Blog Sabree Hussin

Apa RAHSIA nak jadi Agen Affiliate yang BERJAYA?

Pernah tak anda tertanya-tanya jawapan untuk soalan-soalan ni…

Macam mana nak berjaya dalam bidang pemasaran affiliate?

Macam mana nak buat duit dengan affiliate?

Ada ke teknik-teknik khas yang MUDAH dan SENANG untuk berjaya dapat komisyen affiliate?

Apa dia TEKNIK TERBARU untuk buat duit dengan affiliate?

Apa sebenarnya RAHSIA para Otai buat duit dengan affiliate?

 

… dan banyak lagi lah soalan-soalan yang lebih kurang sama maknanya.

 

Bila tengok kejayaan sebahagian pemain-pemain affiliate yang senang-senang je buat duit online, sedikit sebanyak kita rasa tergugat. “Kenapa dia senang sangat buat duit, sedangkan aku ni… nak dapat RM20 pun susah. Apa kurangnya aku berbanding dia?”

 

Adakah rahsia kejayaan affiliate terletak pada teknik? Penggunaan software khas? Atau sebetulnya memang ada RAHSIA yang dia tak nak kongsikan dengan orang lain.

Pergh… kalau betullah ada rahsia, dan dia tak nak kongsikan dengan orang lain… memang kedekut betul dia ni.

 

Macam mana kalau saya katakan, yang sebenarnya TAK ADA RAHSIA untuk berjaya dalam bidang ini. Semua yang kononnya adalah rahsia telahpun didedahkan.

 

Informasi tersebut juga kita boleh dapatkan dengan begitu mudah. Sesetengah dari kita, yang memang cukup rajin membeli produk informasi dan juga buku-buku rujukan tentang pemasaran, sepatutnya sudah tahu apa rahsia kejayaan untuk jadi ejen affiliate.

 

Cuma yang menjadi persoalan ialah, adakah sudah ada tindakan dipihak anda?

 

Teknik dan cara pemasaran yang betul

Anda mungkin tak tau apa teknik yang saya sendiri gunakan untuk dapat komisyen affiliate. Ini bermakna, selagi anda tak tau apa dia teknik yang saya gunakan, selagi itu ia akan jadi satu RAHSIA.

So maknanya, benda ni bukannya rahsia sangat. Ia cuma anda tak tau apa teknik yang orang lain pakai.

 

Teknik pemasaran affiliate yang selalu saya guna dan amalkan, semuanya saya ada cerita kat ebook yang saya pernah tulis sebelum ini berjudul Jurnal Pemasaran Affiliate. Siapa yang dah baca ebook ni, dia akan tahu apa rahsia saya. Buat yang tak pernah baca, maka dia tak akan tahu apa rahsia saya buat duit dengan affiliate.

Simple je kan konsepnya? Kalau tak tau, kena belajar. Selagi tak belajar, sampai bila-bila akan berada dalam fasa tak tau. Kemudian bila dah belajar, tak kiralah walau sesimple mana kaedah atau teknik yang dipelajari tu, kena terus amalkan.

 

Selagi kita tak buat, selagi tu kita tak akan tahu sama ada teknik tersebut benar-benar berkesan atau sebaliknya.

 

Proses buat duit dengan Program Affiliate

Ramai lagi yang masih tak jelas dengan proses yang terlibat dalam pemasaran affiliate. Ringkasnya proses pemilihan ini melibatkan

1. Kajian pasaran dan permintaan

2. Kenal pasti produk

3. Beli produk atau dapatkan review copy daripada owner produk

4. Buat pemasaran

5. Terima bayaran komisyen

 

Kalau anda ikuti langkah-langkah yang saya senaraikan diatas, adalah hampir mustahil untuk anda gagal langsung nak buat duit dengan program affiliate.

 

(1) Kajian pasaran dan permintaan

Bukan semua produk affiliate atau program affiliate yang anda sertai boleh hasilkan pendapatan.

 

Ini confirm. Boleh jadi, dari 10 buah program yang anda sertai, mungkin cuma ada dua atau tiga sahaja yang betul-betul perform dan memberi anda pendapatan setiap bulan. Selebihnya, anda mungkin tak berjaya dapat duit langsung.

 

Saya pun selalu juga GAGAL dapat komisyen walau sesen pun dengan program affiliate. Sebabnya? Saya promosikan produk yang kurang permintaan. Kadang-kadang dari segi permintaan, produk ini tak ada masalah, tetapi boleh jadi juga sebab ada kelemahan pada halaman jualan… dan banyak lagi sebab.

 

Ini bererti, kalau anda gagal buat duit dengan program affiliate, tak semestinya kesalahan dan kelemahan terletak 100% pada anda.

 

Carilah produk yang memang ada permintaan.

 

Sebaik-baiknya cari produk yang memiliki permintaan sepanjang zaman. Itu paling baik. Jadi anda hanya perlu buat promosi sekali sahaja, tetapi hasilnya anda boleh rasa sampai bila-bila.

 

(2) Beli produk yang anda nak promosikan

Ini yang biasa saya buat.

 

Saya memang jarang promosikan produk-produk affiliate yang saya tak beli. Melainkan kalau produk yang saya promosikan tu memang saya tahu apa fungsinya.

 

Salah satu program affiliate yang memang saya promosikan setiap masa ialah program rujukan Tone Excel Wow. Memandangkan saya adalah pengguna, jadi saya lebih mudah nak promosikan produk ini.

 

Alhamdulilah, bila kita jadi pengguna dan pada masa yang sama kita jadi agen yang mempromosikan produk ini, kita lagi jelas tentang kelebihan dan kekuatan produk. Bila ada yang tanya tentang produk, dengan mudah kita boleh terangkan kepada si penanya.

 

Kalau tak ada yang bertanya sekalipun, kita boleh menulis dengan panjang lebar tentang sesuatu produk tanpa sebarang masalah.

 

Sama ada nak beli produk atau tidak, itu satu pilihan. Sampai satu masa, kalau memang dah terbukti yang anda memang mampu perform dalam bidang ini, tak mustahil akan ada pemilik produk yang akan berikan produk mereka secara percuma sahaja untuk anda review.

 

(3) Buat PEMASARAN

Saya kira part nak buat pemasaran ni yang ramai orang sangkut.

 

Sebenarnya bukan susah sangat nak buat pemasaran.

 

Cara saya buat promosi lazimnya adalah dengan menulis artikel tentang produk yang saya promosikan. Setiap kali saya menulis artikel di blog, saya akan selitkan serba sedikit tentang produk yang saya promosikan.

 

Setiap kali saya hantar emel kepada subscriber saya, saya juga akan selitkan cerita tentang produk yang saya promosikan.

 

Bila saya update status di FB atau di lain-lain media sosial, pun benda yang sama yang saya akan buat.

 

Pendek kata, selagi ada peluang dan ada kesempatan untuk saya bercerita tentang produk yang saya promosikan, selagi itulah saya akan terus buat.

 

Kadang-kadang komisyen yang terjana adalah hasil penceritaan yang saya buat di FB. Kadang-kadang dari blog, kadang-kadang dari emel dan kadang-kadang saya sendiri tak tau dari mana datangnya komisyen sebab terlalu ramai saya kongsikan cerita tentang produk affiliate yang saya promosikan.

 

Adakah susah nak buat macam yang saya buat ni?

 

Ia akan jadi susah, kalau anda sendiri tak tau pasal produk, dan tak pernah guna produk. Pasti susah bila anda nak kaitkan sesuatu produk yang anda tak pernah guna langsung dalam seumur hidup anda dengan cara hidup anda sekarang ni.

 

Jadi, jika anda serius nak buat duit dengan produk affiliate tertentu… beli produk tu dulu.

 

Jangan tunggu nak dapatkan review copy, sebab lazimnya pemilik produk memang tak akan beri percuma, melainkan anda memang seorang yang dah terkenal sebagai seorang top affiliate.

 

(4) Terima bayaran komisyen

Hasil penat lelah anda buat promosi produk affiliate akan terbayar apabila anda mula terima komisyen anda yang pertama.

 

Kadang kala, komisyen affiliate anda tak akan terhenti setakat komisyen yang pertama, lebih-lebih lagi kalau anda menggunakan teknik pemasaran blog seperti yang saya tunjukkan dalam ebook Jurnal Pemasaran Affiliate.

 

Sekali anda terima komisyen, In Shaa Allah anda akan terima lagi komisyen pada hari-hari seterusnya.

 

Apa yang saya nampak dan yang saya boleh kongsikan, faktor kejayaan paling kritikal untuk pemain affiliate ialah konsistensi dalam melakukan pemasaran.

 

Walaupun masih belum dapat sebarang komisyen, asalkan dia tahu yang sesuatu produk tu memang ada permintaan, dia tetap teruskan kerja-kerja pemasaran. Selagi dia masih belum dapat komisyen, selagi itu dia tak akan berhenti dan terus mengalah.

Memang tak ada jalan mudah untuk buat duit dengan program affiliate.

Malahan, kalau anda dapatkan ebook Jurnal Pemasaran Affiliate dari saya, anda juga akan dapati segala teknik yang saya ajarkan semuanya adalah teknik yang susah-susah belaka.

Ya

Saya juga dulu mula dengan tak tau apa-apa. Segala teknik yang saya kongsikan dalam ebook tu, saya pernah jadi seseorang yang tak tau apa-apa.

Tak perlu takut nak mencuba sesuatu yang baru. Semua yang dah PAKAR sekarang ni juga pada asalnya bermula dengan satu apa pun dia tak tahu.

 

Banyak betul panduan buat duit sebagai ejen affiliate

Jika anda adalah seorang yang suka mencari, pasti anda akan temui macam-macam panduan dan rujukan yang mengajar anda cara untuk buat duit sebagai ejen affiliate.

 

Walaubagaimanapun, sekadar baca panduan, ia tak akan memberi anda sebarang pendapatan. Jangan kata nak buat RM100, nak dapatkan RM1 pun belum tentu anda akan berjaya kalau langsung tak ada tindakan di pihak anda.

 

Adalah lebih baik anda baca tentang affiliate marketing dari blog-blog percuma, kemudian anda terus praktikkan berbanding anda beli macam-macam panduan yang mahal harganya, namun anda tak pernah praktikkan apa yang anda baca.

 

Matlamat akhir kita adalah untuk hasilkan jualan. Dari jualan yang terhasil, maka kita akan terima komisen. Sungguh, buat duit dengan affiliate ni memang best, itupun kalau anda buat dengan betul.

 

Sekarang ini saya percaya anda telah dapat beberapa ilmu baru mengenai cara nak buat duit melalui program affiliate. Kalau ilmu-ilmu yang saya bentangkan disini telah pun anda ketahui, setidak-tidaknya, ia telah refresh apa yang telah anda ketahui sebelum ini.

 

Saya amat mengesyorkan anda praktikkan apa yang anda telah tahu. Jangan banyak sangat beri alasan. Alasan tak menyelesaikan masalah.

 

Sebaiknya anda buat. Buat sampai jadi. Dapatkan sekurang-kurangnya RM100, kemudian kalau anda rasa dah tak nak buat lagi, at least anda boleh kata, “dulu aku pernah try program affiliate ni, dapatlah jugak dalam ratus-ratus ringgit…”

 

 

Exit mobile version