Macam mana cara nak buat duit dengan Lazada? Setakat daripada apa yang saya tahu, sebenarnya terdapat sekurang-kurangnya tiga cara, macam mana nak buat duit dengan Lazada.
Cara pertama, mintak kerja dengan Lazada dan jadi salah seorang daripada staff mereka. Kalau ada yang minat nak bekerja dengan Lazada, boleh terus ke laman web mereka atau boleh juga gunakan pautan ini untuk melihat senarai kekosongan kerja yang ada.
Cara kedua untuk buat duit dengan Lazada adalah dengan menjadi penjual atau seller di Lazada.
Anda boleh terus ke laman web Lazada dan cari pautan yang tertulis “Sell on Lazada”. Klik pada pautan tersebut dan seterusnya anda akan dibawa ke halaman pendaftaran sebagai seorang penjual.
Paparan yang akan kelihatan adalah seperti dibawah ini.
Nampaknya, pada waktu catatan ini saya hasilkan, kita boleh menjadi penjual di laman web ecommerce terkenal Lazada walaupun kita tidak mempunyai nama syarikat dan belum mempunyai sijil SSM.
Tekan sahaja pada pautan “sign up here” dan seterusnya anda ikuti sahaja step yang diperlukan. Pada langkah seterusnya anda akan diminta untuk mengisikan borang dan memberikan maklumat peribadi anda. Saya tidak akan cerita panjang-panjang tentang bagaimana nak jadi penjual di laman web Lazada sebab ini bukan fokus artikel kali ini.
Cara ketiga nak buat duit dengan Lazada, adalah dengan menyertai program affiliate.
Ini kaedah yang saya dan ramai lagi kawan-kawan penulis blog gunakan untuk buat duit dengan Lazada. Kerjanya tidaklah begitu sukar.
Kita hanya perlu update blog macam biasa, dan pada mana-mana bahagian dalam blog, sama ada pada side bar mahupun dalam artikel, kita sertakan sekali pautan yang mengandungi link affiliate kita.
Sekiranya terdapat klik pada link affiliate dan orang yang tekan klik pada link kita membuat pembelian bagi sebarang produk yang dijual di Lazada, maka kita akan dapat komisen. Peratusan komisen yang bakal diterima pula adalah sekitar 4% – 12% bergantung kepada apa jenis produk yang dibeli.
Kalau produk yang terjual tu memang mahal harganya, maka komisen yang nampak tak seberapa ni pun akan jadi tinggi. Sebagai contoh, jam tangan lelaki di Lazada.
Komisen untuk jam tangan lelaki adalah sebanyak 10% daripada harga produk.
Katakanlah kita berjaya dapatkan jualan untuk jam tangan Rolex Oyster Perpetual Submariner ni. Maka, komisen yang bakal kita perolehi adalah sebanyak
RM38,000 (harga jam) X 10% (komisen affiliate) = RM3,800
Ya, RM3,800. Itulah komisen yang bakal kita perolehi.
Alangkah indahnya dunia kalau dalam sebulan berjaya jual 10 unit jam tangan Rolex ni kan.
Baiklah. Itu tiga cara yang saya sedia maklum untuk buat duit dengan Lazada.
Tetapi, apabila kita cerita pasal program affiliate, pasti akan ada yang tanya, macam mana kalau nak buat dropship dengan Lazada? Boleh ke tak boleh?
Sebelum tu, saya nak cerita secara ringkas, bagaimana konsep perniagaan menggunakan sistem droship dilakuan. Apa kata anda lihat kepada gambar rajah kat bawah ni.
Atas ini adalah konsep biasa bagi perniagaan yang menggunakan sistem dropship.
(1) Anda masukkan gambar produk yang ingin dijual di internet. Buat iklan untuk produk tersebut.
(2) Apabila ada pelanggan yang berminat, dia akan buat tempahan.
(3) Bayaran akan dibuat ke akaun bank anda.
(4) Setelah mendapat bayaran dari pelanggan, barulah anda akan buat tempahan dari pembekal.
(5) Pihak pembekal akan menghantar barangan tersebut terus kepada pelanggan anda.
Apabila kita dah betul-betul faham dengan konsep bisnes dropship seperti ini, kemudian barulah kita sesuaikan dengan matlamat kita, iaitu nak buat dropship dengan Lazada.
Satu perkara yang saya perlu highlight disini, pihak Lazada tidak menawarkan program dropship secara rasmi.
Walaupun begitu, saya secara peribadi telah beberapa kali bantu ahli keluarga dan kenalan rapat saya untuk beli barang dari Lazada. Kenapa mereka tak beli sendiri dari Lazada?
Ada macam-macam sebab.
Ada yang kata tak pandai. Tak ada laptop. Tak ada akaun internet banking dan macam-macam lagi alasan.
Apabila saya belikan barang bagi pihak orang lain, konsepnya lebih kurang sama sahaja dengan konsep dropship.
Semasa nak mengisi borang tempahan, pastikan alamat untuk penghantaran tu anda isikan alamat pelanggan anda. Atau dalam situasi saya, saya isikan alamat ahli keluarga yang minta saya belikan barang dari Lazada.
Nah.
Sama kan dengan konsep dropship.
Laman web Lazada tu sendiri sudah memberikan pelbagai gambar-gambar yang menarik yang kita boleh terus gunakan dalam misi kita nak buat duit sebagai ejen dropship.
Lagi satu, kebanyakkan gambar produk tidak mempunyai watermark.
Justeru, kalau ada yang terfikir dan menggunakan platform iklan seperti laman web mudah.my juga tiada masalah. Siapa tahu, dengan mengiklankan produk tersebut di macam-macam platform, anda akan dapat lebih banyak jualan, berbanding kalau hanya upload gambar di profile FB semata-mata.
Ataupun, kalau ada yang baru nak mencuba, bolehlah cuba-cuba menjual di facebook dulu. Pilih satu produk yang dijual di Lazada, save dulu gambar produk tu dan seterusnya anda upload di Facebook. Tengok dulu sambutan dia macam mana.
Kalau nampak boleh buat duit, bolehlah jadikan benda ni sebagai salah satu sumber pendapatan. Cuma anda tak perlulah nak bagitahu kat semua orang, yang anda gunakan Lazada sebagai pembekal.
anuar says
Baru tahu tentang info ni..
Selama ni cuma tahu Lazada sediakan program affiliate sahaja.. tak sangka dropship pun dah ada..
sabree hussin says
Mana ada saya kata Lazada ada sediakan program dropship. Kan saya ada tulis kat atas tu, “pihak Lazada tidak menawarkan program dropship secara rasmi.
Hanif says
tapi selalunya lazada akan pos sekali dgn resit pembelian.. klu buyer tengok kita jual mahal skit dri harga asal jadi kantoi plak kan.. hehehe
sabree hussin says
Klik dekat bahagian bertanda bill to different address
Norain says
Maksud tuan, harga brg lazada rm20, kita promote di FB RM 30, customer beli dgn kita, kita order dgn lazada, byr rm20, rm10 kita ambik, dlm check out, letak alamat customer, tp kena klik bill to different address iaitu ke alamat umah kita, then lazada hantar ke rumah customer tanpa ada resit, Mcm tu ke?
sabree hussin says
Ya macam tu la. Buat testing dulu kalau nak try cara ni. Tengok kalau guna alamat delivery dengan alamat billing yang berbeza, barang tu akan dihantar dengan resit atau tak.
Hafiszan Kamarudin says
setakat ni belum cuba lagi nak buat duit dengan lazada, terima kasih perkongsian ni memang menarik.
siwonesia says
Di malaysia ada lazada juga ternyata… Saya kira cuma di Indoensia saja…. terima kasih informasinya….
falahalfal says
klo affiliate itu kliatannya rumit bener ya… tpi udah lama bner kepengen nyobanya..
sabree hussin says
Tak rumit pun. Cubalah dulu kemudian baru tahu.
feriza says
makasih informasinya sangat bermanfaat..
dusuntua says
perkongsian yg menarik. tengah cari2 info buat duit. nak try affiliate lazada dulu. tq
Dedaun Comel says
Selalu shopping onlne dari Lazada. Tak tau pula boleh buat duit dari komisen promosi barang.. Terima kasih
thehaikal says
Satu lagi alternative buat duit dengan lazada adalah dengan menjadi personal shopper. Konsep lebih kurang sama dengan dropship. Saya sendiri guna Shopback untuk jadi lazada personal shopper 🙂
amina says
Terima kasih atas perkongsian ini.. saya ada satu soalan, kalau dalam 1 hari , kita order lebih dari 10 brg dari seller yg sama ke alamat berbeza.. still boleh ke?
sabree hussin says
Setahu saya, tak ada masalah nak beli berapa banyak sekalipun. Asalkan stok produk tu memang mencukupi, alamat ditulis dengan betul.
amina says
oh..ok.. faham.. Terima kasih ye Tuan Sabree sudi jawab soalan saya.. hehe
sabree hussin says
Sama-sama.
zam says
sy mencari info untuk menjadi ejen penghantaran kepada lazada bg zon or daerah sy…mcm mna nk dftar
sabree hussin says
Saya tidak mempunyai info tersebut.
E-in says
Saya nak try buat ni.. Tapi “bill to different address” @ billig address tu macam tak function je.. Sebab saya try beli barang tp bill hantar kat kampung. Takde dapat pun..
Tuan dah pernah try tak? Menjadi tak?
sabree hussin says
Saya pun buat begini jugak, bill kepada different address, dan ya, address yang saya gunakan untuk billing tu tak pernah terima bill.
E-in says
Then tuan ada follow up dengan penerima barang sama ada diorang dapat tak resit tak?
sabree hussin says
Saya tak buat follow up pun.
E-in says
Saya ada isi inquiry form Lazada. Ini jawapan dari Lazada:
Untuk pertanyaan Tersebut, Billing Address adalah untuk menghantar bill/invoice secara berasingan daripda alamat barang/pesanan dihantar. Tetapi buat masa ini kami telah menyahaktifkannya kerana terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh para pelanggan kami.
Dan bila saya tanya bila nak aktifkan semula Billing Address, diorang jawab takkan diaktifkan semula sbb nak elakkan kekeliruan pelanggan. ?
sabree hussin says
Kalau macam tu, mungkin boleh buat eksperimen macam ni. Dalam situasi ni, kita beli barang untuk kegunaan sendiri je
Order 1 – Letak billing address berbeza dengan delivery address. Bila barang sampai, tengok ada dapat resit atau tidak.
Order 2 – Letak billing address SAMA dengan delivery address. Bila barang sampai, tengok ada dapat resit atau tidak. (Saya perasan ada barang yang saya beli, tak dapat resit pun)
Order 3 – Letak billing address berbeza dengan delivery address. Ini untuk confirmation result pada order 1 adalah konsisten dengan order 3.
E-in says
Order 1 tu saya pernah buat 2x.
1st. Beli untuk diri sendiri tp billing address saya letak alamat kampung. Yg ni mungkin silap saya sbb nama saya guna nama saya juga, alamat je lain. Resit tetap dapat pada saya sekali dgn barang & takde resit yg sampai di alamat kampung.
2nd. Saya beli hadiah utk orang bulan may aritu. Billing address saya letak alamat saya sbb hadiah kan, taknak la receiver dapat resit. Bila barang sampai, resit tetap sampai sekali dgn barang. Kawan saya whatsapp kan pic resit, takde pun alamat saya tulis kat situ. Salam alamat dengan barang. Pada saya tak dapat resit apa2 even copy resit sekalipun. Tapi masa tu saya fikir maybe saya salah click.
Order 2.
Setakat ni tiap kali saya beli, resit akan sampai sekali dengan barang. Kecuali, barang tu shipped from oversea. Yg ni saya perasan sbb last year saya beli, barang sampai tak cukup. 1pc je instead of 4pcs as per advertise. Bila cari resit takde. Tengok sender address, dari China. So saya email lazada & attached photo & ss order saya. Dan call jugak centre in case email tak received. Kesimpulan yg saya buat, barang pos dari China takde resit tp local ada. Maybe sebab merchandiser local tapi order dari China & tak pegang stock sendiri.
sabree hussin says
Dua hari lepas, salah satu barang yang saya beli dari Lazada yang Taobao punya, pun tak ada resit. Nampak macam ikut pada seller tu pulak, sama ada dia nak bagi resit atau tak. Kalau tak bagi resit still boleh refer pada salinan resit yang kita dapat masa beli dari lazada tu.
E-in says
Betul.. Lazada akan refer ikut no.order kita.
Saya tak pernah beli yg taobao walauppun shipped from oversea. Taobao dgn daigou mana lebih berbaloi? Adik ipar selalu guna daigou. Beli je dapat free gift, even beli 1 barang je.
Baru2 ni saya beli dari shopee. Tapi barang belum sampai sebab dr China. Cuma masa beli tu tak expect seller dari sana juga. Dapat detect sebab english dia terabur atau jenis pakai translate. Dan dia offer free gift jugak. Tak sabar jugak nak tau apa free gift dia bagi.
sabree hussin says
Kalau cuma beli satu dua unit, saya beli dari taobao yang dekat lazada tu je. Lainlah kalau nak borong banyak.
Iman says
Tuan,
Saya berminat dengan konsep dropship yang tuan nyatakan dengan lazada, cuma saya ingin bertanya, bolehkah saya muatnaik gambar di lazada untuk fb atau ig saya walaupun tiada watermark?
sabree hussin says
Saya sarankan tuan Iman hubungi pihak Lazada jika soalan berkenaan isu perundangan.
Noraida says
Saya penjual lazada. saya akan poskan resit bersama barang, memang procedure penghantaran barang di Malaysia perlu bersama resit/invois. salah kalau tak masukkan invois/resit bersama barangan. satu cara lagi yang tak dinyatakan disini ialah menjual barang secara dropship dilazada. antara site yang syn dengan shopee , lazada , lelong and 11th street ialah kumoten, sitegiant, chinabrand dll
Dato says
Mcm mana nak dapatkan bayaran dari lazada..untuk komisyen affiliate..saya tak dapat lagi pymt dr lazada sampai skrg
sabree hussin says
Soalan tu sepatutnya diajukan terus pada pihak lazada.
rubyykhan says
saya telah faham tentang konsep dropship. Cuma saya ingin tahu bagaimana proses pendaftaran sebagai dropship di Lazada? Adakah perlu mendaftar dengan komuten atau sebaliknya?
sabree hussin says
Baca ke tak artikel yang saya tulis? Atau tak baca terus tanya soalan?