Antara keburukkan Tone Excel yang anda mungkin pernah dengar

by sabree hussin on January 4, 2016

in Tune Talk Tone Excel

Bukan semua orang yang pernah dengar tentang simkad Tone Excel akan terus jadi pengguna simkad ini. Ini memang saya yakin dan memang saya sangat-sangat pasti. Dari mana datangnya kepastian saya ni?

 

Jawapannya adalah dari pengalaman. Saya bukan sahaja memperkenal dan memasarkan simkad ini kepada orang luar, orang yang tak dikenali, ataupun kepada para pengguna akaun media sosial, malahan saya juga memperkenalkan simkad ini kepada ahli keluarga saya sendiri.

 

Apa yang saya dapati? Even dalam famili saya sendiri, ada ramai yang REJECT simkad ni. Jadi? Apa yang pelik dan anehnya? Tak ada apa yang aneh. In fact, dalam keluarga saya sendiri, ada macam-macam syarikat telco yang kami gunakan.

ayat_power_toneexcel

 

Jadi, apabila prospek memilih untuk TAK NAK guna simkad Tone Excel ni, adakah ia bermaksud simkad Tone Excel ni ada keburukkan? Oh come on. Tak kan semudah itu anda membuat kesimpulan.

 

Berbeza dengan lain-lain simkad kebanyakkan yang ada di pasaran. Menjadi pengguna simkad Tone Excel adalah suatu komitmen. Apabila komitmen tersebut dipenuhi, maka In Shaa Allah, penggunanya akan dapat untung yang berlipat ganda.

 

Bukan sekadar dapat kredit panggilan percuma, ataupun data percuma, sebaliknya, pengguna simkad ini berpeluang untuk menikmati pendapatan pasif tambahan. Bayangkan, kalau dalam sebulan, anda menerima komisyen sebanyak RM200 dari pihak Tone Excel. Katakanlah gaji anda ialah RM3,200 sebulan. Tambahkan dengan RM200 tu yang anda terima setiap bulan tu… nah… sekarang pendapatan anda adalah sebanyak RM3,400.

 

Sekarang anda ada duit lebih untuk shopping online sepuas-puasnya kat sini. Bukankah ini suatu perkara yang bagus dan baik untuk anda. Atau mungkin anda berhasrat untuk bercuti setiap bulan. Anda boleh gunakan servis ini untuk mencari senarai hotel yang paling baik untuk anda. Semuanya terpulang kepada anda.

 

Kadang-kadang saya terfikir. Mungkin orang kita ni, ada sedikit ketakutan yang menyelubungi diri mereka. Mungkin, mereka takut nak berjaya. Mereka takut kalau-kalau satu hari nanti, mereka berjaya buat duit dengan menjadi pengguna simkad ini.

 

Mereka bukannya takut dengan pendapatan tambahan tu, sebaliknya apa yang mereka risaukan adalah tanggungjawab yang mungkin akan timbul setelah menjadi pengguna simkad ini. Mungkin pada mereka, ini adalah satu keburukkan apabila menjadi pengguna simkad Tone Excel.

 

Saya nak ceritakan kepada anda, para pembaca dan pelawat sekalian. Suatu common practice yang berlaku dimana-mana.

 

Pada satu hari, saya perlu beli simkad untuk tujuan melayari internet. Simkad ini akan saya gunakan dalam moderm internet saya. Kegunaan simkad ini seratus peratus hanya untuk mengakses internet sahaja.

 

Jadi saya pun ke kedai yang menjual simkad ini. Seperti biasa, sebelum beli simkad ni, macam-macam yang saya tanya kepada jurujual. Saya tanya tentang kekuatan signal, tanya tentang caj penggunaan, bagaimana nak topup, bagaimana nak guna simkad ini, berapa lama baru boleh guna simkad ni, dan banyak lagi soalan yang ada kaitan dengan aspek kepenggunaan.

 

Dipendekkan cerita. Selepas semua maklumat telah saya perolehi, dan saya telahpun FAHAM. Maka duit pun bertukar tangan. Berlaku transaksi. Saya dapat simkad yang saya nak dan saya perlukan, manakala jurujual tersebut dapat duit saya.

 

Nak dijadikan cerita, selepas 2 ke 3 hari, saya rasa macam ada masalah. Sambungan internet terasa slow. Saya rasa tak puas hati. Saya rasa nak marah.

 

Cuba anda teka, adakah ketika saya menghadapi masalah ini, saya akan berdepan dengan si penjual simkad, ataupun saya akan terus berhubung dengan bahagian khidmat pelanggan? Jika anda jadi saya, adakah anda akan hubungi care line, atau anda akan pergi cari orang yang jual simkad ni kepada anda, at the first place?

 

Masalah teknikal adalah perkara biasa. Lambat laun, ia pasti akan berlaku. Maka beruntunglah buat mana-mana pengguna yang langsung tak pernah menghadapi masalah teknikal, sepanjang menjadi pelanggan syarikat telco.

 

Saya nak relate cerita saya ni dengan topik yang saya bawakan ini. Lazimnya, jika pelanggan ada masalah, terutama sekali masalah berkaitan hal-hal teknikal dan sebagainya, bukanlah menjadi tanggungjawab kita untuk menyelesaikan masalah pelanggan yang kita perkenalkan itu tadi.

 

By the way, kita TIDAK AKAN MAMPU selesaikan masalah pelanggan tersebut. Syarikat telco ada bahagian khas yang akan uruskan hal-hal seperti ini. Mereka (syarikat telco) ada bahagian khidmat pelanggan. Mereka ada technical team yang boleh selesaikan masalah-masalah pelanggan mereka.

 

Kerja kita, sebagai pengguna dan penggiat bisnes simkad Tone Excel ini adalah untuk memperkenalkan dan menerangkan kelebihan simkad ini kepada bakal pelanggan. Apabila bakal pelanggan tersebut bersetuju untuk jadi pengguna dan join, maka pelanggan tersebut adalah pelanggan syarikat telco. Dalam situasi ini, pengguna tersebut adalah pelanggan Tone Excel dan juga Tune Talk. Kedua-dua syarikat ini bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyelesaikan sebarang isu-isu berbangkit, selagi ia masih lagi berada dibawah lingkungan khidmat pelanggan mereka.

 

Peranan kita hanya sebagai referrer. Atau dalam bahasa Melayu, orang yang memperkenalkan sahaja. Masih ramai yang takut nak buat bisnes ni. Mungkin mereka takut, atau mungkin mereka bimbang, kalau-kalau in future, jika pengguna tersebut menghadapi sebarang masalah, kita pula yang kena selesaikan masalah dia.

 

Siapa yang nak buat bisnes ni kalau macam tu. Mind set di awal-awal lagi dah silap. Anda ada sebarang isu berkaitan dengan data, kredit panggilan atau apa-apa sahaja yang ada kena mengena dengan talian telefon anda, maka dalam situasi ini, anda perlu berhubung terus kepada bahagian khidmat pelanggan Tune Talk.

 

Ataupun anda ada masalah dari segi komisyen tak masuk, tak faham bagaimana komisyen dikira dan sebagainya, anda perlu terus berhubung dengan pihak pengurusan Tone Excel Sdn Bhd.

 

Jadi apa peranan orang yang memperkenalkan simkad ini kepada anda, iaitu upline anda? Mungkin anda masih tak nampak. Tak apa, biar saya bantu anda mengingat semula. Upline anda telah pun bersusah payah memperkenalkan simkad ini kepada anda. Dialah orangnya yang bertanggungjawab menerangkan serba serbi tentang simkad ini, menjawab pertanyaan anda tentang simkad ini, dan menguruskan tempahan anda.

 

At some point, ada upline yang beri lebih dan beri anda extra benefit dengan memperkenalkan sistem-sistem yang dibangunkan atas inisiatif mereka sendiri, semata-mata untuk bantu anda menjayakan bisnes Tone Excel ini dengan lebih lancar. Contohnya, dengan mewujudkan sistem autodownline seperti yang anda boleh lihat di laman web ini.

bisnes_tone_excel_free_downline

 

Apabila berlaku isu teknikal, saya perhatikan yang pengguna lebih cenderung untuk menyalahkan pihak penyedia perkhidmatan. Internet slow, line tak ada dan macam-macam lagi. Sedangkan perkara-perkara seperti ini, terutama sekali yang melibatkan isu teknikal, perlu dilihat di kedua-dua belah pihak.

 

Tak semestinya kelemahan tersebut datangnya dari pihak penyedia perkhidmatan. Adakalanya, yang bermasalah adalah kawasan anda tinggal yang diluar lingkungan liputan, ataupun anda berada di kawasan yang terdapat penghalang atau gangguan signal, dan mungkin juga handphone yang anda gunakan tu sebenarnya yang perlu ditukar kerana dah terlalu uzur.

 

Ok itu semua kemungkinan yang boleh berlaku.

 

Sebagai pengguna, setiap orang pasti akan ada pengalaman dan pendapat yang berbeza. Kalau ada 100 orang, kita akan dengar 100 pendapat yang berbeza. Sure, mungkin daripada 100 orang tu, akan ada yang mempunyai pendapat yang sama, tapi kebarangkalian untuk dengar semua orang mempunyai pendapat dan pengalaman yang sama, itu memang tak mungkin berlaku.

 

Apa pun, tak kisahlah apa orang nak kata, Tone Excel ni ada banyak kelemahan ke, internet slow ke, asalkan anda berpuas hati dengan pengalaman anda menggunakan simkad ini, buat apa nak peduli apa yang orang lain kata. Hanya sebab orang lain bermasalah, tak bermakna semua orang akan ada masalah yang sama.

 

Paling penting, jangan dengar cakap orang yang tak pernah guna simkad ini. Jangan terpedaya dengan kata-kata orang yang tak pernah guna simkad ini, dan orang yang tak pernah langsung kaji pasal simkad ini. Anda patut lebih yakin pada diri anda sendiri. Anda ada kelebihan. Kelebihan anda ialah, anda adalah pengguna, dan anda dah study pasal simkad ini. Tak kan masih nak percaya kata-kata orang luar yang sebenarnya langsung tak tau apa benda yang mereka cakap tu.

 

Kata-kata mereka hanya sekadar pendapat dan pandangan semata-mata. Tak ada asas yang kukuh. Ia hanya terbina dan tercipta daripada “aku dengar orang kata…”

 

Terima kasih kerana membaca perkongsian saya ni. Jika anda masih belum jadi pengguna dan berminat nak buat bisnes ni bersama saya, boleh klik sini untuk join.

 

Saya doakan semoga anda akan jadi lebih berjaya.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: