini pun mempengaruhi harga sewa di homestay. Kalau homestay yang hiasan dalaman dia lawa, memang tak ada masalah kalau letak harga sedikit tinggi berbanding pesaing yang beroperasi ditempat berhampiran.

 

(4) Lokasi homestay

Kalau homestay anda berada di kawasan peranginan dan percutian, bolehlah letak harga lebih tinggi. Tak perlu risau tentang penyewa, sebabnya kalau kawasan tu memang kawasan tumpuan, pasti akan ada yang nak sewa disitu.

 

(5) Kemudahan tambahan yang terdapat dalam homestay

Perkara ini pun penting juga buat sebahagian bakal pelanggan. Saya sendiri, kalau nak sewa homestay, seboleh-bolehnya nak cari homestay yang ada akses dengan kolam renang, gym, tempat riadah dan sebagainya. Walaupun saya tahu, kadang-kadang tu tak ada masa pun nak pergi ke kolam renang.

Homestay yang cantik pilihan bakal pelanggan

Bila kita menginap di homestay, sudah tentu kita boleh bawa lebih ramai orang untuk ikut bersama, berbanding kalau sewa bilik hotel.

 

Dalam sebuah homestay, kalau ada tiga buah bilik, boleh jadi ada tiga keluarga yang boleh menginap dalam satu masa.

 

dan mereka ini juga mungkin kongsi duit untuk bayar sewa.

homestay-di-cameron-highland

Untuk dapatkan homestay yang cantik, biasanya harga adalah sekitar RM200 dan keatas. Sudah tentu, lagi tinggi sewa yang dibayar, lagi cantiklah homestay tersebut.

 

Bila saya kata ianya cantik, ia sama ada homestay tersebut cantik dari segi design, ataupun ia memang terletak di kawasan yang mempunyai pemandangan yang menarik.

 

Sekiranya anda tetapkan kadar sewa satu malam adalah sebanyak RM200, berapa banyak diskaun yang anda sanggup berikan kepada bakal penyewa anda nanti?

 

Adakah dengan beri diskaun akan menggalakkan homestay anda sentiasa ada penyewa?

Mungkin YA, mungkin tiada beza.

 

Saranan saya ialah, cubalah buat kajian dan pemerhatian anda sendiri.

 

Misalnya begini,

(i) Dalam masa 3 bulan, anda tawarkan diskaun kepada bakal penyewa yang minat dengan homestay anda. Lihat bagaimana respons mereka.

(ii) Dalam masa 3 bulan seterusnya, tak perlu berikan sebarang diskaun, adakah terdapat perbezaan yang ketara?

 

Oleh kerana situasi dan keadaan setiap orang tak sama, jadi tak bolehlah saya nak katakan secara muktamad, jika anda beri diskaun confirm homestay anda akan jadi pilihan pertama. Tak semestinya.

 

Namun secara logik, manusia ini kan suka penjimatan. Suka dapat tawaran diskaun, jadi dengan adanya tawaran diskaun, pasti ini akan buatkan homestay anda jadi lebih menarik berbanding homestay lain.

 

Kembali kepada persoalan tadi, berapa banyak diskaun yang anda sanggup berikan? Kalau kadar sewa RM200 satu malam, berapa diskaun yang anda sanggup berikan? RM10? RM30? RM50? Atau separuh harga?

 

Anda juga perlu ambil kira, berapa kos yang anda perlu tanggung untuk menerima tetamu untuk menginap di homestay anda nanti. Tolak duit utiliti, kos untuk pembersihan, pastikan masih ada untung untuk anda jalankan bisnes homestay ini nanti.

 

Beri diskaun tanpa mengurangkan untung anda walau satu sen pun…

Masih terdapat cara, yang anda boleh cuba lakukan untuk memujuk bakal pelanggan menginap di homestay anda.

 

Ya, masih lagi dalam skop beri diskaun, cuma kali ini, diskaun yang anda berikan itu nanti, langsung tidak mengurangkan keuntungan anda.

 

Katakanlah, kos sewa untuk satu malam ialah RM200. Anda berikan diskaun sebanyak RM120, namun anda masih dapat nilai sewa penuh… walaupun pelanggan anda hanya bayar RM80 sahaja.

 

Macam mana ini boleh berlaku?

 

Mudah sahaja. Caranya ialah, anda senaraikan homestay anda di laman web Airbnb.

 

Kepada pelanggan yang baru, jika sebelum ini mereka belum pernah menggunakan khidmat Airbnb untuk buat tempahan, anda boleh berikan kepada mereka ini travel credit bernilai RM120. Contohnya macam yang saya berikan ini.

Jika anda daftar sebagai ahli di laman web Airbnb, anda juga boleh tebus travel credit bernilai RM120 ini.

 

Selepas anda jadi ahli, anda boleh pilih sama ada anda nak gunakan laman web ini untuk tujuan buat booking dan pergi bercuti, ataupun anda juga boleh jadi seorang host yang nak buat duit dengan homestay yang anda miliki.

 

Adakah anda kurang jelas, bagaimana travel credit ini berfungsi?

Apa kata anda baca artikel saya berjudul: Cara berjimat sehingga RM120 apabila pergi bercuti dalam dan luar negara

 

Anda sebagai host boleh berikan travel credit seperti yang saya tunjukkan disini kepada bakal penyewa anda. Malahan, kalau anda rajin, anda boleh berikan kepada sesiapa sahaja. Lagi ramai yang anda bagi, lagi baik.

 

Tak semestinya mereka mesti kena sewa di homestay anda. Tidak. Mereka bebas untuk menyewa di mana-mana homestay yang disenaraikan di laman web Airbnb.

 

Kalau kebetulan mereka pilih untuk menginap di homestay anda, maka anda akan dapatlah pelanggan yang menginap di homestay milik anda. Pelanggan ini akan bayar kepada Airbnb dengan harga diskaun kerana tolak travel credit, namun apabila Airbnb bayar kepada anda, pihak Airbnb akan bayar penuh.

 

Walaubagaimanapun, saya perlu sebutkan disini, penerangan yang saya berikan adalah versi yang ringkas. Saya harap anda dapat faham dari segi konsep.

 

Setiap tempahan melalui laman web Airbnb, akan dikenakan service charge. Sebagai host yang mengiklankan homestay di laman web Airbnb, anda juga akan dikenakan caj yang dikenali sebagai hosting fee.

 

Sila fahami caj-caj yang terlibat dalam transaksi melalui Airbnb sebelum guna cara ini.

Sebenarnya ada banyak lagi teknik-teknik yang anda boleh pelajari untuk naikkan jumlah sewa untuk homestay anda. Apa yang saya ceritakan dalam ini hanyalah sedikit sahaja. Kalau nak tahu lebih, mungkin saya boleh cadangkan anda download Panduan bisnes homestay yang dinamakan Jutawan Homestay ini.

 

Sekian dulu, moga ada manfaat.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 2 comments… read them below or add one }

faizal October 17, 2018 at 4:55 pm

bisnes homestay memang lumayan kalau kena pada caranya

Reply

anuar October 19, 2018 at 5:55 am

Nice info.. sekali-sekala saya juga ada bagi tawaran harga diskaun kepada penyewa homestay saya..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: