Apa pentingnya memilih kata kunci yang tepat dalam pemasaran menggunakan blog?

by sabree hussin on February 20, 2017

in Servis Advertorial

Dalam servis iklan yang saya tawarkan, saya pasti akan tanya kepada mereka yang berminat untuk tempah slot iklan dalam blog ini supaya memberikan senarai kata kunci untuk disasarkan bagi tujuan Search Engine Optimization.

 

Walaubagaimanapun, terdapat juga kes-kes tertentu, mereka ni seolah-olah mengambil ringan dan tak peduli sangat dengan hal-hal berkaitan dengan pemilihan kata kunci. Mungkin sebab mereka tak biasa dengan cara iklan di blog, almaklumlah sekarang ni orang lebih selesa mengiklankan perniagaan mereka menggunakan media sosial seperti Facebook dan juga Instagram sahaja.

Baca juga: Cara terbaik iklan di Instagram

 

Tapi tak apa. Biar saya berikan sedikit pencerahan, kenapa anda perlu berikan perhatian yang lebih terhadap aspek pemilihan kata kunci atau keyword dan sebab kenapa anda patut luangkan sedikit masa untuk buat kajian kata kunci.

 

Apabila anda menggunakan blog sebagai medium pengiklanan, tak kiralah sama ada anda menggunakan blog anda sendiri, atau anda meletakkan iklan anda pada blog orang lain, anda sebenarnya bukan sahaja mengiklankan perniagaan anda pada blog tersebut, sebaliknya anda juga turut mengiklankan perniagaan anda di laman web carian nombor satu dunia, iaitu google.com

Dalam situasi kita di Malaysia, kita akan lebih fokuskan kepada laman carian Google Malaysia.

 

Saban hari, pengguna internet yang juga akan menjadi golongan sasaran kita, menggunakan laman carian google untuk mencari maklumat tertentu. Bagaimana cara mereka cari maklumat? Mereka akan taip kata kunci yang mereka rasa akan membantu diri mereka dalam proses carian tersebut.

 

Sebagai contoh,

(1) Jika mereka ingin tahu macam mana cara nak buat duit dengan Lazada, mereka mungkin akan taip kata kunci “cara buat duit dengan lazada”.

 

(2) Jika mereka nak tahu cara nak tambah pendapatan dengan bekerja dari rumah dengan iLancee, mereka mungkin akan taip kata kunci kerja dari rumah dengan iLancee.

 

(3) Jika mereka nak tau sama ada sistem autoresponder emelmatik bagus atau tidak untuk digunakan, mereka mungkin akan taip kata kunci “sistem autoresponder emelmatik bagus ke?”

 

Tiga contoh kat atas ni ialah kaedah biasa yang digunakan oleh pengguna internet untuk dapatkan maklumat tertentu. Biasanya, mereka akan gunakan laman web google untuk cari maklumat dan bukannya terus merujuk kepada sesebuah laman web atau laman blog secara spesifik.

 

Lagipun, mereka ni belum tentu tahu tentang kewujudan laman web anda. Setelah mereka menaip kata kunci tersebut, barulah mereka akan jumpa laman web anda. Itupun kalau laman web anda di optimasikan dengan kata kunci tertentu menerusi teknik Search Engine Optimization.

 

Kedudukan terbaik sudah tentu adalah di muka surat pertama google. Sekiranya artikel blog anda GAGAL masuk ke page pertama google, maka kebarangkalian untuk blog anda ditemui juga amatlah kurang.

 

Susah ke senang untuk artikel iklan berjaya masuk ke page pertama google?

Ia boleh jadi senang, dan boleh jadi susah. Bergantung kepada beberapa faktor, antaranya

  1. Adakah artikel tersebut mengandungi kata kunci yang ingin disasarkan dalam jumlah yang mencukupi?
  2. Adakah terdapat banyak persaingan?
  3. Adakah anda tahu bagaimana peraturan Search Engine Optimization (SEO) dilakukan?

 

Pada waktu catatan ini dihasilkan, saya juga sedang bersaing untuk dapatkan kedudukan di muka surat pertama bagi kata kunci “belajar buat blog”.

belajar-cara-buat-blog

Daripada tinjaun yang saya lakukan sebentar tadi, artikel blog saya berjaya masuk ke page pertama google namun dalam kedudukan yang tidak begitu selesa. Dengan kedudukan seperti ini, pada bila-bila masa ia boleh terkeluar dan masuk ke page kedua google.

 

Apa kelebihan kalau artikel iklan berjaya masuk ke page pertama google?

Kelebihan yang paling utama ialah, artikel tersebut akan menerima lebih banyak trafik berbanding lain-lain artikel yang tersenarai di laman web google. Dengan adanya lebih banyak trafik, maka peluang untuk artikel iklan tersebut convert kepada sales juga lebih tinggi.

 

Rasa macam tak percaya? Baiklah, saya rasa lebih mudah untuk saya tunjukkan buktinya berbanding kalau saya cuma cakap sahaja. Bawah ini adalah antara contoh-contoh pendapatan yang pernah terhasil daripada strategi pemasaran menggunakan SEO.

 

Komisen pada bulan May 2016

komisen-jobdirumah

Komisen pada bulan Jun 2016

komisen-jobdirumah-june2016

Komisen pada bulan May 2016

komisen jobdirumah

Ketiga-tiga contoh komisen ini adalah terhasil daripada satu produk sahaja, iaitu Panduan eKursus Jobdirumah. Boleh klik pada link berwarna biru untuk melihat panduan tersebut.

 

Apabila anda memilih kata kunci yang betul, memang tak mustahil untuk artikel iklan yang anda hasilkan berjaya masuk ke page pertama google.

 

Kalau nak cerita dari segi pendapatan pasif, nampak tak bahawa teknik SEO ada potensi untuk bantu anda hasilkan pendapatan secara pasif? Anda hanya perlu tulis artikel sekali sahaja. Asalkan artikel berjaya masuk ke page pertama google, anda berpeluang untuk jana pendapatan secara berterusan.

 

Ini bukan gurauan, bukan main-main dan bukan mitos. Saya sendiri dah buktikan dan dah alaminya.

 

Adakah artikel iklan yang berjaya masuk ke page pertama google CONFIRM akan dapat sales?

Jawapannya boleh jadi YA dan boleh jadi TIDAK. Pengetahuan tentang SEO hanya akan bantu anda dapatkan kedudukan yang baik di laman web carian google.

 

Walaubagaimanapun, untuk dapat hasil dalam bentuk jualan, ada faktor lain yang perlu diperhatikan, iaitu faktor copywriting.

Klik untuk baca: Formula copywriting ini akan membantu anda buat lebih BANYAK duit online jika anda praktikkan

 

Sekiranya artikel anda tidak mempunyai elemen copywriting yang baik, anda masih lagi ada peluang untuk dapat sales, namun jumlahnya mungkin tak sebaik artikel yang ada ciri-ciri copywriting yang mantap.

 

Bagaimana cara untuk mengetahui apa kata kunci yang terbaik untuk disasarkan?

Dari pengalaman saya menggunakan kaedah SEO dalam kerja-kerja pemasaran, saya menggunakan dua kaedah iaitu kaedah Fundamental Analysis dan juga kaedah Technical Analysis. Aha… nama yang memang serupa dalam terma-terma yang digunakan dalam pelaburan.

 

Saya cerita bab fundamental analysis dulu. Menerusi kaedah ini, kita perlu fahami siapa sebenarnya pembaca sasaran kita. Hanya apabila kita benar-benar faham, siapa mereka, apa masalah mereka, apa yang mereka ingin capai, apa persoalan yang bermain dalam fikiran mereka, maka dari situ barulah kita dapat tentukan apa sebenarnya kata kunci yang mereka akan gunakan.

 

Sebagai contoh, kalau pembaca yang kita target adalah mereka yang merancang untuk memulakan bisnes secara online dan dapatkan stok barang dari China, individu seperti ini mungkin akan memerlukan info-info seperti

  1. “Bagaimana cara nak borong barang dari China?”
  2. “Laman web borong dari China”
  3. “Cara mudah dan selamat borong dari China”

 

Kata kunci yang mereka akan gunakan juga lazimnya adalah dalam bentuk soalan. Jadi, khusus untuk individu seperti ini, bolehlah kita syorkan kepada mereka untuk beli panduan borong dari China ini.

 

Itu tentang fundamental analysis.

 

Cara seterusnya adalah dengan menggunakan kaedah technical analysis. Menerusi kaedah ini, saya boleh syorkan anda gunakan cara berikut, iaitu-

(1) Guna Google Keyword Planner (https://adwords.google.com/KeywordPlanner)

Saya tidak akan terangkan dengan panjang lebar. Caranya mudah sahaja, anda klik pada pautan diatas. Sign in ke sistem google.

Pilih “search for new keyword using a phrase, website or category”.

 

Masukkan sahaja sebarang keyword yang relevan dengan perniagaan yang anda jalankan dan seterusnya keyword planner akan mencadangkan apa kata kunci lain yang ada potensi untuk anda sasarkan.

 

Contohnya, saya nak tau apa kata kunci yang nampak relevan dengan produk Jobdirumah. Jadi saya masukkan kata kunci jobdirumah. Hasilnya adalah seperti dibawah.

Daripada data yang diberikan oleh Google Keyword Planner, saya dapat tahu kata kunci lain yang ada potensi untuk disasarkan ialah

  1. Kerja dari rumah
  2. Cari kerja part time
  3. Kerja sambilan
  4. Kerja part time online
  5. Kerja sambilan di rumah

 

Contoh-contoh kata kunci diatas mempunyai jumlah carian yang tinggi dan amat berpotensi untuk mendatangkan jualan.

 

Untuk dapatkan jualan dengan kaedah ini, perlu gabungkan Teknik SEO + Teknik Copywriting. Kalau prospek tu degil sangat, dan tak nak buat pembelian terus, maka bolehlah digabungkan dengan Teknik Pemasaran Emel juga.

 

Peranan teknik pemasaran emel adalah lebih kepada untuk tujuan follow up.

 

(2) Guna Google Instant

Contohnya adalah seperti gambar diatas. Bila kita taip sahaja perkataan, secara automatik sistem google akan mencadangkan beberapa kata kunci. Kata kunci yang dicadangkan adalah berdasarkan kepada senarai kata kunci yang paling kerap dicari oleh pengguna-pengguna sebelum ini.

 

Anda juga boleh pilih kata kunci tersebut, jika sesuai dan relevan dengan perniagaan yang anda jalankan.

 

Teknik pemasaran menggunakan artikel ini memang POWER dan berkesan. Walaubagaimanapun, tak ramai yang betul-betul mahir menggunakan kaedah pemasaran seperti ini. Boleh dikatakan, selain kena tau macam mana nak menulis, ada beberapa lagi aspek teknikal yang perlu diketahui.

 

Kemudian, apabila kita cerita tentang pemasaran menggunakan blog pula, satu perkara yang anda patut tahu ialah, tak ada satu blog yang sama, tak kiralah sama ada dari segi setting, dari segi penggunaan theme, plugin, application dan sebagainya.

 

Ada orang yang suka guna blog menggunakan medium percuma sahaja seperti blogger.com atau blogspot.my

Ada orang yang lebih selesa menggunakan medium berbayar seperti yang saya gunakan sekarang ini, iaitu wordpress self hosted.

Ada orang lebih suka kejar like, share dan sebagainya.

Ada setengah orang, mereka lebih fokus pada SEO dan pada masa yang sama tidaklah mengabaikan faktor like, serta share.

 

Jika kita bandingkan dua buah blog yang masing-masing menggunakan wordpress, juga akan ada banyak yang berbeza.

 

Anda tak akan tahu, apa sistem atau plugin rahsia yang digunakan. Blog ini misalnya, turut menggunakan beberapa plugin rahsia dan premium yang memang saya tak akan cerita kat sesiapa apa nama plugin tu. Ia adalah RAHSIA.

 

Jadi, jika anda berminat nak langgan perkhidmatan iklan dalam blog ini, saya amat mengesyorkan anda untuk siap sedia dengan senarai kata kunci. Luangkanlah sedikit masa untuk buat kajian kata kunci.

 

Sasarkan kata kunci yang betul, In Shaa Allah anda juga yang akan raih keuntungannya nanti. Ada sebarang soalan? Boleh tanyakan dibahagian komen.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 33 comments… read them below or add one }

mrhanafi February 21, 2017 at 1:40 am

kalau ada peraduan SEO memang susah naik halaman utama..

kalau masa biasa..digalakkan untuk menulis supaya berada dihalaman utama

Reply

sabree hussin February 21, 2017 at 2:26 pm

Yup, semasa contest dijalankan, memang persaingan akan jadi sangat sengit. Walhal keyword yang dipertandingkan boleh jadi tidaklah begitu berharga atau keyword yang boleh convert jadi sales ๐Ÿ˜€

Reply

mrhanafi February 24, 2017 at 5:56 pm

saya kadang kadang sahaja memilih kata kunci pilihan untuk blog..

selebihnya saya menulis blog berdasar idea dan coretan pengalaman semata-mata.

Reply

sabree hussin February 25, 2017 at 12:02 am

Bagi blog yang memang dah ada pembaca tetap, tak ada masalah kalau tidak pilih kata kunci khusus untuk blog. Tetapi, kalau nak tarik kelompok pembaca yang baru, kena pertimbangkan untuk pilih keyword.

Reply

Hafiszan Kamarudin February 21, 2017 at 8:24 am

ni ilmu mahal perlu ada setiap blogger yang nak buat duit mudah dari blog

Reply

sabree hussin February 21, 2017 at 2:23 pm

Kalau tau macam mana SEO tu berfungsi, memang lebih mudah nak buat duit lepas ni.

Reply

Saji.My February 21, 2017 at 9:32 am

Betapa pentingnya SEO dalam perniagaan!

Reply

sabree hussin February 21, 2017 at 1:51 pm

Memang sangat penting. Itupun kalau nak guna kaedah article marketing dan blog. Kalau tak minat guna kaedah ini, boleh abaikan sahaja perihal SEO

Reply

dedauncomel.com February 21, 2017 at 4:27 pm

Penjelasan yang baik. Penting SEO kepada blog untuk dapat audience yang mungkin berminat dengan produk affiliate yang kita tawarkan ๐Ÿ™‚

Reply

sabree hussin February 21, 2017 at 7:24 pm

Itulah salah satu tujuan kenapa kita perlu ambik berat tentang teknik pemasaran SEO ini.

Reply

jambu batu February 21, 2017 at 6:09 pm

Perghhh… memang detail ni bro.. banyak lagi benda nak kena belajar bab SEO ni. ๐Ÿ™‚

Reply

sabree hussin February 21, 2017 at 7:30 pm

Ada banyak lagi sebenarnya. Lain kali la saya share lagi.

Reply

Mayy Jie February 21, 2017 at 8:52 pm

Saya orang ketiga join contest tersebut tapi tiada langsung habuk blog saya di google search. T_T. Betullah saya cuma budak baru belajar, terima kasih ilmu ini.

Reply

sabree hussin February 22, 2017 at 5:36 pm

Masih ada masa lagi tu untuk perbaiki kedudukan kat search engine. Apa yang saya dapat perhatikan, kedudukan sesebuah laman web yang berjaya masuk ke page pertama bersifat dinamik. Ia tidak statik. Ini bermakna, laman web yang berjaya masuk ke page pertama kedudukan pertama juga masih ada kebarangkalian untuk jatuh ke bawah.

Rahsianya?

Adeh lenguh pulak nak taip kat sini :p

Reply

Mayy Jie February 23, 2017 at 12:33 am

Ya betul, banyak lagi perlu belajar dan diaplikasi dalam entry tersebut.

Adakah domain dot com juga mempengaruhi kebolehan untuk mengawal page pertama google search?

Reply

sabree hussin February 23, 2017 at 9:10 am

Domain dot com salah satu daripada faktor yang menyumbang juga ๐Ÿ˜€ Sebab tu kalau perasan banyak juga domain sendiri yang masuk ke page pertama google untuk kata kunci tersebut.

Reply

si bongkok February 21, 2017 at 11:44 pm

Hoho…sedang menuju puncak macam paknil biasa dalam AF dulu2 tue… antara blogger pilihan nak menang contest tue… ๐Ÿ™‚

Reply

sabree hussin February 22, 2017 at 6:01 pm

In Shaa Allah, sama-sama lakukan yang terbaik la kita ye

Reply

Perawat Islam February 22, 2017 at 1:17 pm

Assalamualaikum tuan,

Saya sangat setuju. Bagi sesiapa yang menggunakan blog sebagai tool utama, pemilihan keyword yang betul sangat penting demia mendapatkan pelawat yang tepat dan mampu convert kepada pelanggan.

Alhamdulillah, blog saya menerima pelawat kebanyakannya dari enjin carian. Saya mengkhususkan dalam bidang perubatan Islam terutamanya tentang masalah sihir dan blog saya dikongsikan dengan info-info yang berkaitan.

Reply

sabree hussin February 22, 2017 at 6:04 pm

Wasalam, itulah salah satu kelebihan menggunakan medium blog dalam perniagaan. Setiap satu medium atau platform pengiklanan memang ada kekuatan masing-masing.

Reply

Azmin February 22, 2017 at 6:10 pm

Skrg Google x mampu bagi pengguna akses keyword planner tanpa daftar Google Adwords. Maka nak cari kata kunci blh jadi susah bg ramai orang. Ada jugak alat kata kunci lain yg terdapat di internet tapi yg paling tepat masih adalah Google Keyword Planner.

Reply

sabree hussin February 23, 2017 at 9:11 am

Ya betul tu, kena daftar dulu dengan google adwords.

Reply

Abdul Nashar Bin Aminuddin February 23, 2017 at 1:09 pm

Dengan bantuan kepakaran tuan sabree artikel saya konsisten menghasilkan komisyen.Harap dapat bekerjasama untuk artikel akan datang

Reply

sabree hussin February 23, 2017 at 11:58 pm

In Shaa Allah boleh ๐Ÿ˜€

Reply

rahimah majid February 23, 2017 at 2:09 pm

Belajar juga seo ni masa mula-mula belajar buat blog dulu.. minisite dan e-commerce web ( ni lagi susah sebenarnya ) . Sikit-sikit tu bolehlah.

Reply

nikkhazami February 24, 2017 at 1:42 pm

sebab tu la penting bagi seorang blogger untuk kuasai ilmu SEO

Reply

sabree hussin February 25, 2017 at 12:01 am

Betul tu ๐Ÿ˜€ SEO!

Reply

TopSeoFriendly February 24, 2017 at 10:40 pm

Bab SEO memang ramai yang berminat nak tahu. Ada blog dengan domain bertepatan dengan keyword boleh cari makan.

Yang susahnya nak kekal artikel di page 1 google search.

Apapun… Banyak juga perkongsian yang tuan Sabree Hussin berikan termasuk juga Contest SEO – Belajar Buat Blog”.

Terima kasih bro…

Reply

sabree hussin February 25, 2017 at 12:04 am

Sama-sama tuan Kamil ๐Ÿ˜€

Reply

Faezah Abdul Jalil March 8, 2017 at 9:51 am

Banyaknya info pasal SEO yang saya baru tahu.

Reply

Syakirah March 13, 2017 at 10:23 pm

Terima kasih atas pencerahan. Banyak lagi kena beljar tentang seo nih.

Reply

azimah mohd zainuddin October 5, 2017 at 4:11 pm

Sudah lama tak menulis beratkan SEO ni. Kena cuba mulakan balik

Reply

sabree hussin October 6, 2017 at 4:06 pm

Kena terapkan beberapa peraturan SEO dalam penulisan, barulah artikel tu nanti akan sentiasa ada pengunjung dan pembaca ๐Ÿ™‚

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: