Belum Pulang Modal, Jualan Dah Dihentikan

by sabree hussin on May 21, 2014

in Pemasaran Internet

Sebenarnya saya ni tergolong dalam golongan slow learner.

Bila dapat sesuatu ilmu baru, saya kena baca banyak kali baru saya akan faham.

Bila saya dah faham apa benda yang saya baca tu, saya kena buat ulang-ulang kali, barulah saya akan kuasai perkara tu.

Hal yang sama turut berlaku dalam bidang pemasaran dan perniagaan online ni juga.

Boleh kata setiap bulan saya akan invest sejumlah wang untuk belajar sesuatu yang baru. Kalau tak ada benda baru yang menarik untuk saya belajar, biasanya saya akan invest untuk dapatkan software atau tools pemasaran tertentu.

buat_duit_menaip

Kebiasaannya, tools yang saya beli ni semua pulak akan ada program affiliate dia sendiri.

Ini antara penyebab kenapa saya berani nak beli macam-macam produk yang kadang-kadang bukannya murah. Salah satu contoh produk yang agak mahal yang pernah saya beli ialah sistem jualan PRO. RM247 tu… sikit je lagi nak genap jadi RM250.

Kalau masa zaman saya student dulu, RM250 ni cukup untuk saya gunakan sebagai bajet untuk saya makan dalam sebulan.

Ada setengah seller produk ni, dia suka buka jualan untuk masa terhad.

Kadang-kadang memang sengaja jual dalam kuantiti yang terhad.

Mungkin itu memang strategi pemasaran dia. Siapa yang terlepas produk yang dikeluarkan semasa pelancarannya, memang lepas ni dah tak ada peluang nak dapatkan semula produk yang sama.

Sekarang ni bila saya mula kendalikan program affiliate saya sendiri, kerap juga saya dapat pertanyaan seperti

“Program affiliate untuk produk seni jualan psiko pelanggan ni masih ada lagi ke?”

Dah tentu la ada lagi.

Selagi mana laman web tersebut masih wujud, bermakna program affiliate tersebut akan terus wujud.

Daftarlah.

Promosilah dengan cara yang anda tahu.

Jika hasil daripada promosi anda tu nanti berjaya untuk dapat jualan, maka, In Shaa Allah anda akan dapat bayaran yang sepatutnya.

Bayaran adalah seperti yang dijanjikan.

Tak perlu khuatir dan tak perlu risau jika nak join program affiliate yang saya anjurkan.

Yang penting anda puas hati. Bila anda puas hati, di masa akan datang saya akan perkenalkan lebih banyak produk untuk anda promosikan.

Saya akan cuba kenalpasti niche atau produk yang boleh dijual sepanjang zaman. Produk evergreen gitu.

Supaya jualan boleh dibuka sepanjang tahun dan anda juga boleh jana pendapatan secara berterusan.

Personally, saya juga akan geram jugak bila ada program affiliate yang saya join ni, tak sempat nak balik modal, tiba-tiba jualan dah ditutup.

Hmm…

Sabar je la.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: