Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Anda stress? Jom tumbuk punching ball laju-laju

October 10, 2015 by sabree hussin 2 Comments

“This Easy To Use work out product is the perfect way to improve on your fitness and well being, increase your endurance or to simply Relieve Some Stress.”

 

Boleh relieve some stress. Ok ini salah satu sebab kenapa saya beli punching ball sebelum ni. Bidang kerja dan kerjaya saya sekarang ni, memang adakalanya sangat memberi tekanan. Kerjaya dalam bidang jualan, anda ingat mudah?

 

beli_punching_ball

Kadang-kadang kita terpaksa berurusan dengan klien dan pelanggan yang tak berapa faham dengan cara kita bekerja. Mereka push kita dan demand hal-hal yang adakalanya tak masuk akal dan tak termasuk dalam pakej pembelian.

 

Mungkin inilah yang kita gelarkan dengan istilah “customer from hell”. Memang cukup payah nak berkompromi dengan pelanggan seperti ini. Lagi-lagi kalau jenis yang rasanya dirinya saja yang betul, dan orang lain semua salah.

 

Walaubagaimanapun, suka atau tidak, itulah hakikat yang perlu dihadapi. Bukan semua tekanan yang kita terima tu buruk, ada juga tekanan yang buatkan kita jadi lebih produktif dan proaktif dalam memberikan servis kepada para klien sebelum ini.

 

Lagipun, mereka adalah dalam kelompok “paying customer“. Lebih baik stress sebab ada customer, daripada stress sebab langsung tak ada pelanggan. Tak ada pelanggan, maka tak ada jualan. Bila tak ada jualan, maka tak adalah bisnes. Apa guna buat bisnes bila tak ada sebarang jualan terhasil?

 

the_psychology_of_selling Jadi dalam bidang jualan, saiz dan jumlah pendapatan kita bergantung pada keupayaan kita untuk menghasilkan jualan.

 

Lagi banyak jualan yang mampu kita hasilkan, maka In Shaa Allah pendapatan kita juga akan meningkat. Formulanya sangat simple dan mudah.

 

Namun begitu, ada ketikanya apa yang kita buat semua serba tak menjadi. Ini akan buatkan kita jadi lagi stress.

 

Inilah dia salah satu sebab kenapa saya percaya, setiap orang perlukan satu mekanisme ataupun cara yang boleh diamalkan bagi menangani stress. Stress ini, jika kita tak tangani dengan tepat dan cepat, ia akan membuatkan produktiviti dan motivasi kita menurun.

 

Hasilnya, buat apa pun serba tak kena jadinya. Maka, salah satu cara yang anda boleh gunakan untuk tangani stress adalah dengan bersenam. Salah satu bentuk senaman yang saya pilih adalah senaman menggunakan alat punching ball ini.

 

Kalau nak bersenam guna alat ini kenalah hati-hati jugak. Kalau tak digunakan seperti yang sepatutnya, nanti anda akan jadi lebih stress pulak. Saya nak tunjukkan kepada anda kenapa.

 

danger_of_punching_ball

Lihat pada bahagian yang saya tandakan dengan anak panah berwarna biru disebelah.

 

Kalau anda nak tahu, tempat pemegang yang warna hitam tu, ia diperbuat daripada plastik. Plastik KERAS ok.

 

Kita tumbuk dekat bahagian yang merah atau pada bola tu. Setiap kali kita tumbuk, punching ball ini akan melantun semula kepada kita. Jadi kat sini, anda boleh pilih sama ada nak balas tumbukan atau nak elak. Bermakna kat sini, ada dua kaedah nak bersenam.

 

Untuk langkah keselamatan, anda disyorkan untuk guna sarung tangan yang diberikan secara percuma. Cuma benda percuma ni biasalah, ia tak berapa selesa dan tak ikut sangat saiz tangan kita. Jadi saya sendiri lebih selesa kalau tak pakai sarung tangan.

 

Satu hari tu, entah macam mana, over speed kot, tak sengaja saya tertumbuk kat bahagian yang warna hitam tu. Ok nasib tak menyebelahi saya, dan mungkin angle pun kurang tepat. Berlaku kecederaan dan kulit terkoyak sikit. Memang puas hati.

 

So hari tu, secara tak langsung, dapatlah saya belajar apa fungsi sebenar glove yang dia sediakan secara percuma tu haha

 

Adakah sekarang ni saya akan guna glove bila buat latihan senaman ini?

Oh saya masih lagi degil macam biasa. Haha cuma kali ni lebih berhati-hati supaya kesilapan lama tak berulang lagi.

 

Tunggulah nanti kalau ada rezeki, nak beli sarung tangan khas. Barulah puas hati 😀

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Adakah Anda Memiliki Perniagaan Anda Sendiri?
  2. Bisnes, Networking dan Anda. Pentingkah?
  3. 10 sebab kenapa anda perlu outsource sebahagian daripada proses bisnes anda
  4. Nak uji sejauh mana kemampuan Blog anda?

Filed Under: Personal Tagged With: petua hilangkan stress, punching ball, senaman hilangkan stress

Trackbacks

  1. Cara nak umpan orang supaya shopping di Lazada? says:
    November 28, 2015 at 2:10 am

    […] Antara yang saya sendiri lakukan ialah, pertama sekali ialah pastikan anda sendiri pernah beli di Lazada dan ada pengalaman berurusan dengan Lazada. Produk pertama yang saya beli kat Lazada ialah punching ball, yang sangat sesuai untuk ditumbuk, terutama sekali bila stress. […]

    Reply
  2. Punching ball terbaik yang saya pernah beli di Decathlon - Sabree Hussin Dot Biz says:
    April 5, 2018 at 1:09 pm

    […] Baca juga: Anda stress? Jom tumbuk punching ball laju-laju […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Recent Comments

  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Apa sebenarnya bidang kerja seorang blogger?
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya? - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut