Soalan:
Saya baru menggunakan autodownline.. tapi under orang lain.. sebenarnya nak ajak orang sign up percuma pun agak susah.. mohon tunjuk ajar apa yang perlu saya lakukan untuk mendapat prospek?
Ada ke benda yang senang kat atas dunia ni? Soalan ini buatkan saya tertanya-tanya berkenaan dengan realiti hidup kita sekarang ni. Ada ke yang senang?
Bermula 1 April 2015 yang lalu, kerajaan mula memperkenalkan GST. Kemudian, bermula 1 Julai 2015 pula, kerajaan mula memperkenalkan sistem penetapan harga baru untuk minyak yang mana melalui sistem ini, kita sebagai pengguna hanya akan tahu sama ada harga minyak akan naik atau turun pada 1hb setiap bulan.
Tak lama lagi, harga tol pula akan dinaikkan.
Rasanya kita sekarang ni memang hidup dalam fasa SUSAH. Tak ada perkara yang senang yang berlaku kat sekeliling kita. Kita terpaksa terima hakikat, sama ada suka ataupun tidak, untuk mencapai sesuatu yang TERBAIK, kita terpaksa lalui perkara-perkara yang susah, yang eventually akan jadi makin mudah bila kita dah bertambah ilmu, dah jadi lebih cerdik dan mula ada pengalaman.
Ya. Begitu juga dengan konteks sistem autodownline. Disebabkan saya dah MALAS nak buat bisnes ni cara konvensional, maka saya buka satu lagi akaun dengan team yang tawarkan sistem autodownline seperti ini. Ia menyenangkan saya dari satu sudut, namun penggunaan sistem ini masih lagi memerlukan kita untuk buat promosi.
Teruskan buat promosi dengan cara yang anda tahu dan PAKAR
Inilah bisnesnya, yang mana kita tak perlu nak tahu semua perkara untuk mula buat duit dengan bisnes ni.
Sebagai contoh, kalau kita nak bukak bisnes kedai runcit misalnya. Macam-macam perkara kena tahu. Bermula dari pemilihan lokasi, pemilihan supplier, barang apa nak jual, pukul berapa nak bukak kedai, tutup kedai, upah pekerja, upah untuk diri sendiri, restock barang, pengurusan akaun dan banyak lagi.
Disini, menerusi platform bisnes Tone Excel, anda tak perlu tahu semua itu. Fokus kita adalah pada kerja-kerja PROMOSI. Dengan adanya sistem autodownline pulak, sebahagian kerja kita dipermudahkan oleh pihak pengurusan yang mengendalikan sistem autodownline ini.
Kenapa prospek tak mau daftar walaupun ianya PERCUMA?
Ada pelbagai sebab yang boleh kita teka, antaranya ialah tak percaya, tak faham, tak nampak peluang hinggalah kepada memang TAK MAHU daftar.
Bukankah lebih senang kalau kita sendiri yang tanyakan kepada prospek kita tu,
Why you tak daftar?
Kenapa hang tak daftar lagi ni bro?
Boleh saya tahu apa yang buatkan tuan/puan masih belum buat sebarang tindakan?
Tanyalah. Tak tanya kita tak tau. Sesekali buat la kerja gila-gila sikit. Tanya terus soalan direct, kenapa tak nak daftar ya? Boleh tolong cerita sikit kat saya, sebab dari info yang tuan bakal berikan ni, dapatlah saya perbaiki kelemahan saya dimasa akan datang.
You have nothing to loose. Anda tak rugi apa-apa. Prospek tu memang tak nak daftar dengan kita. At least, bila kita cuba dapatkan sedikit info, kita masih ada sikit untung, dengan mengetahui apa kelemahan kita di mata prospek tu tadi.
Kelemahan paling biasa dan common?
Kita tak follow up.
Keajaiban jarang berlaku tanpa adanya usaha untuk buat follow up. Hari ini anda perkenalkan kepada prospek anda tentang kewujudan laman web autodownline, untuk memudahkan proses penajaan dan mendapatkan sales. Adakah anda fikir prospek itu tadi akan daftar pada hari yang sama?
Mungkin YA, mungkin tidak. Lazimnya, jawapannya adalah tidak. Prospek yang sama perlu diingatkan berulang-ulang kali untuk lakukan pendaftaran, barulah dia akan ambil tindakan.
Apa boleh buat. Rata-rata yang nak buat duit online memang beginilah sikapnya. Bukan semua, tetapi kebanyakkannya memang begini. Mereka begitu pasif dan kurang responsif selagi kita tak push dan ingatkan mereka berulang-ulang kali untuk lakukan pendaftaran.
Saya sendiri akan ingatkan prospek untuk buat pendaftaran secara percuma sekurang-kurangnya sebanyak 5 kali.
Selepas 5 kali, adakah prospek akan daftar? Mungkin ya, mungkin tidak. Cuma bezanya kat sini, prospek yang dah diingatkan berulang-ulang kali mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk lakukan pendaftaran.
Bahagian yang lebih penting?
Setakat dapat ramai pendaftaran percuma di sistem Autodownline, its nothing.
Ia langsung tak menambahkan sebarang pendapatan kita di Tone Excel. Melainkan mereka ini semua upgrade sebagai paying member di Tone Excel, ha… barulah kita boleh cerita panjang lebar lagi.
Menerusi sistem autodownline, pengguna ada masa selama 30 hari untuk upgrade akaun percuma mereka. Selepas 30 hari, kalau masih tak upgrade, sistem secara automatik akan KICK pengguna tersebut. Kalau masih berminat nak pakai sistem autodownline ni, kena daftar akaun baru.
Faktor untuk meningkatkan kejayaan prospek ini upgrade? SAMA. Kena sentiasa ingatkan, kena selalu buat follow up. Anggap sahajalah prospek kita ni ibarat seorang nenek tua, yang perlu selalu diingatkan untuk buat itu ini dengan cara yang paling lembut dan sopan. Adakalanya mereka terlupa dan adakalanya mereka terlepas pandang mesej kita.
… and last but not least
Kembali kepada persoalan…
“Apa yang perlu dilakukan untuk mendapat prospek?”
Jawapannya ialah teruskan buat promosi, buat pemasaran dan buat marketing. Fokus pada kaedah pemasaran yang memang kita PAKAR dan pada masa yang sama, cari-cari la masa untuk belajar kaedah pemasaran baru yang kita masih belum mahir.
Kalau anda pakar dalam FB Marketing, buatlah dan teruskan buat pemasaran secara konsisten. Sambil-sambil tu, jangan lupakan kaedah pemasaran yang lain juga, yang walaupun kurang menonjol, hakikatnya ia lebih mudah untuk dapat prospek dan seterusnya boleh close deal.
Ya kena keluar dari zon selesa.
Cari cikgu yang memang buat kelas dengan mengajar perkara-perkara yang kita tak tau tapi kita perlukan ilmunya. Kalau kena bayar, maka kenalah sediakan yurannya. Cari buku-buku tentang marketing dan network marketing. Ada banyak tajuk-tajuk buku yang membincangkan tentang topik network marketing yang anda boleh beli dan baca. Lepas dah baca amalkan lah.
Ebook tentang pemasaran pun banyak sekarang ni. Anda boleh pilih, nak beli ebook siapa. Apa yang membezakan antara setiap ebook lazimnya adalah cara penyampaian. Namun dari segi konten, setiap satu ebook tak terlalu banyak bezanya.
Tak adillah kalau baru cuba buat promosi kat FB, kemudian tak ada sebarang respons kita dah kata bisnes ni susah.
Sedangkan, orang yang berjaya dalam bisnes ni, Mazelan Abas misalnya, dia buat marketing lagi banyak dari kita. Dia guna Facebook, guna Youtube, guna laman web, buat secara offline lagi, dan tak ketinggalan dia pun gunakan kaedah pemasaran emel.
Melainkan anda dah buat semua yang Mazelan Abas buat, kemudian tetap tak berjaya, maka anda patut lebih tahu, apa yang kurang pada diri anda.
Leave a Reply