Bagaimana merekrut ejen untuk membantu membuat jualan bagi pihak kita?

by sabree hussin on October 16, 2015

in Pemasaran Internet

“Adakah jualan untuk produk anda suam-suam kuku dan kurang memberangsangkan?”

“Adakah anda ingin melipatgandakan keuntungan dengan melantik ejen untuk membantu anda menghasilkan jualan sebagai usaha meningkatkan jualan?”

 

Ya. Adakalanya dalam bidang jualan ni, kita tak akan mampu nak buat semua benda seorang diri. Kita lemah. Sesekali kita akan terasa sangat down untuk buat kerja-kerja rutin kita macam biasa.

 

tambah_jualanMalangnya… buat mereka yang bekerja dalam bidang jualan, yang pendapatan sangat bergantung kepada berapa banyak jualan boleh dihasilkan… sepatutnya tak ada istilah malas-malasan dan down dalam kamus diri. Kalau sesekali terasa down, itu biasa. Tetapi, kalau selalu sangat rasa down sampai terabai kerja-kerja promosi, maka something wrong has happened.

 

Anda kena buat sesuatu untuk cover balik… saat-saat kejatuhan dan masa-masa tak produktif itu tadi. Kalau anda ada ejen yang turut membantu anda buat kerja pemasaran, itu lain cerita. Malahan, kalau bilangan ejen yang bekerja untuk anda cukup ramai, anda dah tak perlu bimbang lagi dengan hal-hal nak hasilkan jualan.

 

Hanya perlu proses order dari ejen. Itupun silap-silap dah tak cukup tangan. Namun demikian, bukan semua orang tau, macam mana nak jadikan impian seperti ini satu realiti.

 

Adakah melantik ejen sama seperti kita ambil pekerja? Jika sama, bagaimana pula dengan kadar bayaran dan juga kadar upah? Dah tentu, tak ada orang yang sanggup nak bekerja untuk kita secara percuma. Sekurang-kurangnya, mesti kena ada something yang boleh diperolehi sebagai balasan untuk hasil kerja yang diberikan untuk kita.

 

Jadi kali ini, saya nak kongsikan beberapa perkara yang saya tahu, dan yang saya sendiri pernah buat untuk melantik ejen bagi membantu saya menghasilkan jualan untuk produk-produk yang saya jual. Pada hari ini, ada beberapa platform yang anda boleh manfaatkan. Cubalah dan nilaikan mana-mana satu yang sesuai dengan perniagaan dan bajet anda.

 

Sebaik-baiknya, sebelum anda begitu sibuk nak lantik ejen la, apa la… better anda dah ada produk dan memang dah ada bisnes. Jadi dengan ini, anda dah jelas dan dah lebih tahu selok belok tentang perniagaan yang sedang dijalankan. Dengan ini, cabaran seterusnya hanyalah untuk mengintegrasikan sistem yang boleh merekrut ejen untuk buat kerja-kerja pemasaran bagi pihak anda. Itu sahaja.

 

(1) Sistem affiliate lite

affiliate_ejen

Sistem affiliate lite ini sesuai digunakan jika anda menjual satu atau dua produk menerusi laman web jualan.

 

Ini bermakna anda perlu ada

1. Domain

2. Hosting

3. Laman web jualan

 

Seterusnya anda boleh pasang skrip affiliate lite ini pada laman web anda. Jangan risau tentang proses pemasangan, kerana ianya sangatlah mudah. Dengan pembelian skrip affiliate lite ini juga anda akan dibekalkan dengan panduan pemasangan.

 

Anda boleh set berapa banyak komisyen yang anda ingin berikan kepada ejen anda. Sama ada 20%, 50%, 70% atau sebarang nilai yang difikirkan sesuai.

 

(2) Laman web minisite mudah

review_minisite_mudah

Kalau anda juga seperti saya, “kurang rajin” nak buat kerja-kerja pemasangan sistem affiliate dalam hosting, maka cara yang lebih mudah ialah gunakan sahaja perisian membina laman web yang dikenali sebagai minisite mudah.

 

Kelebihannya ialah, anda boleh bina laman web jualan dengan mudah, dan sistem affiliate adalah siap tersedia (built in). Dengan ini anda tak perlu pening-pening lagi nak lakukan konfigurasi pada laman web anda.

 

(3) Klikjer

klikjer_homepage

Buat masa ni, klikjer lebih mengutamakan produk-produk dalam bentuk ebook ataupun video. Jika produk anda adalah dalam kategori produk informasi, anda boleh hubungi pihak pengurusan klikjer untuk menyenaraikan produk anda di laman web mereka.

 

Bukan semua permohonan akan diluluskan. Sudah tentu, produk anda akan melalui proses screening terlebih dahulu. Saya juga adalah salah seorang affiliate bagi laman web klikjer. Jika anda senaraikan produk anda di laman web klikjer, besar kemungkinan saya juga akan bantu promosikan produk anda secara percuma sahaja nanti.

 

(4) Ashadee

ashadee

Konsep Ashadee juga tak jauh bezanya dengan klikjer.

 

Cuma sekarang ni yang saya perasan, Ashadee turut menyenaraikan pelbagai produk termasuk ebook, video, audio software, personal coaching malahan produk fizikal juga ada dijual di Ashadee.

 

Ya seperti klikjer, saya juga merupakan affiliate bagi ashadee. Ada banyak juga produk-produk dari Ashadee yang saya promosikan secara aktif.

 

(5) Aztetic

buat_duit_dengan_aztetic

Ini satu lagi alternatif, jika anda tak mahu menggunakan perkhidmatan dari Klikjer ataupun Ashadee atas sebab-sebab tertentu.

 

(6) iDevAffiliate

buat_duit_dengan_bookcafe

Salah satu laman web yang menggunakan skrip ini ialah laman web Bookcafe.

 

Saya pun ada register sebagai ejen affiliate untuk laman web bookcafe dan In Shaa Allah sekarang ni pun saya sedang giat mempromosikan beberapa tajuk-tajuk buku yang saya kira menarik yang terdapat di laman web mereka.

 

Kalau buku anda ada di laman web bookcafe, boleh bagitau kat saya. Mana tau, saya pernah beli sebelum ni, jadi saya boleh bantu promosikan secara aktif di blog ni nanti.

 

(7) Delavo

skrip_affiliate

Dari apa yang saya dapat lihat, skrip Delavo ini juga agak popular dan digunakan oleh beberapa orang Internet Marketer di Malaysia.

 

Memandangkan ini adalah skrip dari luar negara, maka kos penggunaannya juga agak mahal dan untuk makluman anda, terdapat dua versi skrip ini.

 

Satu versi Standard manakala satu lagi ialah versi Gold.

 

Dari segi features saya lihat ada banyak yang menarik jika ambil pakej gold.

 

Again, jika anda tak tau macam mana nak gunakan skrip ini, anda mungkin tak dapat nak manfaatkan sepenuhnya fungsi skrip ini.

 

(8) Lazada

lazada_official_page

Eh Lazada pun termasuk dalam senarai?

 

Ya. Tahukah anda, yang sebenarnya anda boleh menjual produk-produk anda menerusi laman web Lazada? Benda ni subject to approval.

 

Kalau produk anda ada di Lazada, besar kemungkinan satu masa nanti saya juga akan bantu promosikan produk anda. Sebabnya, saya pun dah daftar sebagai ejen affiliate untuk laman web Lazada.

 

(9) Shopping cart

Maaf yang ni saya tak berapa pasti apa nama skrip dia.

buat_duit_dengan_amora

Laman web jenis shopping cart seperti ini juga sebenarnya mempunyai sistem affiliate secara built in.

 

Sebelum ni saya pernah launch projek yang lebih kurang sama dengan konsep Amora ini. Jadi saya tau web ini mempunyai sistem affiliate build in untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang berminat nak jadi affiliate.

.

..

Baiklah, sebelum anda over excited nak pilih mana satu yang sesuai untuk digunakan bagi perniagaan anda, ada satu perkara sahaja yang saya nak highlight.

“Nak pasang sistem affiliate dalam bisnes kita, itu perkara MUDAH. Apa yang lebih mencabar ialah untuk menarik minat orang ramai untuk jadi ejen kita dan bantu promosikan perniagaan kita.”

 

Sudah tentulah, langkah pertama ialah dengan memasang sistem affiliate terlebih dahulu!

 

Anda ada produk sendiri dan ada tawarkan program affiliate? Jom hubungi saya, mana tau kita sesuai untuk buat JV.

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: