Adakah memory card smartphone anda semakin penuh sebab banyak save gambar dan video? Atau adakah anda dapati laptop dan komputer yang anda biasa guna setiap hari dah jadi semakin perlahan?
Jika jawapan anda untuk kedua-dua soalan ini adalah YA, besar kemungkinan dah sampai masa untuk anda pindahkan sebahagian fail yang terdapat dalam smartphone dan komputer anda ke external hard disk.
Saya percaya anda juga sedar akan hal ini. External hard disk adalah suatu peranti yang PENTING yang patut ada pada semua orang. Ianya sangat berguna terutama sekali untuk tujuan menyimpan fail-fail atau data-data, sama ada dalam bentuk dokumen, gambar ataupun video yang ada dalam simpanan kita.
Boleh dikatakan, setiap hari data-data ini akan sentiasa bertambah dan terus bertambah. Untuk mereka yang suka ambil gambar, setiap hari mereka akan ambil gambar baru dan ini akan menyebabkan ruang simpanan pada memory card semakin berkurangan. Patut ke kita buang gambar yang lama semata-mata nak ambil gambar yang baru? Pasti terasa sayang… kan?
Saranan saya, jangan delete gambar-gambar lama atau video-video menarik yang anda pernah muat turun sebelum ini. Jika anda delete sekarang, belum tentu anda akan dapat balik video-video dan gambar-gambar tersebut. Jangan sampai menyesal di kemudian hari. Sebaik-baiknya, transfer atau pindahkan sahaja data-data tersebut ke external hard disk untuk beri ruang kepada data-data baru.
Kalau anda masih belum pernah miliki external hard disk anda sendiri, apa kata anda baca tips yang saya tulis ini. Dari posting ini, mungkin anda dapat nilaikan sendiri, dan dapat mengetahui apakah “ciri-ciri hard disk terbaik” yang patut anda pilih.
Ini dia 10 perkara yang patut diberikan perhatian apabila membuat penilaian sama ada sesuatu hard disk itu baik atau tidak untuk anda.
(1) Mempunyai ruang simpanan atau storan data yang BESAR
Apa PERKARA PERTAMA yang anda lihat, sebelum memilih external hard disk apa yang terbaik untuk anda? Kalau saya, saya akan lihat pada berapa besar saiz ruangan storan data yang ia boleh sokong.
Sebagai seorang penulis blog, saya juga banyak mengambil gambar-gambar untuk dimasukkan ke dalam artikel blog yang dihasilkan. Kadang-kadang untuk dapatkan “best shot” saya perlu tangkap gambar yang sama berulang-ulang kali.
Ada dua jenis kamera yang saya gunakan, iaitu kamera DSLR jenama Nikon dan juga kamera jenama Samsung.
Bila dah ambil banyak sangat gambar, saya kena pindahkan gambar tersebut ke satu tempat yang lebih selamat. Biasanya satu gambar saiznya lebih kurang 4MB – 8MB. Kalau biar je simpan dalam memory card, lambat laun akan penuh dan tak boleh nak tangkap gambar baru.
Kalau transfer ke laptop, satu hari nanti, saya tetap perlu pindahkan gambar-gambar tersebut ke tempat lain supaya tidak menjejaskan performance laptop tersebut… Sudah tentu saya akan simpan gambar-gambar yang pernah saya tangkap sebelum ini di external hard disk.
Cuba bayangkan kalau saiz external hard disk tu kecil sahaja. Sebagai contoh hanya ada 500GB. Kalau dalam situasi ni, saya terpaksa pilih-pilih mana satu gambar terbaik untuk disimpan. Tetapi, kalau ada external hard disk dengan saiz storan data yang BESAR, saya tak perlu susah payah nak buat pemilihan dan boleh save semua sekali.
Ya… termasuklah gambar-gambar yang tak jadi dan nampak hodoh tu. Kadang-kadang rasa sayang jugak nak buang gambar-gambar yang tak jadi ni.
Tahukah anda, 1TB ini sebenarnya besar mana? 1TB bersamaan dengan berapa GB? Untuk mereka yang masih belum tahu, 1TB adalah bersamaan dengan 1,000 GB. Ini bermakna,
Kalau satu gambar saiznya 8MB, saya boleh simpan kira-kira 125,000 keping gambar
Kalau satu video saiznya 1GB, saya boleh simpan 1,000 rakaman video.
Ya, memang banyak. Sebab tu penting untuk pilih external hard disk yang mempunyai kapasiti storan data yang BESAR.
(2) Boleh lakukan kerja-kerja pemindahan file dengan LAJU
Jimat masa dan tak perlu nak tunggu lama. Macam mana kita boleh tahu sama ada sesuatu hard disk tu boleh buat kerja-kerja pindahan fail dengan cepat atau lambat? Cara paling simple ialah dengan lihat pada USB kabel yang digunakan.
Adakah ianya USB 2.0 atau 3.0? Kalau guna yang 3.0, bermakna ianya lebih laju berbanding versi 2.0. Jadi, sebelum buat sebarang pembelian tu, semak dulu ye.
(3) Hard Disk tersebut jenis yang MUDAH ALIH
Ini bermakna dari segi saiz, ianya tidaklah terlalu besar, ringan dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Kalau anda jenis yang banyak dapat tugasan luar, sudah tentu perlu standby dengan external hard disk untuk simpan fail-fail gambar, rakaman video dan sebagainya.
Untuk yang suka travel atau suka dengan aktiviti outdoor, pun boleh bawa external hard disk ke mana-mana. Kalau kebetulan waktu tu tengah ambik gambar atau rakam video, kemudian memory card hampir full, boleh transfer gambar-gambar sebelum ni ke hard disk dulu.
(4) Dikuasakan oleh USB (Universal Serial Bus) Port
Mana satu jenis external hard disk yang lebih baik? Adakah dari jenis yang dikuasakan oleh power plug atau yang dikuasakan oleh USB port?
Sebelum ini saya ada sebutkan tentang hard disk yang jenis mudah alih. Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya, “ada ke external hard disk yang jenis statik dan tak boleh dialihkan?”
Ya, memang ada. Saya masih ingat lagi, waktu saya masih belajar dulu, salah seorang housemate saya pernah beli external hard disk bersaiz 1 TB yang perlu gunakan power plug untuk digunakan. Waktu ini kalau tak silap saya, kebanyakkan external hard disk yang mempunyai nilai storan data yang besar memang perlu guna power plug.
Sebenarnya, sekarang ni pun masih ada lagi external hard disk yang perlu guna power plug. Salah satu contoh yang saya boleh berikan ialah hard disk jenama LaCie yang mempunyai storan data sebanyak 8 TB seperti gambar dibawah.
Anda boleh lihat info tentang hard disk ini menerusi pautan ini. Untuk makluman pembaca sekalian, biasanya hard disk seperti ini digunakan bersama-sama dengan komputer jenis desktop dan melibatkan proses pemindahan fail yang bersaiz besar. Contohnya satu fail bersaiz 100GB. Kalau guna jenis yang dikuasakan oleh external power plug ia lebih laju berbanding yang guna USB sahaja.
Jika untuk kegunaan di pejabat, mungkin sesuai untuk guna external hard disk seperti ini. Tetapi, jika anda juga seperti saya, banyak bergerak ke sana dan kemari, sudah tentu lebih mudah untuk guna yang tak perlu pakai external plug. Setuju?
(5) Tempoh JAMINAN WARRANTY yang panjang
“Tahukah anda, berapa lama sebenarnya tempoh warranty yang anda akan dapat untuk setiap pembelian external hard disk yang baru?”
Tak tau? Daripada hasil carian dan perbandingan yang saya lakukan, anda sebenarnya layak untuk menerima perlindungan warranty selama 3 TAHUN. Jadi, dengan adanya tempoh warranty yang lebih panjang, maka anda tak perlu bimbang jika terdapat sebarang masalah pada external hard disk yang anda beli.
Sekiranya anda dapati, ada masalah pada hard disk yang dibeli, gunakan sahaja jaminan warranty ini untuk dapatkan yang baru.
(6) Rupa bentuk dengan rekaan yang MENAWAN
Design juga adalah salah satu perkara yang akan saya lihat sebelum memilih mana-mana jenama external hard disk. Adakah design tersebut menarik? Atau biasa-biasa sahaja?
Sesetengah orang anggap rekaan dan rupa bentuk external hard disk tu tak berapa penting berbanding fungsinya. Saya tak kata orang tersebut silap. Cuma pada saya, kalau boleh dapatkan external hard disk dengan reka bentuk yang menawan, apa salahnya?
(7) Mempunyai KETAHANAN yang kuat serta TAHAN LASAK
Anda mungkin akan gunakan external hard disk tersebut untuk menyimpan data-data yang PENTING dan sensitif. Sama ada bagi urusan kerja ataupun kegunaan peribadi. Apa yang penting, apabila kita simpan sesuatu data dalam hard disk, kita nak data tersebut SELAMAT dan boleh diakses semula pada bila-bila masa.
Katakanlah, hard disk tersebut terbiar lama atas almari sampai dia berhabuk. Atau berlaku sesuatu yang tak diingini, contohnya macam banjir misalnya, dan pejabat anda ditenggelami banjir. Adakah anda berani jamin hard disk yang anda guna sebelum ini masih dapat berfungsi dengan baik? Sudah tentu ini adalah mimpi ngeri untuk semua perniagaan.
Walaubagaimanapun, jika external hard disk yang anda gunakan adalah dari jenis yang kalis air, maka anda tak perlu bimbang. Fail-fail yang anda pernah simpan didalamnya pasti selamat.
Persoalannya ialah, ada tak external hard disk yang kalis air dan tak ada masalah walaupun terendam dalam air untuk satu tempoh masa yang agak lama? Jawapannya memang ada. Lihat buktinya menerusi rakaman video dibawah.
Dalam video diatas, anda boleh saksikan sendiri demonstrasi bagaimana external hard disk jenama Adata ini masih mampu berfungsi seperti biasa walaupun telah direndam dalam air.
Bukan itu sahaja kehebatan external hard disk jenama Adata ini. Ianya juga telah diuji sama ada mampu untuk bertahan dan dapat berfungsi dengan baik ataupun tidak, walaupun setelah dijatuhkan dari tempat yang tinggi, dibaling dengan bola baseball, dipijak, dibaling dengan tanah berdebu dan dilanggar menggunakan sebuah motosikal. Anda boleh lihat pada video dibawah.
Ya, seperti yang anda dapat lihat, external hard disk ini masih lagi dapat berfungsi dengan baik walaupun telah melalui semua keadaan tersebut. Jadi anda tak perlu bimbang akan aspek ketahanan hard disk ini.
(8) Dikeluarkan oleh syarikat yang TERNAMA dan banyak menerima ANUGERAH
Ini cara paling SENANG dan paling malas untuk pilih external hard disk yang terbaik. Kita tengok, mana satu jenama yang PALING BANYAK MENERIMA PENGANUGERAHAN.
Kadang-kadang sebelum beli sebarang produk, atau gadget, kita suka untuk tanya kawan-kawan kita soalan seperti
“External hard disk apa yang bagus ye?”
Kemudian, sebagai kawan yang baik, mereka pun akan mula cadangkan macam-macam jenama, dari jenama yang memang kita biasa dengar sampailah ke jenama yang kita tak pernah dengar. Pernah tak anda terfikir, sebab apa kawan kita tu kata, jenama external hard disk tertentu itu adalah yang terbaik?
Adakah sebab kawan kita tu dah beli dan dia sedang gunakan jenama dan model tu? Itu ke jawapan anda? Logik ke?
Tahukah anda, satu produk sahaja tidak menggambarkan kualiti keseluruhan produk yang dikeluarkan oleh kilang atau syarikat yang sama. Penjelasannya begini. Katakanlah kawan kita tu beli satu jenama, dan dia dapat yang kurang baik. Patut ke kita katakan, semua produk syarikat tu adalah teruk?
Sudah tentu tak boleh. Mungkin nasib kawan kita tu tak berapa baik sebab dapat produk yang ada sedikit kecacatan atau manufacturing defect. Itulah gunanya ada warranty! Jadi kita boleh tukarkan dengan produk lain yang lebih baik dan tidak ada masalah.
Jadi kat sini, membuat pernilaian hanya berdasarkan satu produk sahaja tidak menggambarkan kualiti keseluruhan produk. Sebaliknya, jika sesuatu syarikat itu berjaya merangkul banyak anugerah dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa, kita boleh katakan dengan lebih yakin, bahawa hasil dan kualiti syarikat tersebut memang bagus.
Saya ambil contoh jenama Adata. Mereka telah meraih pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa, antaranya Germany’s iF Design Award, red dot Award, CES BEST of Innovations Award, Japan’s Good Design Award, Best Choice of Computex Award, dan Taiwan Excellence Gold Award.
Syarikat yang meraih macam-macam award seperti ini pasti akan hasilkan produk yang TERBAIK bagi mengekalkan dan menjaga reputasi mereka.
(9) HARGA yang berpatutan
Adakah anda bayar terlalu mahal untuk dapatkan sebuah external hard disk yang terbaik untuk anda? Inilah sebabnya kita perlu lakukan PERBANDINGAN HARGA. Pastikan harga yang dibayar itu adalah setanding dan setimpal dengan kualiti barangan yang kita beli.
Daripada perbandingan harga yang saya buat di laman web Lazada Malaysia, saya dapati harga untuk external hard drive bersaiz storan data 1TB adalah dalam lingkungan RM218 ke RM300.
Harga adalah berbeza-beza mengikut
- Jenama
- Spesifikasi
- Kelebihan dan ciri-ciri external hard disk tersebut
Anda juga boleh buat semakan sendiri jika mahu. Boleh buat semakan menerusi pautan ini dan anda akan dapat lihat kesemua jenis external hard disk yang ada di pasaran. Sekiranya anda perlu bayar harga yang lebih tinggi, pastikan anda tahu apa yang anda bayar, dan kenapa ia lebih mahal dari kebiasaan?
(10) Ciri-ciri KESELAMATAN tambahan
Ini bergantung kepada pengeluar sesuatu jenama external hard disk itu sendiri. Lain pengeluar maka lainlah ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan.
Ada jenis hard disk yang kita boleh set password, supaya hanya kita sahaja yang boleh dapat akses. Ada juga hard disk yang ada fungsi automatik back up bagi memastikan fail kita tidak hilang jika berlaku sebarang masalah.
Sebaik-baiknya, anda tanya soalan atau baca spesifikasi produk yang ingin dibeli.
.
..
…
Semasa menulis artikel ini, saya lebih banyak merujuk kepada jenama external hard disk yang dikeluarkan oleh Adata. Itu sebabnya kebanyakkan contoh yang saya gunakan juga adalah dari syarikat ini.
Namun, jika anda tanyakan pada saya, apakah jenama Hard Disk Terbaik yang ada dipasaran? Apa yang saya boleh katakan ialah, ianya berbeza bagi setiap orang dan bergantung kepada beberapa faktor seperti bajet anda, keperluan dan juga penggunaan.
Pada pendapat saya, jika anda adalah seorang yang aktif, banyak menghabiskan masa untuk kerja luar dan kerap melakukan aktiviti lasak, serta bimbang hard disk anda rosak disebabkan aktiviti lasak yang anda lakukan, maka jenama Adata adalah salah satu pilihan yang terbaik untuk anda.
Untuk jenama ini, ada dua pilihan yang menarik dan didatangkan dengan dua kapasiti storan yang berbeza iaitu 2TB dan juga 1TB. Anda boleh lihat maklumat lanjut dengan menekan klik pada pautan dibawah.
1. ADATA HD720 2TB, dan
Namun, jika penggunaan anda dikira biasa-biasa sahaja, mungkin anda tak perlukan hard disk yang tahan lasak seperti ini. Memandangkan kita tak pasti apa yang akan berlaku di masa akan datang, saya berpendapat adalah lebih baik untuk ambil langkah berjaga-jaga, dan dapatkan hard disk yang memang telah TERBUKTI tahan lasak.
Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk membaca. Semoga anda dapat belajar sesuatu.
raihanah says
cantik gak ni, boleh cari nanti
sabree hussin says
Yup memang cantik kan. Tengok design pun lawa jugak
reezluv says
sekarang ni dah kurang simpan fail besar-besar sebab kebanyakannya dah ada cloud storage.video pun sekarang ni tak simpan dah, semuanya streaming..best gitu
sabree hussin says
Dengan teknologi streaming, memang lebih baik tengok macam tu je. Tapi mana la tau ada video yang best dan nak simpan buat kenang-kenangan atau yang kita nak tengok balik in future, bolehlah download.
mrhanafi says
dapat storan yang dah 2TB memang terbaik dan mencukupi buat masa ini..
sabree hussin says
Ya, 2TB sebenarnya sangat besar. Kalau saya pun dah lebih dari cukup 😀
kedai sticker says
ohhhhhh okkkk saya akan ikutt nasihat awakk
kedai piala says
thank you so much for the great tipss about hard disk
Along Misuari says
Perkongsian yang cukup menarik dengan kupasan yang begitu detail..
sabree hussin says
Terima kasih Along 😀