UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Bekerja dari rumah dan tak perlu jual barang tetapi masih dibayar lumayan

July 2, 2015 by sabree hussin 21 Comments

Memandangkan semalam kerajaan dah pun naikkan harga petrol, jadi nak tak nak kenalah ikhtiar lebih sikit untuk tampung perbelanjaan tambahan tu. Situasi biasa yang saya percaya dilalui oleh kebanyakkan masyarakat marhaen kat Malaysia bila harga minyak dinaikkan.

 

1. Penggunaan minyak tak berubah.

2. Pendapatan daripada sumber sedia ada tidak berubah

TETAPI

3. Kos untuk perbelanjaan bahan api meningkat

4. Kos barang-barang runcit sebahagiannya ikut meningkat

5. Baki duit gaji menurun

6. Wang simpanan menyusut

 

Bak kata Muhammad Khalil Abdul Hadi, kenaikkan harga petrol himpit kehidupan rakyat… yang memang dah sedia terhimpit pun sejak beberapa tahun kebelakangan ni.

kesan_kenaikkan_harga_petrol

sumber berita: Sinar Harian Online

 

Maka jadilah kebanyakkan kita yang berpendapatan rendah yang akhirnya kerjanya hanya cukup-cukup untuk makan dan pakai semata-mata. Tiada simpanan, tiada lebihan. Memang seperti yang dikatakan, inilah hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau tak mengais, alamatnya tak makan la…

 

kena_kerja_terus_sampai_mati

 

Apabila kos sara diri, kos hidup makin meningkat, dan tak ada pulak sebarang pertambahan dari segi pendapatan, maka tak mustahil jika kita jugak bakal lalui apa yang dibimbangkan oleh pekerja di dunia, iaitu Krisis Persaraan. Kena tetap kerja sampai akhir usia. Itu kalau cerita mengenai mereka yang nak bersara. Mungkin dalam situasi ni, kurang tepat nak sentuh tentang topik persaraan.

 

Saya percaya, rata-rata yang baca blog ni golongan muda, yang masih mencari-cari peluang untuk tambahkan pendapatan. Kalau boleh nak bekerja dari rumah dan nak manfaatkan sepenuhnya kemudahan sambungan internet, betul ke?

 

Pada saya, nak buat kerja overtime ni adalah kurang sesuai especially untuk mereka yang dah berkeluarga. Come on brother, kau dah spend 8 – 10 jam di tempat kerja, berapa lama kau nak habiskan masa kau di tempat kerja baru kau akan puas? Kita dah cukup puas baca macam-macam masalah yang bersangkut paut dengan anak-anak remaja ni.

 

Mereka perlukan perhatian. Mereka perlu bimbingan, dan mereka perlukan kehadiran seorang bapa disisi mereka dalam proses pembesaran mereka. Apa gunanya anda ada banyak duit, kalau duit anda tu nanti terpaksa dibelanjakan untuk bayar ikat jamin anak-anak yang timbulkan masalah diluar ataupun bagi membayar kos rawatan untuk anak-anak yang berkelakuan liar sampai perlu dikejarkan ke hospital?

 

Now, kita cerita tentang alternatif ataupun opsyen yang anda boleh lakukan untuk meringankan jika tak menyelesaikan masalah tak ada duit dan tak cukup duit ni.

 

Saya percaya, anda inginkan lebih banyak masa bersama anak-anak, dan pada masa yang sama, anda juga ingin cari lebih banyak duit untuk tampung kenaikkan kos hidup. Betul tak? Jangan pulak lepas ni ada yang nak bawak anak-anak ke tempat kerja semata-mata nak pantau pergerakkan anak-anak pulak.

 

Instead of anda cari kerja diluar, apa kata anda bawa kerja ke rumah anda. Eh tak faham ke? Maksud saya begini, apa kata anda bekerja hanya dari rumah. Cari kerja-kerja yang anda boleh lakukan dari rumah, dengan bantuan komputer dan internet sahaja.

 

Tahukah anda, sebarang kerja yang boleh dilakukan dan disiapkan dengan menggunakan komputer, ia boleh dilakukan tak kira walau dimana anda berada dan tak semestinya anda perlu ke tempat kerja? Anda boleh bekerja sama ada di tepi pantai, di kafe, di kedai mamak dan ya dibilik tidur anda sahaja.

 

Saya ambil contoh, kerja menterjemah manuskrip dan dokumen dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Anda tak perlu ke pejabat untuk buat kerja-kerja penterjemahan ini. Yang anda perlukan hanyalah perisian seperti microsoft word, google translate, dan anda dah boleh mula lakukan kerja tersebut. Bila dah siap kerja-kerja penterjemahan ni, anda hanya perlu submit tugasan tersebut menerusi emel kepada majikan yang mengupah anda. Bila anda buat begini, tak ada keperluan pun untuk anda ke pejabat.

 

Klik: Cari senarai kerja dari rumah disini

 

Contoh lain, untuk individu seperti saya yang mempunyai minat untuk menulis dalam blog. Satu lagi cara yang boleh dilakukan untuk bekerja dari rumah ialah dengan mengambil upah menulis artikel promosi, artikel review ataupun artikel advertorial di laman blog. Lazimnya, caj untuk menulis artikel seperti ini adalah sekitar RM50 – RM450 untuk satu artikel.

 

Jika anda caj RM50 untuk satu artikel dan anda mampu menghasilkan 10 artikel dalam sebulan, maka potensi pendapatan anda adalah seperti berikut

RM50 x 10 artikel = RM500

 

Tetapi, jika anda caj RM450 untuk satu artikel, anda boleh memperolehi pendapatan tambahan sebanyak

RM450 x 10 artikel = RM4,500

 

“Cukup ke tidak RM4,500 tambahan setiap bulan?”

 

Adakah bekerja dari rumah sama seperti berniaga dari rumah?

Ramai sebenarnya yang salah anggap dan menyamakan bekerja dari rumah dengan berniaga dari rumah. Walaupun kedua-duanya boleh dilakukan hanya dari rumah, namun mengatakan bekerja dari rumah dan berniaga dari rumah adalah benda yang sama adalah salah sama sekali.

 

Bekerja dari rumah, anda dibayar oleh majikan untuk menyelesaikan tugasan tertentu. Setiap tugasan bayarannya juga berbeza-beza mengikut tahap kesukaran sesuatu tugasan. Boleh jadi anda dibayar ikut jam ataupun anda dibayar mengikut tugasan yang berjaya diselesaikan. (lazimnya untuk mereka yang bekerja dari rumah, mereka akan dibayar apabila tugasan yang diberi berjaya diselesaikan, bukannya ikut jam)

 

Berniaga dari rumah pulak, anda hanya akan dapat bayaran apabila anda berjaya mendapat pelanggan untuk membeli produk yang anda promosikan atau yang anda jual. And sometime, mereka yang berniaga dari rumah ni lebih cenderung untuk terjebak dengan skim-skim cepat kaya, scam, piramid dan sebagainya jika tidak berhati-hati.

 

Akan tetapi, saya setuju apabila ada yang mengatakan bekerja dari rumah dan berniaga dari rumah, kedua-duanya memerlukan kemahiran untuk berniaga. Kedua-duanya memerlukan individu tersebut mempunyai kemahiran dan asas menjual.

 

Bekerja dari rumah, adakalanya agak sukar untuk anda dapat job. Saya masih ingat lagi satu masa dulu saya pernah attend seminar kerjaya, dan dalam seminar tersebut, penceramah kerap kali menyebutkan, bila nak cari kerja, anda kena tahu macam mana nak jual diri anda kepada prospective employer.

 

Maksud menjual diri ni bukanlah seperti melacur diri atau buat perkara-perkara yang dilarang dalam ajaran agama, sebaliknya kita menonjolkan ciri-ciri yang berkualiti kepada bakal majikan kita. Maka dari situ, barulah kita akan termasuk dalam senarai pendek untuk dipilih sebagai pekerja. Konsep bekerja dari rumah pun begini juga. Anda perlu tahu, apa yang diperlukan dan di cari oleh bakal majikan sebelum anda terpilih untuk dapat job tertentu.

 

… dan semua ini dah diterangkan kepada ahli-ahli yang mendaftar untuk mengikuti Latihan Bekerja Dari Rumah.

 

Anda boleh baca artikel-artikel terdahulu dalam blog ni berkenaan dengan jobdirumah jika anda berminat. Saya juga dah beberapa kali menerima bayaran komisyen dari jobdirumah sebelum-sebelum ini. Apa pun, saya doakan semoga masalah kewangan anda dapat diringankan, dan jika tak keberatan, doakan untuk saya juga ya.

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Bekerja Dari Rumah Atau Berniaga Dari Rumah?
  2. Pengalaman Bekerja Dari Rumah Menerusi Jobdirumah
  3. Perlu ke dapatkan Panduan Jobdirumah jika ingin bekerja dari rumah?
  4. Perlu ke ada blog jika ingin bekerja dari rumah?

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: bekerja dari rumah dengan jobdirumah, buat duit dengan jobdirumah, kenapa sertai jobdirumah

Comments

  1. Anuar says

    July 3, 2015 at 9:57 am

    Terima kasih di atas perkongsian info… Semoga lepas ni lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan Kreativiti masing-masing untuk mencari pendapatan tambahan..

    Reply
    • sabree hussin says

      July 4, 2015 at 12:25 pm

      Sama-sama tuan Anuar, sebenarnya rakyat Malaysia ni banyak yang kreatif-kreatif. Lagi-lagi bila nak troll orang. Patutnya kekreatifan tu jika digunakan di channel yang tepat, mereka boleh buat banyak duit yang lumayan.

      Malahan kalau mereka mahu, boleh saja menjual kemahiran mereka kepada prospective employer yang banyak terdapat di listing jobdirumah ni.

      Layari: http://www.sabreehussin.com/jobdirumah

      Reply
  2. zool says

    July 3, 2015 at 11:30 pm

    memang bagus jobsdirumah ni.. boleh membantu untuk meningkatkan pendapatan

    Reply
    • sabree hussin says

      July 4, 2015 at 12:29 pm

      Betul tu, dapat at least Rm100 setiap bulan dari program ni pun dah kira bagus, kan

      Reply
  3. apdm1 says

    July 3, 2015 at 11:46 pm

    siapa yang nak buat kerja dari rumah, memang kena cuba tu.

    Reply
    • sabree hussin says

      July 4, 2015 at 12:45 pm

      Yup betul tu, pastikan orang tu betul-betul nak bekerja, dan bukannya sekadar nak cuba-cuba. Ini serius ho ho

      Reply
  4. suri says

    July 4, 2015 at 12:39 pm

    kalau ada berani tak saah buat buat suatu yang jadi nyatakan

    Reply
    • sabree hussin says

      July 4, 2015 at 12:50 pm

      Betul tu Suri

      Reply
  5. Index Apk says

    July 5, 2015 at 3:17 am

    boleh cuba lah

    Reply
    • sabree hussin says

      July 6, 2015 at 9:42 am

      Mesti cuba ni, untuk dapatkan lebih pendapatan

      Reply
  6. Junaidy Jaimi says

    July 5, 2015 at 7:14 am

    bagus jugak cadangan joddirumah ni…cara kerja yang memang berkenan di hati.. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • sabree hussin says

      July 6, 2015 at 9:41 am

      Kena mula dari sekarang, sebabnya dalam masa yang sama, kena bina profile yang baik juga supaya lebih meyakinkan majikan untuk mengupah kita

      Reply
  7. Hafizul says

    July 5, 2015 at 12:45 pm

    Huhu..dah lama rasanya nak m,intak kerja dengan jobdirumah ni..rindu pulak time2 kaya dulu..hehe

    Reply
    • sabree hussin says

      July 6, 2015 at 9:41 am

      Power tu dari Jobdirumah pun boleh jadi lebih kaya hhi

      Reply
  8. PUSAT BORONG MALAYSIA says

    July 5, 2015 at 12:56 pm

    senang2 baik duk umah jual barang online lagi mudah hehehe secara smbilan ๐Ÿ™‚

    Reply
    • sabree hussin says

      July 6, 2015 at 9:42 am

      Yup jual barang online memang senang, yang mencabarnya ialah untuk dapatkan pelanggan. Dah ada pelanggan sendiri, memang segalanya lebih mudah

      Reply
  9. ridhwan says

    July 8, 2015 at 9:04 pm

    lepas nie sennag jak la..tak payah nak cari kerja jauh-jauh jak ..hihihi….cuma nak usaha yang lebih n kesabaran jak ni

    Reply
  10. myliferia says

    July 29, 2015 at 3:55 pm

    Bekerja dari rumah memang jimat kos. Cuma perlu disiplin dan bahagi masa betul-betul

    Reply
    • sabree hussin says

      July 30, 2015 at 11:04 pm

      Betul tu, kalau tak pandai bahagi masa, nanti terpaksa kerja sampai larut malam, dan pendapatan tak capai target

      Reply
  11. Rozapk says

    November 6, 2015 at 12:57 pm

    kalau ada berani tak saah buat buat suatu yang jadi nyatakan

    Reply

Trackbacks

  1. Adakah BERNIAGA dari rumah adalah satu keputusan yang TEPAT? says:
    July 6, 2015 at 11:26 am

    […] Bagi yang berminat untuk bekerja dari rumah dan tak mahu terlibat dengan sebarang aktiviti jualan dan pemasaran, anda boleh cuba dapatkan pekerjaan yang sesuai dengan skil dan minat anda menerusi platform yang disediakan oleh pihak Jobdirumah ataupun boleh juga baca entri saya sebelum ni yang bertajuk Bekerja dari rumah dan tak perlu jual barang tetapi masih dibayar lumayan. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 ยท News Pro Theme on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in