Pernahkah anda menggunakan perkhidmatan penerbangan bersama dengan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia? Bagaimana agaknya dengan pengalaman anda bersama mereka? Adakah semuanya smooth atau anda menghadapi beberapa masalah dan kesulitan semasa menggunakan perkhidmatan mereka?
Salah satu masalah yang agak popular, yang biasa dilalui oleh para penumpang adalah terdapat kesilapan ejaan pada tiket penerbangan Air Asia. Banyak juga penumpang yang bertanya kepada saya, tentang penyelesaian yang boleh diambil jika tersalah ejaan pada tiket penerbangan mereka.
Apa yang peliknya, mereka (penumpang) hanya sedar terdapat kesilapan pada ejaan hanya setelah pembayaran dilakukan, dan itinerary telah pun diterima. Ini bermakna tempahan telahpun berstatus confirm. Jadi, bagaimana? Apa yang patut dilakukan seterusnya?
Pihak Air Asia sebenarnya memang memberi kelonggaran kepada para penumpangnya untuk mengedit nama penumpang yang tersalah ejaan pada tiket penerbangan yang dibeli. Walaubagaimanapun, penumpang hanya boleh mengedit nama, jika terdapat kesalahan pada ejaan, bukannya untuk menukar keseluruhan nama hingga mengakibatkan berlakunya pertukaran penumpang.
Apakah contoh-contoh kesalahan ejaan yang dibenarkan untuk di edit? Mari kita lihat..
Ini dia yang boleh dan dibenarkan untuk di edit, iaitu
(1) Kesalahan EJAAN pada nama
(2) Perlu masukkan atau keluarkan nama English
(3) Kesilapan menulis Jantina (Lelaki/ Wanita) dan Pangkat (Mr/Mrs)
(4) Nama TERBALIK antara first name (given name) dengan last name (surname/ family name)
Sekiranya berlaku masalah-masalah seperti diatas, anda perlu berhubung semula dengan Pihak Air Asia melalui kaedah berikut, iaitu
(1) Isikan borang e-form. Masukkan semua maklumat yang diperlukan.
Pastikan dibahagian lampiran, anda attach bersama dokumen pengenalan diri anda mengikut destinasi perjalanan anda. Jika penerbangan anda adalah dalam Malaysia (penerbangan domestik) maka anda perlu lampirkan kad pengenalan anda.
Sekiranya anda menggunakan passport sebagai pengenalan diri anda, maka anda perlu lampirkan salinan passport anda.
(2) Berhubung dengan pihak Air Asia menerusi Live Chat
Anda boleh ke sini untuk ke live chat. Beritahu kepada pegawai yang akan melayan anda tentang masalah anda.
(3) Hantarkan tweet kepada pihak Air Asia
Itu sahaja yang anda perlu lakukan. Seterusnya tunggu sahaja tindakan seterusnya dari pihak Air Asia. Asalkan anda telah ikuti langkah-langkah yang diberitahu, pasti tak ada masalah lagi pada tiket dan penerbangan anda.
Situasi 1: Saya tersalah meletakkan Mr kepada nama penumpang. Sepatutnya letak Ms sebab dia wanita. Apa perlu dilakukan?
Mudah sahaja. Isi borang eform, kemudian hubungi Air Asia melalui Live Chat, dan twitter.
Situasi 2: Saya tak letak BIN dan BINTI pada nama. Ada masalah ke?
Tak ada masalah. BIN dan BINTI bukannya nama. Ianya sama seperi A/L atau A/P. Yang penting letak nama.
Situasi 3: Nama yang saya letakkan pada tiket TERBALIK. Sepatutnya Sabree Hussin. Tetapi terbalik jadi Hussin Sabree. Apa perlu saya buat?
Isi borang eform, kemudian hubungi Air Asia melalui Live Chat, dan twitter. Jika penerbangan domestik, pastikan anda attach bersama kad pengenalan, dan jika penerbangan anda adalah international, pastikan anda sertakan bersama sesalinan passport.
Walaupun banyak juga bentuk-bentuk soalan yang ditanyakan kepada saya, namun kebanyakkan penyelesaiannya adalah SAMA sahaja. Hubungi pihak Air Asia. Gunakan kaedah dan step by step yang telah dinyatakan. Bukannya walk in ke airport, pergi ke service center atau ke travel agent. Semua tu bukan. Anda kena berurusan secara online.
Kemaskini Ogos 2019
Sekarang ada cara yang lagi senang kalau nak buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia. Kita boleh buat live chat dengan AVA atau Air Asia Virtual Allstar.
Ikuti langkah-langkah berikut.
(1) Layari laman web Air Asia
Lihat screenshot dibawah.
Klik pada gambar AVA seperti yang saya tandakan dengan anak panah diatas.
(2) Mulakan chat dengan AVA
Paparan untuk live chat akan terpapar di skrin anda.
Pilih topik Booking Changes seperti yang saya tunjukkan diatas.
Perbualan dengan AVA akan diteruskan kepada topik yang lebih spesifik yang berkaitan dengan Booking Changes. Oleh sebab kita nak buat pembetulan ejaan nama pada tiket, jadi kita pilih Change of Guest’s Details.
Lepas tu AVA akan terangkan yang mengikut polisi Air Asia, penukaran penumpang adalah TIDAK DIBENARKAN. Namun jika terdapat kesalahan pada ejaan, ianya masih boleh dimaafkan dan boleh dilakukan.
Seterusnya AVA akan tanya, dimana kesalahan ejaan itu berlaku? Adakah pada nama pertama (first name) atau nama keluarga (last name)?
Andai kata yang salah adalah pada first name, maka anda tekanlah klik pada first name.
Jawab soalan seterusnya yang ditanyakan oleh AVA. Kali ini AVA minta nama penuh seperti dalam kad pengenalan atau passport.
Bila dah masukkan nama penuh, AVA akan minta alamat emel pula.
Kemudian masukkan pula booking number penerbangan anda.
Saya terpaksa berhenti sampai sini, sebab saya tiada booking number yang tersalah ejaan. Jadi, jika anda ada masalah kesilapan ejaan teruskan dengan langkah seterusnya, iaitu berikan nombor tempahan dan ikut sahaja step seterusnya yang diminta oleh AVA.
Itu sahaja.
Mudah kan, nak buat pembetulan nama? Masih ada soalan untuk saya? Atau masih tak faham? Boleh tanyakan dibahagian komen atau hubungi saya.
Baiklah, semoga perkongsian ini membantu anda, terutamanya anda yang mempunyai masalah kesilapan ejaan pada tiket penerbangan Air Asia anda. Now everybody can fly!
Anda dah dapat tempat penginapan untuk destinasi percutian anda nanti? Kalau masih belum dapat lagi, apa kata anda cari tempat penginapan yang sesuai dari laman web Airbnb ini.
Pada awal-awal dulu, saya pun tak biasa guna laman web Airbnb untuk cari tempat penginapan. Tapi bila dah cuba kali pertama, jadi seronok pula gunakan perkhidmatan mereka. Lagi satu, kalau anda cari tempat penginapan menggunakan Airbnb, saya nak bagi anda Travel Credit bernilai RM120.
Anda mungkin akan temui tempat penginapan yang lebih menjimatkan berbanding di lain-lain laman web yang terdapat di internet. Tengok-tengoklah dulu, buat perbandingan dan lepas tu buatlah keputusan ya.
Selamat bercuti!
Siti Sapiah bt roseli says
Saya tersilap ejaan nama
sabree hussin says
Kalau macam tu, sila lakukan pembetulan. Ikut step yang telah diterangkan.
Juliana Adullah says
Saya tersilap letak jantina,tapi saya Sudah mengisi borang reform,patutkah says hubungi melalui live chatbdan Twitter
sabree hussin says
ya perlu buat. Ikut saja prosedur yang telah disarankan oleh pihak Air Asia
nurhani md nazir says
nama saya ada “@” tpi bila isi secara online tdak dapat msukkan ..jdi klu sya tdk masukkn “@” bagaimana
sabree hussin says
tekan butang space sahaja. Tak perlu key in sebarang simbol
Husna says
Saya letak nama Husna Ismail je masa book tiket. Lupa letak Nur kat depan. Kena betulkan balik x? ðŸ˜
sabree hussin says
Sebarang kesilapan perlu diperbetulkan. Kalau tak lakukan pembetulan, anda akan berdepan risiko dihalang dari menaiki pesawat disebabkan nama pada tiket tak sama pada dokumen pengenalan diri.
arissa says
camana aritu dapat lepas tak?ke awak isi borang e-form?
faezahtul says
saya dah booked tiket utk family, tapi nama adik saya sepatutnya Mohamad tapi saya singkatkan jadi Mohd. so, perlukah saya ubah ikut prosedur diatas?
sabree hussin says
Ya perlu
WENDY BIYOD says
Saya tersalah letak nama bapa kepada anak saudara saya,, sepatutnya herrald anak hildon, tapi sya taip herrald anak George, George ialah bapa kepada hildon.. Apa yang patut saya buat??
sabree hussin says
Hubungi pihak Air Asia dan cuba dapatkan nasihat dan bantuan dari mereka. Hubungi melalui eform dan twitter tu ya.
famida says
Saya tak letak binti pada nama saya perlu ke betulkan?
Shrond says
Perlu ka sy buat pembetulan pd nama adik sy.
Nama dkt tiket :
Renlly addy geArgetin justin
Nama ic :
Renlly addy bin geOrgetin @justin?
sabree hussin says
Kalau nama tak sama, kena betulkan.