Bagaimana menjalankan bisnes tudung dengan jenama anda sendiri?

by sabree hussin on May 27, 2018

in Idea Bisnes

Pernah tak terlintas di fikiran anda untuk melancarkan bisnes tudung dengan jenama anda sendiri?

 

Mungkin ada yang pernah menyimpan hasrat sedemikian. Biasanya, bagi mereka yang memang dah menceburi perniagaan jual tudung ini, pasti akan nampak potensi besar dalam bidang ini.

 

Sampai satu tahap, anda akan ada pelanggan tetap anda sendiri. Setiap bulan, mereka ini pasti akan beli tudung dengan anda. Kalau mereka tak beli setiap bulan sekalipun, akan ada antara pelanggan anda yang beli lebih daripada sekali.

 

Untuk menceburi perniagaan jual tudung ini, saya kira ianya tak sesukar mana. Terdapat beberapa kaedah atau konsep perniagaan yang anda boleh lakukan. Saya bagi contoh, antaranya

 

(1) Sebagai ejen dropship

Sesuai untuk mereka yang baru nak mencuba dan nak belajar tentang selok belok perniagaan tudung. Dalam konsep dropship ini, anda boleh fokus pada kerja-kerja pemasaran dan pada masa yang sama, boleh faham tentang trend dan kehendak pasaran.

Tak perlu keluar sebarang modal untuk simpan stok tudung. Namun jika ada modal lebih, boleh gunakan ia bagi tujuan pemasaran.

 

(2) Sebagai ejen affiliate

Ini saya buat. Saya juga mempromosikan tudung dari jenama Kekaboo dalam beberapa blog yang saya miliki.

koleksi-tudung-jenama-kekaboo

Promosi sebagai ejen affiliate ni senang sahaja. Saya hanya perlu promosikan link affiliate saya di mana-mana platform online. Bila ada jualan, saya akan dapat komisen. Komisen jual tudung yang saya perolehi ialah 14% daripada harga tudung tersebut.

Jika anda berminat nak dapatkan tudung jenama Kekaboo ini, bolehlah ke halaman ini.

 

(3) Sebagai stokis

Jenama-jenama besar macam Fareeda ada menggunakan sistem stokis atau pengedar. Untuk jadi stokis, kena ada modal yang agak besar, dan anda perlu ikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat.

 

(4) Ambil stok dengan harga murah dan jual semula lebih mahal

Cara ini juga boleh dilakukan. Biasanya orang yang baru nak bermula, sesuailah guna kaedah ini. Orang yang serius nak meniaga, perlu kreatif untuk pelbagaikan cara bagi memastikan pulangan yang bakal diperolehi berbaloi dengan usaha.

 

Dah sampai masa untuk lancarkan jenama tudung anda sendiri?

Ya, benda ini memang berisiko. Perniagaan itu sendiri memang ada risikonya.

 

Takkanlah hanya sebab perniagaan itu adalah sesuatu yang ada risiko, anda nak luputkan terus cita-cita untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini. Mustahil, kan. Tak kanlah anda jenis yang begitu lemah?

 

Kalau anda memang ada keinginan untuk berjaya dalam bisnes tudung, tapi masih ragu-ragu, atau ada sedikit rasa takut, mungkin anda boleh baca kisah kejayaan Puan Madihah Mustafha, yang mana beliau juga jalankan bisnes tudung.

 

Apa yang menariknya ialah, dia nak kongsikan rahsia bagaimana dia hasilkan pendapatan RM15,000 setiap bulan hanya dengan menjalankan bisnes tudung ini.

supplier-bisnes-tudung

Anda baca topik tentang panduan menghasilkan tudung jenama sendiri di laman web milik Puan Madihah ini nanti ya.

 

Melancarkan tudung dengan jenama sendiri memang bukan sesuatu yang mudah. Jenama baru, orang masih belum kenal. Cara pemasaran untuk produk baru juga agak berbeza. Walaupun sebagai seller, anda boleh gunakan platform jualan seperti Lazada Malaysia misalnya, namun untuk produk baru yang belum ada orang kenal, cara seperti itu mungkin kurang berkesan untuk dapatkan jualan.

 

Cara apa yang lebih berkesan?

 

Peringkat permulaan, sebaik-baiknya fokus kepada pembinaan jenama terlebih dahulu. Bagi orang kenal produk yang kita jual. Masa ini, usaha pemasaran lebih kepada bagi tujuan memperkenalkan produk, disamping mendapatkan jualan.

 

Kalau nak jimat dari segi kos pemasaran, atau anda mungkin tak nak keluarkan bajet yang baru, boleh gunakan tudung yang telah anda hasilkan itu nanti, sebagai imbuhan kepada wakil yang anda percaya, yang mampu berikan sales kepada anda.

 

Macam sekarang ini, anda mungkin pernah dengar istilah-istilah seperti social media influencer, instafamous dan sebagainya.

 

Kalau tak sanggup nak keluar bajet yang tinggi untuk upah mereka supaya promosikan produk anda, boleh cari individu yang sanggup bekerja dengan upah paling minima dan free tudung dari anda. Tak perlu nak cari jauh-jauh, atau nak cari individu yang tengah viral tu, anda mungkin hanya perlu tengok dalam famili anda sendiri.

 

Siapa sangka, ada dalam kalangan saudara anda sendiri, yang sebenarnya turut menawarkan servis review. Pakej promosi untuk famili sendiri, sometimes anda tak perlu bayar apa-apa pun.

 

Ye la, kalau kita tak tolong famili sendiri, siapa lagi yang nak tolong, betul tak?

 

Untuk membina perniagaan tudung yang lebih stabil, untuk jangka masa panjang, mempunyai jenama sendiri adalah satu langkah yang baik. Saya percaya, semua orang boleh cipta jenama atau brand sendiri. Namun, yang membezakan antara setiap jenama itu adalah reputasi dan cara ianya dibangunkan.

 

Sekiranya anda ingin belajar, macam mana nak bangunkan jenama tudung anda sendiri, sampai ia mampu berikan hasil yang membanggakan untuk diri anda, boleh belajar dari Puan Madihah nanti. Saya nak cerita lebih-lebih pun, macam tak syok juga, sebab kepakaran saya bukanlah dalam bidang pembangunan jenama tudung.

 

By the way, kalau anda baca ebook panduan menghasilkan tudung jenama sendiri ini nanti, anda juga akan didedahkan dengan senarai supplier yang boleh dipercayai untuk anda berurusan. Menariknya ialah, ini adalah supplier yang sama, yang Puan Madihah gunakan untuk bisnes tudung dia sendiri.

 

Anda tak payah susah payah nak cari supplier lain, tak perlu takut kena tipu dan sebagainya. Supplier yang beliau gunakan memang dah terbukti sangat profesional dalam menjalankan tugas-tugasnya.

 

Baiklah, itu saja yang saya nak kongsikan. Bagi mereka yang nak mencuba menjalankan bisnes tudung ini nanti, selamat berjaya saya ucapkan.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: