Saya nak kongsikan dengan anda satu info yang baru sahaja saya baca dari laman web Hidup Ringkas:
85.7% usahawan abai internet dalam aktiviti pemasaran
Menurut data, terdapat lebih kurang 700 ribu syarikat perniagaan kecil dan sederhana kecil di Malaysia. Dari jumlah tersebut, jumlah syarikat yang mempunyai website hanyalah sekitar 100 ribu sahaja !.
Mengejutkan bukan !
Hanya 14.3% daripada syarikat SME yang ada website !. Mana lagi 85.7% syarikat SME ?
Jika sesebuah syarikat SME tidak ada website, peluang untuk mereka melakukan aktiviti jualan dan pemasaran dengan menggunakan internet adalah terbantut.
Jika anda sebagai usahawan tidak memanfaatkan fungsi internet dengan sebaik-baiknya, bagaimana pelanggan dapat menemui anda dan dapat tahu akan kewujudan perniagaan anda? Anda ada produk yang sangat bagus. Pada masa yang sama, anda juga menawarkan servis dan perkhidmatan yang bertaraf dunia. Anda memang seorang yang teliti dalam penyampaian perkhidmatan anda.
TETAPI… sayangnya, bakal pelanggan tak pernah tahu akan kewujudan anda! Adakah anda tidak tahu, bakal pelanggan kini banyak bergantung kepada internet sebelum mereka mendapatkan sebarang perkhidmatan atau membeli produk yang mereka perlukan?
Nak cari homestay terbaik jika menginap di Dungun pun mereka akan akses internet terlebih dahulu untuk dapatkan maklumat!
“Ada laman web, tetapi tidak digunakan sepenuhnya untuk buat marketing dan dapatkan pelanggan baru”
Saya percaya, ramai usahawan yang termasuk dalam kelompok ini. Mereka ada laman web syarikat, tetapi sayangnya ianya tidak dibangunkan dengan sebaiknya. Laman web yang dibina sekadar untuk buat ada-ada sahaja.
Sama ada sebab anda tidak mempunyai kepakaran, tak ada masa atau memang tak ada idea nak tulis apa dalam laman web syarikat. Semua ini boleh menyebabkan laman web anda terabai, dan akhirnya anda terpaksa menggunakan cara lama untuk mendapatkan pelanggan bagi perniagaan anda.
Dengan cara lama, saya maksudkan dengan
1. Anda hanya mengharapkan pelanggan yang lalu lalang untuk masuk ke kedai anda.
2. Anda edar fliers
3. Anda buka booth atau kaunter di shopping kompleks
4. Anda pasang kain rentang
Tahukah anda, sebenarnya situasi ini boleh diubah jika anda dapatkan khidmat daripada penulis blog yang menawarkan servis advertorial? Apabila anda mendapatkan perkhidmatan daripada penulis advertorial, anda membuka satu lagi channel untuk mendapatkan prospek yang baru.
Perkongsian ini saya hasilkan adalah untuk tujuan berkongsi maklumat dan memberikan anda serba sedikit gambaran serta guideline dari segi penetapan harga untuk mendapatkan servis advertorial ini. Sesetengah usahawan merasakan, servis daripada penulis tertentu terlalu MAHAL dan dilihat seolah-olah tidak munasabah.
Sebenarnya, tiada kadar bayaran tetap dan setiap penulis pastinya memberikan servis yang berlainan dari segi kualiti. Tak ada dua orang penulis yang boleh hasilkan servis dengan kualiti yang sama. Jadi disini kita akan lihat beberapa kriteria yang boleh dijadikan penanda aras untuk tentukan sama ada sesuatu perkhidmatan advertorial itu berbaloi ataupun tidak untuk diambil.
1. Trafik blog
Anda bukan sahaja perlu tahu berapa trafik blog tersebut, malahan pada masa yang sama, anda juga perlu tahu dari mana trafik yang masuk ke laman blog tersebut.
1. Adakah datangnya dari laman web carian?
2. Adakah daripada laman web media sosial
3. Dari autoresponder?
4. Atau daripada subscriber blog itu sendiri
2. Panjang advertorial
Jika kita menjadikan laman web Fiverr sebagai penanda aras, rata-rata akan memberikan anda hasil kerja dengan bilangan perkataan sekitar 300 – 500 patah perkataan sahaja untuk bayaran USD5
Laman web fiverr sememangnya terkenal sebagai lubuk untuk anda dapatkan perkhidmatan daripada freelancer dengan harga yang murah. Dengan caj serendah USD 5 anda boleh dapatkan pelbagai servis yang berkualiti, termasuklah servis penulisan artikel advertorial.
Walaubagaimanapun, lazimnya untuk caj USD 5 (atau sekitar RM20), penulis hanya akan hasilkan artikel yang mengandungi sekitar 300 – 500 bilangan patah perkataan sahaja. Jika anda mahu lebih dari itu, kenalah tambah lagi kadar upah.
3. Populariti sesebuah blog
Sesetengah blog, ia popular disebabkan oleh penulisnya. Mungkin penulisnya adalah seorang selebriti, artis ataupun ahli politik. Ada juga kes dimana blog lebih popular berbanding penulisnya. Kalau sebut nama penulis, tak ada siapa yang kenal, tapi kalau sebut nama blog, barulah orang kenal.
4. Kaedah promosi artikel advertorial
Bagaimana penulis blog tersebut akan bantu mempromosikan artikel advertorial tersebut? Dalam situasi ini, sebenarnya terdapat pelbagai cara. Antara yang popular adalah seperti
Promosi di mailing list
Sesetengah penulis blog ada yang mengambil inisiatif untuk menyimpan database pelawat yang masuk ke laman blog mereka dalam sistem autoresponder. Tujuannya adalah untuk terus berhubung dengan pelawat dan juga untuk tujuan pemasaran di masa akan datang.
Promosi menggunakan emel database juga dikenali sebagai direct advertising dan ia merupakan salah satu kaedah pemasaran yang pantas untuk menampakkan hasilnya.
Data dibawah ini pula adalah laporan emel promosi yang dihantar kepada mailing list khusus untuk mempromosikan iklan advertorial pelanggan.
Jumlah emel database semakin bertambah setiap hari!
Promosi di blog rakan-rakan penulis blog yang lain
Teknik ini lazimnya dikenali dengan istilah blogwalking buat kalangan blogger. Dalam kaedah promosi ini, penulis blog tersebut akan meninggalkan link promosi artikel di blog rakan-rakan penulis yang lain.
Contohnya adalah seperti berikut:
Buat masa ini, dalam simpanan saya, saya dah ada lebih daripada 100 senarai blog yang aktif dan memang terbukti mujarab untuk tarik trafik dan dapatkan prospek baru.
Senarai ini juga akan saya kemaskini dari masa ke masa.
Now persoalan yang tak kurang pentingnya, “Adakah saya akan promosikan link artikel advertorial pelanggan saya kepada kesemua senarai blog diatas?”
Jawapannya adalah YA dan TIDAK.
Promosi di media sosial
Termasuklah di FB Fanpage, twitter, google+, LinkedIn dan sebagainya. Selalunya, penulis yang berpengaruh turut mempunyai bilangan follower yang agak ramai juga. Jadi, lebih ramai pengikut, maka lebih luas capaian dan sebaran maklumat tentang hebahan bisnes yang anda sedang jalankan.
6. Teknik optimasikan artikel advertorial
Salah satu poin yang menjadikan sesuatu servis advertorial itu “Mahal” adalah apabila artikel yang dihasilkan turut dioptimasikan dengan teknik search engine optimization (SEO). Dengan teknik ini, iklan bagi perniagaan anda akan muncul di laman web carian google dimuka surat pertama, dan seterusnya meningkatkan kebarangkalian untuk anda dapat pelanggan baru.
Lihat contohnya
Artikel diatas adalah advertorial untuk Program Latihan Jobdirumah dan ianya disiarkan pada tahun 2014. Ia telah dioptimasikan dengan kata kunci “jobdirumah review“ dan Alhamdulillah, berjaya masuk ke page pertama dan masih lagi menghadiahkan saya komisyen hingga ke hari ini.
Ini yang saya maksudkan dengan “dioptimasikan dengan teknik SEO”. Jika ini ialah artikel yang menceritakan tentang perniagaan anda, dapatkah anda bayangkan potensi untuk anda dapatkan pelanggan baru setiap tahun, setiap bulan dan setiap hari?
7. Servis tambahan
Servis tambahan yang disediakan oleh penulis blog yang menawarkan servis advertorial ini mungkin berbeza-beza antara satu sama lain. Ia bergantung kepada penulis blog itu sendiri, sama ada mereka ingin tawarkan servis tambahan seperti ini atau tidak.
Berikut ini adalah antara contoh servis tambahan, iaitu
Sticky post selama 24 – 48 jam
Maksudnya, artikel advertorial milik anda akan muncul di homepage di ruangan yang pertama untuk satu tempoh masa yang ditetapkan. Jadi dengan ini, ia meningkatkan kebarangkalian untuk artikel tersebut dibaca.
Servis backlinking selagi mana artikel tersebut masih disiarkan dalam blog
Ada dua jenis backlinking, sama ada internal backlinking ataupun external backlinking. Tujuannya adalah untuk memastikan artikel tersebut dibaca dan artikel lama sentiasa mendapat flow trafik yang baik dan berkualiti.
Internal backlinking
Maksudnya, blogger tersebut akan link artikel yang baru dihasilkan dengan artikel advertorial yang sebelum ini dihasilkan dalam blog yang sama.
External backlinking
Blogger tersebut akan bina link dari blog lain kendaliannya dengan artikel advertorial diblog yang artikel tersebut disiarkan.
8. Kekerapan blog dikemaskinikan
Data ini selalunya anda boleh dapatkan di bahagian arkib sesebuah blog. Blog yang kerap dikemaskinikan secara tak langsung memberikan gambaran betapa aktif dan serius penulis blog tersebut ingin membangunkan laman blog kelolaannya. Blog yang selalu dikemaskinikan dengan konten-konten terbaru yang unik dan fresh lebih disukai oleh laman carian seperti google berbanding blog yang ditinggalkan agak lama tanpa ada sebarang kemaskini.
Anda juga pastinya tak mahu beriklan di laman blog yang jarang dikemaskinikan.
.
..
…
Saya harap anda beroleh serba sedikit gambaran ataupun idea, berapakah caj atau bayaran yang munasbah yang patut anda bayar kepada penulis blog untuk anda minta bantuan mereka ni promosikan bisnes anda.
Setengah orang fikir, perkhidmatan yang diberikan oleh blogger ni mudah sahaja. Sekadar tulis artikel, siarkan itu sahaja. Tak sesukar mana. Tapi sebenarnya anda silap. Rata-rata yang kata macam ni, mereka sendiri tak ada blog, dan tak mampu nak menulis di blog. Tapi ada hati nak perlekeh dan kondem hasil karya seni orang lain.
Akhir kalam, dunia pengiklanan ini luas. Tak semestinya hanya boleh beriklan di surat khabar, televisyen, radio, facebook, buat kain rentang, fliers dan sebagainya. Boleh jadi, ada banyak lagi kaedah pengiklanan yang anda tak pernah terokai lagi, dan yang mungkin anda sendiri akan terkejut melihat hasilnya.
Salah satunya adalah kaedah pengiklanan jenis advertorial ini. Jika anda masih belum pernah mencuba kaedah pengiklanan seperti ini lagi, bolehlah cuba ia dan jika anda ingin dapatkan servis ini dari saya, sila dapatkan maklumat disini.
Wahh, macam teringin nak buat servis advertorial kat blog sendiri.
Banyak kena BELAJAR dengan tuan Sabree ni.
Sambil tunggu komisen affiliate, sambil tu buat servis advertorial.
“Serampang dua mata!”
terbaik, byk faktor dan boleh gak try and error bro ek utk letak harga munasabah?
Wah murah betul betul ni.Boleh bayar dan book dulu ke? Online shop saya yang terbaru belum siap sebab banyak stok belum sampai kat tangan 🙁
Boleh tak ada masalah. Book slot sahaja dulu pun boleh