Bagaimana cara menarik prospek untuk sertai Tone Excel?

by sabree hussin on March 2, 2016

in Tune Talk Tone Excel

Bagaimana cara untuk menarik prospek untuk sertai Tone Excel? Sama ada join sebagai normal user sahaja, ataupun join untuk sama-sama jalankan bisnes ni. Macam mana nak buat ni cikgu?

 

Mungkin anda sedang dalam dilema sekarang ni. Dah join this so called business, tapi untuk jalankan bisnes ni, nak dapatkan pelanggan anda sendiri, rupa-rupanya ia tak semudah yang disangkakan! Rileks la… tak payah nak melatah sangatlah.

 

the_psychology_of_sellingDalam bisnes, kita kena cari pelanggan, buat persembahan jualan (sales presentation) dan seterusnya barulah kita buat closing. Hasilnya, sama ada prospek tu join kita atau pun tidak. Jika ya, Alhamdulilah. Jika tak join, its ok. Cari yang lain.

 

Salah satu buku yang bagus untuk bantu kita lebih faham tentang bidang jualan ialah buku berjudul The Psychology of Selling.

 

Eeee…. susahnya! Memang lah susah. Siapa yang kata semuanya senang? Nama pun bisnes. Kalau senang, dah tentu semua orang nak buat bisnes. Dah tak ada lagi dah yang nak kerja makan gaji. Buat apa nak makan gaji, sedangkan buat bisnes lagi senang, kan?

 

Bila kita buat bisnes, dah tentu ada cabarannya. Bukannya baru kita lambai-lambai simkad Tone Excel ni, terus beribu-ribu orang datang melutut kat depan kita mintak nak join. Ataupun, baru cerita sekali dua kat FB, terus nak dapat beratus-ratus personal message mintak nak join.

 

Memanglah anda tau benda ni tak semudah itu, tapi untuk pengetahuan anda, memang ada ahli yang berfikiran tidak realistik yang mengharapkan agar ianya berlaku seperti itu. Kenapa saya kata macam tu? Bercerita tentang TE kepada tak sampai 10 orang dah give up. Baru sekali dua up status kat FB bercerita tentang TE, dan tak ada sebarang respons terus rasa nak cari bisnes lain pulak.

 

Ya, cerita ni memang agak kelakar. Ia jadi lebih kelakar sebab ia bukannya berlaku kat diri kita sendiri ha ha. Ha tengok, saya pun tersenyum-senyum ketika menaip catatan ni.

 

Untuk dapatkan prospek menyertai bisnes ni, ada dua kaedah. Pertama, secara online dan kedua secara offline. Sepatutnya, pada hari pertama lagi anda nak join bisnes ni, anda fikir langkah seterusnya. Macam mana cara aku nak jalankan bisnes ni? Adakah secara online ataupun nak jalankan secara offline?”

 

By the way, nak jalankan dengan kedua-dua cara pun tak ada masalah. Boleh je, dan amat digalakkan. Lagipun bukan semua prospek kita akan online selalu. Nanti kang, kita sibuk nak mencari yang jauh, sedangkan prospek yang ada kat depan mata kita ni diambil orang lain pula. Itu la… nak sangat kejar yang online punya pasal.

 

Kaedah pemasaran menggunakan emel untuk menarik prospek menyertai Tone Excel. Ini salah satu kaedah yang saya sendiri gunakan. Saya gunakan kaedah pemasaran yang agak old school, iaitu kaedah pemasaran emel.

 

Untuk buat pemasaran menggunakan kaedah pemasaran emel seperti ini, kita perlukan sistem autoresponder. Memandangkan sebelum ini saya dah pernah ceritakan macam mana nak buat pemasaran bisnes Tone Excel menggunakan sistem autoresponder, jadi saya tak akan ulang sekali lagi.

sistem_autoresponder_emelmatik

Anda boleh baca perkongsian saya sebelum ini.

Klik sini untuk baca: Bagaimana cara nak mempromosikan Tone Excel menggunakan sistem Autoresponder

 

Dengan cara ini, saya hanya perlu fokus untuk dapatkan seberapa ramai subscriber ataupun sign up yang boleh. Seterusnya sistem yang akan lakukan kerja-kerja follow up untuk saya.

 

Kaedah pemasaran menggunakan artikel dan siarkan di blog. Cara ini memang agak lambat untuk menampakkan hasilnya, namun dari pengalaman saya sendiri, kaedah ini memang BERKESAN. Berkesan tapi… ia ambil masa yang agak lama.

 

Berapa lama? Erm… let say dalam 3 – 6 bulan baru akan nampak hasilnya. Dalam masa 3 bulan yang pertama ini adalah sangat kritikal. Ia bermula dengan penulisan artikel yang pertama, siarkan di blog, seterusnya artikel tersebut perlulah di optimasikan dengan teknik-teknik penulisan SEO atau singkatan bagi Search Engine Optimization.

 

“Berapa banyak artikel yang perlu ditulis? Adakah 1 artikel dah cukup? 10 artikel? Atau berapa banyak sebenarnya?”

 

Saya cuma boleh kata banyak. Anda perlu tulis banyak artikel tentang Tone Excel. Mungkin 100 artikel dan mungkin juga anda perlu tulis 1,000 artikel. Saya sanggup tulis sampai 1,000 artikel, lagipun bukannya perlu tulis dalam satu masa. Tulis dengan perlahan-lahan dan In Shaa Allah, satu hari nanti jumlahnya pasti akan mencecah 1,000 artikel.

 

Kaedah pemasaran menggunakan ebook. Cara ini pun mudah sahaja. Anda hanya perlu buka perisian microsoft words. Mula menaip secara ringkas apa yang prospek perlu tahu tentang Tone Excel dan bagaimana cara nak jalankan bisnes ni, kemudian convert file .doc tadi kepada .pdf.

 

Itu sahaja. Seterusnya file ebook itu tadi anda boleh berikan kepada prospek anda yang mungkin berminat untuk join.

 

Tawarkan prospek anda sistem autodownline PERCUMA untuk memudahkan mereka dapat downline di masa akan datang. Ini salah satu cara yang saya gunakan. instead of terangkan tentang kelebihan join TE semata-mata, saya turut berikan penerangan tentang kelebihan menggunakan sistem autodownline dalam siri-siri pemasaran yang bakal dijalankan.

bisnes_tone_excel_free_downline

Ada prospek yang memang tak minat nak join Tone Excel, tapi lepas saya tunjukkan betapa mudahnya nak dapat downline, jika gunakan sistem autodownline ini (lagi-lagi kalau join melalui rangkaian saya) maka dia pun terbuka hati untuk join.

 

Hmm… mungkin sebab dia nampak yang kaedah untuk cari prospek dan pelanggan dengan cara ni lagi mudah agaknya.

 

Ini antara idea yang terlintas di fikiran saya tentang macam mana nak dapatkan prospek untuk join bisnes kita. Anda boleh gunakan idea-idea ini untuk perniagaan anda. Pandai-pandailah anda olah untuk disesuaikan dengan bisnes anda.

 

Jika anda masih belum join, ianya mudah sahaja. Daftar akaun anda disini. In Shaa Allah, anda juga akan dapat downline tak kiralah sama ada anda aktif buat marketing ataupun tidak. Saya berani kata macam tu sebabnya sistem ini ada fungsi spillover from upline.

 

Selagi saya masih aktif menulis tentang TE, anda juga akan ada peluang untuk dapat downline dari saya. Wallahua’lam.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: