UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Beli apa sahaja yang anda suka tanpa perlu risau tentang harga sempena Lazada Online Revolution 2016

November 8, 2016 by sabree hussin 11 Comments

Masa untuk anda shopping sakan secara online dengan tawaran harga promosi dan potongan harga sehingga 90% kembali lagi. Kali ini Lazada Malaysia akan menganjurkan kempen promosi besar-besaran yang dinamakan sebagai Lazada Online Revolution 2016.

lazada-malaysia-bestseller

 

Kempen Online Revolution 2016 ini akan bermula pada 11 November 2016. Ini masa terbaik untuk shopping dan pada masa yang sama dapat jimatkan banyak duit.

 

“Ha shopping boleh jimatkan duit ke?”

 

Nampak macam ada contradiction disitu bukan. Biasanya kalau orang shopping, dia akan guna duit. Bila dah guna duit, kat mana penjimatannya tu?

 

Sebelum saya nak jawab soalan tu, saya nak ceritakan terlebih dahulu tema Lazada Online Revolution pada kali ini iaitu.

“Brands for All“

… atau pun kalau kita terjemahkan dalam bahasa Melayu, ia bermaksud “Jenama untuk Semua”.

 

Bersempena dengan kempen Online Revolution 2016 ini, apa kata saya syorkan kepada anda, sebelum nak beli apa-apa barang tu, lihat dulu tawaran-tawaran yang bakal dijalankan di laman web Lazada Malaysia ni.

 

Anda mungkin akan dapati, ada banyak barang-barang dari pelbagai jenama yang memang anda gunakan setiap hari, dijual dengan harga yang lebih murah berbanding yang anda boleh dapatkan di luar sana.

 

Jom lihat kalender event ini.

kalender-lazada-online-revolution

Mega Day untuk kempen Online Revolution ini akan jatuh pada 11 November 2016. Kemudian selepas tarikh tu, akan ada kempen-kempen khusus untuk

Beauty Fanatics (12 – 17 Nov)

Peminat barangan kosmetik patut ambil perhatian pada kempen ini sebabnya anda akan ada peluang untuk mendapatkan produk dari jenama kegemaran anda dengan diskaun sehingga 70%

 

Family Superstars (18 – 24 Nov)

Mungkin anda ada rancang nak beli sofa baru, almari, katil, set meja makan dan sebagainya. Ini waktu yang sesuai untuk anda buat keputusan untuk buat pembelian. Ada tawaran diskaun sehingga 70% juga.

 

Black Friday/ Cyber Monday (25 – 28 Nov) 

Kalau kat luar negara, ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu. Masa ini memang kebanyakkan perniagaan akan tawarkan harga diskaun yang sangat murah. Terutama sekali sempena Black Friday dan juga Cyber Monday. Tapi kalau anda terlepas kempen promosi ni, memang dah tak akan dapat lagi tawaran tersebut.

Bersempena dengan Online Revolution 2016 ini nanti, anda akan dapat potongan harga sehingga 80%.

 

Techies (29 Nov- 5 Dec)

Adakah anda memerlukan smartphone baru atau mungkin perlukan laptop atau PC yang baru? Jangan beli dulu. Sebaliknya tunggu tarikh ini. Anda mungkin akan temui apa yang anda perlukan dengan tawaran potongan harga sehingga 70% pada masa ini.

online-revolution-lazada-hero4-promotion

 

Trendsetter (6 Dec – 11 Dec)

Pada tarikh ini, tawaran diskaun sebanyak 70% diberikan eksklusif untuk barangan seperti pakaian, tudung, shawl, dress dan sebagainya.

 

3 Day Mega Deals (12 Dec – 14 Dec)

Kemudian pada 12. 12 atau 12 December akan ada satu lagi Mega Deal. Apa tawaran promosi yang anda bakal dapat buat masa ini masih lagi misteri.

 

Kesemua tawaran ini semua adalah bersifat time sensitive. Anda kena bertindak segera apabila masa kempen tersebut diadakan. Kalau dah terlepas, maka tawaran tersebut akan hilang begitu sahaja. Walaubagaimanapun, anda masih lagi boleh beli barang tersebut, cuma dari segi harga ia akan kembali kepada harga biasa tanpa sebarang diskaun.

 

Jadi, kenapa nak beli dengan harga yang lebih tinggi sedangkan sempena dengan Lazada Online Revolution 2016 ini, kita boleh berbelanja dengan harga yang berkali ganda lebih rendah.

 

Jangan lepaskan peluang untuk melihat tawaran-tawaran sempena dengan Flash Sale

Semasa kempen MyCyberSale yang diadakan pada 26 – 30 Sept sebelum ini, salah satu barang yang saya sempat beli sempena kempen flash sale ialah VR Box.

vrbox

VR Box ni harga dia ada pelbagai. Ada yang murah dan ada yang mahal. Ada yang dijual dengan harga seratus lebih dan ada juga yang jual dengan harga bawah RM100. Tapi sempena kempen MyCyberSale tu saya dapat beli dengan harga RM14.90 sahaja. Harga termasuk penghantaran sampai ke depan rumah.

 

Untuk kempen Lazada Online Revolution 2016 nanti ni pun akan ada flash sale macam ni. Apa produknya? Tunggu dan lihat. Memang misteri. Kena selalu semak laman web Lazada bila masanya dah tiba.

 

Apa pun, dengan adanya kempen seperti ini, setidak-tidaknya ia dapat memberi sedikit impak kepada perbelanjaan harian kita. Kalau sebelum ini, pengguna terpaksa pergi ke shopping mall untuk beli barang-barang harian, kali ini mereka boleh berbelanja hanya dengan menggunakan bantuan laptop atau smartphone masing-masing.

 

Ya, sekarang ni kita boleh beli secara online sahaja dan prosesnya juga lebih mudah.

 

Kalau anda tinggal dikawasan bandar, mungkin bukan menjadi satu masalah untuk anda ke shopping mall berdekatan anda untuk berbelanja. Tetapi, bagi mereka yang tinggal dikawasan yang agak jauh dari bandar, dan mempunyai akses yang agak terhad untuk dapatkan barang-barang harian, maka salah satu cara yang anda boleh pilih sekarang ni ialah dengan membeli belah secara dalam talian sahaja.

 

Ianya mudah dan pada masa yang sama dapat jimatkan kos untuk petrol, tol, parking dan sebagainya.

 

Jadi, siap sedia dengan tarikh-tarikh yang telahpun saya nyatakan. Selamat berbelanja dan ambil peluang ini untuk nikmati lebih banyak penjimatan sempena kempen Online Revolution 2016 dari Lazada ini.

 

Adakah ini merupakan kali pertama anda berbelanja di Lazada? Apa kata anda gunakan kod kupon dibawah untuk dapatkan lebih banyak penjimatan.

kupon-diskaun-lazada-1nov-17dec

Masukkan kod 20LAPOR25 semasa membuat pembayaran. Anda akan dapat potongan sebanyak 20% atau maksimum potongan harga sebanyak RM25 untuk pembelian anda. Kupon ini hanya sah untuk pelanggan baru dan hanya boleh digunakan pada 1 November 2016 hingga 17 December 2016 sahaja.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Barangan yang sebelum ini mahal dijual dengan harga MURAH sempena unity Sale
  2. MYCYBERSALE 26 – 30 Sept 2016: Peluang untuk Shopping Online dengan harga DISKAUN sehingga 95%
  3. Ini sebab kenapa saya pilih untuk beli barang online di Lazada
  4. Kempen Promosi Unity Sale sempena sambutan Hari Kebangsaan 2016

Filed Under: Advertorial Tagged With: kempen online revolution, kod diskaun lazada, lazada online revolution, online revolution 2016

Comments

  1. anuar says

    November 9, 2016 at 6:11 am

    Cantik tarikh start Lazada Online Revolution 2016..
    11.11.16

    Reply
    • sabree hussin says

      November 9, 2016 at 10:35 am

      Memang cantik tarikh tu, lagipun senang nak ingat

      Reply
  2. faizal says

    November 9, 2016 at 2:06 pm

    ramai blogger yang sedang promosi lazada ni..

    Reply
    • sabree hussin says

      November 9, 2016 at 3:18 pm

      Yup, lagi ramai yang tau, lagi ramai yang boleh ambik peluang ni untuk shopping dengan harga lebih jimat dan pelbagai diskaun 😀

      Reply
  3. riangria says

    November 11, 2016 at 3:19 am

    ambik peluang juga utk mempromosikan produk lazada ni..

    Reply
    • sabree hussin says

      November 11, 2016 at 3:59 pm

      Siapa yang join affiliate, ini peluang untuk buat duit jugak ni.

      Reply
  4. Hanum says

    November 14, 2016 at 2:39 pm

    selamat belanja siis..

    Reply
  5. raihanah says

    November 15, 2016 at 10:48 am

    tak sempat shopping hari tu, sayang pulak

    Reply
    • sabree hussin says

      November 15, 2016 at 1:07 pm

      Tunggu yang promosi 12.12 tu pulak. Mungkin promosi waktu tu lagi menarik 😀

      Reply

Trackbacks

  1. Find Joy in Every Parcel: Membongkar RAHSIA disebalik Lazada's Box of Joy - Blog Sabree Hussin says:
    November 19, 2016 at 7:05 pm

    […] You have been selected as a participant in the Lazada‘s Box of Joy in conjunction with our biggest sale of the year, Online Revolution 2016! […]

    Reply
  2. Voucher Diskaun Lazada sempena Online Revolution 2016 - Blog Sabree Hussin says:
    November 23, 2016 at 1:03 pm

    […] Bermula dari 1 hb November 2016, Lazada Malaysia telahpun memulakan kempen jualan besar-besaran yang dinamakan sebagai Lazada Online Revolution 2016. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in