Bagaimana cara untuk mengukur kejayaan sesebuah projek blog?

by sabree hussin on October 10, 2018

in Blogging

Kita dah pilih topik untuk blog kita. Kita dah mula cantikkan blog kita dengan memasang premium theme, dan kita juga dah mula tingkatkan keupayaan blog kita dengan memasang beberapa jenis plugin.

 

Seterusnya, kita akan mula memasukkan konten dalam blog kita. Apabila saya kata, kita akan masukkan konten, ia boleh jadi dalam bentuk artikel, video, audio, imej atau gabungan kesemua sekali.

 

Apabila anda dah mula menghasilkan konten untuk blog anda, satu masa nanti mungkin akan timbul pertanyaan, sampai bila aku nak tulis blog? Apakah perkara yang aku buat selama ini, benar-benar berhasil atau aku sekadar syok sendiri menulis dalam blog?

panduan-blog

Ada banyak projek blog yang terbengkalai.

 

Pemiliknya memulakan projek blog tersebut dengan semangat yang berkobar-kobar. Pada peringkat permulaan, memang banyak perkongsian yang dimuatkan dalam blog tersebut. Tapi lama kelamaan, artikel yang diterbitkan dalam blog tersebut makin berkurang, dan seterusnya langsung tak ada sebarang artikel baru yang dihasilkan.

 

Kenapa ia terjadi?

 

Mungkin blog tersebut telah mencapai fungsi optimum yang telah ditetapkan oleh pemiliknya sejak dari awal lagi. Misalnya begini, pada peringkat awal, pemilik blog tersebut telah meletakkan target seperti “aku akan berhenti menulis setelah blog ini konsisten berikan pendapatan sebanyak RM300 setiap bulan…”  

 

So apabila blog tersebut dah capai matlamat yang ditetapkan, saya kira kalau pemilik blog tu dah tak nak update lagi blog tu pun dah tak ada masalah. Lagipun, projek blog tersebut, sudah boleh dikatakan sebagai projek yang berjaya!

 

Cara mengukur kejayaan atau kegagalan sesuatu blog?

Saya beranggapan, topik ini tak kurang pentingnya.

 

Sebelum anda merasakan seolah-olah dah kehilangan hala tuju, dalam perjalanan anda membina sebuah blog yang boleh dijadikan aset, saya kira lebih baik pada peringkat permulaan ini, anda jelas dengan bentuk-bentuk kejayaan yang boleh dicapai dengan blog yang dibina itu.

 

Bentuk kejayaan sesebuah blog itu, tak sama antara satu blog dengan yang lain. Boleh jadi, ada penulis blog yang menganggap dirinya telah berjaya sebagai seorang penulis blog, apabila dia selalu menerima jemputan untuk menghadiri majlis pelancaran produk dan selalu ditawarkan job menulis review.

 

Kalau memang itu matlamat yang telah dia tetapkan apabila nak mula menulis dulu, maka bila ianya tercapai, bolehlah dikatakan dia telah berjaya. Posting kali ini, saya nak kongsikan kepada pembaca sekalian, apa lagi bentuk-bentuk kejayaan yang anda boleh capai, bagi mengetahui sama ada anda berjaya atau tidak dalam bidang ini.

 

Terpulang pada anda, nak fokus pada bentuk kejayaan yang mana satu. Saya anggap bentuk-bentuk kejayaan ini sebagai satu check point sebelum mengorak langkah untuk menggapai kejayaan lain yang mungkin lebih besar, siapa tahu kan.

 

Senarai ini, saya tidak susun ikut mana satu lebih utama atau mana satu yang lebih penting. Kejayaan-kejayaan ini juga, mungkin anda akan capai tidak mengikut turutan yang saya cadangkan disini. Boleh jadi, point yang saya letakkan di akhir sekali itulah yang anda akan capai terlebih dahulu.

 

(1) Blog anda berjaya mempunyai 10, 50, 100, 1000 atau lebih artikel

Ini juga merupakan satu pencapaian yang patut dibanggakan. Tahu tak, sebenarnya bukan senang nak hasilkan sebuah artikel, inikan pula nak konsisten menulis dalam blog sehingga berjaya hasilkan beribu artikel.

 

Setiap satu artikel yang berjaya dihasilkan, itu adalah satu pencapaian yang patut dibanggakan. Bukan semua orang mampu lakukannya. Saya syorkan, anda letakkan satu matlamat, misalnya dalam tempoh masa tertentu, anda kena capai sejumlah artikel.

pencapaian-blog-sabree-hussin

Baru-baru ini, blog saya yang ini, telah berjaya menerbitkan sejumlah 1,000 artikel. Kalau diikutkan, 1000 artikel itu memang tak ada apa-apa yang hebat sangat, tapi pada saya, itu merupakan satu kejayaan kecil yang patut diraikan.

 

Kesemua artikel yang saya tulis dan terbitkan, kesemuanya adalah hasil cetusan idea saya sendiri. Saya boleh katakan, semuanya adalah original dari saya sendiri. Bagi sesetengah penulis blog, angka 1,000 artikel ini memang boleh dicapai dalam tempoh masa yang cepat, lebih-lebih lagi jika mereka menggunakan teknik copy paste, atau sekadar menerbitkan semula (republished) artikel orang lain.

 

Saya pula tak berapa minat buat macam tu, sebab kalau boleh saya nak blog saya, ada suara saya. Bukannya dipenuhi dengan suara dari penulis lain.

 

(2) Blog anda berjaya mendapat jumlah pelawat (trafik) yang konsisten walaupun tak buat sebarang kerja

Penat lelah dan usaha kita menerbitkan artikel dalam blog, adalah supaya blog kita ada pembaca. Pembaca ini, kita panggil ia sebagai trafik.

 

Kita boleh lihat perkembangan dan pencapaian blog kita dari segi trafik melalui sistem statistik yang disediakan kepada pengguna wordpress self hosted ini.

 

Apabila blog kita sudah mempunyai sejumlah artikel yang cukup banyak, sampai satu masa, trafik akan masuk ke blog kita dengan sendirinya, walaupun pada waktu itu, kita dah jarang menulis. 

 

Bagi memastikan aliran trafik yang baik masuk ke blog kita, saya syorkan anda pelajari cara menulis yang mematuhi peraturan search engine optimization (SEO). Blog yang sudah mempunyai trafik yang konsisten, selalunya mampu untuk memberikan pendapatan kepada pemiliknya secara automatik.

 

Cuba target untuk dapatkan 1000, 2000, 5000 dan sebagainya trafik untuk masuk ke blog anda. Formulanya mudah sahaja, lagi banyak trafik, lagi tinggi peluang untuk hasilkan lagi banyak pendapatan.

 

(3) Peningkatan terhadap jumlah pengikut

Adakalanya, pendapatan yang bakal anda hasilkan turut disumbangkan oleh faktor berapa banyak pengikut yang anda miliki di media sosial.

 

Kalau anda ada beribu-ribu orang follower, atau fans, sama ada di twitter, instagram, atau facebook, ini memberi signal bahawa anda adalah seorang yang popular. Menjadi popular (atau famous) juga merupakan satu kejayaan yang anda bakal lalui.

 

Anda mungkin tak akan famous seperti seorang artis atau selebriti, tapi saya percaya, anda akan jadi salah seorang yang terkenal dalam bidang yang anda pilih.

 

(4) Anda menerima banyak tawaran job dari pengiklan

Ini juga merupakan satu kejayaan yang cukup manis. Apabila anda mula dikenali, anda akan mula menerima banyak tawaran untuk menulis tentang produk. Pada ketika ini, anda dah tak perlu susah payah nak cari klien untuk beri anda job berbayar, sebaliknya klien sendiri yang akan tawarkan job tersebut kepada anda.

 

Pada masa ini, terpulang pada anda, sama ada nak terima tawaran job tersebut atau tidak.

 

(5) Anda selalu mendapat FREE PRODUCT dan juga PAID REVIEW

Ini satu lagi kejayaan yang anda bakal capai, apabila konsisten menulis di blog anda. Bergantung kepada apa topik yang anda pilih untuk tulis dalam blog anda.

 

Sekiranya blog anda relevan dengan niche tertentu, anda berpeluang untuk menerima banyak produk secara percuma sahaja dari pihak pengeluar produk. Bukan sahaja dapat produk secara percuma, anda juga akan ditawarkan bayaran untuk menulis tentang produk tersebut.

 

(6) Blog anda berjaya muncul di muka surat pertama Google bagi kata kunci yang disasarkan

Ini yang saya pernah tekankan dalam perkongsian saya sebelum ini.

Sila baca: Dapatkan idea topik popular menerusi aktiviti kajian kata kunci

 

Apabila kita dah tahu, apakah kata kunci yang popular dan yang sering dicari oleh pengguna laman web carian seperti google, langkah seterusnya yang perlu kita lakukan adalah menulis artikel yang berkaitan dengan kata kunci tersebut, sampailah blog kita berjaya masuk ke halaman pertama google bagi kata kunci tersebut.

 

Kalau blog anda berjaya masuk ke page pertama, itu pun dikira satu kejayaan juga tu. Cuba usahakan supaya blog anda berjaya masuk ke page pertama untuk kata kunci yang popular, dan yang ada potensi untuk buat duit, In Shaa Allah, bila ianya berlaku, duit akan senang masuk dalam poket anda.

 

(7) Komisen!

Last but not least, saya sentuh perihal duit!

 

Ya, sudah tentu anda dah dikira berjaya dalam projek blogging ini, apabila blog anda berjaya hasilkan pendapatan.

jana-pendapatan-dengan-blog

Tak kiralah berapa amaun yang berjaya anda capai, sama ada RM1, RM5, RM10, RM40 atau berapa ratus sekalipun. Duit tetap duit, kan.

 

Lagi manis, kalau pendapatan tersebut terhasil memang seratus peratus daripada usaha menulis di blog. Dengan usaha yang pada saya agak minima, kita hanya fokus untuk menulis, dan dengan tak semena-mena, kita dapat emel notifikasi dari pihak bank yang mengatakan kita dapat bayaran.

 

Buat penulis blog yang fokus pada affiliate marketing macam saya, saya percaya, keadaan seperti ini adalah biasa-biasa sahaja.

 

Baiklah, saya harap anda jelas, apa dia kejayaan yang anda bakal capai dan yang mana satu patut anda fokuskan. Apabila anda jelas dengan bentuk kejayaan yang ingin dicapai, pada waktu itu, saya percaya anda akan mampu buat keputusan dan menyusun strategi yang tepat untuk mencapainya.

 

Jangan jadi macam sesetengah penulis blog. Dia tak jelas dengan bentuk kejayaan yang ingin dicapai dan akhirnya, dia berhenti sebelum berjaya accomplish sebarang kejayaan. Satu pembaziran dari segi masa dan usaha… pada pendapat saya.

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 1 comment… read it below or add one }

faizal October 11, 2018 at 12:39 pm

Terima kasih..perkongsian ini amat penting seorang blogger

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: