Bagaikan Puteri oleh Ramlee Awang Murshid

by sabree hussin on April 8, 2014

in Uncategorized

Mula dengan Rayyan Fantasi, sekarang dah beralih pulak pada novel Bagaikan Puteri. Oh pada waktu catatan ni dibuat, saya dah habis baca dah pun buku ni 🙂

bagaikan-puteri-ramlee-awang-mursyid

Ini pulak sinopsis buku ni. Dipetik dari laman web Alaf21

” Apabila hujan turun , melimpahlah air dari perbukitan , aliran menujah ke batu , melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung “

Haryani dan Laksamana Sunan…
saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani… pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

Saya tinggal sekejap buku-buku dalam niche business and marketing yang sebenarnya agak berat bila dibaca.

Kali ini, saya cabar minda untuk wujudkan perbezaan dan garis halus yang memisahkan antara fantasi dan realiti. Siapa yang baca novel ni, mesti akan tertanya

Siapa laksamana Sunan?

Adakah dia karekter yang diada-adakan atau memang pahlawan yang pernah wujud di Tanah Melayu?

Keris terbang? Satu kejadian menentang logik akal, yang kisahnya kerap didengari dan kononnya memang betul-betul pernah terjadi.

In Shaa Allah, bila baca dengan penuh penghayatan, hati pasti akan terjentik untuk kembali kepada Tuhan dan jadi baik.

Tak percaya?

Saya tak mintak anda percaya pun. Apa yang saya tulis ni pun adalah cetusan daripada 1001 perasaan dan perubahan yang saya alami lepas baca buku ni 🙂

Wallahua’lam

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: