Bagus ke buat pinjam loan untuk buat full settlement kad kredit?

by sabree hussin on February 5, 2016

in kewangan

Hutang kad kredit… ah… we comeback to this topic again… kan bagus kalau hutang-hutang ni boleh hilang, lesap dan terhapus dengan sendirinya secara magis. Sayangnya, kebanyakkan dari kita bukanlah “individu terpilih” yang dapat menikmati privileges seperti hutang dikecualikan daripada perlu dibayar.

 

Soalan ni agak kerap muncul dalam hidup saya.

 

“Bagus ke buat pinjaman bank semata-mata untuk bayar baki hutang kad kredit yang masih tertunggak?”

 

Saya beri amaran siap-siap. Kalau anda baca perkongsian saya ni dari mula sampai habis, saya jamin anda akan perolehi sesuatu manfaat. Namun AWAS! Jika anda mengharapkan jawapan clear cut, dalam bentuk YA atau TIDAK, anda tak akan temuinya disini.

 

Hei… saya tak tau bagaimana keadaan dan kedudukan kewangan anda. Berapa baik ataupun berapa buruk. Tak mungkin saya boleh beri jawapan yang sama kepada setiap orang. Apa yang boleh saya kongsikan disini ialah secebis idea untuk memandu anda bagi buat keputusan yang terbaik untuk anda. How’s that sound? Good? Are we ready to go?

hutang_kad_kredit

Kebiasaannya, kita memang tak cari bank untuk buat pinjaman peribadi bagi tujuan melupuskan hutang kad kredit. JARANG BERLAKU. Sebaliknya, yang biasa berlaku ialah kita “ditawarkan” untuk mendapatkan pinjaman peribadi tersebut.

 

Situasi ini biasa berlaku.

 

Selamat petang En Sabree, nama saya Fatin dari HSBC boleh kita bercakap sekejap? Saya ada berita baik yang nak dikongsikan dengan Encik kalau encik izinkan…

 

Perbualan ini akan berkesudahan dan menjurus kearah pihak bank menawarkan pelan ansuran mudah ataupun pakej pinjaman peribadi bagi melangsaikan hutang kad kredit yang kita tanggung. Amazing. Baik betul pihak bank ni sebab nak tolong ringankan beban kita daripada terpaksa bayar minimum payment kad kredit yang mahal nak mampus setiap bulan.

 

Bayar tak pernah missed, tapi hutang tak jugak berkurang. Ni la masalah dengan kad kredit kalau kita cuma bayar minimum payment semata-mata.

 

Tahukah anda, anda memerlukan sekurang-kurangnya 4 tahun 8 bulan untuk habis bayar hutang kad kredit yang berjumlah RM3,000 sahaja, lebih-lebih lagi apabila anda

(1) Cuma bayar minimum payment sebanyak RM150 setiap bulan

(2) Interest rate yang dikenakan ialah 18%

(3) Anda tak pernah lewat bayar

(4) Anda tak menambah hutang dan tak buat transaksi baru

(5) Kadar interest tidak berubah

 

4 tahun 8 bulan bro… ia bukan tempoh masa yang pendek tau… ia bersamaan dengan 56 bulan, dan dalam tempoh tu jika anda hanya bayar minimum payment sahaja ialah RM150 sahaja, secara total anda akan membayar sebanyak RM8,400

 

Bagus, kan? Walhal hutang asal anda hanyalah sebanyak RM3,000

 

Dah ada kad kredit, tak akan nak ambil hutang peribadi (personal loan) lagi

 

Bank adalah sebuah entiti perniagaan. Produknya ialah produk berasaskan servis kewangan. Pendapatan terbesar bank adalah disumbangkan daripada pinjaman yang ditawarkan kepada para pelanggannya.

 

Lagi ramai yang berhutang dengan Bank, lagi tinggi keuntungan yang bank boleh hasilkan.

Lagi besar jumlah yang dipinjamkan oleh Bank, lagi tinggi keuntungan yang bank boleh hasilkan. 

Lagi lama dan lagi panjang tempoh bayaran balik, lagi tinggi keuntungan yang bank boleh hasilkan.

 

Walaubagaimanapun, bukan semua orang akan “ditawarkan” untuk ambik personal loan. Hanya mereka-mereka yang mempunyai jadual bayaran balik yang cantik sahaja yang akan ditawarkan dengan pakej pinjaman ni. Kalau jenis yang selalu lambat bayar, bayar tak cukup, bayar pun sangkut-sangkut, biasanya memang tak akan dapat.

 

Kalau dapat offer macam ni pun, selalunya ditawarkan oleh Bank lain. Contohnya, kad kredit dikeluarkan oleh HSBC Bank, tetapi loan ditawarkan oleh Alliance Bank. Jarang berlaku, tapi tak mustahil untuk dapat. Biasa yang saya dapat, kalau kad dikeluarkan oleh HSBC, maka pihak HSBC juga yang akan tawarkan pakej personal loan ni.

 

Situasi:

“Amat jarang individu yang dah ada hutang kad kredit, akan apply dekat bank yang sama untuk tambah hutang melalui pinjaman peribadi.” 

 

Jarang sekali. Secara peribadi, saya sendiri dah cukup puas dengan ada hutang kad kredit. Rasa serik dah nak tambah hutang lagi.

 

Tetapi, pihak bank ada pendapat dan perancangan yang berbeza untuk buat lebih banyak duit dan buat lebih banyak untung. Lebih-lebih lagi kalau dia dapat pelanggan yang hebat, yang sering bayar hutang on time. Sudah tentu bank nak buat lebih banyak duit dari pelanggan seperti ini.

 

Maka, bermulalah strategi pihak bank untuk mengumpan pelanggan ini tadi untuk ambil pakej personal loan yang lain pula.

 

“Sebagai menghargai encik sebagai pelanggan kami, kami ingin tawarkan pakej pinjaman peribadi sehingga RM10,000 dengan kadar interest serendah 3% sahaja setahun…” 

 

Tapi saya nak buat apa dengan duit ni? Saya dah ada hutang dah. Hutang kad kredit saya pun masih tak habis-habis lagi sampai sekarang.

 

“Oh, encik boleh gunakan wang ini untuk bayar balik baki hutang kad kredit. Encik tahukan, interest untuk kad kredit adalah berkali ganda lebih tinggi, iaitu sebanyak 18% berbanding pakej pinjaman peribadi ini. Gunakan duit ini untuk langsaikan hutang kad kredit encik…”

 

Apa akan jadi seterusnya?

Aha… ia sebenarnya adalah idea yang sangat hebat dan LICIK. Antara 18% dengan 3%, sudah terang lagi bersuluh, sudah tentu yang 3% itu lebih jimat dan murah. Kita patut ambil pakej loan tersebut untuk langsaikan segera hutang kad kredit.

 

Kita boleh jimat kos yang perlu bayar hanya untuk interest. Ding ding ding! Tiba-tiba diri terasa bijak pada ketika itu, sebab kita nampak satu peluang dan pintu keluar yang amat bersinar-sinar.

 

Anda perlu AMBIL BERAT terhadap perkara-perkara berikut!

Secara peribadi, saya melihat tindakan untuk ambil personal loan yang interest rate lebih rendah untuk menyelesaikan hutang kad kredit yang interestnya sangat tinggi adalah satu tindakan yang WAJAR. Anda boleh jimat sebanyak 15% dari segi interest dengan menganggap interest kad kredit sebanyak 18% setahun, manakala personal loan sebanyak 3% sahaja.

 

Saya harap anda dapat berikan perhatian juga pada perkara-perkara berikut seandainya ia berlaku pada anda.

 

(1) Hutang kad kredit RM3,000 sahaja, tetapi loan yang diluluskan ialah sebanyak RM8,000!

Yeay! Sekarang anda dah ada duit lebih dalam akaun bank anda. Lepas tolak baki hutang kad kredit sebanyak RM3,000 anda masih ada lagi baki sebanyak RM5,000.

 

Campur dengan duit simpanan yang mungkin memang ada dalam akaun saving anda, tambah tolak darab bahagi, anda mungkin akan nampak jumlah yang BESAR dalam akaun bank anda. Let say… ada RM7,487.32 misalnya.

 

Apa nak buat lepas ni? Dah lama anda tak lihat jumlah sebanyak ni berada dalam akaun saving anda. Patutkah anda servis kereta? Tukar tayar? Tukar sportrim? Atau bawa keluarga pergi bercuti?

 

Ini perangkap yang pertama! Hati-hatilah. Saya tak tau, bagaimana anda akan uruskan baki pinjaman yang sebanyak RM5,000 tu. Anda mungkin ada keinginan terpendam yang dah lama anda nak capai, yang mana tak ada siapa boleh halang keinginan anda tu. Saranan saya, hati-hatilah.

 

Kalau tanya saya, saya akan kata. Pulangkan sahaja baki duit tu semula kepada bank. Bincang betul-betul dengan pegawai yang menawarkan pelan pinjaman tu tadi.

 

Sebaik-baiknya, pinjam amount yang cukup-cukup untuk selesaikan hutang kad kredit sahaja. Jangan pinjam lebih, melainkan ada syarat kena buat pinjaman minimum sebanyak RM8 ribu tu tadi.

 

(2) Apa jadi dengan kad kredit anda?

Anda kini dah BEBAS DARI HUTANG KAD KREDIT.

 

Setiap kali log in ke member area, untuk melihat status kad kredit yang menunjukkan baki hutang sebanyak RM0.00 memang betul-betul menyeronokkan dan mengujakan. Namun ini tak bermakna anda dah bebas hutang.

 

Nope! Anda memang dah bebas dari belenggu hutang kad kredit, namun pada masa ini anda dah ada hutang yang baru, iaitu hutang peribadi sebanyak RM8,000. Masih ingat lagi?

 

Walaupun mungkin kadar bayaran balik adalah sama atau lebih rendah, namun tempoh bayaran balik adalah sedikit lebih panjang. Namun tak menjadi masalah, sebabnya interest yang dikenakan adalah lebih rendah.

 

Persoalannya sekarang ialah, apa jadi dengan kad kredit anda tu? Adakah anda akan cancel kad kredit tersebut, atau anda akan potong menjadi kepingan kecil dan tanam serpihan kad kredit tersebut dilokasi rahsia?

 

Ataupun anda masih akan simpan kad tersebut untuk kegunaan di masa kecemasaran? Saya percaya, majoriti akan simpan kad tersebut sebagai back up dikala kecemasan.

 

Kad kredit tersebut adalah ibarat bom jangka yang akan dan boleh meletup pada bila-bila masa. Hanya menantikan masa dan situasi yang sesuai sahaja, ia akan kembali beraksi dan mengumpul hutang yang baru.

 

Bermula dengan kecemasan-kecemasan kecil dengan nilai dibawah RM50… akhirnya jumlah terkumpul naik sehingga mencecah 4 angka semula. TAHNIAH. Kini anda mempunyai hutang kad kredit, dan pada masa sama, hutang personal loan pun masih belum habis bayar.

 

Bank memang faham benar dengan pelanggan-pelanggannya. Ini memang cara mereka buat duit. Memang susah nak menahan rasa gatal untuk membeli bila kita tahu kita ada duit yang boleh digunakan. Ah… guna kad kredit sahaja.

 

Laman web Lazada misalnya. Setiap masa ada sahaja barang murah, ada sahaja potongan harga, ada sahaja diskaun khas untuk pemegang kad tertentu. Ada sahaja kecemasan atau emergency yang kita akan tengok di laman web ini.

teknik_promosi_lazada

Adakah situasi yang sama akan berlaku kepada anda? Saya harap tidak. Saya harap situasi anda akan jadi lebih baik. Lebih-lebih lagi lepas anda baca perkongsian saya ni. Sepatutnya, anda dapat buat keputusan dan tindakan yang lebih bijak, dan sedikit sebanyak boleh tahu apa dia game plan yang akan dikenakan kepada anda.

 

Tetapi… kalau dah tau apa yang bakal berlaku, kemudian anda tetap TERKENA… ah… saya tak tau la nak kata apa lagi.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 11 comments… read them below or add one }

titan February 6, 2016 at 12:35 am

setakat ni, tak buat lagi.

dan memang malas nak ada hutang banyak2 dengan bank.

Reply

sabree hussin February 6, 2016 at 9:55 am

Lebih baik kekalkan macam tu. Personal loan kalau boleh elakkan je la. Lain la kalau amik loan untuk beli rumah

Reply

semak saman February 6, 2016 at 11:06 pm

kredit ni ibarat pedang, kalau kita tak reti manfaatkan, dia makan kita balik..aih.. ramai golongan yang berumur 30 tahun kebawah dah bankrup. antara satu sebab adalah hutang kad kredit.

Reply

Noriza Rahman February 7, 2016 at 6:35 pm

Kad kredit ni memang akan menjerat tuannya kalau tak pandai guna, kena disiplinkan diri lepas guna terus bayar, erti kata lain cash memang ada ditangan, lepas dah buat transaksi terus bayar, jangan biarkan baki sebab itu akan menguntungkan pihak bank..itu yang saya lakukan…

means, kalau tidak ada duit yang cukup sila la berhemah apabila berbelanja

Reply

Sani February 8, 2016 at 12:09 am

Memang boleh parah akibat kad kredit ni..

Reply

rahimah February 9, 2016 at 8:37 pm

Pakai prepaid atau debit card saja. Tak ada duit tak payah beli.Habis cerita.

Reply

Raihanah Ahmad February 10, 2016 at 10:25 am

jangan berbelanja melebihi pendapatan

Reply

Nur February 10, 2016 at 1:54 pm

Bagus tips ni.

Reply

Khasyi May 3, 2016 at 12:29 pm

Mohon terlalu banyak kad kredit bukan satu perkara yang baik. Selain daripada membuat perbelanjaan yang lebih, bayaran yuran tahunan juga boleh jadikan anda rugi besar.

Reply

Eyqa December 20, 2016 at 9:35 am

bagaimana pulak buat PL dekat bank lain untuk bayar PL bank lain yang interest dia sangat tinggi.. adakah berbaloi? hurmm

Reply

sabree hussin December 20, 2016 at 11:05 am

Kalau dapat jimat dari segi interest paid, ia lebih berbaloi daripada nak kena bayar interest yang mahal.

Eyqa boleh buat perbandingan personal loan dari bank yang berbeza dengan merujuk pada link berikut ya.
http://www.sabreehussin.com/personal-loan

Kalau nak terus apply secara online pun boleh.

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: