UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Apa pesanan Rasulullah SAW berkenaan dengan urusan bayaran balik dan menagih hutang?

August 7, 2015 by sabree hussin 1 Comment

Dalam kitab Ringkasan Riyadhus Solihin, terdapat suatu bahagian yang membicarakan tentang topik “berlaku baik dalam membayar hutang dan menagihnya” dan “memberi tempoh kepada kepada orang yang kesulitan dalam membayar hutang.”

 

buku_riyadhus_solihin

Mari kita lihat beberapa potong hadis dari junjungan besar kita, Rasulullah SAW sebagai panduan dan pedoman kita. Semoga kita semua bakal bebas daripada belenggu hutang satu masa nanti, In Shaa Allah asalkan usaha yang konsisten kearahnya.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: “Bahawa seseorang pernah datang menagih hutang kepada Nabi SAW dengan sikap kasar, sehingga para sahabat pun membalas tindakan tersebut. Namun Rasulullah SAW lalu bersabda: “Biarkan dia, kerana orang yang punya hak itu memiliki kewajaran untuk berbicara.” Seterusnya baginda bersabda: “Berikan kepadanya unta yang seumur dengan untanya yang telah kupinjam.” Para sahabat menjawab: “Wahai Rasulullah, kami tidak mendapatinya, kecuali unta yang berumur lebih dewasa daripada untanya.” Baginda bersabda: “Kalau begitu, tidak mengapa. Berikan sahaja unta itu kepadanya, kerana sebaik-baik kamu adalah yang terbaik dalam membayar hutang.” (Riwayat al-Bukhari no.2306 dan Muslim no.1601)

 

Al-Bukhari meriwatkan daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah SAW berdoa

“Semoga Allah merahmati orang yang toleransi dalam menjual, dalam membeli, dan dalam menagih hutang.”

(Riwayat al-Bukhari no. 2076)

 

Muslim meriwatkan daripada Abu Qatadah r.a, beliau berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang senang untuk dibebaskan daripada kesulitan pada hari kiamat kelak, hendaklah bersikap toleransi kepada orang yang berhutang kepadanya atau membebaskannya daripada hutangnya.” (Riwayat Muslim no. 1563)

 

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda

Maksudnya: “Dahulu pernah ada seseorang yang banyak memberi hutang kepada orang ramai. Ketika hendak menagih dia berpesan kepada khadamnya: ‘Jika engkau bertemu dengan orang yang sedang dalam kesulitan, maka maafkanlah dia (jangan memaksanya untuk membayar ketika ini juga). Semoga Allah juga memberi kemudahan kepada kita.’ Akhirnya, ketika dia menemui Allah, Allah pun memaafkan (dosa-dosa)nya. “ (Riwayat al-Bukhari no. 3480 dan Muslim no. 1563)

 

Muslim meriwayatkan daripada Abu Mas’ud al-Badri r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Ada seseorang yang hidup pada zaman sebelum kamu ini yang dihisab dengan begitu teliti, lalu tidak didapati kebaikkan sama sekali kepadanya. Cuma dahulu dia biasa bermuamalat dengan orang ramai, sementara dia merupakan orang yang dilapangkan rezekinya. Dia selalu berpesan kepada para hambanya agar memberi kelonggaran kepada orang yang dalam kesulitan untuk membayar hutang. Akhirnya, Allah SWT pun berfirman yang bermaksud: ‘Aku lebih berhak dalam memberikan kelonggaran daripada dia. Sekarang (wahai para malaikat), hapuskanlah dosa-dosanya.'” (Riwayat Muslim no. 1561)

 

Muslim meriwayatkan daripada Hudzaifah r.a. beliau berkata:

Maksudnya: “Kelak akan ada salah seorang hamba Allah yang telah dikurniakan kepadanya harta yang dihadapkan kepadanya, lalu ditanya: ‘Apakah yang engkau lakukan selama di dunia?’ Pada hari tersebut tidak ada seorang pun yang boleh menyembunyikan perkataannya. Dia menjawab: “Wahai Tuhan, Engkau telah mengurniakan harta kepadaku  dan dahulu aku selalu mengadakan hubungan jual beli dengan orang ramai. Sementara termasuk perangaiku adalah jenis orang yang suka memberi kelonggaran; Oleh itu, dalam penagihan hutang, aku suka memberi kelonggaran sekalipun kepada orang yang sebenarnya mudah untuk membayar hutang; dan memberi tempoh kepada orang yang dalam kesulitan untuk membayar hutang.’ Allah berfirman yang bermaksud: ‘Aku lebih berhak dalam memberi kelonggaran daripada dirimu. (Wahai para malaikat,) hapuskanlah dosa-dosanya'” Uqbah bin Amir dan Abu Mas’ud al-Anshary r.a. berkata: “Demikianlah yang kami dengar dari mulut Rasulullah SAW.” (Riwayat Muslim no. 1560)

 

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda

Maksudnya: “… Sesiapa yang memberi kemudahan kepada orang yang sedang kesulitan, maka Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan di akhirat… Allah akan selalu menolong seorang hambaNya selama mana hamba itu mahu menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim No. 2699)

 

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Menunda-nundakan bayar hutang bagi orang yang kaya termasuk satu bentuk kezaliman. Jika pemiutang seseorang daripada kamu dipindahkan kepada orang yang kaya, hendaklah dia menerimanya.” (Riwayat al-Bukhari  no. 2287 dan Muslim no. 1564)

 

.

..

…

Isu dengan hutang dengan bank sama ada menerusi pinjaman peribadi ataupun pinjaman kad kredit

Memang kerap berlaku, sebelum kita jadi peminjam, pihak bank dengan penuh sopan santun akan memujuk kita dengan kata-kata yang manis untuk membuat pinjaman dengan mereka. Akan tetapi, setelah kita membuat pinjaman, dan mula ada masalah ketika nak buat pemabayaran, maka pada waktu tu segala-galanya mula jadi gelap.

 

Bank akan call kita hampir setiap hari. Mujurlah, hari Ahad mereka tak call pelanggannya. Memang menyusahkan dan memang mengganggu ketenteraman. Namun apalah daya, mereka memang berhak untuk menuntut kembali hutang yang pernah mereka berikan kepada kita satu ketika dulu.

 

Jadi, buat pembaca dan pelawat sekalian, jika tiada keperluan yang mendesak untuk berhutang, sebaik-baiknya lupakanlah sahaja niat untuk berhutang. Banyakkan bersabar dan kumpul duit sendiri itu lebih baik daripada pinjam dari orang lain. Kalau pinjaman dengan bank, seperti pinjaman kad kredit misalnya, ia lebih menyusahkan, dengan adanya caj interest yang sangat tinggi.

 

Ia akan kembali jadi satu masalah untuk anda langsaikan hutang kad kredit satu masa nanti. Jika anda tak mempunyai duit untuk bayaran balik, itu tandanya anda kena tambahkan lagi usaha. Yang penting, cubalah bayar walaupun sedikit demi sedikit. Jangan pulak anda lari atau cuba mengelak untuk bayar hutang. In Shaa Allah pasti ada jalannya.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Ringkasan Riyadhus Solihin: Kelebihan menuntut ilmu
  2. Cara bayar hutang kad kredit dengan komisyen Tone Excel
  3. Nak langsaikan hutang kad kredit dengan cepat? Ini tipsnya
  4. Riba Dalam Urusniaga Jual Beli dan Hutang

Filed Under: kewangan Tagged With: bayar hutang, hadis tentang bayar hutang, hutang kad kredit

Comments

  1. Noriza Rahman says

    August 11, 2015 at 7:35 am

    Banyak sangat nasihat yang perlu dikutip dalam artikel ni…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in