Bagaimana Perpustakaan Awam boleh bantu anda tambahkan pendapatan?

by sabree hussin on January 31, 2017

in Panduan Buat Duit Online

Adakah anda tahu, yang sebenarnya perpustakaan Awam ni boleh bantu anda tambahkan pendapatan bulanan anda? Tak tahu? Tak pasti macam mana? Atau rasa kurang percaya dengan apa yang saya sampaikan ni?

 

Tak apa. Jom baca kisah saya ni. Saya akan tunjukkan pada anda, bagaimana saya gunakan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia kepada kita semua, iaitu perpustakaan awam untuk tambahkan pendapatan.

perpustakaan-awam

Dalam sebulan, sekurang-kurangnya sehari saya akan datang ke Perpustakaan Negara Malaysia, terutamanya di Bahagian Pinjaman. Aktiviti lazim yang saya akan buat ialah, pinjam buku baru, pulangkan buku yang dah habis baca, kemudian renew buku-buku yang masih belum sempat baca.

 

Setiap orang boleh pinjam 6 buah buku sahaja untuk tempoh masa 30 hari. Tapi, memandangkan saya guna dua kad pengenalan yang berbeza, maka saya dapat pinjam sehingga 12 buah buku. Kalau bulan tu tak sibuk, maka saya dapat baca 12 buah buku dalam sebulan. Tapi kalau sibuk dengan macam-macam tugasan pengiklanan, kalau dapat habis 5 buah buku pun dah kira baik.

 

Untuk bulan seterusnya, baki yang 7 buah buku tu kena renew semula, dan pinjam 5 buah buku yang baru pulak. Macam inilah prosesnya berterusan In Shaa Allah sampai bila-bila. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu saya akan teruskan dengan aktiviti pinjam, pulang dan perbaharui buku ini.

“Kat celah mananya boleh buat duit tu? Tadi kata boleh tambahkan pendapatan…”

Ya, nak ceritalah ni. Macam mana perpustakaan awam boleh bantu saya tambahkan pendapatan?

 

Satu ketika dulu, saya suka beli buku. Setiap bulan saya akan peruntukkan sekurang-kurangnya RM100 untuk beli buku baru. Hinggalah satu tahap, saya mengalami krisis ruang & wang.

 

Krisis ruang terjadi sebab buku dah makin banyak, dan tempat nak simpan buku pulak makin berkurangan. Saya terpaksa kawal pembelian buku, kalau tak memang tak ada tempat nak simpan buku-buku yang saya pernah beli.

 

Kemudian berlaku pulak krisis wang. Krisis wang ini tidaklah seratus peratus buruk. At least, bila ada krisis macam ni, ia menjadikan saya lebih kreatif untuk buat duit tambahan. Krisis wang ni makin bertambah tenat apabila kerajaan perkenalkan GST, harga minyak yang kejap naik kejap turun, kadar tukaran matawang RM berbanding USD yang makin lemah, dan macam-macam lagi kenaikkan harga barang. Ya, saya cukup terkesan dengan musibah-musibah kewangan ni semua.

 

Kalau sebelum ni saya lebih suka beli buku, setiap kali ada jualan murah atau ada pesta buku, kali ini saya terpaksa kawal perbelanjaan. No more buying new book. Saya terpaksa tukar strategi daripada beli buku, kepada pinjam sahaja buku.

 

Memandangkan setiap buku yang dipinjam ada tarikh akhir yang saya perlu patuhi untuk pemulangan, maka kat sini ada unsur paksaan untuk saya cari masa dan baca buku-buku yang dipinjam. Ini cukup berbeza berbanding sebelum ini, masa saya lebih banyak beli buku dulu. To be honest, sampai sekarang masih ada lagi buku-buku yang dibeli masa Big Bad Wolf yang saya tak baca lagi. Aduh…

“Kalau nak buat duit, masa pinjam tu kena ada strategi!” 

Nak pinjam buku apa ya… Ada banyak betul buku-buku yang ada kat perpustakaan awam tu. Nak pilih buku yang mana satu?

perpustakaan-awam

Memang betul. Buku-buku kat perpustakaan tu memang sangat banyak. Jadi, apa yang saya buat sebelum nak pinjam sebarang buku, saya akan buat semakan terlebih dahulu, adakah tajuk buku yang saya nak pinjam tu nanti turut di jual di laman web Bookcafe?

 

Laman web Bookcafe adalah laman web yang dimiliki oleh syarikat PTS Publication. Mereka menjual buku-buku yang dikeluarkan dan diterbitkan oleh PTS. Gunakan sahaja komputer yang disediakan atau boleh semak dengan smartphone masing-masing dan buat carian sama ada tajuk buku yang kita nak pinjam tu ada dijual di bookcafe ataupun tidak.

 

Saya adalah salah seorang ejen affiliate bagi laman web Bookcafe. Selalunya, selepas saya baca buku-buku yang diterbitkan oleh pihak PTS, saya akan tulis serba sedikit review mengenai buku tersebut. Bawah ni pula adalah pendapatan terkumpul yang telah saya hasilkan dengan melakukan kerja-kerja review buku di blog ini.

buat-duit-bisnes-buku

Setakat waktu catatan ini saya hasilkan, saya telahpun berjaya jual 24 buah buku. In Shaa Allah, jika ada rezeki, jumlah ini mungkin akan bertambah di masa akan datang.

Baca juga: Program affiliate Bookcafe untuk para pencinta buku

 

Selain Program affiliate, bookcafe juga turut menawarkan program dropshipping. Sekiranya anda pilih untuk buat duit dengan menjadi ejen dropship, anda ada peluang untuk dapat komisen yang lebih tinggi.

 

Laman web Bookcafe hanya salah satu daripada cara untuk buat duit tambahan dengan buku. Selain laman web ini, ada lagi laman web lain yang tak kurang hebatnya. Laman web yang saya maksudkan ialah, laman web Lazada Malaysia.

laman-web-lazada-malaysia

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, laman web Lazada juga menjual banyak judul-judul buku yang popular terbitan pelbagai syarikat penerbit. Adakalanya, saya juga akan buat semakan di laman web lazada sebelum buat pinjaman sebarang buku dari Perpustakaan Negara.

 

Kalau tajuk buku tu ada dijual di Lazada, barulah saya akan pinjam dan baca buku tu. Kelebihan mempromosikan buku yang dijual di Lazada ni ialah, walaupun kita buat review tentang buku, jika pembaca buat pembelian produk lain yang mungkin tak ada kena mengena dengan buku, saya masih lagi ada peluang untuk dapat komisen.

 

Contohnya saya promosikan buku berjudul Imam Syafie Pejuang Kebenaran yang dijual di Lazada Malaysia. Tetapi pembaca tidak membeli buku tersebut, sebaliknya dia berminat nak beli barang lain, contohnya beli mesin basuh (yang memang tak ada kena mengena dengan buku yang saya promosikan), namun saya masih lagi akan dapat komisen.

 

Ini satu kelebihan laman web Lazada.

 

Untuk segmen buku berbahasa Inggeris, juga ada program affiliate khas yang boleh kita sertai dan promosikan. Iaitu Program Affiliate Kinokuniya.

Program affiliate ini boleh disertai menerusi platform yang dibangunkan oleh Involve Asia.

Klik untuk baca: Apa yang saya perlu buat selepas daftar Program Affiliate Involve Asia?

 

Kesemua cara yang saya sebutkan diatas ini melibatkan program affiliate, dimana anda bertindak sebagai ejen yang mempromosikan buku-buku tersebut. Program affiliate seperti ini boleh dipromosikan hanya dengan menggunakan medium blog. Jika anda tak pandai buat blog, bolehlah belajar buat blog terlebih dahulu. Bila anda dah ada blog, ada macam-macam benda anda boleh buat untuk tingkatkan pendapatan anda.

 

Jika anda mempunyai kerajinan untuk menulis, anda juga boleh hasilkan buku anda sendiri dan jual. Jika anda tidak mempunyai modal yang besar untuk mencetak buku yang bakal dihasilkan tu, boleh juga jual buku anda dalam bentuk ebook sahaja.

 

Kalau tak tahu nak tulis ebook tentang apa, boleh lihat senarai buku yang ada di perpustakaan. Topik apa yang popular yang banyak buku ditulis tentangnya? Mungkin anda boleh tulis ebook dalam topik yang sama.

 

Ok ini cara yang saya sendiri gunakan untuk tambahkan pendapatan. Dengan cara ini, boleh tambah ilmu, dan pada masa yang sama, boleh juga tambah duit poket. Kalau anda adalah jenis yang memang suka membaca, memang sangatlah sesuai buat cara ini.

 

Saya ucapkan selamat menjana pendapatan dengan buku!

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 2 comments… read them below or add one }

rahimah majid February 1, 2017 at 5:29 am

Selalu juga beli buku di Bookcafe sebab memang suka baca. Dulu waktu kerja di sebelah bangunan KLCC ,lepas lunch saya akan berada di Kinokuniya untuk baca buku. Tak rugi bertapa dalam tu untuk baca buku secara percuma.

Reply

sabree hussin February 1, 2017 at 6:12 pm

Saya pun ada pengalaman yang lebih kurang sama. Masa saya kerja dekat jalan P. Ramlee dulu, lepas habis kerja memang akan singgah ke Kinokuniya dulu. Kadang-kadang tu tak baca buku pun, saja nak ambil feel dan nak dapatkan idea penulisan.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: